Sunday, July 30, 2017

Perancangan dan Keazaman

Salam dari Senaling,

Tan ta daaaaaa...

Kalau baca entri lepas aku ada cerita perihal serabut-perut-tak-pasal-pasal-kerana-photobook, dan selepas aku menyemai perancangan serta membaja keazaman, akhirnya tercapai! Hari Ahad siap, hari Rabu lepas dah sampai, seperti yang diduga. Senyum panjang sampai telinga. Puas hati aku! Kawan-kawan cakap, sempat lagi tu aku buat photobook. 

Aku jawab, hendak seribu daya...😁

Kalau entri lepas aduan tentang serabut perut, entri kali ni aduan tentang tiba-tiba-jadi-malas-tak-pasal-pasal-macam-nak-kena-lempang. Korang pernah rasa macam tu? Aku pernah. Banyak kali.

Aku jadi malas bukan pada hari Isnin, Alhamdulillah Monday blues no no no... Ia selalu terjadi pada hari Khamis. Ada yang sama macam aku tak? Magiknya, aku boleh tahu bila mood malas tu datang, sampai aku boleh kata..."Haaaaa, dia mai dah", macam tu. 

Apa korang buat kalau jadi macam tu?

Pasrah? Redha?

Kalau aku pasrah dan redha makanya aku akan habiskan masa aku dengan smartphone main online game, layan Instagram, layan Facebook, sampai bateri habis. Bila bateri habis baru aku mula buat kerja. Bila buat kerja rasa menyesal habiskan masa dengan smartphone, impaknya? jadi semakin malas dan ulang main smartphone, bateri habis, menyesal... Patut ke tak patut kena lempang?

Jadi baru-baru ni aku menemui kaedah yang agak berkesan jugalah untuk aku. Kaedahnya lebih kurang sama masa aku serabut perut nak buat photobook. 

Start jadi malas, aku akan bercakap dengan diri sendiri (seperti berbisik jugalah aku bercakap, bukan dalam hati), dah sama macam alarm lebih kurang bagi warning supaya buat itu ini yang memang dari awal aku dah plan. Aku akan ulang-ulang cakap sampai aku sendiri jadi annoying. Bila jadi annoying, aku akan push diri untuk buat.

Aku akan senaraikan apa yang berjaya aku laksanakan pada hari yang 'malas' itu. Bila aku mula menulis aku akan perasan, eh malas-malas pun banyak juga yang aku dah berjaya buat ni. Bertambah sedikitlah semangat nak menyelesaikan perkara-perkara lain supaya list tersebut bertambah. Sudahnya lebih banyak perkara yang berjaya diselesaikan pada hari 'malas' berbanding hari yang 'rajin'. Kahkahkah

Petang hari tersebut, aku akan paksa diri aku bersukan. Paling cikai berjogging lah. Kalau aku memilih untuk mereput di rumah, memang tak jadi apa. Silap gaya Isyak jam 5.30 pagi. Tu yang sungguh-sungguh aku paksa. Alhamdulillah Incik Suami melayan. Merasalah cycling petang-petang lepas waktu kerja walau pun penatnya Subhanallah! Malam tu bolehlah bertahan sampai jam sepuluh tak pun sembilan, tidur pun lena, boleh bangun awal. Yeay!

Main smartphone? Hoih tetap main. Tapi aku akan limitkan masa. Kalau aku mula pegang phone jam 5.15 petang, biasanya 5.30 petang aku akan stop. Kalau jam 8.00 malam, 8.20 malam stop. Aku limitkan dalam 15 - 30 minit. Mula-mula dulu aku cuba nak berhenti terus, tapi sokmo tak jadi. Inilah namanya pasang impian yang tak realistik. Hehe. Alhamdulillah gaya yang tersebut di atas nampaknya menjadi.

Aku nga malas sebenarnya ni, tapi aku apply apa yang aku taip di atas. Alhamdulillah selesai satu entri (seperti yang dirancang, Alhamdulillah). Korang malas tak? Cer try, kot menjadi. Tidaklah sendu hujung minggu kau nanti.

Menyesal wooo kalau hujung minggu berlalu begitu sahaja. Daaaaa...  nak kemas-dapur-mandi-oiling-tido-main-games-makan-madu-...

No comments: