Salam Merdeka dari Jugra,
Sudah 56 tahun Malaysia merdeka. Saban tahun haruslah dapat memo untuk menghadiri Sambutan Ambang Merdeka. Setakat ini, aku masih konsisten menghadirkan diri untuk sambutan kemerdekaan peringkat kolej. Nak ke Dataran Merdeka atau ke Putrajaya untuk menyambut tarikh bersejarah ni, memang tak pernah termaktub dalam agenda hidup. Jadi dah ada yang mudah di depan mata. Maka hadir sajalah kan.
Tahun ni, Amni tak ikut sebab tahun lepas aku bawa dia, end up dia tidur. Sekali tu, ramai pulak kawan-kawan dia yang hadir. Tapi nak wat cane. Dia dah selamat tidur pun kat rumah bersama-sama aku awal lagi. Takan nak dikejutkan. Aku ni pun, nasib je lah Ketua Unit call. Kalau tidak, tengok fireworks dengan mata tertutup je lah jawabnya...^_^
Seperti biasa, persembahan sama ja setiap tahun. Dah boleh agak apa di permulaan, apa di pertengahan dan apa di penghujungnya. Sampaikan menu makan dia pun aku dah leh agak. Bihun goreng dan teh tarik. Lagu 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman tu wajib ada. Tapi semangat weh nak nyanyikan sama-sama.
Filem pendek macam mana Malaysia mencapai kemerdekaan pun ada seperti biasa. Tapi kali ni, aku tengok dengan emosi la pulak. Baru nak rasa betapa susahnya kita nak mencapai kemerdekaan. Baru sedar betapa pentingnya perpaduan kaum. Baru tahu hak istimewa kaum Melayu tidak boleh dipertikaikan. Barulah... Dah menginjak dewasa baru nak faham. Baru nak menghayati.
Bila baca status student KMS di FB tulis;
"Bosannya kena paksa sambut Ambang Merdeka. Tidur lagi bagus",
Aku tak marah. Sebab masa aku seusia mereka, aku juga berfikiran yang sama. Doakan mereka akan sedar jugak macam aku sekarang. Wah, touching!
Sketsa Musikal, siaran lansung menghitung detik 12 malam, dan antara pensyarah yang hadir malam tu.
Pertunjukan bunga api tahun ini agak mewah sikit dari tahun lepas. Sampai tiga kali.
Tenkiu Aimi (yang bajet naik beskal tu), I amik pic dari FB you. Harap you redha.
sebab pensyarah you yang comel ni malas nak upload video fireworks...Hehe
Malaysia kita sudah berjaya,
Aman Makmur Bahagia,
Malaysia......,
Lalalalalaaaaa...
Dari Perlis sampailah ke Sabah,
Kita sudah merdeka,
Lalalalaaaa...
Merdeka!
Eh!TuAjeLahKali.Bye!
No comments:
Post a Comment