Showing posts with label cara jimat melancong. Show all posts
Showing posts with label cara jimat melancong. Show all posts

Thursday, February 23, 2017

Tips ke Hanoi, Vietnam

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah selamat sampai dari Hanoi jam 1.30 petang waktu Malaysia. Naik bas dari KLIA2 ke Terminal 1 Seremban. Tiket RM10 je. Pastu naik bas ke Kuala Pilah jam 4.30 petang. Selamat sampai jam 5.30 dan barulah Incik Suami amik balik Senaling.

Daebak juga pengangkutan awam di Malaysia ni.
Hakak bagi lima bintang.

Aku nak kongsi antara perkara-perkara penting kalau anda berminat ke Hanoi.

1. Harga tiket (samada AirAsia, MAS, atau Vietnam Airline) kalau dapat RM400 atau lebih murah untuk perjalanan dua hala Hanoi - KL adalah harga promo. Maksudnya murah! Rebut cepat-cepat.

2. Hanoi ialah tempat untuk sightseeing. Shopping? Gi Ho Chi Minh.

3. Seperti di Ho Chi Minh, Vietnam Dong dan US Dollar digunakan secara meluas. Sesetengah tempat boleh terima Ringgit Malaysia.

4. Banyak aktiviti sightseeing yang menarik di Hanoi. Antaranya ialah City Tour, Halong Bay Tour, Sapa Tour, Tam Coc Tour, dan macam macam lagi sightseeing tour leh wat di sini.

Nak buat semua memang tak sempat. Memerlukan tiga hingga empat minggu kot nak habis explore semua. Jarak perjalanan; contoh dari bandar Hanoi ke Halong Bay 160km mengambil masa selama tiga jam setengah. Dari bandar Hanoi ke Tam Coc Village pun makan ratus-ratus kilometer ambil masa dalam empat jam. Sapa lagi jauh. 

City Tour keliling bandar Hanoi pun tak cukup satu hari kalau nak hayati betul-betul budaya dan sejarah rakyat Vietnam.

Kami sempat buat City Tour sehari suntuk. Mula tu relaks-relaks, lama-lama laju-laju. Masa tak cukup. Dua hari satu malam di Halong Bay. Yang ini memang cukup sangat.

5. Kos untuk buat City Tour (in group) ialah USD30. Private tour harga USD45 untuk satu kepala. hampir RM150. Kami buat sendiri. Tilik Google Maps sebelum ke Hanoi. Doa banyak-banyak. Alhamdulillah DIA permudahkan semua. Boleh baca detail itinerary di City Tour Part I. Part II dan Part III. ๐Ÿ˜Š

6. Kos untuk Halong Bay Tour ada macam-macam pakej. Aku kira tour yang kami ambil agak mewah. Harga USD143 menyamai RM700 lebih kurang. Termasuk makan tengahari dua kali, sarapan sekali, makan malam sekali. Makan mewah sampai tak lalu nak makan semua. Ada dalam tujuh ke lapan menu sekali makan. Lengkap pakej untuk aktiviti berkayak, ke pantai, dan ke Sung Sot Cave. Maknanya bayaran RM700 untuk semua. Termasuk transfer dari hotel kami menginap ke Halong pergi balik dan seorang guide yang kiut. Hehe.

Servis memang terbaik. Bilik pun bagus. Komplen apa-apa cepat ja dia layan. Kami ambil pakej dengan hotel kami menginap. Nama cruise kami, Galaxy Cruise. Boleh terus ke laman web cruise tu. Mungkin dapat lagi murah.

Seperkara lagi boleh request macam-macam sebab susah nak dapat 100% muslim. Kami minta seafood di bakar atau di stim ja. Siap tanya apa jenis minyak dia guna. Siap tanya minyak yang samakah yang digunakan untuk menggoreng semua mende. Vavi memang ada di hidangkan untuk pelancong yang lain. Kami tawakal je lah, sebab dah request awal-awal. Alhamdulillah, aku masih ingat ayat-ayat dari surah Al-Lail, Al-Bayyinah, Al-Zalzalah; antara surah-surah dari Juz Amma yang baru aku hafal. ๐Ÿ˜…

Baca detail itinerary sal Halong Bay Part IPart IIPart IIIPart IV.

7. Boleh buat day trip ke Halong Bay. Harga pun lebih murah. Tapi penat badan. Recommend memang dua hari satu malam.

8. Masjid di Hanoi ada satu ja, terletak di jalan Hang Luoc, Masjid Al Nour. Berdekatan dengan night market dan Dong Xuan Market. Kalau korang menghadap masjid, pusingkan kepala ke kiri. Korang akan nampak perkataan halal food. Itu tempat kami lunch merangkap dinner di bandar Hanoi.

9. Dong Xuan Market, kalau nak juga shopping kain ela Vietnam Silk tuk buat baju kurung dibuka dari jam lapan pagi hingga lima petang ja. Sepatutnya sampai jam sebelas malam, tapi lima petang tu pun kalut dah peniaga di Dong Xuan Market bungkus barang. Kebanyakan barang dijual secara bundle.

10. Nak beli souvenirs seperti fridge magnetis, keychain, atau handicrafts cari di night market. Di sini harga yang paling murah kami dapat tuk barang-barang tersebut. Antara Dong 15k - 30k, dalam ringgit lebih kurang RM3 - RM6. Night market di Hanoi dibuka pada malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad ja. Kalau datang lain dari hari yang dinyatakan, pergi ke kedai souvenirs berdekatan dengan Water Puppet Theatre. Nanti kalau aku update entri tentang apa nak shopping di Hanoi. Aku letak link di sini. Moga aku buat dan aku ingat. Aamiiin.

Aku citer kat sini je la sal tempat shopping souvenirs (kalau tak dapat gi night market) sekali ngan pengalaman gi Water Puppet, shopping coffe, Hoan Kiem Lake dan egg coffee.

11. Guna aplikasi Uber kalau nak bergerak dalam bandar Hanoi, teksi mahal. Rate lingkungan Dong 15k-40k ikut lokasi.

12. Jalan di Hanoi is crazy. Tips nak melintas ialah; Jangan panic, jangan berlari, Jangan sesekali teragak-agak once dah melintas. Keep on moving. Tengok orang tempatan melintas caner.

13. Water Puppet adalah highly recommend! Tapi pastikan amik tiket awal, dan kalau dapat ambillah kerusi depan agar berbaloi-baloi. Nak dapat tiket flight murah ke Hanoi susah woooo. Harga tiket water puppet ikut kerusi. Semakin jauh, semakin sayup harga lebih murah. Kami amik 3rd row. Harga VD100 000 (RM20.00). 

14. Makanan yang harus dicuba di Hanoi ialah spring roll atau pho (mihun sup). Kami dapat cuba spring roll halal dua versi. Versi vege atas kapal Galaxy Cruise. Versi meat iaitu ayam (digoreng) di restoran halal Zayynab dekat Masjid Al-Nour. Satu gi harus cuba ialah kopi. Aroma dan rasa kopi Vietnam istimewa. Nak unik lagi cubalah egg coffee. Lemak berkrim pahit eksklusif, lengkap. Berpusing kepala aku selepas minum kopi tu 10 minit.

Di Old Quarter ada banyak kafe yang menghidangkan egg coffee. Kalau korang google, egg coffee yang femes terdapat di jalan Hang Gai. Lupa lak namanya. Kami minum egg coffee dekat ngan Water Puppet Theater sementara menunggu Moi dan family sampai. Pho ja kami ta rasa sebab ta jumpa cari yang halal.

15. Komunikasi adalah agak sukar di sini. Terutamanya masa buat City Tour tanpa tourist guide. Atau masa nak tawar menawar. Bawalah pen dan kertas. Korang tulis apa yang korang maksudnya. Insha Allah damai sejahtera korang merayau merayap di Hanoi.

16. Segala macam tour yang aku mentioned di 4, 5, 6 dan 7 boleh booking di Hanoi. Kebanyakan hotel menawarkan pakej-pakej tour yang tersebut.

17. Nak cari hotel di Hanoi, carilah di area Old Quarter. Berhampiran dengan Hoan Kiem Lake, Water Puppet Theater, Dong Xuan Market dan night market. Walking distance semuanya. Hotel kami ialah Royal Palace Hotel 2 di 95, Jalan Hang Bong. Empat hari tiga malam kami bayar RM356/sebilik.

18. Ada beberapa restoran halal di Hanoi. Antaranya Namaste (berdekatan Hoa Lo Prison), Khazaana (belakang hotel kami), D'lions di Hotel Casiona (di simpang jalan Nguyen Khuyen on the way ke Temple of Literature). Kami sempat pergi satu ja, restoran Zayynab dekat Masjid Al-Nour di jalan Hang Luoc.

Namaste dan Khazaana menghidangkan makanan India, kalau untuk aku macam kureng sikit sebab kat Malaysia senang nak jumpa. Dalam Air Asia pun ada onboard meal Nasi Beriyani. Melainkan darurat lah kot. Secara peribadi aku rekemen D'Lions atau restoran Zayynab. Boleh rasa makanan Vietnam.

19. Buat City Tour di Hanoi, kena tengok hari. Kebanyakan tempat menarik di bandar Hanoi tutup pada hari Isnin dan sesetengah hari Jumaat. Ada sesetengah tempat tutup ketika waktu rehat. Contohnya; Muzium Ho Chi Minh. Ada tempat tutup jam 4.00 petang. Ada yang 5.00 petang. Nak selamat sebelum jam 4.00 petang pergilah ke semua tempat ni. Confirm selepas jam 5.00 petang semua tutup. Kawasan open sekitar Ho Kiem Lake ja buka 24 jam.

20. Pada hari Tet (ala-ala tahun baru di Vietnam), kebanyakan kedai tutup. Jalan dan bandar jadi lengang. Aku baca, boleh melarat sampai satu minggu. Khabarnya majoriti warga Hanoi pulang ke kampung. Elakkan ke Hanoi waktu ni. Tahun 2016 hari Tet jatuh pada 19 Februari 2016. Tahun 2017 pada akhir Januari.

21. Airport transfer dari Noi Bai airport adalah sekitar USD18 - USD20 ikut kereta apa yang korang naik. Kami booked dari hotel kami menginap. 4 car seater USD18, 6 car seater USD20. Nak guna Uber pun boleh. Pastikan range harga lebih kurang atau lebih murah lebih bagus. Paling murah naik bas. Tapi kalau tak pasti di mana hotel korang baik lupakan dulu hasrat nak adventure tu. Bas-bas tu tak tentu lagi akan berhenti betul-betul depan hotel kau menginap. Membazir masa pulak nak mencari hotel nanti.  Melainkan kau nak stay sebulan di Hanoi.

22. Kos keseluruhan di Hanoi :
Accomodation ~ Royal Palace 2 Hotel (2 bilik bertingkap, 4 hari 3 malam, dengan breakfast) RM692.19/4 orang. Per person RM173.04

Bayaran di buat pada November 2016.

B Tiket flight pergi balik KLIA2 ⇄ Hanoi (RM388/personplus dua kali onboard meal (RM20.00/person) plus travel insuran (RM30.00/person) plus baggage 25kg + 25kg (RM150.00/4 person).  Per person RM475.50

Bayaran berperingkat di buat pada dari Mac - April 2016 hingga adds on masa check in Feb 2017

C Halong Bay Tour ~ USD143  Masa aku tukar duit nilai USD1 = RM4.42 so RM632.06

D Entrance fee for City Tour (1)Hoa Lo Prison VD30 000 (2)Temple of Literature VD30 000 (3)Ho Chi Minh Museum VD40 000 (4) Presidential Palace VD40 000 (5) Hanoi Citadel DV30 000. Per person VD170 000 =  RM16.83

E Makan; (1)Air kelapa VD25 000 x 2 / 4 person = VD12 500 (2) Buah-buahan VD10 000/ person (3)Dinner Zayynab Restaurant VD120 000/person (4)Egg Coffee VD77 000 (5)Cake VD55 000. Total per person VD274 500 = RM27.17

Uber Taxi; Citadel - Al Nour Mosque VD20 000 + Hotel - Dong Xuan Market VD25 000 + Hoan Kiem Lake - Hotel VD15 000. Total per person VD60 000 / 4 person = RM1.49

G Water Puppet VD100 000 = RM20.00

Bayaran dibuat di Hanoi RM697.61

Souvenirs tak termasuk sebab tak fix ikut poket masing-masing

Kalau ada lagi tips, mohon travelmate comment. Aku tambah nanti.

Doakan moga aku update entri ke Hanoi dengan pantas, jitu, padu dan paling penting boleh bagi manfaat pada orang lain.

Aamiiin... Tunggu tau ๐Ÿ˜

Saturday, February 13, 2016

10 Tips Berjimat Untuk Melancong

Salam dari Senaling,

Kalau korang saja blogwalking, boleh start baca dari sini. Kalau nak baca tips berjimat untuk melancong, skrol ke bawah ya... :).

Rezeki sangat bila cuti matrikulasi dengan cuti Gong Xi Fa Cai bergabung. Dua minggu jadinya. Hohoooooo... Hoi! (sebut gaya M.Daud Kilau). Dapat tahu sal cuti ni pada pertengahan Januari. Jadi, tada la nak plan nak gi mana-mana pun. 

Tahu-tahu ja, ada perempuan psiko Whatapps aku. Ajak aku wat plan adhoc backpacker trip. Kebetulan masa dia Whatsapp tu aku memang duk hadap komputer. Tanpa kusedari laju je jari jemari ini klik klik laman web Air Asia. Ada offer. Mulalah perang mesej antara aku dan perempuan psiko tersebut. Adhoc backpacker trip maksudnya tak tahu spesifik destinasi. Kejap Lombok, kejap Krabi, kejap Miri, kejap Kuching, kejap Kota Kinabalu, kejap Sandakan, kejap Brunei. 

Cadangan paling poyo, Mauritius. Aku punya cadangan. Haha. Rupanya aku pun psiko. Huhu.

Setelah di tilik-tilik, sambil tambah tolak darab bahagi kos. Kami akhirnya pilih Miri. Kebetulan Anita (perempuan psiko yang pertama) pernah mengajar di sana. Bagi beliau excited sket jumpa kawan lama. Dan paling penting tarikh ngam, ada offer tiket murah.

Masa wat pilihan Miri tu, aku asyik nampak bayangan Miri; sebuah pekan kecil yang pernah aku jejaki semasa ekspedisi Gua Mulu pada tahun 2014. Macam tada apa-apa je kat situ. 10 jam dah habis explore. Mulalah kami berbalas mesej sekali lagi. Merepek nak ke Kapit, ke Brunei atau ke Kuching dari Miri. 

Merepek punya merepek, akhirnya kami wat keputusan untuk ke Kuching. Ikut psiko aku, aku nak naik bas dari Miri. Anita tak setuju, katanya macam nak patah pinggang dalam bas hampir satu hari. Jadi, kami wat keputusan amik flight. Klik klik lagi laman web Air Asia; Wow... Tiket leh tahan murah. On.

Akhirnya, sebulat suara plan adhoc backpacker trip tersebut ialah dari Kuala Lumpur -> Miri -> Kuching -> Kuala Lumpur setelah ambil kira kos semuanya.



Marilah masuk isi penting setelah panjang lebar aku bermukadimah. Mihmih...

Tips #1
Cari tiket waktu tengah promosi. Cari sampai dapat supaya leh suit ngan tarikh yang kita leh occupied. Biasanya pemilihan tempat melancong untuk aku samada melancong ngan keluarga atau kawan-kawan adalah berdasarkan tiket yang paling murah. Maksudnya, tiket ditetapkan dahulu, mana nak pergi? Redha. Bagi aku, melancong sentiasa membahagiakan aku tak kisah di mana janji dapat penjimatan berganda duaploh satu. Insha allah, tiket boleh dapat murah kalau beli awal setahun!


Tips #2 
Pembayaran dilakukan secara berperingkat. Months by months. Katakan kos tiket dilakukan pada bulan Mei 2015 untuk trip Mei 2016. Secara psikologi mental dah bersedia maka automatik penjimatan akan dilakukan untuk jangka masa setahun tersebut dengan pelbagai teknik. (Aku guna teknik kumpul note hijau). Masuk bulan Mac 2016 baru mula bayar tuk hotel (kalau kerja gomen, usahakan booked Rumah Rehat Persekutuan -> kerja ni mencabar hokey tapi berbaloi).  Bulan April 2016 untuk transportation dan seterusnya. Jadi tak rasa beban sangat.

Tips #3
(Kalau boleh, kalau berpeluang) Arrange lah trip diluar waktu peak hour (cuti sekolah, cuti umum yang panjang atau weekend) Kalau dapat memang leh wat joget lambak. Kebanyakan trip yang aku pergi memang di luar waktu-waktu seram tersebut. Harga hotel dan transportation lain tau masa peak hour, weekdays, weekends dan public holiday! 

Anak-anak memang aku cutikan dengan selambanya. Tanpa rasa bersalah. Bagi aku percutian juga satu proses pembelajaran. Asal rajin jawab pertanyaan anak-anak, asal rajin bagi penerangan ala-ala tourist guide kepada mereka. Kalau asyik layan teknologi, baik tayah gi holiday. LOL.

Kalau personnel trip lagilah. Cari kawan yang sporting nak bergambar dan bergilir amik gambar. Kalau dia aje yang posing, pun ta jadi cerita. Mihmih.

Tips #4
Misi trip kena jelas, terang lagi bersuluh. Bila ada misi, baru boleh susun itenary baik-baik. Susunan itenary yang baik akan menjadikan trip kita lebih berbaloi-baloi.

Itenary tersusun kemas, sendat dan padat. Terhasil berdasarkan Tips #6. Alhamdulillah 90% berjaya di laksanakan :)

Tips #5
Kalau pergi trip dengan kawan-kawan, carilah kawan yang ngam; minimum 3, maksimum 4 orang kawan. Kalau lebih ramai lebih baik; lebih happening!


Trip to Ho Chi Minh, Vietnam 2012 (patut empat tapi jadi dua orang - kes kehamilan tak terduga)

Trip to Mulu, Sarawak 2014 (patut sebelas orang tapi jadi sembilan orang - kes kehamilan tak terduga juga)


Trip to Mount Kinabalu 2013. (yang ini kena ikut pakej)

Trip to Miri - Kuching 2016 (bereempat)
entri will update soon :)


Trip dengan family, Kalau nak berkongsi, aku rasa 2 family yang paling ngam. 

Dua family - kongsi duduk satu homestay, sumbat sendat satu Avanza, dinner & breakfast masak cikai sendiri-sendiri... Geng ni memang best! 

Jumlah kepala yang boleh beri sumbangan dalam mana-mana trip sebenarnya agak penting untuk menjimatkan kos accomodation & transportation. Selain tu, kalau ada rezeki mungkin leh dapat diskaun kalau nak cuba apa-apa aktiviti. Sebab dah ramai... kan?

*bersepah aku susun gambar tak ikut tahun. ^__^

Tips #6
Kena banyak membaca untuk setiap tempat menarik (leh rujuk itenary di Tips #4) yang kita nak pergi untuk trip tersebut. Kena rajin study dari banyak sumber. Opening hours, mana yang best, mana yang wajib terjah, apa yang wajib try.

Hasil interview dengan kawan yang tinggal di Kuching.

Setakat ni, hanya trip ke Surabaya dan Mount Kinabalu je aku guna package with tourist guide. Selebihnya sendirian berhad. Jimat banyak kalau sendirian berhad tapi kena banyak wat bacaan la.

Tips #7
Cari peta! Cari peta bila sampai di tempat yang dituju selain aplikasi dalam smartphone masing-masing. Antara aplikasi Maps dan Waze, ikut pengalaman Waze lebih jelas dan teratur. Pastikan setiap individu yang ikut trip ada aplikasi Waze. 

Tips #8
Melanconglah dengan kawan yang sekepala atau punya objektif yang sama. Tak kisah sama ada dengan keluarga atau sendiri-sendiri. Aku suka pilih kawan-kawan yang memaksimumkan masa explore kawasan sekitar, biarlah sendi urat lenguh-lenguh tahap gaban. Janji puas hati. Kawan-kawan travel  aku yang di atas sana tu sumer species jalan tak ingat nak makan tengahari. Muehehehe.

Tips #9
Disebabkan banyak masa bakal dihabiskan diluar, maka cari hotel yang murah-murah. Aku biasa cari hotel yang murah dengan banyak review yang positif. Walaupun hotel murah, keselesaan tu pun penting juga. Tidur sangat-sangat penting supaya picture yang di capture nampak awesome. Hehe. Jadi kena banyakkan membaca. Nak cari tranportation pun sama. Kena rajin wat survey, samada dengan membaca atau interview kawan-kawan.

Tips #10
Tips ni paling win. Disebabkan paling win, kena letak di ending. Hehe. Tips nya, Ingat Tuhan selalu. Banyakkan berdoa moga urusan dipermudahkan. Sebelum. Semasa. Selepas. Kalau ada pulus extra, bawalah ibu ayah sekali. Lebih mudah perjalanan kita. 

Niatkan yang baik-baik. Kalau trip aku trip outdoor, aku selalu niatkan untuk melihat kekuasaan Nya. Aku nak ucap Subhanallah banyak-banyak masa melihat keindahan tersebut. Kalau trip aku trip shopping, aku memang niat akan beli something tuk family. Murah pun takpa. Janji buat durang happy. Tak dapat banyak, bagi sikit. Macam hari tu aku beli pes laksa Sarawak 3 pek ja. Masak-masak masa cuti Tahun Baru Cina. Ajak semua kaum kerabat makan sama-sama.


*Tips #4, #7, #8 dan #10 adalah penjimatan untuk memaksimumkan penggunaan masa dan ruang supaya berbaloi dengan duit yang kita dah keluarkan untuk travelling.

Tu aje kot. Pasni gigih nak update trip ke Miri - Kuching - KL laks.

Moga bermanfaat. Bye :)