Thursday, August 22, 2013

Syawal Kali Ini

Salam dari Jugra,

Salam 14 Syawal. Aku main agak-agak ja yang 14 Syawal tu sebab semalam aku dan Amni nampak bulan bulat penuh. Tandanya dalam pertengahan bulan Islam la kan? Beli ketam time ni mesti  best. Mesti gumuk-gumuk itu ketam. Rembat ketam lah petang ni. Masak air tu ja. Letak serai, bawang, garam. Siap. Mudah kan memasak? 

Macam tiada kesinambungan set induksi dengan pengenalan kan? 
Sila abaikan.

Akhirnya Syawal menjelang jua. Bersyukur dipertemukan dengan Syawal 1434H. Berdoa moga-moga aku ketemu lagi dengan adik beradik Ramadhan dan Syawal tahun-tahun yang akan datang. Paling tidak sampai umur aku 75 tahun. Pada 7.5.2053. Di atas sejadah masa sujud solat Subuh. Over tak aku? Sampai macam tu sekali aku imagine. Bukan baru hari ni. Dah lama pun.

Back to the point.

Rupa-rupanya, baru tersedar 2013 a.k.a 1434H merupakan tahun pertama kami beraya tanpa Abah. Terasa-rasa Abah masih bersama kami. Tahun pertama jugalah kami mengunjungi tanah perkuburan Batu 6 Teluk Intan yang berhadapan betul-betul dengan Sek. Men Sains Teluk Intan, tempat aku menimba ilmu 23 tahun yang lalu. Bersebelahan dengan Masjid Batu 6, tempat di mana Abah membacakan khutbah Jumaat, khutbah Aidilfitri atau khutbah Aidiladha.

Terbayang-bayang pulak Abah berlatih baca khutbah di rumah...T_T

Tapi bagus juga kami adik-beradik. Jarang-jarang sekali, seperti hampir tiada lansung kami mengungkit kisah Abah depan Mak. Kalau bajet nak sedih-sedih, kami bercerita adik beradik ja. Pastu noktah. No more. Tak perlulah menambahkan sedih lara di hati Mak.

Raya ni, sedaya upaya kami akan melawat saudara mara yang biasa kami lawati bersama-sama Abah. Tak lupa saudara sebelah keluarga Abah. Teringat Syawal terakhir Abah bersama kami. Kalau boleh semua rumah dia nak pergi dengan kesulitan yang Abah hadapi. Dengan kesakitan yang Abah tanggung. Tabahnya Abah. Kuatnya Abah. Seakan-akan tahu, mungkin tiada lagi Syawal untuknya pada tahun-tahun akan datang.

Al-Fatihah buat Abah. Insha Allah Dekna akan selalu mengutuskan Al-Fatihah untuk Abah. Selalu selalu...

Aduhai. Tutuplah kisah sedih. Kita citer raya k...

Seminggu sebelum raya, dapat SMS dari Along.


Panjang dan lebar. Baik punya. Siap ada kisah air mata di situ. Terus tukar plan. Raya pertama di umah Mak la gayanya kalau macam tu.

Kami sekeluarga sampai di kampung sehari sebelum raya. Sempatlah berbuka puasa di rumah keluarga abang kawasan di Hujung Rintis. Pastu malam raya harus wajiblah berada dengan Mak. Jumpa dengan Along malam raya tu, Along bagitau yang dia akan beraya pada hari pertama di Changkat Lada. Tengahari baru di rumah Mak. Eh ehhhhh...Kenapa tukar plan pulak ni? Sabar je lah. Sibuk suh tunggu dia sampai baru boleh bersalaman raya.

Ikut pengalaman. Tengahari yang dimaksudkan oleh Along pada ayat di atas merujuk kepada pukul 3 atau 4 petang. Menghampiri Asar. Nasiblah aku spesies penyabar orangnya. Nasibbbbbb...

Jadi, si perancang telah curang. Maka kami yang menurut perintah ni, meneruskan jugalah rancangan awal perancang curang tersebut. T_T

Menu pagi raya ialah menu masing-masing punya tekak. Rendang daging rusa. Ayam masak Bangladesh. Kuah kacang. Sumer sedap-sedap. Gigih aku anyam kelonsong ketupat. Tak cukup kelonsong ketupat satay, belajar pulak wat ketupat jantung. Tau-tau Mak dah termasak ketupat segera tu. Alaaaaa...Tekak aku akhir-akhir ini kan agak mengada. Yang segera ta mau. Nak yang lambat-lambat, yang lama-lama jugak. Maksudku ketupat. Masaklah juga dalam 10 ketupat tradisional tu. Gagah aku tak jamah ketupat segera. Makan lemang ja masa berbuka sebab nak tunggu ketupat tradisional tu betul-betul masak. Sungguh mengada. Sungguh paranoid.

Pada yang tak tahu, ketupat jantung ialah yang kat depan ni, ketupat satay yang dibelakang yang bentuk macam Sponge Bob Square Pant tu.

Pagi raya, mandi sunat dan bergegas ke surau Taman Desa Aman. Tak nak lambat macam tahun lepas sampai kena solat sunat di rumah. Tahun lepas ta pa lah Abah ada tuk bacakan khutbah. Pendekkan citer. Berjaya kami sumer solat raya sambil dengar khutbah, sambil bersembang. Kalau khusyuk dengar khutbah, nanti mengantuk. Maklumlah, shaiton kan dah terlepas. Kami ni dah lah set-set belum cukup sempurna. Maafkanlah.

Kami tu tak termasuk Mak. Mak kat saf depan. Kami adik beradik perempuan di saf belakang. Belakang sekali. Saf terakhir. Macam budak nakal duk belakang dalam kelas, buat onar. Hehe

Pas solat sunat, destinasi kami seterusnya pusara Abah. Sedekahkan bacaan Yaseen. Dan terus pergi Bagan Datoh. Yang lain-lain niat nak beraya. Aku niat beraya dan nak tengok anak sedara baru. Belum tengok lagi mak sedaranya yang bertuah ni. Mak-mak sedara yang lain udah selamat nengok pun.

Dihidangkan dengan Nasi Minyak, ketupat, rendang kira standard la kan. Tak cukup ngan hidangan utama. Biskut pun kami bedal. Makan secara berjemaah ni lain macam lak rasanya. Lagi best bila kami main taste biskut. Orang ni makan, unjuk kat orang tu. Begitulah sebaliknya. Makan macam hapa. Macamlah esok taleh nak makan dah.


Yang duk wheelchair tu biras Mak. Budak tecik yang kat tengah laman tu la yang dapat adik baru raya ni. Di rumah inilah kami makan macam hantu raya. Biskut-biskut sumer sedap-sedap. Perempuan yang duk dekat ngan meja makan tu tengah testing biskut kunun. Makan sampai 5 bijik kuih satu jenis kira testing jugak ke? Cer citer...

Pas melantak, aku sekeluarga wat lencongan ke rumah lain. Mak kalau melepak kat rumah orang, sejam tu kira minimum. Aku teringin nak melawat kawan lama yang agak lama jugalah tak berjumpa. Main terjah ja. Kalau dia ada, adalah. Kalau tiada kami balik. Dan rezeki kami dapat berjumpa. Dah ada anak dua pun rupanya.

Seterusnya balik rumah Mak. Mak Ngah dan Cuman bertubi-tubi telefon nak datang beraya. Bagus plan aunty uncle aku tahun ni. Baguslah dorang datang raya pertama. Banyak juadah. Tinggal nak makan ja.

Aku siap tidur nak tunggu Along sampai rumah tuk bersalaman. Tangan aku dah gatal nak bagi duit raya kat anak-anak buah yang telah membiak dengan jayanya. Selesai proses bersalaman, bergambar pulak. Ini acara wajib saban tahun.

 Pink in da house. Saja nak tunjuk baju raya kami (perempuan) satu kayu. 
 
Ini pun tak cukup korum. Adik tidur tak reti-reti nak bangun. Yah beraya kat umah suami. Baa tah ke mana sebab Asmaa' ada la plak dalam gambar. Eh? Misteri ni. Tapi nak bergambar satu famili macam ini adalah satu cabaran yang amat dahsyat. Nak tanda paper exam pun tak seteruk nak mengumpulkan orang untuk bergambar bersama.

Yang tiada dalam gambar di atas, ada dalam gambar ni.
Elok pulak berdiri 3 orang ni kat depan. Yah. Baa. Adik.

Seterusnya bersama-sama kami gi umah sedara kami yang senior. Pastu aku lajak terus, balik semula ke Hujung Rintis dengan membawa satu famili yang pakai baju sekayu tu termasuk dengan keluarga pakcik sekali. Sambung raya kat sana lak dengan perut kekenyangan. Syukur.

Bahagia beraya sampai ke malam. Kepenatan.

Sebelum tido, minum Cleanse Tea dulu. Tak rela rasanya membiarkan perut kekenyalan kerana kekenyangan. Dah la aku memang ada masalah penyahtinjaan di tempat baru. Tak sanggup tau sebab esok bajet nak makan banyak lagi. Yeahhhhaaaa...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: