Sunday, January 5, 2020

Ada Azam Baru? Sila T U L I S

Antara yang tersenarai dalam azam tahun 2020 ialah aku ingin meningkatkan kemahiranku berfoto menggunakan smartphone (Samsung A7 2018). Aku dah aim lama azam ni, lama tak lama, adalah dalam dua ke tiga tahun lepas. Cumanya melayang-layang dalam fikiran, "Nak ambil gambar cantik-cantik ala pro, tapi guna smartphone ja".

Itulah, bila main layang-layang macam tu aje, tindakan kurang, tak jadi apa heh.
Bulan September tahun lepas, Amni ajak aku beli organizer untuk 2020 (awal gilz), aku angguk setuju.
Bila organizer dapat awal, aku belek-belek, aku mula T U L I S sikit-sikit apa yang aku mahu untuk tahun 2020 (pada bulan Oktober tahun lepas (awal gilz))...

Geng basikal...

...Kolej Matrikulasi Selangor.

Geng panjat...

... Rumah Api...

...Bukit Jugra...

...Kolej Matrikulasi Selangor.

Aku P E R A S A N semua gambar-gambar yang aku ambil boleh tahan cantiknya hehe

Ceritanya, selepas aku T U L I S azam bersama tindakan apa yang aku patut buat untuk capai azam tersebut; aku mula membaca segala tips tau info berguna berkenaan smartphone photography melalui Internet. Alhamdulillah. Sempurna di mataku dan dengan hasil yang macam ni pun aku dah gembira syok sendiri. Kawan-kawan yang aku ambil gambarnya, pun gembira.

Katanya, "Hana ada, banyak gambar. Cantik-cantik pula tu".
Bahagian kedua ayat di atas, aku tambah sendiri yeah 😁

No comments: