Thursday, November 14, 2013

SIPMA 2013 Kolej Matrikulasi Pahang - 24 Jam Yang Pertama

Salam dari Gambang,

Hehe. Rare pulak rasa kasi salam dari Gambang. Aku skang bersiaran dari Pahang. Kerana SIPMA. Baru ja sampai hari ni. Penat hoiiii menguruskan lebih kurang 200 orang pelajar. Bawa dari Jugra ke Gambang naik bas berjujuk tujuh. Bas Kolej Matrikulasi Perlis dua bijik, Perak, teknikal Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ta tahu pula begini penat menguruskan budak. Note aku berdering-dering dari hari Isnin dengan macam-macam hal. Dalam bas, tidur adalah haram sama sekali untuk aku. Mengadap wasap tak habis-habis. Itu dan ini. Semua hal SIPMA. Sebelum ni bawa juga budak keluar tapi sebab KAKOM. Kalau KAKOM semua urusan pensyarah KOKO uruskan. Kali ni kena urus sendiri...pening mabuk aku jadinya.

Patut gerak jam 2 petang, tapi seperti kuduga jam 3 petang. Sudahnya jam 930 malam baru sampai ke Kolej Matrikulasi Pahang. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walaupun aku agak trauma dengan simpang masuk ke Gambang ni. Masih terbayang-bayang lagi kisah budak terbang terbaring atas jalan.

Sesampai KMPh, tiada apa-apa sambutan. Tiada hamparan kapet merah, tiada paluan kompang, tiada lambaian bunga manggar. Konsepnya sangat mudah. Pandai-pandailah kau membawa diri. Syukur sangat ja kami tak pasang khemah, tido dalam sleeping bag, pasang unggun api, masak air dalam mask tin. Kerna kami dianugerahkan bilik asrama yang awesome. Yeay.
 Inilah bilik asramaku untuk 6 hari 5 malam. Kemas. Terpelihara. Jemput masuk meh adik kakak.

Seikhlasnya aku tak kisah duk kat asrama. Aku suka. Feel muda 22 tahun gitu. Berkongsi bilik air dengan students pun aku tak heran sangat. Dah muka macam students, so wat pa nak heran kan? Haha. Best pa perasan. Kalau korang nak perasan pun, eh apa salahnya?

Giler gigih aku study timetable pergerakan pelajar pensyarah sepanjang SIPMA sambil TERpaksa makan nasi lemak beli di RnR Temerloh tadi. Pas makan aku tidur. Macam bagus ja, macam healthy ja tidur lepas makan. Hehe

Pagi pertama di Pahang, kami semua berkumpul dengan semangat waja membara di jiwa. Tak sabar nak wat latihan senamtari kunun. Tau apa yang terjadi? Kalau malam tadi, sampainya kami di sini dengan konsep pandai-pandailah kau membawa diri. Rupanya konsep tu berlarutan sampai ke siang. Cuma tajuk konsep ja jadi lain sikit. Konsep "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat". Berdikari sungguh kami di rantauan. Cari portable audio sendiri, guna portable audio macam hapa. Sumer main try & test. Main tekan ja sumer butang. Mikrofon tada. Healer tada. Yang ada hanyalah suara original yang di high pitch kan untuk mengawal 200 orang pelajar.  Tempat berlatih panasnya Masha Allah. Bukan setakat mekap cair, kulit muka pun leh tersiat. Panas dia lain macam. Menyucuk-nyucuk. Di minta carikan tempat yang teduh, tak dapat. Maka...


Bertebaranlah semua pelajar berlatih membawa diri. Campaklah mana-mana kami ni wehhhh. 
Leh ja kami wat latihan. Lalalalalalaaaaa.

Tapi pandai Kolej Matrikulasi Pahang amek hati kami tau. Bagi lunch ayam masak kari Masha Allah sedap giler. Sampai menjilat kaki kata students.  Lapar sangat lettew sampai menjilat kaki. Aku steady ja. Alhamdulillah memang sedap. Tapi belum sampai tahap nak jilat kaki kot. Tehehehe.

