Thursday, June 28, 2018

Aidilfitri 1439H : Edisi Famili Kecil

Salam 7 Syawal dari Senaling,

Dah seminggu berhari raya rupanya, Alhamdulillah. Terindu-rindu juga dengan Ramadhan, terutama part ringannya kami sekeluarga beribadah selain part makan berpada-pada. Tapi seperti yang aku selalu cakap ngan students, life must goes on, yeahhhh indeed. Life must goes on!

Syawal pertama di rumah mak.
Syawal pertama selepas solat Jumaat, kedua, ketiga di rumah ipar.
Syawal keempat kembali ke rumah mak (sampai jam 5.00 petang) sebab sakan beraya sampai Tanjung Karang rumah saudara mara.
Syawal kelima dalam perjalanan balik ke Senaling (home sweet home) syukur dapat singgah 9 biji buah rumah. Tiba Senaling rasa nak demam, dua hari amik masa nak recover sepenuhnya. Hehe Sakan nau beraya.

Dah bertahun-tahun memang corak raya kami macam ni. Banyak hari di rumah sebelah suami. Sikit hari di rumah mak sebab saudara mara sebelah suami baaaanyak di kampung. Manakalah makcik pakcik aku sebelah mak banyak di Selangor dan sebelah arwah Abah berlegar sekitar di Negeri Sembilan dan Pahang.

Aku kerap-kerap jumpa pakcik makcik aku di luar waktu Aidilfitri berbanding suami yang memang tunggu Aidilfitri baru berkesempatan nak jumpa (tu pun ada yang ter miss) rumah kosong takde orang.

Dan buat julung-julung kalinya Aidilfitri tahun ni berjaya disambut penuh kesederhanaan. Minimal lebih kurang, untunglah aku, famili sudi support.

Raya Pertama

 Raya Kedua

 Raya Ketiga

Raya Keempat

... dan raya kelima boleh agak apa baju raya aku (kami sekeluarga). Puas hati aku, pakai berkali-kali. Cuma ada baju yang aku dan Amni tukar pakai supaya nampak lain sikit kunun. Baju baru ada lima helai ja, biru tua satu set dan baju ala 'kelambu' warna hijau pastel. Yang lain recycle baju tahun-tahun-tahun-tahun lepas. Dan takde siapa pun tegur kami pakai baju tahun 2016 (baju melayu silver kembar dan suami) đŸ˜€.

Kelebihannya banyak selain berjimat cermat, kami sekeluarga juga balik kampung berbekalkan sebiji beg baju sederhana saiz, dan beg galas isi toileteries dan geng seumpamanya ja. Takdelah sado tangan aku nak berangkut-angkut beg baju almaklum kampung laki-bini dekat-dekat. Tu pun ada baju yang dibawa tapi tak dipakai. Otak jadi relax chill  tayah fikir nak-pakai-baju-apa, nak-pakai-baju-mana. Serabutkan otak tuk pilih nak-makan-apa, nak-makan-yang-mana ja tahun ni. 

Alhamdulillah, sikit-sikit aku berjaya meminimalkan satu lagi bahagian dalam hidup kami ~ Aidilfitri dan Insha Allah Aidiladha kelak juga akan begitu.

Bahagia pulak rasanya Hari Raya kali ni walau pun cutinya pendek. Alhamdulillah. 

No comments: