Wednesday, March 25, 2020

MCO dan Bekerja Dari Rumah

Tak mudah ya kawan-kawan, no nehi... Bayangkan aku ni anak-anak dah besar, Alhamdulillah. Suami pula freelance dan rajinnya perghhhh bukan kaleng-kaleng. Dia lebih pandai masak kari dari aku. Banyak urusan rumah ringan untuk aku sebab suami dan anak-anak mudah diminta tolong.

Itupun... tak mudahnya hei... tak mudah nak fokus. Alangkan solat pun kurang khusyuk... Inikan pula kerja, dari rumah pulak tu haha...

Apapun, Alhamdulillah dulu apa-apa hal untuk apa sahaja yang berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia sekarang. Banyak hikmahnya untuk aku dan keluarga. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... moga iman kami meningkat dan moga kes Covid-19 menurun Ya Rabb.

Aku dah lost hari dan tarikh dah ni. Sepatutnya 23/3 aku tulis 24/3. Hari ini Selasa, aku fikir Rabu. Aku terasa macam baru, rupanya dah hampir seminggu MCO dilaksanakan Allahuakbar.

Tah apa yang aku buat sepanjang seminggu ni. Yang aku pasti aku homecooked hampir 99% untuk dijamu pada keluarga (dengan bantuan suami dan anak-anak) dan aku berjaya habiskan 16 episod Crash Landing on You (akhirnya). Bacaan Quran agak lancar, cuma solat sunat belum meningkat lagi. Buat skema untuk tiga ujian, selesai. Toto habis aku basuh sikit-sikit-satu-satu. Ini nga pantau kerja ngan pelajar. Bersenam, haram tak buat sikit pun hatta regangan (yang kununnya nak dipraktiskan sepanjang MCO). Blog kemaskini hampir setiap hari. Gambar-gambar dari telefon dah disedut masuk, dan sekarang sedang buat sorting

Patutlah aku terasa-rasa, tah hapa-hapa yang aku buat waktu MCO. Cara aku tulis apa yang aku buat pun bercampur aduk. Macam itulah hari-hari yang aku lalui. Kejap buat kerja, kejap masuk dapur, kejap amik nap, sambung bekerja, buat entri blog, makan, layan media sosial, sambung kerja, memasak... caca marba rupanya yeay.

Nah lanje meja kerjaku waktu MCO dan work-from-home dilaksanakan. 


 Buat peringatan abadi.

 Tak mungkin sekemas ini. Biasanya serabut 😄

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

No comments: