Tuesday, June 3, 2014

Trip to Mulu Day 2

Salam dari Jugra,

Perjalanan kami bermula seawal jam 7.30 pagi. Masa di Sarawak seperti juga Sabah, awal jika dibandingkan dengan Semenanjung. Jadi 7.30 pagi tu consider pagi lagi di sini. Awal-awal lagi kami dah konpius-konpius. Malam tadi aku dan Moi macam terdengar Mr. Bagley kata packing semua baju siap-siap. Tapi yang lain-lain kata, tak payah sebab mungkin akan balik semula ke camp untuk angkut barang-barang. After breakfast, kebenaran terbukti. Nahhhh...betullah apa yang kami cakapkan. Tulah, degil tau u alls ni...^_^

Kiter breakfast dulu. Lepas breakfast...

...kiter shopping. Lepas shopping...

...kiter bergambar.

So, bila nak mulakan perjalanan ni? Itulah sebabnya, orang yang selayaknya dapat Anugerah Insan TERsabar dalam ekspedisi ini, tak lain tak bukan ialah...

Mr Bagley, our touris guide. Kaum pribumi Berawan. Umur dia 60++. Nampak sangat muda kan? Mesti sebab oksigen yang dia sedut oksigen yang paling pure. Kerja dalam hutan kot...

Hari ni, kumpulan kami bertambah seorang lagi ahli, dari Ireland, Aiko. Dia seorang yang tidak sabar. Umurnya dah nak cecah 60++ juga tapi stamina macam umur 20++. Suka mengembara, suka adventurous trip. Dah berkahwin tapi tiada anak. Isteri dia lebih suka membeli belah dari ikut dia memanjat gunung. Kesimpulannya, aku rasa kalau kau rajin keluarkan peluh kau akan sihat walafiat Insha Allah. Jadi marilah kiter mengamalkan gaya hidup sihat k.

Aiko and me...

Ikut tentatif program, kami akan ke Wind Cave, Clear Water Cave dan terus ke Camp 5 dengan menaiki bot panjang. Bot kami adalah bot paling besar, paling panjang, paling hebat kalau dibandingkan dengan bot kumpulan-kumpulan lain. Namun hukum alam menyatakan inertia bergantung kepada jisim bot per pecutan, maka jadilah kami bot yang paling lambat dan paling sopan sebab mengangkut penumpang seramai 14 orang sedangkan yang lain angkut tak sampai 10 orang...T_T.

Kemain excited nak memulakan perjalanan

Sebelum sampai ke Clear Water Cave, kami menyinggah ke perkampungan orang Penan. Untuk shopping...Yeayyyyy. Di sini ada dijual kraftangan yang cantik-cantik, yang unik-unik. Kalau berhajat nak bantu kaum pribumi membelilah macam aku dan Moi yang borong key chain buaya Mulu sampai 20 ekor.

Nak shopping lagi excited...

Makcik tu memang cool habis. Dia leh tiup seruling tu guna hidung.
Abaikan entiti sebelah kiri makcik tu. Dia eksyen ja lebih...^_^

Abang Penan ni ensem...Dahla pemalu, pandai mengukir lak tu...^_^

Perkenalkan adik Penan porter yang gagah perkasa. Angkut beg berat macam angkut cikedis.

Selepas membeli belah di hutan rimba, perjalanan kami teruskan. Sampai tempat dituju, Mr Bagley arahkan kami memanjat tangga untuk mengeksplorasi Clear Water Cave pula. Clear Water Cave adalah sangat indah kalau dibandingkan dengan dua gua yang kami lawati semalam. Indahnya bila ada sungai yang deras di dalam gua, selain seronok tengok stalagtit dan stalagmit lagi dan lagi yang bentuknya takan sama antara satu sama lain. View dari mana-mana arah pun sangat cantik untuk di abadikan. Indahnya ciptaan alam, besar dan gah kuasa Penciptanya. Subhanallah...

Air kat sini jernih giler, tapi Mr Bagley tak bagi kami mandi...T_T

Macam mana air sungai dalam gua kan? Kalau baca info yang disediakan, berjuta tahun yang lalu ia sebenarnya sebiji batu besar yang mengandungi air terperangkap di dalamnya. Air tersebut akan mengakis batu besar sangat tu sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa sehingga batu tu berlubang dan menjadi gua. Boleh bayangkan tak betapa besarnya batu tu. Besarrrrrrrrrrrrrrr saaaaaaaaangat...

Selesai dalam Clear Water Cave, kami turun semula di tempat awal kami sampai tadi untuk lunch. Menu dia sangatlah hutan, nasi, kari ayam, pucuk paku goreng dan rebung goreng. Sedapnya pucuk paku dan rebung tu sampai aku terkenang-kenang sehingga sekarang. Gulp...Telan air liur.

Masa ni nga break, so makan biskut dalam tin cicah air nescafe jer

Selesai makan, sambung jalan ke Wind Cave. Napa namanya Wind Cave? Sebab ada satu laluan dalam gua ni, pabila kau lalu kau akan rasa angin bertiup, maka secara tak lansung laluan tu jadi sejuk. Tempat yang menarik selain laluan tu ialah satu kawasan yang dinamakan King's Chamber. Kawasan tu sangat cantik macam bilik tidur raja. Susah nak ceritakan lebih-lebih, kena pergi dan lihat sendiri.

Kena jalan kaki ke Wind Cave. Mulanya rasa seperti dianiaya, tetapi...

Nasib baik berjalan, boleh jugerlah bergambar bawah kolong macam ni.
"Macam pendatang haram" Hafiz kata...mulut kau memang...

Dapat jumpa arca batu kapur ni sepanjang perjalanan...cantik kan?


Ambil apa sahaja peluang untuk bergambar iaitu antara penyumbang utama kepada kelewatan pergerakan kami...hehe

Sampai sudah...
Ekspedisi meneroka gua berakhir di sini.
Hafiz, Anita, Me, Jenny, Ting, Mr. Kean
Ashley, Ivy, Moi
Selesai semua tu dalam jam 1. Kami mesti bertolak ke Camp 5 iaitu satu hentian untuk sesiapa yang ingin meneroka Pinnacle. Untuk ke Camp 5 separuh jalan ialah jalan air, separuh lagi ialah jalan darat. Maka pengembaraan bermula.

Muka hepi sokmo kerna tidak menyedari apa yang akan berlaku sebentar saja nanti...
Selama ni aku dengar ja Anita gebang-gebang sal orang tolak bot di Mulu. Bunyi macam tak logik ja sebab musim kemarau dah berlalu kot. Sekali tu memang betul-betul kena tolak bot. Sumer sekali. Lima lelaki (Mr Bagley, dua porter Penan, Hafiz dan Mr. Kean) masih belum mampu untuk menggerakkan bot...Besttttttt...satu pengalaman yang tak semua orang leh rasa. Kalau korang nak rasa, pergilah Mulu bulan Januari hingga Mac. Ada bran?


Acara tolak bot berjalan dengan lancar.
Selain tolak kami juga dikehendaki berjalan di persisiran sungai untuk refleksologi katanya...
Snap photo as usual...
Sambil tolak bot sambil ketawa we olls tau...
Satu insiden yang paling lawak ialah bila Moi di heret bot. Ia berlaku betul-betul depan mata aku...Kelakar betul. Pandai Moi menghiburkan hati kami tau. Hahahahaa...Oh korang ta rasa kelakar eh? Hehe. Tak mampu aku nak spesifikkan jalan cerita. Itulah kenangan abadi namanya...^_^

Selepas bergembira menolak bot dan berjalan dalam sungai berselang seli, tibalah pengembaraan di jalan darat pula. Kegembiraan ini kami teruskan dengan memikul beban seberat purata 8.5 kg seorang dengan berjalan kaki sejauh 8 km. Jenny dan Ashley terkecuali sebab dorang upah porter. Rupa-rupanya antara kami ada super woman yang bawa beban lebih berat dari aku telah berjogging tuk sampai ke Camp 5. Aku syak dorang tu terlebih glukosa. 

Aku terlambat sikit ja masa nak pakai stoking, terus dorang hilang dari pandangan. Maka berjalanlah aku keseorangan dalam hutan ni menikmati alam sekitar. Seram juga rasanya sebab tak nampak orang lain. Kejap kang hujan, kejap kang angin...Aku ikut ja tiang belang merah putih sebagai panduan. Beban semakin terasa di bahu...Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil sayup-sayup kedengaran..." Hana...Hana..." Aku toleh ke belakang. Anita rupanya bersama-sama Hafiz dan Mr Bagley. Lega rasanya meneruskan perjalanan lagi 2 km berteman.

Sampai di Camp 5, kami adalah orang yang terakhir. Terus cari tempat nak tidur yang nampaknya lebih mencabar dari asrama di HQ Mulu. Hanya ada tilam, maka berbantal lenganlah tidurku malam ni. Maaf, drama je lebih. Aku bawa sleeping bag daaaaa. Maka harapnya selesa sikitlah tidurku nanti. Camp 5 ni letaknya betul-betul di tepi sungai. Haruslah mandi pun di sungai kan? Airnya sangat seeeeeeejuk. Tapi Hafiz kata bagus rendam badan tuk melegakan kesengalan membawa beban berat tadi. Sambil berendam sambil aku dan Moi melobi insan-insan yang bercadang tak nak ikut naik Pinnacle tuk turut sama naik keesokan harinya.

Cuba ikut logik akal, apa ke cer ko dah menempuh macam-macam dugaan, berjalan sejauh ini dengan beban yang berat, sekali tu esok ko nak lepak kat Camp 5 ja? Wat de hal? Ini sudah anti klimaks namanya. It cannot be like that...Puas meracun, nampaknya seperti mereka-mereka ini akan berubah fikiran...Yes! Hehe

Ya, aku rasa seperti mahu pengsan...Beg-beg itu telah membebani aku tanpa belas...T_T

Inilah Camp 5 yang tersohor itu
Bilik kami nun sebelah kanan gambar.


Sebelum tidur kami dinner. Rebung goreng dan ayam kari lagi. Melantak je kerja aku kat sini walaupun tak sempat nak rasa lapar lagi. Risau kelaparan kat tengah-tengah hutan belantara ni. Biskut cicah teh pun aku belasah bertubi-tubi. Janganlah nanti aku naik atas penimbang, berat bertambah...Please

Mr Bagley bagi penerangan untuk perjalanan esok. Selesai sumer maka tidurlah kami dengan diiringi deruan air sungai yang mengalir deras...Oh tak lupa, ada bunyi cengkerik juger. Gud nite Mulu.

Tomorrow, the real journey begin...I is excited!
Pic masuk nanti-nanti...^_^

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Monday, May 12, 2014

Trip to Mulu Day 1

Episod 1 : Dalam Flight Air Asia

Salam dari AK5640,

Malam tadi aku tido tak lena. Suka macam tu. Asal nak gi travel mesti taleh nak tido sebab risau tak terbangun nak kejar flight awal pagi. Rancangan asal kami (aku, Jenny, Anita dan Hafiz) nak naik limo KLIA, tapi macam mahal sangat (RM96.30). Teringat kat Uncle Rajan, jiran Moi dulu. Call dia, baru RM70.00 Penjimatan terjadi sebanyak RM 26.30. Bahagi ngan 4, sorang baru bayar RM17.50. Hidup harus pandai berjimat cermat kot...

"Kita berada 37 000 kaki dari aras laut. Penerbangan berawan dari KLIA2 ke Miri ", ulas juruterbang kami. Aku tengok ke bawah nampak biru ja. Tetiba terkenang MH370. Haih...

Sebelum kami naik flight, kami dah breakfast siap-siap di Old Town. Tapi brader tepi aku bagi breakfast dia laks. Dahla bagi seat dia tepi tingkap kat aku, pastu bagi lagi breakfastSweet tau perangai camtu. Terpaksa aku makan walau pun dah kenyang. Sempat aku jeling kalori Mee Goreng Mamak AirAsia Cafe. 437 kal mak aiiiiii. Berbasikal 40km pun taleh nak bakar kalori sebanyak tu...T_T  Aku syak brader sebelah aku kerja kat pelantar minyak di Miri sebab kuatnya bau rokok kat badan dia. Oh, macam tiada kaitan pelantar minyak ngan rokok ya? Ohhhhh...

From Kuala Lumpur, there are 7 of us. Jenny, Anita, Hafiz, Mr Kean, Ivy, Ashley and me. We will meet Ting at Miri coz she comes from Sibu while Moi already waiting for us at Mulu. She takes flight straight away from Kota Kinabalu. Our MAS Wing Flight will depart at 1pm. So, we have time to explore Miri.

Kami di KLIA 2

Nota kaki: Sleepy but can't sleep lor...

Episod 2 : Kamek sampei Sarawak uda

Salam dari Miri,

Kisah di Miri biasa-biasa aje. Tapi aku leh claim aku dah sampai Miri walau pun dengan hanya berlegar-legar dalam lapangan terbangnya. Lambat sangat kami bertindak. Patutnya sampai-sampai Miri terus cari teksi, paksa driver pusing-pusing Miri sambil jadi tourist guide. Ini dah jam 11.30 baru nak terfikir idea tu. Memang kirim salamlah jawabnya. Kalau ada orang tanya aku apa ada kat Miri, aku leh kata Lapangan Terbang Miri ada Merry Brown, Starbuck, ada kedai cenderahati dan ada mesin urut. Boleh?

Kami sampai Mulu kira dah lewat. Mr Bagley, tourist guide kami jemput kami naik Hilux untuk dibawa ke HQ Mulu Park. Boleh tahan jauhnya. Moi yang sampai lebih awal dari kami kena jalan kaki ke HQ. Itu sebab ulang-ulang Mr Bagley cakap, "Itu perempuan sangat kuat".



Sampai di HQ, buat pendaftaran sambil main lilit tangan dengan tag warna hijau. Pastu terus gi camp kami yang ala-ala open hostel campur aduk. Syukur aku dapat duk kat dalam satu bilik ngan Moi dan seorang Minah Salleh. Kira tertutup sikit lah. Pilih katil, letak barang, siap-siap dan terus meluru ke Lang dan Deer Cave.

Tulis nama dalam buku...

Jalan laju-laju sebab nak kejar masa. Target 45 minit sampai Lang Cave. Fuhhh...memang sendi-sendi kaki aku da macam kena letak minyak pelincir. Syukur akhirnya selamat sampai ke Lang Cave.


Tengok stalagtit, tengok stalagmit...aku pakai belasah ja nama saintifik yang ulang-ulang Mr Bagley sebut dalam gua ni. Tapi kedengaran seperti itulah. Ia sebenarnya ialah batu kapur yang membentuk arca semulajadi dalam gua. Sesetengah arca ni mempunyai nama mereka tersendiri di sebabkan rupanya. Yang aku ingat, antara namanya ialah Banana Mulu, Sex Stone dan macam-macamlah. Info yang lebih menarik ialah bila Mr Bagley cakap yang Lang Cave ni ditemui oleh bapanya. Wow...terkesima sekejap aku.

Gua yang kedua iaitu Deer Cave lebih besar dan ada sedikit extra dari Lang Cave. Sedikit extra itu ialah guano atau bahasa mudahnya tahi kelawar. Sebelum aku masuk gua aku bayangkan tahi kelawar tu macam tahi cicak. Rupa-rupanya macam habuk ja, turun dari bumbung gua macam salji gitu. Tapi bila ada berpuluh ribu kelawar yang berak, mau tak bergunung tahinya. Bau dia pun leh tahan busuk.

Pemandangan dalam kedua-dua gua memang sangat cantik. Kamera 8MP aku tak dapat nak capture sesetengah view yang mata aku nampak sangat-sangat cantik. So, kalau dalam pic nampak macam biasa-biasa ja, percayalah pemandangan yang sebenarnya adalah 75 kali lebih cantik. Subhanallah.


Bats and Abraham Lincoln
Dalam jam 5.45 petang kami kena keluar dari gua untuk melihat satu lagi fenomena alam yang menakjubkan iaitu kelawar terbang keluar dari gua secara berjemaah untuk mencari makanan. Aku sebenarnya dah cari di You Tube sal Mulu, dan memang banyak giler kelawar dalam video tu. Tapi Bagkey kata peluang untuk kami lihat fenomena tu ialah 50% sahaja sebab masa tu hujan turun renyai-renyai. Bagley dah pesan, by 6 kalau kelawar tak keluar kami kena pulang ke HQ. Jangan tunggu dah. Tapi kebanyakan dari kami memilih untuk berdegil dan rezeki kami tuk lihat fenomena ni dalam jam 6.20 petang. Setiap kali kawanan kelawar keluar, audience mesti cakap "Waaaaaaaaaaa...." termasuk aku hehe.



Jam 6.30 petang kami bergerak balik ke HQ. Aku jalan lebih laju sebab da gelap maaa...Mengikut aku rapat dari belakang ialah seorang ibu dengan anaknya dalam stroller dari Taiwan. Aku heran gak pesal lak dia ikut laju sama macam aku. Rupanya dia nak tumpang headlamp aku. Ohhh..okay. Tada hal. Dan aku percaya, dalam hidup ni kita mesti selalu memberikan manfaat kepada orang lain...^_^

Sampai HQ, kami cari makan terus. Malas nak balik bilik sebab malas nak berebut bathroom. Lepas makan, baru balik bilik, solat dan tidur...9km walk distance is waiting for us tomorrow...Yeahhh

Copy paste catatan pada hari kejadian.
Pic akan di masukkan kemudian (seperti biasa)

Selesai sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Wednesday, April 16, 2014

Cycling Off Road -> Bukit Altantuya -> Longkang Wahidi -> Bukit Ramlee

Salam dari Jugra,

Cerita last weekend. Hari Ahad nan permai. Orang sedang berehat bersantai di rumah, tapi kami...^_^
Starting point di Masjid Yang Ku Lupa Namanya 

Lepak di tempat yang dikatakan Altantuya mengikat dan meletupkan dirinya sendiri. 

 Ending di Bukit Altantuya sebelum layan downhill menuju ke...

longkangWahidi...^_^ menyambung ke Bukit Ramlee

Posing yang bajet-bajet di  Lake View, Bukit Ramlee

Posing yang lakonan semata, juga di Lake View, Bukit Ramlee


 On the top of Bukit Ramlee meraikan admin yang akan berpindah ke KMKt...T_T
Kat puncak ni tetiba ada gerai gelas besar Air Nenas Cincau Laici Cengkih dan nasi/mi kecik/ mi besar goreng yang memang two thumbs up (ke sebenarnya aku yang kebuluran?). Kepunyaan Abang Ramlee. Bijak tau dia wat bisnes. Double two thumbs up...

 Girls in da house... Kelibat wanita di Bukit Ramlee ni adalah rare, tapi kami lakukannya kerana hati masing-masing kering.

On da way back kami layan Dragon Back... Ingatkan da ta da naik bukit, sekali tu ada lagi...Kenapa namanya Dragon Back? Sebab muka buminya macam keluk Ekonomi tu. Turun naik turun naik turun naik dan turun lagi. Memang syiok habis. Mau cycling ke sini lagi nanti. Insha Allah.

Tamat sudah. Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^

Friday, February 7, 2014

Wall Climbing, Extreme Park Shah Alam

Salam dari Jugra,

Seperti yang dijanjikan dan dinantikan. Eh? Dinantikan ke? Sementara jari jemariku masih lagi sakit-sakit, nak menggenggam pun dah macam orang Parkinson. Sementara luka masih berbaki. Sementara ketiak dan tangan masih lenguh-lenguh secara berpakej. Maka adalah lebih baik jika aku update sal aktiviti Wall Climbing ni laju-laju. Baru feel lebih gittew.

Apa-apa hal, meh aku perkenalkan dengan team panjat dinding pada hari yang bersejarah itu. Sumer pertama kali memanjat, maksud aku panjat dinding, kecuali adik manis yang paling kiri tu. Dia ex-spider woman.



Perancangnya ialah yang baju merah tudung pink a.k.a aku. Suka cari hal, suka cari pasal. Anyway, thank you for coming friends. Really appreciated it!

Sesampai ja Extreme Park ni terus nampak dinding yang kami bakal nak panjat nanti. Dah tak nampak Pizza Hut atau Burger King kat sebelah tempat ni. Terus cari tandas sebab aku risau aku akan terkucil semasa aku nak memanjat nanti. Tangan mula menggeletar dan mengebas secara memvavi buta. Terasa jantung mengepam darah secara extra ke seluruh badan...nervous la pulak weh. 

Dalam mana-mana sukan extreme (eh? panjat dinding kategori extreme ke?) ofkos akan ada orang yang akan bagi briefing on how and how. Mesti dengar betul-betul sebab ia lebih kepada keselamatan kita sebenarnya. Habis ja briefing, maka leh mula memanjat. Disebabkan excited maka tiada lansung adegan tolak menolak terjadi. Sumer pun willing nak jadi orang pertama yang memanjat. Mungkin sebab kami kena bayar sendiri. Cer free, mesti main tolak-tolak juga aku rasa. Macam ada pengalaman je kan? Hehe

Tips panjat dinding. Macam legend ja nak mention panjat dinding dari Wall Climbing kan? Haha. Ni kalau pencinta bahasa baca, marah benor aku rasa dia nanti. 

Apa tadi? Oh, tips dan info panjat dinding yang perlu 'orang kali pertama cuba' tahu.

1. Dinding-dinding ni telah dinomborkan sebenarnya. Memang dia tak tulis nombor tu kat dinding, jangan pulak ko cari, tapi memang ada nomborlah. Nombor 1, 2, 3, 4 dan seterusnya. Nombor yang kecil menunjukkan kepayahannya berada di aras rendah. Makin besar nombor makin susah nak naik. Jadi tips pertama dari aku ialah, bermulalah dengan dinding 1 atau 2 dulu. Bila dah naik dan terdetik dialog -> "Ni ja ?", aku cadangkan kau maju terus ke dinding 3. Jangan bazir tenaga di dinding 2. Tapi kalau kaki pun dah goyang, rasa gayat mual dan sebagainya baik panjat dua dinding dengan nombor rendah ja dulu.

Perkenalkan dinding dan nombor ajaibnya dari kiri ke kanan. Dinding 3, 2, 1 dan 4.

Masa ni aku nga panjat dinding 1. Kemain adik tu cakap, "Laju je kak". Memanglah laju sebab dinding 1. Cer tengok nanti aku panjat dinding 3. Mesti kau rasa nak tarik balik apa yang kau cakap tadi dik...^_^

2. Pakaian dan kasut. Aku citer kasut dulu. Kasut terbaik tuk panjat dinding aku rasa ialah kasut ala-ala kasut kung fu atau tapak rata.  Kalau takde leh ja sewa kat sini, baru RM5.00 sepasang. Tayah la kot nak beli, melainkan kau nak panjat dinding hari-hari wat part time job sapu sawang Menara KL. Pakaian pulak aku cadangkan pakailah suar panjang dan baju berlengan panjang. Bukan apa, kebarangkalian untuk korang panjat jatuh panjat tu besar. Maka, harapan nak tersagat kulit dengan dinding tu pun sama besar.

3. Mana kena kuat? Tangan atau kaki? Jawapannya, ialah tangan. Kaki lebih kepada sokongan tapi tangan mesti kuat. Jadi bolehlah nilai keupayaan diri sendiri. Kalau macam aku, aku kuat tang kaki. Tangan memang lemah lagi lembut. Macam mana aku tau? Sebab aku kalau melompat dan berlari tu riang ria ja. Tapi kalau suh aku buat pumping 11 kali pun boleh menyebabkan air mata tumpah ke bumi.

4. Tak risau jatuh? Insha Allah tak jatuh sebab orang yang menjaga kita kat bawah tu (maaf aku tak tahu patut panggil apa) bertauliah, berpengalaman dan tahu serba serbi sal panjat dinding ni. Ada satu alat tu, macam namanya lock. Macam k. Dia akan lock supaya kau tak terlorot jatuh sampai bawah dengan kadar pecutan yang tinggi specially masa nak turun atau masa tangan kau terlepas dari memaut batu masa memanjat tu. Fikir yang baik-baik. Insha Allah semuanya akan dipermudahkan.

Dia akan bertahan macam ni. Lock yang aku cakap tu ada kat pinggang dorang. Insha Allah sumer akan baik-baik saja.


5. Peralatan memanjat dan bayaran. Peralatan memanjat disediakan oleh pihak Extreme Park (Official Website -> http://www.hikersclimber.com ). Dengan bayaran RM25 sejam kau dah boleh memanjat dengan peralatan lengkap kecuali kasut. Tapi aku ternampak kat brosur dia (selepas kami habis aktiviti....cis) yang tiga kali memanjat baru RM10. Pakej climbing for fun namanya. Aku rasa kalau datang dalam kumpulan besar macam kami ni ada baiknya amik pakej tu dari bayar RM25 sejam. Sebab sejam untuk 8 orang memanjat macam tak cukup ja.

Tak cukup ke tak larat dah. Haha. Tiga kali panjat is enough for me. Lebih dari tu aku rasa aku tak mampu. Aku sampai ta tahu samada aku ada tangan atau tidak lepas memanjat tu. Sungguh.

6. Masa dan tarikh. Masa tak kisah sebab dia indoor. Matahari pacak atas kepala pun tada hal. Kalau bajet nak pakai sunblock pun OK, sebab aku pun pakai. Menjaga sangatlah kunun-kununnya. Tarikh, aku tak tahu keadaannya waktu hujung minggu. Tapi aku selalu sangka, kalau namanya hujung minggu memang biasanya akan penuh. Kalau berkelapangan masa weekdays, lebih tenang weekdays rasanya. Tada lah malu orang lain tengok-tengok kau kecoh kat atas nun. Hehe. Kecoh atas dan bawah.

7. Orang gayat leh panjat tak? Jawapannya ya. Sebab one of us is gayat. Menggeletar kaki dia masa sampai kat atas. Tapi yang lebih penting ialah akhirnya dia sampai juga untuk dinding 1 dan 2. Lupa nak cakap tahniah. Jadi gayat bukan alasan k. Ciptalah alasan lain seperti jadual pack ke atau apa-apalah...

8. Paling mencabar ialah bila di dinding nombor 3 dan ke atas. Batu-batunya dah tak serapat dinding 1 dan 2. Masa tu kena pandai bajet nak panjat mana, nak paut di mana. Kaki kiri patut di mana, kaki kanan patut di mana. Permainan mental selain fizikal perlu di sini. Motivasi dari rakan-rakan dan diri sendiri. menjadi pendorong yang kuat.

Tau tak dorongan apa yang lebih kuat? Dorongan dari sudut kepuasan. Sesuatu yang kau rasa kau susah nak capai dan seperti mustahil nak gapai. Segala susah payah, tenaga yang dikerah, perit jerih, akhirnya berjaya juga dimiliki...Perasaannya susah nak digambarkan. Hampir sama macam perasaan aku ketika mendaki Kinabalu, part nak sampai Gunting Lagadan tu...ah teremosi pulak aku...T_T

Apa-apa pun, semua ini kenangan dan pengalaman. Menyesal memang takde dalam fikiran.
Walaupun tangan calar balar. Walau pun upper body sakit lenguh habis-habisan.

Aku puas. Aku gembira. Walau pun hanya mampu wat peace di dinding 3...^_^

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Wednesday, February 5, 2014

Sukan Yang Best

Salam dari Jugra,

Aku mengaku je lah awal-awal yang aku obses bersenam. Bukan sebab nak kurus semata-mata. Tapi sebab aku rasa diri aku akan jadi hiperaktif dan bersemangat bila selesai bersenam. Rasa diri lebih fresh. Rasa puas. Eh, macam-macam lah. Dah kata aku obses kan... maka memang sumer yang baik-baik ajelah aku sampaikan...^_^

Aku sejenis homo sapiens yang suka mencuba. Nak kata aku lalang pun aku redha ja. Mana taknya, lepas tengok Nadal VS Wawrinka dalam Final Australian Open 2014, terus called Unit KOKO. Merayu-rayu nak pinjam raket tenis. Pinjam hokay. Kreatif ke tak aku di situ? Kuikui

Tapi ofkos aku ada senaman feveret aku sendiri. Mehla aku senaraikan senaman apa yang aku rasa paling okay. Mana tau kalau korang masih mencari-cari senaman yang sesuai untuk memulakan gaya hidup sihat kan?
1. Berenang
Berenang untuk aku adalah yang terbaik. Satu atau dua jam dalam kolam renang aku tak rasa letih lansung walau pun aku back and forth from end to end dengan macam-macam style. Frogstyle atau kampung style. Cuma satu style ja lagi yang aku tak berani lagi specially dalam kolam 2 meter. Freestyle, sebab aku lom habis menuntut ilmu. Mencungap dan mengucap aku nak habiskan.

Q :Tak letih lansung? Serius?
A : Tak letih tu menjurus kepada KETIKA kau sedang berenang. Selepas habis berenang...teng teng teng...Siap!

Pro : Berenang sesuai untuk orang yang injured. Berenang akan mengerah kesemua anggota badan untuk bekerja. Orang-orang tua sangat digalakkan berenang. Orang yang baru nak bermula bersenam aku rasa ada baiknya mulakan dengan berenang. Berenang juga mengajar kita untuk relaks dan tenang. (Berdasarkan pengalaman orang yang hampir lemas di kolam renang)

Cons : Berenang takleh hari-hari. Klorin yang terkandung dalam kolam renang bukan calang-calang. Aku penah bantai berenang 3 hari berturut-turut pagi petang masa berkursus di sebuah hotel. Tersiat kulit muka hingga ke lapisan epidermis. Okay, aku melebih. Tapi pedih giler tang muka tu pasti.


2. Berbasikal
Pro : Dengan berbasikal sebenarnya kita ada macam-macam opsyen. (Opsyen1) Kalau nak letih sikit, kayuhlah secara santai seperti mengayuh di persisiran pantai sambil melihat matahari terbenam. Wow, romantiknyer.

Curik pic dari FB member yang baru tadi mengayuh tepi pantai sambil tengok matahari terbenam. Uiks, kebetulan pulak aku baru je merapu sal hal yang sama. Anyway, cantiknya Subhanallah!

(Opsyen2) Kalau nak lebih banyak kalori digunakan, kayuhlah laju-laju ke pantai dari rumah. Sampai-sampai je kat pantai menggelupur cari kedai makan kerna keletihan kunun. Hehe. Penyataan di atas merujuk kepada aku & the gang.

 Pantai Kelanang tak kurang hebatnya (mode ta nak kalah)

(Opsyen3) Kalau nak merasa paha terbakar, nafas mencungap, peluh mengalir tak payah nak kira k, pilihlah untuk mengayuh mendaki bukit. Adehhh...penat toksah citer. Baik mendaki guna kaki ja dari naik basikal sebenarnya. Tapi kalau inginkan cabaran, apa salahnya kalau mencuba? Aku dah try walaupun hanya Bukit Makam. Jadi, anda bila lagi?

Cons : Boleh ja kalau nak kayuh solo. Tapi aku lebih suka  berkonvoi. Tak rasa letih sangat. Kalau tak larat nak kayuh, masing-masing akan memberikan motivasi. Jadi kerna cari geng la kot terutamanya pada yang baru nak mencuba. Harus diingat, bergumbira mengayuh ke tempat di tuju dan pastu kena patah balik ya.

3. Badminton/Bola Keranjang/Tenis
Pro : Seronok main game macam ni sebab berkawan. Tak anti-sosial gitu. Berenang dan berbasikal boleh ja kalau nak gi solo. Tapi pernah ke dibuat orang main badminton, bola keranjang atau tenis secara solo? Tak pernah kan? Pastu haruslah banyak ketawa dari bermain sebab aku main game ni bukan tuk menyertai Olimpik. Tuk suka-suka ja.
 
Cons : Game macam ni memerlukan rakan sepermainan. Kalau tada geng nak main maka hancurlah impian senaman kau pada hari itu. Jadi perlukan perancangan awal supaya boleh adjust jadual. Tu belum kira misi berebut gelanggang dengan budak. Kat kolej ni, kerja berebut gelanggang ni dah biasa kami buat. Dan biasanya kami menang.^_^

4. Aerobik
Once upon a time. This is my favorite. But now, I guess no more. Skang aku banyak terjebak dengan sukan-sukan lain, maka aerobik sedikit terabai. Oh, bukan sedikit tapi banyak. Hihu. Dalam bulan ni aku baru beraerobik dua kali. Harap-harap semua steps aku masih ingat sebab aku rasa aku ialah peranti storan untuk menyimpan semua steps aerobik sejak 2010...^_^.

Pro : Aerobic is fun kalau kau boleh ikut steps dengan baik. Aerobic is fun kalau kau pencinta muzik. Aerobik takan terasa penat waima kau lompat bintang sebanyak 75 kali non-stop. Lebih-lebih lagi kalau lagu yang kau ikut tu lagu feveret. Aku rasa aerobic is more on music theraphy. Eh, rindu pulak nak buat aerobik...

Cons : Beraerobik sorang-sorang adalah satu misteri. Keseronokan beraerobik tak terasa kalau terkinja-kinja sorang-sorang. Kalau boleh terkinja-kinja tu mahu secara berjemaah. Lebih ramai, lebih syok, lebih asyik. Kesimpulannya, perlu perancangan awal jugalah kan?

5. Hiking
Duk kat Jugra tak pernah mendaki Bukit Jugra adalah satu kemaluan. Orang jauh-jauh pun datang semata-mata nak mendaki Bukit Jugra. Timing aku naik-turun bukit ni ialah 1 jam ja. Nak buat giler 30 minit naik turun pun boleh bah tu...

Pro : You are close to nature with hiking. Monyet akan menjadi pakar motivasi yang setia. Bukan seekor dua ekor tapi sekeluarga terus. Hadirnya memberikan motivasi supaya kau boleh mendaki laju sikit. Aku sebenarnya risau kalau kena kokak dengan monyet. Hehe. Pemandangan atas puncak bukit biasanya sangat cantik. Mana-mana bukit/ gunung pun. Puas hati mendaki bila mana kelelahan kau diganti dengan pemandangan yang menarik.

On the way ke puncak Bukit Jugra.

Nak sampai puncak Bukit Jugra kena pandai menyelinap, menyusup dan menceroboh...

Cons : Aku rasa aktiviti ni pun kena bergeng. Risau plak kalau jadi apa-apa kat dalam hutan. Kalau nak hiking sorang boleh ja tapi pastikan bawa hanset. Tapi kalau bawa hanset bateri kong baik tayah bawa. Bagi aku hiking agak memenatkan tapi bak kata pepatah hendak seribu daya...

6. Jogging
Maaf zahir dan batin kerna aku memang taleh gi ngan jogging. Mungkin pencinta marathon akan memberikan pandangan sudut tirus pada aku. Tapi aku tak bersalah kerna aku memang tak suka berjogging sejak dilahirkan. Eh...melebih pulak. Hehe. Kontranya dengan  berenang macam langit dan bumi. Dua jam di kolam renang aku tak rasa letih pun. Tetapi dua minit berjogging adalah satu tragedi untuk aku.

Pro : Tapi menurut pembacaan aku, MET paling tinggi diperoleh dengan berjogging. MET ialah kadar pembakaran kalori. Jadi, sapa nak kurus cepat leh lah berjogging hari-hari 2km. Pssstttt...dengar-dengar Aizat AF yang dulu gemoks tu leh kurus sebab dia berjogging. Lagi satu jogging ni boleh di buat kat mana-mana. Nak jogging dengan baju kelawar pun boleh. Tada sapa nak marah.

Cons : Bagi aku, bagi aku lah kan...berjogging adalah lebih memenatkan jika dibandingkan dengan lain-lain aktiviti. Untuk aku mungkin kena berteman baru seronok nak berjogging. Aku dah try macam-macam cara sebenarnya untuk berjogging. Dengar muzik sambil jog dan tempat jog jangan terhadkan di trek ja (aku dah try pusing kolej) pun masih belum cukup buat aku jatuh cinta sama kamu. Ada apa-apa cadangan lagi untuk menjadikan aktiviti ni fun tuk aku...Ada?

Larian KAKOM 2011. Jogging ramai-ramai macam ni baru best. Tapi skang dorang suh kami lambai-lambai ja tepi jalan tengok atlet berlari. Apakah?

Ya...aku memang pandai berpura-pura happy sebab nampak AJK Dokumentasi sedang menala kamera ke arah kami. Nampaknya taktik itu membuahkan kejayaan.

Dalam jangka masa terdekat ni aku nak cuba wall climbing. Nanti aku wat entri sal wall climbing lak.
Silalah tunggu k...

Eh!TuAjeLahKali.Bye.