Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

Journey To Minimalist - Let It Go

Salam dari Senaling,

Aku pernah mention yang aku cuba tuk meminimalkan segala-galanya untuk mendapat hidup yang lebih bermatlamat acececehhhh. Jadi bila Kak Shida umum nak sumbangan untuk free market. Berdushummmm aku buat kerja ~ kutip, bersihkan dan cantikkan. Ambil masa tiga minggu sebab dihimpit kerja hakiki yang kritikal (PB weh PB).  Oh, lupa nak declare, ini entri tertunda 😉

Alhamdulillah, akhirnya berjaya aku let go barang-barang yang aku kurang gunakan. Malah ada yang bertahun tak digunakan (walau pun masa nak let go tu ada lintasan jahat berkata-kata, eh macam nak guna ni).

 Tu... barang yang beriben oren tu yang lintasan jahat tu maksudkan.

 Tudung bawal, shawl, towel kecil dan begS. Beriya kan aku letak riben. Riben recycle dapat dari hadiah sukaneka kolej heeee.

Dua kotak dan rak buku mini Grolier juga.

Bayangkan, dah let go begini pun masih ada barang yang aku 'nampak' cam layak tuk di let go. Berkobar-kobar otak berpusing, nak let go pada siapa? Siapa? Siapa? Sejenis penyakitkah ini?

Dalam aku kata aku apply minimalist ulang-ulang pun terjebak juga beli barang-barang. Terkini health monitoring watch. Dah ada banyak jam pun masih nak beli lagi. Kuangsam betul nafsu ni. Pakai dalam sebulan je kot, pastu dahhhhh... Tapiiii sekurang-kurang aku belajar sesuatu (1)Untuk mencapai 10k langkah sehari adalah tidak mudah no no no, dan (2) kadang-kadang ada species jam yang kalau kau goyang tangan ja pun dia kira step tak aciii (jam aku la tu hehe).

Kesimpulan, nak sihat kena usaha lebih ya. Buat Panama Dance kena 10 kali ulang baru in. Alhamdulillah, kira berbaloi jugalah kan aku beli (ayat cover) Apa pun, masa taip entri ni, tinggggggg dapat idea nak bagi pada siapa jam tu. Moga manfaatnya dapat dikongsi, Inshaallah.

Yeayyyy, update blog lagi 😀

Sunday, October 15, 2017

Ride with Joy, Kuala Pilah

Salam dari Senaling,

Minggu lepas minggu yang sendat. Sendat dan sibuk. Berkesempatan untuk rasa sendat dan sibuk maknanya aku dan keluarga sihat, maknanya DIA berikan kami nikmat kesihatan, nikmat keselamatan, nikmat kekuatan, nikmat kelapangan masa, dan macam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.

Semalam, aku dan Incik Suami berkesempatan join Ride with Joy 2017, di Kuala Pilah. Suami kata fun ride offroad. Kedengaran pelik, sebab jarang fun ride ialah offroad. Paling penting, fun ride tu sendiri. Maknanya seronok-seronok naik basikal masuk kebun, bukit, kampung, hutan...

Berkumpul jam 6.30 pagi. Mula kayuh jam 7.00 pagi. Tapi kami bangun tidur jam 6.15 pagi. Nak kena sediakan sarapan berat tuk kembar sebab tak tau jam berapa nak habis. Biasa kami sediakan nasi lemak. Makan sampai tengahari konsepnya.

Alhamdulillah suami dah siapkan sumer bahan tuk nasi lemak kecuali masak nasi. Alhamdulillah juga suami dah standby basikal, glove, helmet, kasut dalam kereta, tinggal jalan je. Hehe. Kalau beliau punya plan, haruslah aku follow sebab beliau punya semangat juang memang tinggi. 

Dapat keluar dari rumah jam 6.30 pagi. Fuhhh sempat-sempat. Sampai kat tempat parking, kunci basikal pulak tinggal di rumah. Patah balik. Kelam kabut jadinya. Alhamdulillah dekat. Alhamdulillah start kayuh jam 7.15 pagi.

Disebabkan fun ride, mula tu mental bersedia untuk fun. Petang sebelum, datang King Khairi bawa perkhabaran. Aku tak dengar sangat sebab dia cerita kat suami sebenarnya, tapi bunyinya agak menyeramkan. So, shift mental. 

Jadi aku kayuh pagi tu dengan tagline, "aku sayang jantung aku". 

Untung pakai baju merah, tudung merah tak sempat nak gosok; sebab berbeza dengan crowd. Nampak dari jauh.

Trail kayuhan kali ni memang best. Paling best compare dengan Jamboree Seri Menanti, jauh lebih best dari Kota Warisan 360. Tuk rider cam aku paling best lah. Sebab aku sayang jantung aku. Kalau tuk rider extreme mungkin lain pandangannya.

View cantik ride kali ni. Keluar dari hutan tiba-tiba nampak 'dessert'. Subhanallah terus aku berhenti. Memang cantik sungguh. Setakat kamera 8MP, macam ni je lah yang leh aku share.

View cantik ni sebenarnya belakang perumahan aku je. Tapi kami takut nak masuk sini berdua sebab takut harimau. Terus terang je lah aku cakap. Negeri Sembilan macam bersepah-sepah je tiba-tiba dengar bunyi mengaum, kucing hutan, babun dalam kelas, students menjerit dia pun menjerit sama-sama lari huru-hara, monyet satu famili kenduri pucuk betik sambil lepak atas pagar rumah tak ajak.. eh #thisispilah yo

Disebabkan tagline aku sayang jantung aku, maka kayuhan aku pagi tu ikut degupan jantung. Kalau aku leh dengar jantung berdegup sampai telinga. Aku stop kat tepi. Pandang bawah tengok rider lain kayuh atau tolak basikal. Enjoy pulak aku tengok view camtu sambil Incik Suami tunggu aku kat atas. Kahkah 

 Wajah hipokrit. Nampak kamera senyum acah-acah fun kunun. 

Sepanjang mengayuh, banyak kali aku dengar rider lain cakap... ini bukan ride with joy ni. Untung ada orang sudi bawa perkhabaran seram, kalau tak aku pun join cakap sama camtu.

Untuk itu, aku bersyukur Ya Rabb untuk semua nikmat ini. Aku kira ini ride kami yang terakhir untuk tahun 2017. Cuba nak cari fun run lak dengan baki 2017 tinggal beberapa bulan je lagi. Kembar teringin nak join fun run waktu malam. Request kemainnnn spesifik. Insha Allah akan carikan.

Tu aje entri taip hari Ahad, publish hari ni.
Nampak tak betapa fokusnya aku bekerja.

Bye sayam-sayam sekalian. Have a nice holiday!

Thursday, July 20, 2017

Photobook : Dari Mana Nak Mula?

Salam dari Senaling,

Pernah tak serabut perut tak tahu dari mana nak mula buat photobook ni? Aku selalu gitu, pastu mood down, pastu sendu tak tentu arah bila tengok banyaknya hoi gambar yang belum diabadikan dalam bentuk salinan keras (yakni hardcopy). Tak sapa pun suruh aku wat photobook, nak perap gambar digital sampai jadi tapai pon no hal, tapi sendiri rasa macam 'bestnya kalau di photobook kan'. 

Perangai macam... tuuttttttttt...

Oh, aku bukan nak bagitahu dari mana nak mula buat photobook. Kalau  yang itu, google ja guna keyword 'tips for creating photobook' melambak dah blog yang cerita. Entri ni lebih kepada aku sendiri atau mungkin ada species homo sapiens yang perangai macam aku yang sendu tak keruan untuk perkara kecil macam kuman ni.

Aku 'rasa'... haaa nampak, 'rasa' okay. Maknanya aku tak apply pun lagi kaedah ni tapi aku 'rasa' perkara pertama yang patut aku buat ialah

SET MASA. Apa-apa hal aku rasa aku kena set masa. Maksud; satu minggu satu photobook atau satu bulan satu photobook. Pilih yang realistik sikit supaya tak frust tak pasal-pasal (macam aku). Jadi aku pilih satu bulan dua photobook. Aim sungguh-sungguh setiap hujung minggu. Insha Allah dipermudahkan. Aamiiinnn.

Pastu PILIH PERISTIWA. Segala gambar-gambar digital yang kita ada mesti berdasarkan event kan. Contoh; Langkawi2017, Hanoi 2017, Raya2017 atau PD2016. Biasanya aku simpan dalam folder ada folder, dalam folder yang dalam folder tadi ada folder lagi. Kahkah. Yang fesyen simpan gambar macam aku mungkin faham. Contoh (lagi); dalam folder 2017 ada folder Hanoi2017, dalam folder Hanoi2017 ada folder HalongBay, CityTour dan sebagainya. Jadi set objektif berdasarkan peristiwa atau folder. Untuk dua minggu ni aku pilih peristiwa Raya 2017.

Next ialah SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA. Bergantung pada saiz photobook kalau nak apply ala-ala 5S ni. Saiz photobook pilihan aku adalah yang paling kecil. Saiz mini 6' x 6'. Aku gemar  menyeragamkan barang-barang aku, jadi eksplorasi photobook aku dikira kurang adventure lah. Kalau pilih saiz mini cam aku, jumlah gambar yang paling ngam dalam 100 - 120 keping gambar. Saiz lebih besar mungkin lebih banyak gambar boleh dimasukkan. Gambar kurang jelas bolehlah di delete dengan kadar segera. Paling banyak aku delete ialah gambar-gambar yang menampakkan sisi tak comel diri sendiri. Hehe. Kalau banyak giler gambar-cantik-semua-pun-macam-nak-letak, bolehlah buat macam kaedah folder tersebut. Jadi satu event mungkin ada banyak photobook macam yang aku buat bagi Siri Kembara Cuti Sekolah. Sampai Part 6 gitew.

SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA adalah proses yang makan masa yang lama tuk aku. Makan masa lebih dari tiga hari juga nak memilih. Nak mula buat, satu hari pun boleh siap. Tapi menu hujung minggu ialah nasi-telur-goreng-kicap je lah kan. Kalau dapat aktiviti ni bolehlah buat weekday. Kalau dapatlah. 

Aku rasa itu aje kot dulu. Kalau ada lagi aku tambah.

Satu lagi perkara yang boleh buat aku sendu tak pasal-pasal selain asyik postpone wat photobook ialah asyik postpone update blog. Pun tada sapa paksa suh update. Tapi kita suka nak baca semula momen-momen sengal yang pernah dilalui.

Acane tu? 

Daaaaa... nak standby solat Subuh dan bersiap kerja. Baju kerja tak gosok lagi ni wei! Bye


Monday, April 8, 2013

Hobilah Kunun

Salam dari Jugra,

Aduh, jatuh rindu bangat sama ini blog. Tak berkesempatan @ sibuk (alasan tipikal bagi setiap blogger kalau tak sempat nak update blog kan?). Tapi memang sibuk je memanjang. Sibukkan apa tayah la kot nak bagitau. Ekekekek...(Gelak gatal). Tapi memang sibuk pun. Bila dah siap keja yang ada due date ni. Whoaaaa. Dia punya feeling, punya nikmat, punya sedap macam... macam... macam mende tu kita nak nak nak nak nak sangat tapi tersangatlah jauh dan susah nak dapat...tetiba - eh dapat la pulak. Ha macam tu lah kot rasanya. Tak faham? Ehmmmm...Abaikan je lah...;)

Macam-macam nak citer, tapi aku citer yang terkini je lah kot. Yang terkini ialah - tan ta daaa...

Hidupla kau...Hidupla kau...Fuh fuh fuhhhh

Aku bertabah dan masih bergigih untuk menanam tumbuhan-tumbuhan dan sayur-sayuran. Kali ini dengan panduan manusia-manusia yang prihatin dan sayangkan aku. Yang mahu aku juga berjaya seperti mereka yang species cucuk sana tumbuh, cucuk sini tumbuh. Tima kasih sifu. 

Kali ni aku tanam pokok pakai tanah hitam sepenuhnya, siram sehari sekali dan baja letak sekali sebulan jer. Tengok apa jadi dalam masa sebulan ni. Aku yakin sumpahan tangan panas aku tu akan berakhir. Positif akan berakhir!

Dan paling-paling terkini, semalam apa yang aku tunggu sampai jua selepas mendengar pelbagai kritikan dari insan yang anti online shopping. Hikhik. Aku beli rak kasut. Hikhik. Secara online. Hikhik. Ya, rak kasut. Napa? Tak percaya? Sesungguhnya kalu ikan ketam sotong ikan masin carrot epal hijau ketumbar kayu manis arnab beras pulut leh dibeli secara online. Nescaya akan ku beli jua. Yeahhhh...A Confession of Online Shopaholic.

Hamek kau, 10 tingkat rak kasut.

2013 mencatat pembelian secara online yang maha berjaya. Menjelang bulan Mac 2013, selain rak kasut, aku juga telah beli blouse ~ mende besa perempuan beli, greeting card, sebotol payung, voucher ke Morib Gold Coast, bantal 5 biji, pisau strawberry satu set dan kuali. Oh...terkini segar dari bungkusan ada depan mata ~ buku juga ~ Tuesdays With Morrie. Sumer mende dah sampai kecuali kuali. Oh!Indahnya dunia online shopping ku. Hehe.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, January 22, 2013

Kemajuan di Tahun 2013

Salam dari Jugra,

Tahun 2013 ku sungguhlah awesome! Pertama tanpa semena-mena ada student minta aku jadi juri pertandingan nasyid. Dahsyat ohhh...pertandingan nasyid tew. Aku ingat mula tu dia silap orang ke hapa. Tapi beriya-iya suh aku jadi juri so OK lah. Aku kan malas nak argue banyak. Suh jadi juri ja pung. Bukannya suh aku lari 4x100 meter berganti-ganti. Eh, hari tu ada orang request aku lari berganti-ganti pun aku on kan ja. Walaupun hanya 8 x 50 meter. Haha. Sporting ke ta sporting nya haku. Alahhh lagi pun aku berminat juga nak tengok orang bernasyid. Aku mudahkan kerja orang harapnya orang akan mudahkan kerja aku. Contoh : Students sumer wat keja tutorial perfect, tayahlah keja aku asyik nak membebel ja kan? Mudah hidup...:) (Pada yang berkenaan sila hayati dan sebarkan)

Hok alohhhhhh sampai 16 kumpulan tu. Lebih dari Anugerah Juara Lagu ni. AJL pun baru 12 lagu. 

Tu satu yang awesome aku rasa. Lagi satu tadi. Felo Blok Mira yang sangatlah bagus melamar aku jadi aerobic instructor tuk aktiviti blok dorang. Bersinar-sinar mata aku. Melompat-lompat dan terkinja-kinja tu memanglah aktiviti feveret aku. Dan bila dia kata nak bayar, laju ja mulut aku cakap. "Tak payah bayar pun ta pa kak". Tapi seperti yang aku mentioned di atas, dia memang felo yang bagus. "Mana boleh tak bayar, duit pun ada. Tak da masalah nak bayar pun". Aku dengar ja duit pun ada. Maka terus ja aku kata nanti bincang ngan BesBesFrenzForever hari pa yang sesuai. Tersenyum ja felo yang bagus tu. Terus hatiku berbunga kegembiraan. Terus terbayang nak gi melancong ke Hanoi Vietnam bulan November ni. Jadi aerobic instructor leh menampung percutian 4 hari 3 malam di Hanoi tu. Percaya tak? 

Jangan percaya. Sebab aku tipu. Haha.

Sebenarnya pagi tadi aku hangat hati. Hangat owhhhh. Rasa macam nak vasektomi ja dada aku, amik mouse pad, kipas laju-laju kat hati aku. Dahlah makmal komputer hangat tada aircond. Tapi bila dapat lamaran cenggini terus sejuk hati. Terus makmal komputer tadi pun sejuk sama macam hati aku gak. Eh? Tak pasal dan tiada kaitan kan? Tau da tu.

Rasa bahagia ja permulaan 2013 aku! Wohoooo (sambil lompat bintang)
Harap korang pun bahagia juga bersama. *wink wink*

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, November 18, 2012

Tips Kemas Rumah Hujung Minggu

Salam dari Jugra,

Kalau blogger/vlogger len kasi tips nak pakai shawl half moon, tips wat mata bulat, tips kasi kek kembang bermangkuk-mangkuk atau tips kasi ikan goreng rangup di luar lembut di dalam, aku lak kasi tips kemas umah. Boleh? Almaklumlah aku lebih rajin mengemas. Bergaya dan memasak tu pun aku rajin gak cuma mengemas yang lebih rajin...kunun.

Aku kalau bangun pagi - solat subuh - haruslah tidak menghampiri katil lagi. Kalau idak leh wat giler tidur balik sampai jam 11.00 pagi. Tapi kalu bangun mencapai laptop/note dulu pun ta jadi citer. Jadi permainan psikologi penting di sini. Biasanya aku akan aim kerja-kerja mengemas instead of preparing breakfast sebab semua housemate memang bangun lambat belaka. Kalau bangun pun baik lunch ja terus. Nampak tak yang aku masih tak mengaku tak rajin memasak. Nampak tak?

Jadi, tips pertama kalau nak amik mood kemas rumah silalah aim tempat kerja yang kecil seperti aku yang memang laju-laju terus buka pintu dan susun kasut. Siap sapu, mop, lap habuk. Bila dah nampak sesuatu yang terindah barulah nafsu tuk mengemas tempat len tu akan membuak-buak. 

Tempat feveret aku. Yang lain ta kemas ta pa, janji part ni kemas.

Tips kedua, cari ruangan yang orang tak ramai guna. Kalau dalam rumah ni, lepas setel ruang kasut tu aku gi bilik hujung sebab memang bilik ni aku wat macam bilik tetamu. Duk kat hujung dunia tetamu tak kerap pun nak mai. Memang akan siap cepat kemas dan dah ada dua kawasan yang dah bersih dan kemas. 

Rasa puas hati tengok rumah kemas macam ni. Terus rasa kenyang seisi rumah!

Seterusnya, ketiga baru lah kemas bilik-bilik persendirian macam master bedroom dan bilik anak-anak. Pastu sambung ke ruang tamu utama, ruang tamu kedua dan barulah dapur. Serius dapur tempat yang terakhir yang kau kena tuju. Sebab once kau dah di dapur, memang melekaplah kau kat situ sampai 3-5 jam. Pastu tak pasti gi dapur akan kemas. Lebih-lebih gi kalau kau rajin memasak atau lebih tepat memasak hari-hari. Aku memasak hari-hari tau. Menu? Biarlah rahsia.

Dapur sebegini kemas baik capture pic laju-laju sebelum proses memasak telur goreng dijalankan...;)

Eh!TuAjeLahKali.Bye!