Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Monday, October 15, 2018

Foodhunt (14) Yangrou Paomo (15) Dumpling

Aku tiada senarai must try food di Xi'an seperti mana Xin Jiang. Aku ulang bagitahu, di Xi'an hanya pahlawan tanah liat yang aku aim. Tiada yang lain. Selain food di Muslim Street Food, Allah izinkan kami makan dua must try food di Xi'an ni.

Yangrou Paomo di sebuah restoran 1000 tahun, (pelayan dia kerek giler, sebab kami order sikit siap berkongsi ~ kami penat la weiii). Yang ini komposisi sup dan roti agak pekat.

Yangrou Paomo juga, di Muslim Street Food. Kombinasi sup dan roti tu lebih cair.

Yangrou Paomo ni bahasa mudahnya ialah roti seperti gambar di atas, kutil kecil-kecil dan masuk dalam sup. Makan roti dengan sup gitu. Dua tempat kami makan Yangrou Paomo, roti tu siap-siap pihak restoran kutilkan. Aku syak, kalau dibiarkan pelanggan kutil sendiri, besar kemungkinan berjam-jam tersangkut di restoran tu.

Di Muslim Street Food, aku perasan ada juga restoran lain yang mana pelanggannya kutil roti sendiri-sendiri. Jadi ikutlah mana yang kau nak follow. Nak adventure kutillah sendiri. Hidup ini sentiada ada pilihan.

Portion Yangrou Paomo di dua restoran ni besar. Kami beli semangkuk je pun kongsi ramai-ramai, itu pun tak habis makan. Tak lalu, sebab kepenatan. Rasanya, Alhamdulillah sedap. Alah macam sup, makan dengan roti. Simple macam tu ja. 

Dumpling.

Kak Ita yang request, ketika berada di restoran 1000 tahun, (alaaa yang pelayan dia kerek giler tu, risau Moi tak mampu nak bayar susu 'mahal'). Berkongsi juga, pun tak habis siap tapau bawa balik. Dumpling ni isinya daging ke kambing aku tak pasti, tapi rasa sejenis sayuran yang dia letak dalam dumpling ni agak kuat.

Disebabkan aku kurang rajin memasak, aku ta dapat nak kenalpasti, apakah 'sejenis sayuran' itu. Macam daun bawang, tapi bukan. Bukan ketumbar. Bukan daun sup. Overall boleh dilayan dan rasanya rare untuk aku. First time makan dumpling.

Tuesday, October 9, 2018

Xian, Shaanxi

Xián.

Xián memang ada dalam wishlist. Dah lama. Aku teringin sangat nak tengok Terracotta Warrior selepas aku tengok sebuah filem kisah cinta dari China yang ada sangkut paut dengan pahlawan tanah liat. Tak silap aku, dari aku sekolah menengah. Punya lama aku simpan impian, Alhamdulillah, tahun ini DIA izinkan.

Ke Xián, sama keadaan ketika aku ke Hanoi, Surabaya, Ho Chi Minh... Prosedur biasa. Berbeza sangat kalau nak dibandingkan masa kami masuk ke wilayah Xin Jiang melalui Urumqi. Jadi tiada apa yang nak aku jakunkan atau nak aku panglipur larakan. Chill ja. Tada perasan insecure ke hapa. Tiba-tiba rindu Xin Jiang. Tiba-tiba rindu dengan kebaikan hati dan keprihatinan daddy driver.


Di Xián dapat MPV. Luas banyak.

Yang fetch kami di airport Xián.

Kalau di Urumqi, abah driver tunggu kami dengan kertas bercetak besar, Charlotte. Dari jauh dah nampak. Kali ni di Xián, kertas putih sama tapi bertulis nama Moi dengan pensel. Ketawa aku dan Moi bila jumpa dia di gate. 

 Welcome to Xián City.

Xián City Wall. Boleh dilawati tapi tak sempat.

Kategori sesak bandar Xián ni.

Hotel kami.


Seperti di Vietnam, lepak tepi kedai guna bangku mak-mak basuh kain dulu-dulu.




 Pasar pagi dekat dengan hotel kami menginap. Moi pergi sorang dia je ke sini.


 Local.





 Bell Tower. Hanya dilihat dari jauh, tak diteliti. Tak sempat. 


Bypass bersimpang siur.

Muka happy, nak cari makan di Muslim Street Food.


Hospital bergerak. Kot... 

Wednesday, April 5, 2017

Egg Coffee, Water Puppet & Hoan Kiem Lake

Salam dari Senaling,

Balik dari Halong Bay asalnya nak terus ke Masjid Al Nour, solat jamak dan terus zoom ke Dong Xuan Market. (masjid dan Dong Xuan Market dekat ja, jalan kaki confirm sampai). Tapi, fikir-fikir semula, baik balik hotel dulu. Letak beg, mandi pastu baru gerak ke Dong Xuan Market.

Dari hotel ke Dong Xuan kami naik Uber Taxi. Murah. VD25 000 (RM4.15) ja.

Sebenarnya kami dah sampai Dong Xuan Market pada hari pertama. Tapiiii... dah lambat. Jadi untuk hari terakhir (flight esok pagi) kami mau try luck sekali lagi. Punnnnn...

Tutup. Aduh.

Gagahkan juga mampir ke pintu market, sebab macam tak percaya. Tanya hotel, katanya tutup 11 malam. Aku dah google pun tulis jam 8 malam macam tu.

See, baru 5.30 kot. Buka, tapi kedai-kedai di dalam pakat-pakat nak bungkus kedai ikat tepi belaka. Mahu terus positif? Yeaaayyyy... Jimat duit. Disebabkan nak juga ukir kenangan di Dong Xuan Market...

Kami borong penutup hidung macam face mask di sini. Dia tak bagi beli satu dua, dia suh beli sedozen. Berdozen-dozen lagi dia suka. Malas nak bargain lama-lama. Kami amik ja sedozen saiz dewasa sedozen lagi saiz kanak-kanak. Nanti bahagi empat. Harga? Tak ingat. Sebab murah lagi beli satu-satu di kedai souvenir berdekatan Water Puppet Theater. Kedai mana? Baca sampai habis 😁

Di Dong Xuan Market jual banyak barang yang mampu menghabiskan duit korang. Di tingkat dua ada jual kain ela. Yang menghabiskan duit aku (sampai pinjam duit Moi sebab duit dah habis) di Ho Chi Minh lima tahun lalu ialah kain ela lah. Beruntungnya kedai-kedai di Dong Xuan Market ni dah nak tutup. Merudum terus mood nak shopping.

Hikmah paling besar, kami dapat explore bandar Hanoi waktu malam. Kalaulah Dong Xuan meriah, ontok kami di sana sampai jam tujuh setengah malam agaknya (tiket kami tuk Water Puppet Show mula jam lapan). Duit banyak lagi, jomlah wei habiskan. Masa pun dah tak banyak. Jadi kami aim tuk beli coffee. 

Aku dah perasan dari hari pertama, banyak kedai kopi di Hanoi, balang-balang besarnya tulis Luwak. Aku mula tahu tentang Luwak ketika aku gi Surabaya. Aku pelik juga fikir, apasal di Hanoi ada jual kopi Indon. Sampailah kami masuk kedai adik kiut ni. Kedai bersih, eksklusif, paling penting adik ni boleh berbahasa Inggeris dan berinformasi.

Cer tengok pic sebelah kanan. Bersusun balang.


Kami tanya, kopi jenis apa dia rekemen. Terus dia tunjuk Luwak. Barulah aku tahu, Vietnam pun popular dengan kopi tahi musang ni. Kahkah. Berkembang sikit ilmuku. Kami tak nak Luwak. Ofkoslah mahal (kopi paling mahal d idunia k) dan aku ada rasa was was nak minum. Dia tanya lagi, strong or light. Oh ada level. Tambah lagi ilmu mengopi. 

Kami minta light. Dia tunjuk Arabica Culi. Maka berbondong-bondonglah masing-masing membeli. Aku beli rich taste Moca juga. Tamak. Sampai ke hari ni, aku lom pon cuba mana-mana kopi yang aku beli. Aku nak habiskan dulu kopi made in Malaysia. (Tah bila nak habis. Bukan hari-hari minum kopi)

Setel kopi, nak cari tshirt, baju atau apa-apa souvenir tuk dibawa pulang. Patut beli terus ja di night market tapi ye lah mana tahu kat situ paling murah tuk dapatkan fridge magnetic, bookmark, dan mana-mana kraftangan dari Hanoi.

Jenuh sebenarnya nak cari mende-mende ni, terutama tshirt saiz budak umur 9-10 tahun. Aku lagi cerewet, aku nak cari tshirt tulis Hanoi, tanak tulis Vietnam, tanak lambang bendera Vietnam. Tuk suami aku nak cari tshirt Hard Rock Kafe warna hitam. Cari punya cari akhirnya jumpa tshirt kembar di kedai abam garang ni. Disebabkan tak banyak pilihan, kami beli juga di sini. 

 Dapat t-shirt kembar kat sini. Ngam dua. Ngam saiz. Suami? Souvenir kopi je lah ya. Heee

Oh ini bukan kedai yang aku nak rekemenkan tu. Bukan. Skrol bawah lagi.

Selesai di sini, kami mencari jalan ke Water Puppet Show. Berjanji awal dengan Moi nak jumpa di kafe bawah teater. Sambil pekena egg coffee. Yeah, another dish yang popular di Hanoi.

Aku rasa yang putih tu egg yang gelap tu kopi. Rasa dia? Cam kopi susu lebih kurang lansung tak rasa hanyir telur. Tapi kopi dia memang kaw. Bingung jugalah aku lima belas minit selepas minum kopi ni. Alhamdulillah leh tido tenang malam tu.

Inilah dia geng ke Hanoi bagi tahun 2017. Moi dan famili plus kami berempat. Moi stay lama hampir tujuh hari di Hanoi. Kami empat hari ja. Jeles aku ngan Moi. Nasib baik dia tak dapat gi Sapa. Kalau tidak akan bertambah lagilah rasa dengkiku. Haha

Nanti set lagi ke Hanoi ya. Amik trip ke Sapa lak. Hiking!

Sampai masa kami naik tangga. Teater Water Puppet kat atas kafe ni ja. Masa kami gi ni hari Selasa malam Rabu. Rupanya malam ni show ada sampai pukul 11 malam.

See the schedule?

Berpusu-pusu tourist datang sini. Belilah tiket sehari lebih awal kalau nak selesa. Aku agak tiket cepat habis sebab agensi pelancongan akan borong sekali banyak. Amiklah tempat duduk di hadapan. Baru puas hati kot. Seat kami nombor tiga dari depan jadi harga mahal skett. VD100 000 (RM20.00).


Pentas dan ada persembahan ni sebelum puppet muncul dari air. Aku enjoy tengok persembahan awal ni walau pun durang berbahasa Vietnam sepenuhnya.

Seronok aku tengok acik ni main alat tradisional Vietnam. Penuh penghayatan. Lagu pun leh tahan catchy. 

Selepas lagu tradisional didendangkan, show bermula. Menceritakan tentang lagenda Hoan Kiem Lake. Tentang pedang yang diambil semula oleh kura-kura daripada Maharaja. Ni aku pendekkan cerita ya. Show ni lebih kurang dalam sejam lebih juga dan dalam bahasa Vietnam sepenuhnya. Hehe. Tapi aku enjoy! Aku suka :)


Selesai show, yang di belakang tabir pun muncul. Salute dengan mereka sumer. Kembang habis agaknya jari jemari berendam dalam air.

Lepas tu, Moi hantar parents dia balik homestay dulu. Dia kembali semula tuk sambung jalan-jalan lepak-lepak ngan kami di sekitar Water Puppet Theater. Walau pun kami habis tengok show dalam jam 9.30 malam tapi kedai-kedai sekitarnya masih dibuka. Kebetulan malam tu memang dijadualkan sampai jam 11 malam. Rezeki boleh sambung shopping. Duit masing-masing masa ni masih banyak!


Haaaa... inilah kedainya yang menjual souvenirs, tshirt dan macam-macam lagi dengan harga paling murah berhampiran dengan teater dan tasik Hoan Kiem Lake malam tu. Abang ni sangat sporting, boleh berkomunikasi dalam English sikit-sikit, kami hamburkan tshirt kut suka hati pun dia masih okay. Pendek citer, senanglah hati masing-masing dapat habiskan Vietnamese Dong (kecuali aku hehe).

Kami shopping shopping shopping sampai semua kedai tutup. Dah tutup semua barulah reti nak gi lepak di Hoan Kiem Lake. Walau pun dah agak lewat malam, tasik ni masih hidup. Masih ramai rakyat tempatan dan pelancong melepak di sini. Yang bersenam pon ada.

 Sekitar tasik ni cantik. Tah pesal pic yang aku amik blur semua.

Di tasik ni ada satu temple (lupa nama) heeeee. Kalau siang hari boleh masuk dengan sedikit bayaran. Kami tak sempat nak masuk. Tak mengapa.

Sebab dapat tengok Jambatan Merah ni waktu malam. Cantik!

Kalau datang waktu siang, bolehlah menyeberang ke temple melalui jambatan ni. Jambatan dan temple ni memang sangat-sangat di rekemen tuk di lawati. Walau pun tak dapat masuk tapi aku boleh rasa tempat ni best sama macam Temple of Literature atau Hanoi Citadel.




Sekitar tasik Hoan Kiem. Dari mata kasar landskapnya lebih cantik dari apa yang aku tunjuk dalam blog.

Jam 11 lebih kami decide tuk balik ke hotel masing-masing. Flight kami awal pagi. Moi akan stay lagi dua hari. Seronoknya la haiii... Aku dah lama perati perangai omputih yang stay lama-lama kalau gi travel. Tapi memang lebih berbaloi kalau buat camtu. Lebih menikmati. Tidaklah terkejar-kejar sampai skip baca sesetengah info. Tidaklah ada tempat yang tak dapat tuk dilawati.

Aku pernah try berlama-lama ni masa travel ke Utara Malaysia cuti sekolah 2016 ngan famili. Memang vahhhh sangat perasaannya. Satu hari pergi dua tiga tempat ja. Tapi itu pun aku rasa cam penat terkejar-kejar sebab kami pergi hampir 7 negeri.

Insha Allah hujung tahun ni aku nak cuba spend masa satu minggu di bandar Terengganu ja. Tak masuk pulau sebab hujung tahun kan musim tengkujuh. Kita tengok nanti.

Akhirnya sampai kami di Noi Bai Airport tuk pulang ke Malaysia. Airport transfer ambil kami seawal jam 5.30 pagi. Pihak hotel pula siap bungkuskan roti, jem, butter dan air mineral tuk breakfast kami di airport.

Sakan juga aku shopping di airport. Duit Vietnamese Dong masih banyak tak dibelanjakan. Di airport aku beli barang yang aku tak jumpa di bandar Hanoi. Aku tanak rasa menyesal bila aku wat comparison nanti. Dapatlah aku sebatang sudu dari tanduk kerbau wat makan madu ngan Essential Oil, dua kipas tangan besar, dan beg Kipling merangkap pencil box tuk Amni.

Itu pun masih berbaki duit asing bernilai RM750 sesampainya di Malaysia 😞
Mungkin nanti DIA aturkan tuk aku ke Hanoi sekali lagi. Sapa jommmm 😄

Selamat tinggal Hanoi tuk pengalaman, pengajaran dan kenangan.

Eh, sedih plak rasa hati, entri sal Hanoi dah selesai.
Insha Allah akan ada lebih banyak lagi kenangan tuk diukirkan. Amiiiinnnn

Bye, dan moga bermanfaat semua entri sal Hanoi hendaknya. Insha Allah