Thursday, July 19, 2018

Ar Rahnu Bank Rakyat

Salam dari Senaling,

Aku curious sal Ar Rahnu yang bersepah-sepah boleh nampak di tepi jalan. Bank Rakyat tu Bank Rakyat yang tersohor dengan pinjaman peribadi tu aku tahu (terima kasih Bank Rakyat tak sabar nak habis bayar). Tapi Bank Rakyat Ar Rahnu tu apa cer apa cer?

Awal yang aku tahu ialah Ar Rahnu tu ialah pajak emas. Tu aje. Asyik curious ja, sudahnya aku pergi panjat Bank Rakyat Kuala Pilah (biasanya pejabat Ar Rahnu berada di tingkat atas) dan pajak emas aku sambil sembang-sembang.

Hasil sembangan :
1) Aku tau dah yang semua emas aku emas tulen. Kalau ragu-ragu betul ke emas kau tu padu dengan emas atau dalam kosong berat sebab dawai ke apa ke, pergilah ke pejabat Ar Rahnu. Durang akan pastikan emas tu emas yang benar-benar emas.

2) Lepas dia check, tiba-tiba kau berubah fikiran sebab terasa konfiden level tinggi nak pakai emas yang benar-benar tulen. Tadahal. Amik emas dan beredarlah dengan senang hati.

3) Nanti dia wat kira-kira berapa yang layak kau pinjam ikut kadar emas semasa. Jangan risau masa kau bayar kau ikut hari yang kau gadai emas tu, bukan harga semasa.

4) Kalau pertama kali gadai kau layak pinjam 60% je dari kiraan beliau tadi. Kali kedua, ketiga, kelima ratus enam puluh kali kau layak dapat 70%. 

5) Apa yang kau bayar? Kau bayar kadar yang kau pinjam tambah harga upah. Harga upah dikira ikut tempoh masa berapa lama nak bayar dan adalah kira-kira berdasarkan harga emas semasa.

6) Macam mana nak bayar? Terpulang, fleksibel. Katakanlah harga emas tambah upah jumlahnya RM5000. Pastu tempoh masa nak bayar ialah 10 bulan. Kau boleh bayar RM500 setiap bulan atau boleh bayar RM1000 dalam tempoh dua bulan. Tanak bayar apa-apa pun boleh, tapi sampai bulan kesepuluh bayarlah segedebuk RM5000. 

7) Kalau tak bayar apa-apa hingga tamat tempoh, biasanya pihak Bank Rakyat akan bagi mesej, bagi masa. Kalau tak bayar juga dalam tempoh itu, barulah emas tuan puan dilelong.

Aku gatal juga nak gadai. Nak rasa apa perasaannya. Sudahnya duit tu duk dalam akaun semasa tak guna sampai sudah dan tiba waktu aku bayar semula tambah duit upah. Kiranya aku rugi RM230 (upah). Aku anggap aku pergi kursus Ar Rahnu dan terima kasihlah Bank Rakyat tolong jagakan emas aku yang sekelumit cuma.

Jadi apa gunanya Ar Rahnu? Aku fikir ia berguna jika terdesak nak guna tunai. Dari pinjam Ahlong baik gadai dulu. Pastu nanti tebuslah semula secara  ansuran dengan sedikit tambahan (upah). Tu aje. Ada lagi ke? Tapi aku rasa macam itu ja kebaikannya.

Abang Ar Rahnu sempat juga share cerita, ada syarikat jual emas/barang kemas yang buat bisnes dengan program Ar Rahnu ni. Contoh, akak X berkenan ke rantai di syarikat A. Syarikat A bawa akak X dan rantai yang dia berkenan tu ke Ar Rahnu. Kira-kira selesai semua, duit tunai syarikat A amik. Bulan-bulan campur upah akak X bayar pada bank. Kalau selesai, akak X dapatlah rantai emas yang dia berkenan tadi. Kalau tak selesai, putihlah mata akak tu. Syarikat A tatap dapat duit. 

Abang Ar Rahnu tak gemar berurusan dengan insan-insan macam ni sebab dia kata kebanyakannya tak mampu nak beri komitmen bayar semula. 

Entahlah, kalau berdisiplin boleh ja cerita Abang Ar Rahnu tu jadi kebaikan satu lagi, kan?

No comments: