Showing posts with label foodhunting. Show all posts
Showing posts with label foodhunting. Show all posts

Monday, October 15, 2018

Foodhunt (14) Yangrou Paomo (15) Dumpling

Aku tiada senarai must try food di Xi'an seperti mana Xin Jiang. Aku ulang bagitahu, di Xi'an hanya pahlawan tanah liat yang aku aim. Tiada yang lain. Selain food di Muslim Street Food, Allah izinkan kami makan dua must try food di Xi'an ni.

Yangrou Paomo di sebuah restoran 1000 tahun, (pelayan dia kerek giler, sebab kami order sikit siap berkongsi ~ kami penat la weiii). Yang ini komposisi sup dan roti agak pekat.

Yangrou Paomo juga, di Muslim Street Food. Kombinasi sup dan roti tu lebih cair.

Yangrou Paomo ni bahasa mudahnya ialah roti seperti gambar di atas, kutil kecil-kecil dan masuk dalam sup. Makan roti dengan sup gitu. Dua tempat kami makan Yangrou Paomo, roti tu siap-siap pihak restoran kutilkan. Aku syak, kalau dibiarkan pelanggan kutil sendiri, besar kemungkinan berjam-jam tersangkut di restoran tu.

Di Muslim Street Food, aku perasan ada juga restoran lain yang mana pelanggannya kutil roti sendiri-sendiri. Jadi ikutlah mana yang kau nak follow. Nak adventure kutillah sendiri. Hidup ini sentiada ada pilihan.

Portion Yangrou Paomo di dua restoran ni besar. Kami beli semangkuk je pun kongsi ramai-ramai, itu pun tak habis makan. Tak lalu, sebab kepenatan. Rasanya, Alhamdulillah sedap. Alah macam sup, makan dengan roti. Simple macam tu ja. 

Dumpling.

Kak Ita yang request, ketika berada di restoran 1000 tahun, (alaaa yang pelayan dia kerek giler tu, risau Moi tak mampu nak bayar susu 'mahal'). Berkongsi juga, pun tak habis siap tapau bawa balik. Dumpling ni isinya daging ke kambing aku tak pasti, tapi rasa sejenis sayuran yang dia letak dalam dumpling ni agak kuat.

Disebabkan aku kurang rajin memasak, aku ta dapat nak kenalpasti, apakah 'sejenis sayuran' itu. Macam daun bawang, tapi bukan. Bukan ketumbar. Bukan daun sup. Overall boleh dilayan dan rasanya rare untuk aku. First time makan dumpling.

Friday, September 28, 2018

Foodhunt (10) Pilaf. Checked.

Aku mula nampak Pilaf di Burqin, dijual di Muslim Street Food nya. Tapi ketika itu terkenyang. Tak best makan masa kenyang. Kurang feel dan kurang bagus membazir. Aku banyak kali mention pada Moi, dan biasanya Moi akan sampaikan pada abah driver.

Alhamdulillah, abah driver dah rancang baik nak bawa kami makan nasi pilaf di Tulufan. Makan di tempat yang sedap dan murah. Seperti biasa. Terima kasih abah driver.

Kalau aku tengok di YouTube, portion satu pinggan banyaknya Allahuakbar. Dah plan nak kongsi (macam biasa) tapi baguslah kedai ni bagi portion comel-comel dalam mangkuk. Itu pun tetap aku kongsi dengan Moi.


Kombinasi terbaik. Kewujudan sayur atau acar jeruk dan teh tanpa gula menyumbang kepada hampir habisnya aku makan nasi ni. Nasi pilaf ialah campuran nasi putih dengan sayur-sayuran dan daging kambing yang digoreng bersama. Rasa sedap, tapi quite oily. Bergenang minyak di dasar mangkuk, tu yang aku kata aku hampir habiskan. Kalau tak bergenang, Insha Allah licin. 

Seperkara lagi, aku syak minyak yang digunakan seperti minyak sapi yang menyebabkan aku rasa muak nak hadap nasi ni semata-mata. Bila diselang makan dengan sayur jeruk, rasa menu ni lebih padu.

Setakat itu cerita pasal nasi pilaf yang aku boleh kata must try! Selebihnya nak cerita sal kedai ni dan persekitarannya yang menarik perhatian.

Betul-betul depan kedai ada sinki ni. Airnya dari Karez. Haaaa... menarik bukan?


Sebelum masuk kedai, tersangkut dulu dengan mereka ni. Local people. Punya sporting.


 Betul-betul depan kedai ada orang jual buah-buahan.

 Tepi kedai, kawaplar sedang dibakar guna alat yang nampak macam antik. Nak bertanya takut kena marah.

 Seberang kedai jumpa barisan roti Uyghur bersama tukang bakarnya.

Assalamualaikummmm. Kami nak masuk amik pic. Kataku di dalam hati yang paling dalam.

Sakan kami ketik-ketik kamera/smartphone, amik pic buat kenangan disekitarnya.

Sehinggalah kereta abah driver sampai. 

Ayuh kita hentikan penggambaran ini serta merta. Yuk berada di tempat yang dijanjikan. Pantas kawan-kawan. Usah berlengah lagi atau kelak kalian akan dibebelkan 😁