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Monday, November 11, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Salam Dari Jugra,

Entriku kali ini tiada kaitan dengan lagu Tegar yang femes tu. Bau-bau bacang pun tak. Cuma terpanggil untuk menaip entri bila tengok, "Eh, banyaknya skul yang wat Hari Graduasi hari ni". Hari Graduasi sekarang tidak terhad kepada orang nak amik ijazah di universiti ja ya. Anak-anak seawal usia 4 tahun skang pun graduate tau.

Hari Graduasi. Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Anugerah Kecemerlangan. Sama ja sumer tu. Nama majlis nak bagi hadiah zaman skang kemain ta nak kalah. Kalau aku jadi pengetua akan ku namakan majlis tu sebagai Majlis Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Pasti saat itu aku akan menjadi pengetua tersohor serata alam di atas kekreatifanku itu. Dahla kreatif, comel pulak tu lah aiiii...^_^

Eh, aku selalu bagi pendahuluan panjang-panjang. Dulu belajar, seingat aku pendahuluan satu perenggan ja. Ni kalau cikgu BM baca, mesti aku dapat penalti. Alaaa cikgu, ini blog bukan karangan BM SPM. Kamon la cikgu. Huh, dahla wat tak ikut format, menjawab pulak tu kan? Sila ambil perhatian wahai pelajar-pelajarku. Ini amaran. Kowang dilarang wat perangai gini ngan aiii k. Sila takut.

Back to the point. Ramai rerakan FB yang gi Hari Graduasi hari ni. Yang update tu, sumer anak-anak dorang hebat-hebat belaka. Ada yang dapat hadiah tempat pertama dan ada yang dapat hadiah tuk matapelajaran terbaik. Aku faham perasaan tu. Perasaan gembira, perasaan bangga bercampur baur. Perasaan yang sukar digambarkan. Hanya yang mengalami akan merasainya.

Aku yang dulu agak  negative thinking. Kalau ada rakan-rakan update di FB sal mende-mende camni aku rasa, "Eh, tayah la kot bagitau sumer orang. Macam bagus ja. Macam hebat ja". Banyak lagi status di FB yang aku rasa nak cakap macam tu. Teruk kan aku? Lebih paranoid bila aku sampai rasa nak tutup akaun FB sebab rasa meluat membaca status orang sebegini.

Tapi itu dulu. sekarang pandangan aku dah berubah kot. Sebab aku terbaca dalam sebuah buku. Nak bahagia, nak happy, kita mesti bahagia dan happy dengan hidup orang lain di sekeliling kita. Ayat mudah. Tumpang bahagia orang. Tumpang happy orang.  "Kau nape nak main tumpang-tumpang ni?". Tapi sejujurnya, jiwaku lebih damai begitu. Jujur ni weh. Tolonglah percaya.

Tengok kawan update status sal motor  Ducati 1199 Panigale R 201hp with Race Exhaust yang baru dibeli 7.5 saat yang lalu. Tekan like laju-laju dengan kadar kelajuan menyamai kelajuan cahaya dan tanpa berfikir panjang, terus comment "Wahhhhh...bestnya. Nak tumpang".

Tengok kawan upload pic sal percutiannya di Lilongwe, Malawi. Like dan comment "Nak ikut, nak ikut".

Tengok kawan upload pic anak dia dapat sijil, dapat plak, dapat hadiah untuk segala macam pencapaian dalam apa-apa jua pertandingan, peperiksaan... tekan like. Comment something yang membahagiakan.

Sebab buku tu kata, kalau kita tumpang bahagia dan tumpang happy ngan segala macam kebahagian dan kegembiraan orang. Ada kebarangkalian kita akan mendapat aura bahagia dan gembira kawan kita tu. Alah, mudahkan citer, pendekkan ayat.  

Positive thinking & everything around you will be positive too.
Negative thinking & everything around you will be negative too.

Nak tahu? Semasa aku yang dulu. Semakin aku meluat dengan status sedemikian rupa, semakin banyak lak status sebegitu muncul. Bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nah, siap aku guna peribahasa untuk mengukuhkan hujah. Sekarang. Semakin aku bahagia dan gembira dengan status-status seumpamanya. Semakin banyak lak perkara-perkara yang bahagia dan menggembirakan muncul dalam hidupku. Jadi, korang nampak tak permainannya di situ? Nampak?

Tak nampak? Tak faham? Baik. 
Mungkin korang kena pinjam mikroskop makmal Biologi untuk nampak dengan lebih jelas.

Oh, seperkara...Hujung minggu hari tu, aku pun salah seorang dari ibu yang bertuah...Hehe

 
Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, November 3, 2013

Resepi Mudah: Donut

Salam dari Jugra,

Seperti yang di janjikan, aku bagi resepi wat donut yang super senang. Aku berdoa dengan penuh harapan agar janganlah sebarang chef tersohor yang TERbaca blog picisan aku ni. Besar kebarangkalian aku akan di hantam secara bertubi-tubi kerna mencabul cara pembuatan donut tradisional. Cara aku wat donut memang seperti orang malas wat donut dengan motto tersemat kejap ~ "Asal siap. Asal sedap". 

Ah, mainan perasaan aku je ni. Perasan tak habis-habis. Jangankan chef, tukang wat beger pun tak tentu lagi nak baca blog aku.

Meh wat donut dengan cara yang mudah meh.


Bahan-bahannya :-
Tepung Gandum
Mauri Pan Instant Yeast
Susu Pekat Manis
Sebiji kentang sederhana besar
dan
sebatang senduk

Sebatang senduk sangat penting disini sebab sukatan aku berdasarkan senduk ajaib IKEA tu. Maknanya kalau nak guna senduk yang sama, carilah di IKEA. Pasti ketemu.


*sila baca dari kiri kekanan*

3 senduk tepung gandum
3/4 senduk Mauri Pan Instant Yeast
Kentang sederhana tu rebus dan lenyek dan campurkan dalam adunan
1 senduk susu pekat manis

Gaul sebati dan uli dengan penuh kasih sayang

Rehatkan doh untuk memberikan peluang kepada Incik Mauri Pan bertindak pantas. Oh, sebelum saya terlupa, sila tutup doh anda kerna sejarah telah membuktikan ia seorang yang sangat pemalu. Selepas 15 minit doh akan mengembang sekali ganda. Kemudian  barulah buat bentuk bulat-bulat atau bentuk donut tu

Lepas tu, biarkan lagi dalam 10 minit ke. Jangan lupa tutup ia lagi k.

Kemudian, goreng dan gaul-gaul dengan gula icing.

Tan ta daaaaa... siap! Magik bukan? Bentukkan bulat tapi selepas digoreng jadi cenggini.
Hahahaaa...Aku tipu. Ini gambar sebelum aku jadi bertambah bijak.

Selepas jadi bertambah bijak aku wat bulat-bulat. Kerja yang senang, bertambah senang.

Kan aku dah kata. Motto aku dalam bidang masakan ialah ~"Asal siap, Asal sedap"
Sila jangan ambil hati.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, October 23, 2013

Tips Kuruskan Badan Hanya Dengan 'Satu Perkataan Dua Langkah'

Salam dari Jugra,

Tajuk entri dah macam tajuk lagu kan? ^_^
Tu tak penting, isi kandungan yang lebih penting.

[Sambil pegang mikrofon;]

"Duhai rakan-rakan yang ku sayangi, kali ni saya nak bagi tips untuk kuruskan badan. Tak perlu ke London, Slimworld, atau apa sahaja pusat kecantikan yang ada dalam Malaysia atau luar Malaysia. Tak perlu ke Thailand untuk wat plastic surgery. Tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Hanya perlu satu perkataan, perkataan yang wujud dalam diri kita semenjak kita mula bernafas di atas muka bumi ini"

Ya, hanya satu perkataan. Perkataan yang bermula dengan huruf R. Apa motif nak panjangkan cerita aku sendiri pun tak pasti. Tapi dari hasil penelitian dan kajianku kunun, kita hanya perlu suburkan sahaja R ini dan anda akan tampak lansing lagi menawan selain sihat dan segar.

Kalian sudah dapat meneka? Bagus... kerna kalian memang terang hati. Ta dapat meneka pun tidak mengapa, kerana walau pun kalian tidak dapat meneka kalian masih boleh pergi ke IKEA tau ke MidValley untuk bershopping. Bahagia bukan?

R yang saya maksudkan ialah RAJIN. Siap huruf besar sumer, siap bold siap besarkan font. Nah nampak tak kepentingannya di sini? Nampak?

Bagaimana pula dengan dua langkah? Ya...Untuk kurus rakan-rakan sekalian, anda hanya perlu dua langkah sahaja...

Langkah Pertama :-
RAJIN mengawal dan mengatur apa yang anda makan. Kalau nak kurus memang kena kawal makan weh. Nak guna cara apa terpulang. Ada yang avoid nasi terus. Ada yang makan main meal sahaja, no junk foods. Ada yang amalkan diet 3 hari. Apa sahaja, yang penting mesti makan, tapi terkawal. Serius, keRAJINan anda mengawal apa yang anda makan akan membawa kejayaan kepada diet anda sebanyak 110%.

Langkah Kedua :-
RAJIN bersenam. Physical workout omputih kata. Banyak senaman yang boleh dipilih. Jogging, beraerobik, berenang, main basketball, badminton, berbasikal dan macam-macam lagi. Pilih mana nak berkenan di hati. Yang penting enjoy. Fakta benar tentang bersenam ialah, kalian tidak akan kurus dengan bersenam jika kalian masih lagi makan macam hantu raya. 
Tu sebab mengawal pemakanan diletakkan di carta teratas carta hati. Bukan di tempat kedua atau ketiga. Tetapi dengan bersenam akan dapat meningkatkan kadar metabolisme, dapat melancarkan peredaran darah.. Kalian akan rasa 'badan ringan', rasa cergas, rasa lebih aktif. Jadi, majulah sukan untuk negara u alls.

Tu aje. Mudahkan? Apa yang menjadi musuh dalam selimut ialah bila kita berkata "Tiada masa". Saya selalu percaya, masa cukup untuk semua orang. Tapi, bagaimana kalian menggunakan masa tersebut? Ayuh, bangkitlah. Masa sudah tiba untuk melakukan perubahan!

Aku berbunyi seperti motivator uda...

Namun kadang-kadang ada gak mulut beracun yang akan cakap, "Sibuk ngan healthy lifestyle, tup-tup dapat gak cancer, diabetic, high blood preassure" Helloooooo. Apa-apa pun kita telah berusaha okay. Kalau takdir-Nya nak kena juga penyakit-penyakit ni, tandanya Tuhan sayangkan kita. Ada hikmah di sebaliknya.

Maka, persetankan semua mulut-mulut beracun tersebut dan tanamlah azam ketat-ketat, kuat-kuat, erat-erat., "Aku mesti hidup sihat hingga akhir hayat".  Insha Allah jika itu yang terbaik, pasti Tuhan akan makbulkan.

Jadi, jangan lemah semangat ya sayang...
Tontonlah iklan Thailand yang awesome ni, moga kalian beroleh kesedaran... ^_^


Eh!TuAjelahKali.Bye

Thursday, October 3, 2013

Kisah-kisah Bulan September

Salam dari Jugra,

Aku nak update citer lama sekali lalu.  Dua kali memang tak lalu. Tengah memikir. Mahu dalam reverse chronological order atau macam mana?Ah...Abaikan. Ikut suka hati aku.

1. Majlis Penutupan Rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan
Sekarang ni menjadi trend untuk mengadakan sambutan kemerdekaan selama sebulan. Dek sebab sambutan Ambang Kemerdekaan aku pergi seorang diri, kali ni aku angkut sumer sekali. Dalam hebahan kata digalakkan pakai pakaian kebangsaan. Beriya aku pakai kebaya, anak-anak pakai baju melayu. Sekali...Cis. Dah la tudung baru, susah nak betul...Eh?


2. Larian Obor SIPMA 2013
Sempena SIPMA bulan Nov ni. Dorang main pas-pas obor. Stat dari Kolej Matrikulasi Perlis. Berakhir di Kolej Matrikulasi Pahang. Aku diamanahkan wat senamtari. Rasa serabut perutlah pulak bila terlibat dengan aktiviti peringkat kebangsaan ni. Cepatlah SIPMA hoiiiiih...


Hari ahad ni weh. Sumer wajib hadir.WAJIB! Amaran keras. Silalah takut.

3. Main masak-masak
Sekali lagi aku makan pasta dengan sambal belacan. When east meet west. Barulah betul-betul anak kampung u alls. Cubalah, pasti hidup lebih adventure.


Tuk anak-anak aku masak donut. Ya donutttttt memanjang. Dorang ialah penyokong tegar si donut, maka donut je la yang aku masakkan. Resepi wat donut leh wat doh pizza. Nantila aku update cara nak wat donut. Ecehhhh, bila si pemalas memasak nak update resepi. Tajuk entri nanti haruslah gempak. Supaya nampak gah walaupun hakikatnya...

4. Latihan senamtari SIPMA
Satu ayat menggambarkan latihan senamtari ni. "Penat". Bukan penat nak berjoget beraerobik. Thats my feveret. Bukan penat ngan students. They are awesome.

Tapi

Penat dengan karenah pihak-pihak berkuasa. Kejap nak pendek. Kejap nak ramai. Kejap orang sana. Kejap orang sini. Kejap jadi itu. Kejap jadi ini. Apakah?


Atas is Ija our kareografer. Nasib kolej hire Ija. Kalau tak... aku pitam banyak kali! Masa ni hari Ahad (sila take note). Patut jam 10 habis tapi takdirnya jam 1130 malam baru habis sebab pengarah kami yang baik hati nak jumpa semua AJK.

Sebab pengarah baik hatilah kami akur walau pun hari Ahad. Walau pun dah nak hampir tengah malam. Walau pun Lin terpaksa mengangkut si kenit Nazmi. Walau pun... Kami redha. Kerna kami berkhidmat untuk negara (sambil ambil bendera Malaysia dan mengibarkannya secara berirama ke kiri ke kanan ke kiri kanan kiri kanan...)

5. KATMO
Kalau pandai tekalah KATMO tu abbreviation tuk apa? Cepat-cepat. Sapa betul dapat hadiah. 


Okay, korang tak kuasa pun nak teka apa tu KATMO kan? KATMO ni ala-ala macam sukantara di sekolah.Bezanya tiada rumah sukan, tapi mengikut sekolah dalam daerah Kuala Langat. Empat acara yang dipertandingkan ialah lari lompat berpagar, 100m, lontar peluru dan lompat jauh. Oh, bukan aku yang masuk KATMO ni. Amni yang masuk. Aku hanyalah pencinta kepada gaya hidup sihat. "Majulah Sukan Untuk Negara"

6. Book & PC Fair
Pertama kali dalam sejarah  KMS adakan Book & PC Fair sekaligus. Jangan dibayangkan macam di PWTC. Satu per empat PWTC pun tak. Tapi jadilah wat cuci-cuci mata selain melampiaskan nafsu sebagai seorang bekas shopaholic. Ya, aku sudah berubah. Tolonglah percaya.


Sumer yang di atas sumer shopaholic. Yang students kemain lagi. Dapat voucher buku 1M kowang buat hapa haaaaa? Nak kena libas dengan rotan sorang-sorang ni (dengan nada suara yang penuh kecemburuan).

September is actually am being super duper busy with lots of activities. Coming one after another. Non-stop. October and November, be nice to me k? Please...

Baik...
Berhenti mengharap...
Selagi SIPMA tak habis.
Selagi tulah...
Baik. Titik

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, September 18, 2013

Setahun Berlalu

Salam dari Jugra,

9 Zulkaedah 1434H, majlis tahlil dan bacaan Yaseen diadakan bagi mengingati pemergian Abah ke rahmatullah. Genap setahun Abah pergi meninggalkan kami dengan sejuta satu kenangan. Abah yang sentiasa berfikiran terbuka. Abah yang penuh semangat untuk setiap apa yang dia lakukan. Abah yang kuat. Abah yang tabah dalam setiap apa ujian yang menimpa. Itulah Abah yang aku kenal.

Dulu, akulah yang paling manja dengan Abah. Tah apa sebab, tapi aku memang manja dengan Abah. Sampaikan tidur pun aku nak tidur dengan Abah walaupun dah menjangkau belasan tahun. Kena sound direct dengan makcik, barulah aku tak mengendeng dengan Abah kalau nak tidur. Aku tak betah dengan Mak. Misteri Kg Pisang. Tapi itulah aku. Lebih banyak bercerita dengan Abah berbanding Mak.
 
Dulu, aku jugalah yang Abah nobatkan sebagai anak terdegil dari 7 orang anak-anaknya. Ada ja adik beradik lain yang degil selain aku. Tapi aku yang TERdegil. Aku tak ambil hati pun bila Abah bagi penganugerahan khas berprestij sebegitu. Sebab aku memang degil. 

Masa aku nak pilih kursus untuk Ijazah. Berkeras aku nak ambil Sains Komputer walhal Abah bersekongkol dengan nenek melobi aku bertubi-tubi supaya aku amik bidang kedoktoran. Masa aku memilih jodohku. Abah memberi nasihat panjang-panjang, lebar-lebar. Tapi aku tetap aku. Mahu tak mahu, Abah akhirnya akur dengan kekerasan aku.

Dulu, aku menjadi kebanggaan Abah. Aku yang pertama dari seluruh keluarga, baik dari sebelah Mak atau sebelah Abah yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Akulah yang pertama menjejakkan kaki ke Universiti. Dan sudah semestinya aku yang pertama menggenggam segulung ijazah. Setiap kejayaan yang aku perolehi, Abahlah yang paling beriya mencanangkannya ke seluruh taman. Dulu aku anggap Abah seperti riak. Tapi sekarang bila ku fikirkan semula. Bukan riak sebenarnya. Tapi gembira teramat tersangat-sangat sampai Abah tak boleh nak simpan aura gembira tu seorang-seorang. 


Idea Abah supaya gambar kami adik beradik ambil ijazah di framekan. Ikutkan, kami semua macam tak setuju. Segan owh abah nak letak kalau boleh depan pintu rumah, tapi akhirnya sebulat suara letak di main hall. Bertahun, barulah impian Abah kami laksanakan. Itu pun bila Abah dah diagnose kan colon cancer stage IV. Derhaka rasanya kami melambat-lambatkan impian Abah. Maaf Abah, kami salah mentafsir niat hati Abah.

Abah selalu cerita, dulu dia juga bijak. Cuma kemiskinan yang menghalang Abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin Abah bahgia tengok kami adik beradik berjaya dalam pelajaran. Masih terngiang-ngiang skrip Abah. "Kau belajar saja. Duit biar Abah yang uruskan. Usah risau"

Aku antara anaknya yang belajar dalam kepayahan. Di kampus aku makan ayam seminggu sekali. Makanan bercatu. Kerja part-time di kedai fotostat untuk menampung hidup di USM. Komputer beli sendiri. Duit pinjaman JPA kena pandai-pandai bajet. Di akhir-akhir hayatnya, Abah selalu ulang-ulang cakap, "Kesian ko dulu. Susahnya belajar. Tak macam adik-adik kau. Minta duit ja dapat". Aku jawab, "Takpela bah, Abah dah berusaha. Mungkin rezeki adik-adik dapat belajar dengan lebih selesa"

Semasa akhir hayatnya, Abah banyak habiskan masanya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Asal jumpa aku, mesti cakap, "Pandai kau. Tak ambil kursus doktor masa Ijazah dulu. Abah sembang-sembang dengan doktor-doktor muda di PPUM. Teruk dorang kerja. Nasib kau tak amik doktor". Aku senyum ja mengingat kembali detik kerasnya aku meletakkan Sains Komputer sebagai kursus pilihan pertama. Doktor aku letak juga untuk cover line. Kalau Abah tanya, aku leh kata aku letak doktor dalam pilihan tapi teda rezeki nak dapat. Padahalnya aku letak doktor sebagai kursus yang paling akhir. Pilihan kelima

Masih ingat, kali terakhir aku bercerita dengan Abah. Dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung untuk Aidilfitri 1433H. Aku bercerita tentang kenaikan pangkat dan kebarangkalian aku kena berpindah, mungkin ke Labuan. Abah jawab, "Pergilah. Apa salahnya berkhidmat di tempat orang". Aku kata, "Family macam mana bah?". Abah kata, "Kalau itu  yang Allah aturkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Kalau tiba masanya, kau akan uruskan segala perkara dengan baik". 
Aku senyum laju-laju. Hilang segala gusar. Sekarang tahukan, apa sebabnya aku lebih suka bercerita dengan Abah. Jawapannya mudah, menenangkan dan mendamaikan. Sikap keterbukaan Abah sangat mengagumkan. How I miss him so much! Ah...Touching uda ni...


Sisters. Abah, kami takkan pernah berselisih faham. Kami janji!


Pegang erat janji untuk menjaga dan menggembirakan hati Mak seperti yang Abah nak. Brother & sisters, mudah-mudahan kita akan bersatu hati hingga Jannah. Aaamiiinn.

 Anak. Anak Saudara. Sepupu. Cucu.

Kami bersama-sama, berkumpul hari ini kerna Allah. Kerna Abah.
Al-Fatihah...

Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Wednesday, September 11, 2013

Corat Coret KAKOM 2013 ~ Kolej Matrikulasi Perak

Salam dari Jugra,

Alhamdulillah sampai juga ke Jugra setelah berkampung selama 4 hari; 3 malam di Gopeng, Perak. Sekali lagi di amanahkan menjadi pengurus kepada pasukan Bola Keranjang (P), atas permintaan coach. Atas permintaan hokey...Terima kasihlah coach kerna percayakan aku.

Komitmen bagi team kali ini tidak sepenuhnya seperti tahun sebelumnya, dek dihambat kesibukan menguruskan kumpulan senamtari, persediaan untuk SIPMA bulan November ni. Dapat buat apa yang termampu dibuat. Selebihnya, coach tolong buat kerja pengurus. Tu la sebab, aku pun demand. Kalau nak suh aku join KAKOM aku nak dengan coach yang sama juga. Seronok nak tumpang gi KAKOM dengan coach yang super rajin. Selayaknya lah dia dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari tu.

Apa? Aku macam students? Dah biasa dengar...Lalalalalaaa...

Kami bertolak seawal jam 9 pagi. Awal ke tu? Sebanyak 5 biji bas kesemuanya. Singgah makan-makan di RnR Rawang. Seperti biasa aku pekena teh tarik. Tah apa sebab dua tiga menjak ni ketagihan aku terhadap teh tarik agak menjadi-jadi. Makan spirulina dengan harapan diabetes menjauh pergi. Logik ke? Errrr... Walau bagaimanapun coach yang baik hati sponsor pau. Mula tu macam tak nak makan. Just nak minum air. Tapi bila dapat pau free, automatik nafsu makan naik secara menkhinzir buta.

Perjalanan ke Gopeng tidaklah sejauh macam nak gi Changlun Kedah. Sembang sedikit sebanyak, eh eh dah sampai. Maka jadilah KMS sebagai kolej pertama tiba di KMPk. Sepertinya kontijen KMS tak sabar-sabar nak bertanding di KAKOM pada tahun ini. Bajet jaguh.

Sampai-sampai ja, terus disuruh makan. Macam faham-faham je sumer dah kebulur. Maka berduyun-duyunlah kami ke kafe. Suapan pertama, apa yang aku leh kata. Makanannya sedap. Terbaik, jauh kalau nak dibandingkan dengan makanan yang kami dapat di kafe Kolej Matrikulasi Kedah tahun lepas. Owner kafe pun baik hati. Senyum ja selalu. Kira kalau kami kalah pun tak ralat rasanya sebab dapat makan sedap.

Pada waktu petang ialah sesi penyesuaian gelanggang. Awal-awal lagi aku dah wat hal. Lambat sampai ke basketball court sebab nak jumpa kawan lama. Sorry team I am late.  Dah sepuluh tahun terputus hubungan. Maka excited terlebih sampai terbuat-buat lupa yang aku adalah pengurus team basket KMS. Tahun ni barulah dapat contact semula kawan tu. Kawan sama-sama belajar di IPDA dulu. Driver tegar kami kalau nak ke kelas. Lupa lak nak tanya khabar Kelisa kau Pikah!


Jejak kasih. Inilah sahabat baik ketika ambil diploma pendidikan di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra Kedah. Pikah (kiri) dan Yai (kanan). Patutnya ada seorang lagi. Nita. Tapi dia pensyarah di Kolej Matrikulasi Melaka. Mulanya, kami berempat adalah guru sekolah biasa yang dicampak secara berjemaah ke Borneo. Kami bertiga di Sabah. Nita di Sarawak. Dan Yai ialah orang yang bertanggungjawab memaksa kami untuk mengisi borang bagi mengisi jawatan pensyarah di kolej matrikulasi. Dia paksa. Selagi tak isi selagi tu dia akan called, called dan called. Dia bersungguh lebih dari kami orang sampai aku rasa segan dengan keprihatinan dia.

Lepas sesi jejak kasih, akhirnya sampai jugalah aku ke basketball court. Walau pun lambat. Sempat jugalah wat free throw ngan budak-budak. Banyak-banyak try,  masuk satu ja. Janji masuk. Itu pun aku dah giler berlagak bajet macam NBA basketballer.

Malamnya ada meeting. Meeting kan peraturan, masa perlawanan, warna jersi. Aku tak ingat banyak apa yang aku meeting kan. Yang aku pasti aku mengantuk. Oh tolong, aku nak tidur lena. Please...

Game kami hari pertama bermula jam 11 pagi. Patutnya aku boleh mengambil kesempatan untuk berlingkar atas katil sampai jam 9. Tapi bayangkan, jam 5 dah bangun. Jam biologi, walhal set alarm jam 6.30 pagi. Maka pergilah aku mengintai corak permainan Kolej Matrikulasi Pahang, Labuan, Perak dan Teknikal Pahang. Bila tengok, aku nampak bayangan pingat gangsa.

Jumpa KMPerak pada perlawanan pertama. Awalnya aku rasa macam boleh menang. Tapi...pada set kedua kami ketinggalan 8 - 3 walau pun awalnya mendahului. Dalam hati dah terdetik redha..."Okay, tiada harapan". But miracle do happen. Sungguh lawak bila bola tersangkut di palang basket. Sungguh misteri bila player team Perak masukkan bola di basket kami. Sungguh seram bila pertama kali aku tengok coach yang aku kenal sebagai seorang yang bapak cool, marah giler sampai tahap menghempas barang.

Dan sungguh puas hati bila player kami main bersungguh-sungguh dan akhirnya kemenangan milik kami pada masa tambahan bila seri 8 - 8. Serius , game dah macam game final. Melompat-lompat keriangan walhal baru first game. Kami menang dengan KMPk 14 - 8.

Tapi, itulah sebenarnya game yang menyebabkan kami dapat gangsa. Kalaulah kalah, rasanya nasib kami akan sama seperti team perempuan yang lain. Nampak sangat yang girls team basket main tak macam perempuan. Harap pengurus dia jela yang sopan, ayu gitu. Nasib.

Kami menang sekali lagi dengan KMTPh 22 - 2 pada hari yang sama. Tapi hari kedua team kami kalah kepada KML 0 - 28 dan KMPh 5 - 18.


Dahla kalah secara hatrik, gi pulak merayau satu kolej bergambar riang. Siapa yang kami jumpa di laluan, kami panggil bergambar sama. Team volleyball Labuan dan pengurus volleyball KMS, En. Zahar menjadi mangsa. Pembetulan. Bukan kami yang panggil. Aku yang panggil sebenarnya. Hehe.


Tak cukup dengan semalam, masa nak bertolak balik kami bergambar lagi. Ya, pengurusnya yang over lebih. Sila redha. Sekian.


Akhirnya berakhirlah KAKOM  Zon Tengah bagi tahun 2013 dengan membawa pingat gangsa dari pasukan Bola Keranjang (P) Kolej Matrikulasi Selangor. Keseluruhannya, kami membolot 1 emas dari pasukan hoki. Selebihnya 3 perak dan 7 gangsa. Viva KMS.

"G double O D J O B. Good Job. Good Job. Good Job!"

Selesai satu. Namun PBS menanti. SIPMA menunggu. Fighting! Hiyarghhhh!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!