Friday, September 19, 2014

Hijrah : Kini Aku Redha

Salam dari Senaling,

Berdegup pantas lak jantung aku petang ni lepas coach basket bersama suruh aku iring budak ke Kolej Matrikulasi Melaka untuk friendly match Isnin minggu depan. Yang nak main budak bukannya aku kot...

Pengumuman... Hari ni genap 3 bulan  aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. KM Selangor masih lagi dekat di hati walau pun jauh di mata. Kadang-kadang bila aku buka pintu ofis, tengok meja kerja, mood pulak masa tu tengah up and down, memang teringat sangatlah kat meja kerja di Selangor yang tahap leh tido selesa bawah meja tiada orang perasan dek kerana  tinggi sifat privasinya. Tak mengapalah, semua itu duniawi semata (ayat klise penyedap hati)

Aku kini semakin menerima KM Negeri Sembilan seadanya. Walau pun ukhuwah fillah ngan rakan sekolej belum lagi seutuh di Selangor tapi aku cukup gembira bila kini aku dah ada geng nak mengamalkan gaya hidup sihat.

Tambah hepi bila kini aku secara rasminya ialah ahli pasukan bola jaring staf kolej.
 
29 Ogos 2014 ada friendly match ngan netball team UKM lagi tu. Happy ja kami walau pun kena belasah 38 berbalas 9. Yang penting bukan kosong...^_^
 
 Ni ja gambar yang nampak aku masa dalam game, menjadi defender tak seglamer attacker...

Walau pun kecundang, happy masih...

6 September 2014 siap gi tournament FSKPP... Netball game tuk para guru seluruh Negeri Sembilan. Expectation memang low giler, tapi semangat juang tetap tinggi kurang sikit dari ketinggian Bukit Putus. Kemenangan 3 dari 5 games dah buat aku hepi mungkin untuk masa setahun sebab aku rasa aku dah melompat, defend, dan terbang sedaya upayaku walau pun tak tinggi mana. Burung unta terbang lagi tinggi rasanya. Yang penting ialah usaha! Bak kata Mahatma Ghandi, "Kemenangan yang sempurna ialah usaha yang sempurna''...
 
Para pemain yang terpilih adalah berdasarkan kriteria - > siapa yang leh free kan diri pada waktu petang

 Cubaan berani untuk menyamai ketinggian pengadil yang pakai baju putih tu sepertinya tidak berhasil. Hehe.

 
Jangan ta percaya, I masuk pertandingan karaoke you. Masa ni nga rehat sebelum start game semula, pengacara tu asyik ulang-ulang tanya, sapa lagi nak masuk pertandingan, sapa lagi nak masuk pertandingan... I is very the concern... Kesian kat dia, so aku masuklah dan ofkos lah tak menang hoi...
 
Alkisah aktiviti berbasikal pulak...
Kayuhan terakhir di bumi Jugra. Offroad kebun duyan atuk.
 
Di Negeri Sembilan, lagi banyak trail offroad nak explore ghupenya. Dah la sumernya dekat-dekat ngan rumah...
Terkini...Trail ni berada belakang kawasan rumah.

Ni trail dalam kolej...
 
Alhamdulillah...
Aktiviti majulah sukan untuk negara berjalan lancar walaupun berada di koordinat yang berbeza. Yeay...

5 September 2014, ialah majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KMS bagi tahun 2013, bertempat di Amverton Cove Resort, Pulau Carey. Alhamdulillah aku ada dalam senarai penerima APC. Barulah aku rasa redha bahawa aku bukan lagi kepunyaan KMS. Bagi aku, dapat anugerah tu seperti satu ending perkhidmatan di Kolej Matrikulasi Selangor yang paling awesome dan paling daebak...Syukur sangat...
 
Senarai penerima APC Kolej Matrikulasi Selangor bagi tahun 2013.

Ex-Science computer Unit member of KMS...
 
...dan haruslah selfieeeee...
 
Mulu Geng + Anita yang tiada dalam pic dapat APC this year. Kami buat assumption, siapa yang mengamalkan gaya hidup sihat berpeluang dapat APC cepat...hehe

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis...^_^


Thursday, August 14, 2014

Hijrah

Salam dari Senaling,

Ya, aku tahu Syawal masih berbaki 10 hari. Lepas Syawal, Zulkaedah. Namanya nak masuk bulan Muharram tu memang jauh lagi, tapi memandangkan penghijrahan aku berlaku pada bulan Syaaban, kira aku update dalam bulan Syawal tu kira orait sangatlah kan?

Kisah penghijrahan aku dari Jugra ke Senaling is very tragics inside. Sangatlah terperanjat bila dikhabarkan kena ke Negeri Sembilan. Seminggu aku amik masa tuk terima hakikat. Aku bersedia tuk berpindah, tapi aku bajet ta Kelantan, mesti ke Labuan...high expectation is stay kat Selangor, sekali dua kali ke Negeri Sembilan...Terpesima aku. 

Terpesima ialah tatabahasa baharu yang aku cipta sempena penghijrahan ku hasil kombinasi dari perkataan Terkejut + Terkesima. Takan kau jumpa cari dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Takkan. Never.

Cabaran aku ni memang tak setanding dengan orang yang kehilangan insan-insan tersayang. Tak tertanding dengan cabaran buat rakan-rakan kita di Gaza. Tak juga setanding dengan orang yang kehilangan harta benda. Tak setanding juga dengan rakan-rakan kita yang ditimpa sakit atau apa saja musibah.

Hakikatnya, aku manusia biasa. Dosa bertan-tan banyaknya.  
Sedikit tak banyak, tertanya-tanya jugalah di dalam hati..."Kenapa aku, bukan dia?"
Eh, macam-macam jugalah aku pertikaikan...Astagfirullah...
Tapi aku manusia biasa kot...

Ini bukan kali pertama aku pindah tempat kerja, dah masuk kali ketiga. Tapi kali ni, tacing sungguh rasanya. Saat aku rasa reputasiku berada di tangga ke dua puluh tujuh dalam carta kolej, aku kena pindah dan kena membina reputasi yang baru. Kini, di Senaling reputasiku berada di tangga ke dua ratus empat puluh dalam carta kolej...T_T. Sumer orang pandang sipi, pandang sinis ja kat aku. Sepertinya mereka berkata-kata di dalam hati..."Ko student, pe hal ko ada kat tempat punch staf ni?". Inilah balasan yang aku dapat hasil dari rupa dan gaya macam student. 

Korang menyampah? Silalah jangan. Mengadu domba aku lom habis lagi ni...
Sambung...

Stres juga secubit bila orang tak kenal aku. Aku kan fesyen kalau pagi-pagi tu rasa nak hai je kan sumer orang. Dari pak jaga, rakan pensyarah, akak adik pejabat dan makmal, opah adik di taska, sampailah ke makcik akak adik yang sapu sampah kat unit. Ahhh...sedih. Kat sini, sumer spesis tu ada...tapi aku rasa pelik la pulak nak hai hai bye bye kat sumer orang yang baru aku kenal. Susahnya nak explain, lebih susah dari explain subtopik Machine Cycle tau. Korang faham kan apa yang aku rasa?

Stres berbakul bila aku kena mula semuanya sekali lagi untuk amalan gaya hidup sihat. Aku masih ingat mula-mula aku di Selangor, tiga orang je kami beraerobik. Tiga orang! Dua tahun setengah kami gigih mengumpul lagu dan steps aerobik secara kecil-kecilan. Kini dah ada ramai follower...Ehemmmm.. Dari aerobik, aku dah mula join banyak lagi sukan. Badminton, berenang, berbasikal dan berjogging. Keseronokan untuk menjalani hidup sihat semakin membiak dengan jayanya. Hati berbunga keriangan dari hari ke hari...Sekali...Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Mulut aku senang nak cakap, "Ya, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah mencaturkan yang terbaik untuk aku. Aku kuat, tu sebab aku terpilih untuk merasai ke'adventure'an ini". Tapi hakikatnya, tidak mudah. Ya, sangat mencabar. Dulu, kemain aku cakap ngan orang, ngan pelajar "Sentiasa bersangka baik dengan Allah" Sekali kena atas batang hidung sendiri, baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.

Kadang-kadang tak semena-mena, rasa down...Nampak tak betapa lemahnya aku? Astagfirullah...Astagfirullah...

Teorinya, aku yakin ada hikmah atas penghijrahanku ini, tapi akalku belum terhijab lagi untuk mencaknanya...Doakan aku sukses di sini ya...

Nah, belanja sekeping pic Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan...


Terima kasih sudi baca sampai habis walau pun mungkin korang menyampah ngan statement perasan ku di atas tadi. Bye...^_^

Wednesday, August 6, 2014

Corat Coret Aidilfitri 2014

Salam dari Senaling,

Corat coretlah sangat sebab aku bajet nak senang tuk update entri sal raya tahun ni. Aku nak letak sumer pic raya aku ngan sikit-sikit citer ja. Kehkeh. Terasa macam bijaknya aku.

Tahun ni, tah kenapa tada mood nak amik pic. Sudahnya sumer pic raya 2014 kelam-kelam dan blur-blur belaka. Bajet minta lampu picit dan miksroskop kalau nak tengok dengan jelas kekdahnya. 

 Tema baju raya tahun ini... 

Inilah satu-satunya pic kami sekeluarga di Hari Raya...Tu pun dalam kamera adik...T.T


Raya tahun ni lebih meriah dengan kehadiran biras mak dari Bangladesh.


Ini set-set baju yang kami pakai raya kedua tapi pic ni di capture raya keenam ke ketujuh aku pun ta hingat. Masa ni gi Jugra saja nak kasi surprise jiran lama, tapi sudahnya kami yang surprise sendiri sebab dorang takde. Aku memang suka main terjah rumah orang dari plan molek-molek. Satu perancangan yang berisiko...


Ini costume tuk raya ketiga. Raya ketiga aku berjalan raya ikut plan mak bersama-sama anak-anak je. Bapa anak dah kena kerja raya ketiga maka dapatlah follow mak beraya ke rumah sedara mara yang rare. Adik beradik aku sumer join kecuali yang nombor empat dan lima. Maka mahap la rumah-rumah yang kami kunjungi sebab empat kereta sekali serbu. Sesungguhnya tetamu datang kan bawa rahmat...

Masa ni, kembar memberikan kerjasama yang tak berbelah bagi tuk bergambar bersama. Tu pun bila aku tunjuk kat WhatsApp dan FB yang kawan-kawan aku sumer wish Selamat Hari Raya sambil bergambar bersama keluarga.


Siap bergambar pegang bunga lagi tew...



Masa ni lima keta sekali serbu sekali ngan pakcik makcik aku join. Dah macam pelamin tuan rumah ni hias rumah.

Raya ke lima aku dan anak-anak bertemakan hitam. Paling best aku gosok tudung lain, tapi pakai tudung lain...Tah apa punya perangai aku raya 2014 ni...

Di perkarangan rumah bestfriend Abah, En Salman. Setiap tahun kami akan gi juga ke sini walau pun Abah dah tiada.

Di rumah arwah Angah Yassin di Sungai Besar. Bapak sedara Abah.

Pas rumah Angah Yassin, aku zoom balik Puchong sebab malas nak patah balik ke Teluk Intan balik ke Puchong semula. Malas nak tempuh jem. Tapi masa balik tu jem jugak la kat Kuala Selangor. Tapi dah set kat kepala, kalau ada jem senyum jaaaa... Jem jew...

Ta jem ta bermaknalah raya kot...

Tu ja citer rayaku. Hambar ja gambar raya aku, tu pasal malas nak publish kat FB. Maklumlah, dah tak nak guna Camera 360...Tak genuine, sudahnya muka memang selekeh habis. 

Hambar, selekeh, kelam, blur... Tu hanyalah gambar, hakikatnya satu hari, paling cikai 8 rumah gak aku pergi beraya. Selera makan pun macam mammoth, sejenis gajah zaman purba yang 7 kali ganda lebih besar dari gajah Sumatera.

Akhir kata, puasa hari tu jisimku 59kg, tadi timbang, jisimku kini 60.5kg...

Sekian, terima kasih...^.^

Saturday, July 26, 2014

Trip to Mulu - Last Part (Mulu - Limbang)

Salam dari Senaling,

Ya, kini dan mungkin untuk masa 3 hingga 6 tahun lagi aku akan berada di Senaling, Kuala Pilah bukan lagi Jugra, Banting. Nantilah aku kisahkan kisah indah itu. Aku nak habiskan trip ke Mulu ni. Janji harus ditepati...Usaha!

Hari terakhir ialah HeadHunter Trail. Perjalanan sejauh 12km. Aku fikir aku akan angkut beban 8kg sepanjang perjalanan ini sekali lagi, tetapi nasib baik Akak Moi telah mengambil tindakan yang super pantas dengan mengorder seorang porter lagi. Paling bijak, dia ajak aku berkongsi bersama sebab bukan kira kg pun macam nak upah porter naik Gunung Kinabalu. Fuhhhh...nasib baik (lap peluh kat dahi).

Perjalanan dimulakan dengan menyeberang sungai...guna jambatan dan bukannya berenang macam dulu-dulu. Segalanya kini menjadi mudah. Tak daya rasanya nak berenang menyeberang sungai sebab arusnya deras sangat. Aku dah try, tu sebab aku kata aku tak daya.

Guide kali ni bukan lagi Mr Bagley, tapi seorang kaum peribumi Iban. Maaf aku tak ingat nama dia sebab lama sangat amik masa nak update kan. Untung je aku ingat kaum dia. Satu lagi yang aku ingat ialah kalau bandingkan dua guide kami, Mr Bagley lagi ramah, lagi banyak info, lagi sabar, lagi berhemah dan lagi handsome! We want Mr Bagley! Tapi sedihnya dia orang Mulu, dan kami pulak mengambil keputusan untuk berjalan dari Camp 5 ke Limbang. So, Limbang person in charge! Selangor person diam-diam uda.

Inilah guide Iban kami. Betulkan Mr Bagley lagi hensem...kan?

Berjalan melalui Headhunter Trail laju kemain, aku sendiri tak faham kenapa harus kami jalan selaju begitu. Nak kata ada head hunter, rasanya citer tu dah jadi lagenda. Confuse lah sangat, sebab akulah yang mengawal kelajuan itu... Satu part dalam hutan tu, ada flower bedding in yellow color. Cantik. Bau dia harum habis. Rugi tak ada siapa yang capture picture. Sungguh rugi. Ingat esok, lusa, minggu depan, bulan depan, atau tahun depan ko nak tempuh sekali lagi perjalanan ni? Akak Moi pulak wat drama tak tau letak mana kamera dia. Yang kami-kami ni pulak nak save bateri smartfon masing-masing, sebab dah 2 hari tada power supply nak charge fon di Camp 5. Ya, simpan sajala gambar itu dalam serebrum masing-masing k...T_T

Ini ja view yang sempat aku snap di HeadHunter Trail

Jalan dan akhirnya kami sampai di tebing sungai. Yang menunggu kami di situ ialah dua biji bot panjang. Dan yang paling menakjubkan ialah Aiko tiada...tengtengtenggggg

Di manakah Aiko? Berdebar jugalah kami, tapi guide kami lebih berdebar. Cuak juga aku tengok muka dia masa tu. "Aikooooooooo..." guide kami yang gigih melaung, kami lak gigih bergambar. Tahla, dalam hati, aku lansung ta risaukan Aiko sebab dia sangat berpengalaman. Yang aku lebih risaukan ialah, takan kami semua akan tersangkut kat sini 3 - 4 jam lagi? Mau aku patah balik cari flower bedding tadi tuk capture image dengan bateri life yang masih bersisa.

Nasib baik tak lama pastu Aiko muncul dengan senyuman manis. Senyumanlah sangat sebab dia gi melepaskan hajat rupanya. Dan keadaan kasutnya yang maha daif memperlahankan pergerakannya. Tapak kasut sokmo tercabut walaupun dah dibalut ngan plaster. Apa-apapun yang penting sumer selamat. Dah...jomlah kita sambung perjalanan dalam bot panjang lak.

Aiko dan kasut berplaster merahnya yang lejen

Perjalanan memakan masa 2-3 jam dalam bot panjang menuju ke Limbang. Seronok view tepi sungai. Makin ke hilir, makin banyak penempatan penduduk, air pun semakin keruh dan bilangan buaya pun makin bertambah. Syukur aku tak nampak lak sebarang buaya, syukur sangat. Aku risau saiz buaya tu lebih besar dari saiz bot panjang kami...Simpang...

Hari ni lunch semakin sadis. Ada ka makan epal hijau ngan biskut inti kacang jew. Tu pun kami berenti lunch di Pejabat Perhutanan tuk lunch. Haish aku ni...syukur ada gak makanan tau. Rakan kita kat Gaza nun tah ada makanan ke tidak...T_T

Insaf...sekejap.

Pendek citer, kami akhirnya sampai ke Limbang. Diturunkan di satu kawasan rumah panjang. Rumah panjang di Sarawak sudah moden ya. Tak pakai kayu sebab asyik terbakor ja katanya. So, gaya rumah panjang di sana macam rumah teres berkongsi satu beranda yang sangat panjang dengan siap nama lagi dilabelkan setiap rumah. How you decorate your own home is up to you. Ada yang siap pasang plaster siling jangan memain.

Pattern rumah panjang di Sarawak. Kaum Penan punya rumah panjang pum macam ni.

Kami menunggu van dan kereta Mr Lim tuk membawa kami ke Pekan Limbang. Dalam perjalanan ke Limbang, Mr Lim ada sembang pasal Limbang. Oh baru aku tau, dari Limbang leh gi Brunei naik kereta. Dekat ja. Ke Labuan pun dekat, tapi ikut bot lah. Oh oh ohhhhhh. Betul kata orang-orang tua, luas berjalan banyak pengalaman.

Kampung air di Limbang. Moi kata Brunei pun macam ni lebih kurang viewnya.

Sampai di Limbang kami duk di asrama Mr Lim. Memang kami tak tempah mana-mana hotel pun tuk stay di Limbang. Masuk bilik, mandi dan sebagainya, perut dah berbunyi-bunyi. Kami pun berjalan explore Limbang yang quite okay. Di Limbang ada KFC k. Tapi apa cer makan kat KFC. Ini Limbang, Sarawak maka moh la cari makanan Sarawak. Aku duk ulang-ulang cakap nak makan Laksa Sarawak. Pusing satu pekan nak cari tempat makan yang kick sampai ke malam (Kami keluar pun dah nak senja). Kedai pun banyak tutup masa tu. Sekali tanya orang, nahhhh...tempat makan yang ada jual Laksa Sarawak dan tutup sampai jam 3 pagi rupanya dekat ja ngan asrama kami rupanya hoihhhh. Tapi takpelah, dapat juga kamek pusing Limbang.

Dengan papan tanda tepi jalan pun jadiiii...Ya, ini idea aku. Habis rare la ni kunun...

Makanan dia memang sedaplah, dan paling best aku lupa nama kedainya sebab punya lama aku nak update trip aku ke Mulu ni...

Maafkan saya.

Jam 1 pagi kami lepak lagi di kedai ni, dek kerana asrama kami tu panas ya hamat rupanya.

Pagi menjelang, dan kami bersiap awal sebab flight Limbang - Miri kami ambil yang paling awal. Sempat lagi tu menyopping dekat pasar pagi cari beras Bario. Mr Kean yang sibuk nak mencari dan aku sibuk nak cuba gak. Serius, beras Bario sangat sedap macam beras wangi. Baru aku tau dan tak sia-sia aku menyibuk kan? Tak cukup ngan beras, sibuk juga mencari pes Laksa Sarawak sebab sedapnya Laksa Sarawak aku makan kat kedai malam tadi. Pes ni rupanya ada banyak brand,dan mungkin kami tersilap beli sebab pes tu rasa agak pahit.

Ke sebenarnya aku yang tak pandai masak...hehe

Apa pun, ekspedisi kali ni berjalan lancar dan sangat happening. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkanNya. Syukur.


Maliau Basin ke Rinjani lepas ni kengkawan?

Terima kasihlah baca sampai habis. Fuhhhhhhhh tak sangka aku siap juga update entri ni hoiiiiiii...

Monday, June 9, 2014

Trip to Mulu Day 3

Salam dari Jugra,

Penceritaan bersambung untuk hari yang paling mencabar dalam misi kami ke Mulu. Inilah klimaksnya. The Pinnacle! 

Jam 7.15 pagi kami dah bersiap sedia untuk menempuh cabaran ini. Ivy, Ting dan Ashley yang pada mulanya ta mahu pergi Pinnacle, telah termakan pujuk rayu kami semalam. Dorang akan cuba naik sehingga Mini Pinnacle katanya. Dalam fikiranku, sampai ja Mini Pinnacle, akan ku racun lagi supaya naik sehingga Major Pinnacle laks.

Mr Kean dan Jenny ja yang tak ikut...
Excited meh...
Aiko, seperti yang aku bagitau dalam entri sebelum ni memang spesies takleh nak sabar. Jam 7.00 dah kecoh nak naik sebab kumpulan-kumpulan lain da mulakan cabaran. Janji jam 7.15 maka 7.15 la kan? Malas agaknya Mr Bagley nak layan, so Mr Bagley suh ja Aiko naik dulu. Dan seperti biasa kami ialah kumpulan yang paling lambat memulakan pendakian. 

Dengan doa, kami pun melangkah dengan penuh semangat padu. Seperti yang diduga, tiga orang itu mengikut sampai puncak. Itu pun penuh ngan drama bila di 0.5 km yang pertama Ashley bercadang nak turun sebenarnya. Kami tinggalkan dia keseorangan kat situ sementara kami meneruskan pendakian ke Mini Pinnacle di kilometer 0.8. Masa kami nga excited capture pic, tetiba Ashley muncul wat seprais. 
Mini Pinnacle. Di sinilah drama itu bermula...

Bertitik tolak dari peristiwa itulah, kami decide untuk memperlahankan langkah kami. Biar lambat sampai, yang penting semua orang dapat naik ke kemuncak. Perjalanan kami ke atas nun penuh ngan kata-kata semangat dan motivasi. Bukan sahaja sesama ahli kumpulan, ngan ahli kumpulan lain yang tertinggal pun kena tempias sekali. "Come and join us, we are going very slow...Come". Ah touching sungguh bila mengenangkannya.

Dengan semangat dan kata-kata motivasi itulah, kumpulan kami menjadi sebutan di kalangan kumpulan-kumpulan yang lain. Kalau ini ialah rombongan sekolah buat kursus team building , aku yakin kumpulan kami akan menggondol pelbagai anugerah. 

Pendakian sangat mengujakan bagi aku. Keadaannya sangat berbeza dengan trail Kinabalu. Lebih mencabar bila kena panjat tegak 90 darjah. Sesetengah tempat sangat bahaya sebab loose rock. Di kilometer yang terakhir keadaannya macam naik rock climbing. Paut tangan dan pacak kaki kat batu, rasa batu kukuh, baru leh naik. Ada ketikanya kami kena lalu celah-celah batu dengan jurang yang dalam di bawah kaki. Tergopoh gapah dan rasa nak berlumba adalah perangai yang sangat buduh untuk diaplikasikan di sini. Silap langkah, selamat tinggal dunialah jawabnya.

Beginila rupanya pendakian. 90 darjah. Syukur ada tangga. Tapi tak semua ada tangga k...
Marilah berbahagia ketika sampai di 1.8 km. 600 meter lagi nak sampai, tapi serupa macam 2 km jer...
Pemandangan alam dari atas puncak adalah sangat menggagumkan. Ciptaan Allah semua serba serbi sempurna. Subhanallah dan alhamdulillah. Terukir satu lagi kenangan terindah dalam lipatan memoriku. Cantik wehhh...mesti pergi kalau berkesempatan.


 Hana 7...Yeahhh thats me and my fav number!
 Personally...this is my fav picture. Taken by Miss Moi.
I am here at last. The Pinnacle,  Mulu National Park, Sarawak.




All of us reached The Pinnacle successfully. A very supportive group members.
All for One, One for All.

Setelah puas menikmati pemandangan dan camwhore toksah nak ceritalah. Kami pun turun kembali ke Camp 5 dalam jam 11.45 pagi. Kalau naik aku teruja, perjalanan turun pulak sebaliknya. Aduiiii...lambat betul rasanya nak sampai ke bawah. Kaki masing-masing dah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Sikit ja lagi nak sama macam siput bergerak. Masing-masing teringat perjalanan 12km keesokan harinya. Seboleh-bolehnya nak elakkan injured.

 Curam...
 ...curam,
 dan curam lagi.
Lihatlah betapa seriusnya Ivy...
Hari semakin menginjak ke petang, macam tak caya aku mengambil masa sebegini lama untuk menyelesaikan ekspedisi hari ke 3. Pada masa ni, mulalah masing-masing mereka cerita untuk menghiburkan hati. Yang jadi bahan cerita tak lain tak bukan Mr Kean dan Jenny.

"Teka apakah first soalan yang Mr Kean akan tanya?"
"Teka apa pulak yang Jenny akan cakap?"
"Agak-agak apa yang Mr Kean ngan Jenny wat skang?"
"Mr Kean dan Jenny akan habiskan biskut tak nanti"

Aku rasa kami hampir berhalusinasi dengan kepenatan dan kelaparan yang melanda. Sehinggalah sampai di kilometer 0.5 yang terakhir, aku telah mengambil tindakan untuk melajukan pergerakan dengan meninggalkan semua rakan-rakan yang lain. Aku telah berlari dan bukannya berjalan. Aku risau kalau lama lagi aku amik masa turun dari Pinnacle, aku akan bertukar jadi lain... 

Tak. The main reason why aku berlari ialah, aku sebenarnya nak ke toilet. Itulah satu-satunya disadvantage meneroka hutan Mulu. No toilet. Dari 8 km kami berjalan dalam hutan. Sambung 2.4km naik Pinnacle. Dan esok 12km meter berjalan pun tak ada toilet. Mungkin kerajaan Negeri Sarawak inginkan pengunjungnya betul-betul mengalami pengalaman 'membuang' di persekitaran semulajadi. Tak tau nak kata malang atau bertuahnya aku, sebab aku 'membuang' di toilet yang toilet.

Jenny dan Mr Kean mengambil keputusan untuk menjejaki kami kerana terlalu lamanya masa yang kami ambil untuk turun ke bawah. Sayang juga dorang kat kami rupanya...Hehe.
Sampainya kami di bawah, di sambut dengan tepukan gemuruh dari kumpulan-kumpulan  yang lain. Kan aku dah bilang, kumpulan kami menjadi sebutan...


Masa ni, aku berjalan dah tak serupa super model. Lebih kepada orang berpantang anak pertama. Paha lenguh-lenguh? Kaki sakit? Melepuh? Itu normal. Kalau tak rasa apa-apa, itu yang lebih bahaya. Yang lebih bahagia ialah semua selamat sampai ke puncak dan selamat sampai ke Camp 5. Syukur. Apa lagi yang lebih penting dari isu keselamatan kan?


To be continue...Trip to Mulu Day 4

Terima kasih sebab baca sampai habis...^_^