Saturday, January 6, 2018

Solusi Tahun 2018 #6 Personal Routine : Menghafaz Juz 30

Salam semangat membara dari Senaling,

Salam tahun baru yang lebih bermakna. Dah seminggu baru nak update kira bagus sangat tu. Walau pun pada 2017, tepat 1 Januari aku update. Tetap aku nak laung, Hana! Tahniahhhh... (standing ovation).

Terima kasih Ya Rabb tuk tahun 2017. Tahun yang sangat bermakna, sangat Wow, sangat bintang bulan meteor angkasa lepas. Aku bersyukur. Kami bersyukur. Moga tahun 2018 akan lebih bermakna, lebih berkualiti, lebih banyak kebaikan yang akan kami lakukan. Semata-mata untukMu. Itu yang aku harapkan. Desperately.

Tahun 2017 menyaksikan kematangan aku dari pelbagai sudut (sambil masuk bakul dan angkat bakul tersebut sendiri, magik bukan?). Dari segi rohaniah, aku berjaya menghafaz 26 dari 37 surah dari juzuk 30 yang mana kebanyakan surah memang aku dah hafal dari sekolah rendah. Aci tak? Aci tak? Aku sebenarnya aim tuk habiskan satu juzuk. Tapi belum berjaya.

Post mortem?

Kena buat rekod dan buat target. Aku sedang mencubanya tuk tahun 2018, ternyata tuk minggu pertama dengan izinNya aku dapat hafaz surah 88 ~ Al-Ghasiyah: 26 ayat. Tambahan tuk 2018, aku nak bertadabbur dengan buat bacaan secara atas talian tuk setiap surah yang aku hafaz. Insha Allah membantu. dan DIA akan bantu.

Azam yang ini muncul atas hikmah Amni tekad sangat-sangat nak duduk asrama pada tahun 2017. Dalam erti kata lain dia pilih tuk berjauhan dari aku, dan keluarga. Dalam aku merancang nak suh makcik tu kekal di Kuala Pilah sekolah harian pun tak mengapa, DIA rancang yang sebaliknya. Seperti biasa, awal kejadian aku meroyan satu minggu, sedih hoiiiii.

Dapat SBP, punya dekat 5km je dari rumah, taknak. Okay mungkin nak aliran agama. Tup-tup rezeki dia dapat pula peluang ke Sekolah Agama Sains Kuala Pilah, pun dalam lingkungan 15km dari rumah. Tak. Tak. Dia pillih juga yang paling jauh, nun kat Rembau (jauhnya la sangat huhu). Dalam aku setuju dia ke sana, baru tahu (pada hari dia di interview) yang dia pilih, yang paling jauh itu ialah sekolah tahfiz. Baru tahu! 

Aku hanya berharap anak-anak dekat duduk kat bawah ketiak, tapi dihantarNya anak jauh dari diri ini rupanya tuk aku belajar sesuatu. Dah anak hafaz Quran, aku pun cuba la juga. Nak rasa feel. Tak mudah menghafaz Quran rupanya beb. Menghafaz (taskmik) satu hal, mengulang hafaz (maraja'ah)  satu lagi hal. Atas pengalaman itu takdelah aku paksa-paksa Amni suh hafaz laju-laju tuk menyamai kelajuan cahaya. Dapat ikut sukatan Tingkatan 1 TMUA pon kami bersyukur.

Alhamdulillah Amni dah boleh adapt dengan kondisi TMUA. Cuma ibunya lahai yang terpuntang panting nak juga cuba hafaz satu juzuk je pun. Insha Allah berjaya. Doakan.

No comments: