Thursday, April 25, 2019

Minimalist Journey : Hadiah

Februari lepas (tapi baru nak update-as-usual) dijemput jadi juri pertandingan senamrobik peringkat kolej. Tak bertauliah pun, tapi adalah sikit ilmu berdasarkan pengalaman. Kebetulan hari Sabtu free, jadi jomlah bagi sokongan pada penganjur.

Barisan juri, dan yang tengah tu guru penasihatnya.

Pendekkan cerita sal pertandingan, sebab niat nak highlight pada minimalist sebenarnya. Dihujung pertandingan, selepas semua keputusan diumumkan adalah pulak saguhati untuk para juri... huhu. Aku gelisah, harap sangat saguhati yang aku dapat ialah apa yang aku perlukan. Kalau tidak, alamatnya memang aku recycle  semula jadi hadiah tuk bagi pada orang lain pulak.

Sekali...

Dapat mug dengan penutup oooo yes! Memang dah sebulan ke dua bulan duk berangan nak beli mug begini. Yeay 😍

No comments: