Wednesday, April 6, 2011

Terkenang kenang...

Hari ni nak wat entri syahdu...
Ok music.. start... *dengan dendangan lagu Indah Lelapku - Izwan Pilus*

Apa tadi...? Hehehe.. Zaman kecilku dihabiskan di Sekinchan Selangor, di kawasan sawah padi yang menghijau tika muda, keemasan tika tua bersama nenek lelaki dan nenek perempuanku yang sangat menyayangiku, menatang aku bagai minyak yang penuh. Memang sejak dari kecik o baby lebih tepat memang aku dijaga oleh neneks. So, kalau korang minum susu ibu aku minum teh susu. OK ini entri serius so memang teda lawak sedunia hari ni. Nak cari yang lawak gi blogwalking blog orang len... Huh? Serius giler!

Nenek aku suka citer kat sume orang yang dier jumpa pasal masa aku kecik2, suka menangis sampai la sekarang aku istiqamah. Stil suka menangis. Aku memang manja ngan nenek-nenek ku. Nenek-nenekku memanjakan aku. Masih ingat ketika aku terkencing dalam suar masa umur 5 tahun kot.. mak aku punyala marah2. nenek perempuan aku yang pujuk dan bersihkan aku! Malangnya nenek perempuanku meninggal pada usiaku 9 tahun. Memang aku blur giler ms abah aku cakap nenek da meninggal. Masa tu aku kat sekolah, tengah nak rehearsal amik hadiah. Umur 9tahun stil ta faham erti meninggal dunia. Cuma yang aku ingat aku menangis bila tengok nenek aku terbujur kaku... Iskkk.. sedeyla plak!

Nenek lelaki aku baru je meninggal. Teda la baru sangat. Tapi tahun 2007. Memang nenek aku sakit dan aku memang da bersedia mendengar berita2 yang sewaktu dengannya. Masa nenek tiri aku tepon aku rilek je. Siap call adik aku bagitau n ajak dia balik sekali. Tapi masa dalam keta, bha... air mata berjuraian macam air terjun. Blur pandangan ta nampak jalan. Adik aku yang bawa moto kat belakang keta kata aku bawa keta ta lurus!

Yang hidup pasti akan kembali. Kita juga akan begitu. Dan yang paling aku sesalkan... sayang dan cinta aku ta dizahirkan ketika dorang hidup...... Uwaaaaaa......


Apa kaitan?


Nenek perempuan aku pandai buat kuih ni. Masa raya mesti ada
Bila dia teda, kuih ni pun teda....Isk

Tuesday, April 5, 2011

Kasut Oh Kasut!

Sejak kami rajin ke gym dan skang da jadi ala2 instructor ta bertauliah...Weeee... Satu dari wishlist aku da tercapai... Kasut kami (kami sebab Amoi pun terbabit)... sangatla daif. Menunjukkan komitmen yang ta berbelah terhadap gaya hidup unggul dan sihat.


Dari sisi...Pheeewittttt...Maintain!
Go Adidas Go! (errr..ni bukan tagline Adidas)


Dari pandangan atas... Alamakkk... Memang daif...


Tu kasut Amoi... Saja nak interframe la tu!
(Aku yg suruh dia join sekaki sebenarnya...hehe)

Ada sapa2 nak taja kasut aku ta? Aku seorang yang berpotensi untuk menjadi instructor gym yang walaupun ta bertauliah tapi seperti bertauliah. Mana tau satu hari nanti aku akan menjadi instructor gym pastu masuk lak dalam The Biggest Loser (errrr...bukan sebagai peserta ye!)tapi sebagai instructor yang comey dan cool. Mesti ta sia2 sapa yang taja kasut aku tu sebab aku akan pakai kasut tu siap bagi kredit pada penaja yang baik lagi murah hati. Pada sapa yang berminat bleyla isi borang....

Monday, April 4, 2011

Nape Isnin? Nape Isnin?

Nape hari Isnin jer mud aku ke lauttttttttt!!!!!!!!

Sunday, April 3, 2011

Excitednya Nak Tulih Entri

Pada hari Sabtu 2 April 2011 pukul 5 petang lebih kurang. Aku mesti ingat tarikh dan masa ni! Aku telah membunuh orang dengan kejamnya... Hahahaha.. Aku tipu! Aku tipu! Ta dala, aku belum begitu kejam ingin membunuh orang di The Store. Aku suka membunuh secara diam atau dalam English we called it as Silent Killer.

Back to the point, Ya Allah kalau la aku boleh sujud syukur memang aku nak sujud syukur kat The Store Banting. Kat department baju. Dek sebab aku ni jahil, ta penah wat sujud syukur ditambah ta tau mana arah kiblat maka aku cancelkan aje niat aku yang tulus suci lagi murni tu. Aku just cakap Ya Allah, alhamdulillah....

Kita flashback jap, last month...last month tau bukan last week atau yesterday. Aku gi The Store ngan Lin. Saja gatal nak cuci mata disamping nak membuang masa. Kitorang gi la tengok2 baju. Sampai kat Ladylike aku nampak satu baju yang... yang... yang... Wow! Aku memang susah nak beli blouse, t-shirt atau apa saja pakaian. Sume based on love at the first sight. So, kira2 nya baju ni love at the first sight la. Actually Lin ta berapa nak berkenan sebab lengannya yang ala2 a-go-go gitu. Tapi aku berkenan sangat! Especially kat right corner of the blouse. Ada satu mende yang aku rasa sangat comey. Walaupun aku dilahirkan sebagai pemboros terbilang, aku masih waras sebab aku da beli 2 tshirt kat Megah. So, aku ta beli. Aku just mengharap kalau kami ditakdirkan bersama, dia pasti menjadi milikku jua...ecececehhhh

Dan this month, sekali lagi aku The Store. Mengharapkan dia akan berada elok2 disitu. Menanti aku dengan penuh setia. Dan dia disitu! Aku pun try2 la baju tu. Tapi, ta cukup sifat la plak. Aku ta tau la sapa yang derhaka gi tarik butang baju tu. 2 butang missing. Aku tanya la ngan promoter nya... Ya Rabbi memang blur giler. Tanpa facial expression sampai aku rasa aku nak ganti dia jadi promoter Ladylike! Disebabkan promoter yang teda perasaan, aku pun jadi tawar ati dan melepaskannya separuh hati!

Sampai di ofis, ta leh lupa. Aku cakap ngan Lin aku nak beli gak baju tu. 2 butang missing aku leh ganti butang baru yang lebih vogue. No problem, mudahkan hidup! Lin pun as usual memberikan semangat sebab dia tau aku bukan guna duit dia pun tuk beli baju tu..hehe Dan sekali lagi aku pergi. Kali ni ada lak gangguan2 luar yang ta menggalakkan aku membeli baju tu. Sekali lagi hati aku berbelah bahagi ditambah promoter yang stil blur ta abis2 dari semalam! Aku pikir nak dekat 75 kali. Beli o ta? Beli o ta?

Dan...Dan..Dan.. Aku amik baju tu aku tanya harganya. Sebab memang tulis ada sale 50% tapi kekadang harga yang ditunjuk ta pasti before o after less... Aku cakap kalau teda less memang aku ta kan beli.

Aku yang semangat : Dik, berapa harga blouse ni?
Promoter Blur : *tik..tik..tik..tekan kalkulator* - RM15.95. Diskaun 70%

Masa dia cakap harganya... Mata aku bersinar2 macam Sailor Moon dan aku rasa macam nak lari setempat sambil lompat bintang dengan lagu Tarzan and Jane terngiang2 kat telinga aku. Bila aku sedar diri tu yang aku rasa nak wat sujud syukur.....

Aku yang semangat : Ok amik....

Ya Allah, best tul shopping baju kat Banting ni. Ta sangka mende2 yang best ni berlaku dua bulan berturut2. Last month di Megah, Ingatkan kena bayar RM150, tup tup RM70 jer. Dan kali ni di The Store... Weeeeee.... Giler ko, RM53 jadi RM15.95...... Yipppppeeeee.....

Per Yang Buat Aku Ta Tido?

Jumaat lepas yang lepas dan lepas lepas...alaaaa... kalu korang ingat yang aku citer pasal kitorang sibuk debatkan samada nak makan o ta mende comey tu. Masa Majlis Persaraan Pengarah, mende ni je yang buat aku ta tido. Lecturer lelaki yang tadi memendekkan badan, tiba2 jadi tegak! Persembahan!


Cantik lak, white and black. Ustaz cakap tu je bajet yang ada.
Kain batik, kain hitam dan kain putih. Sabau je la ngan ustaz comey ni.


So colourful. Aku pun pakai baju hijau time ni. Rasa nak naik atas join.
Tapi Lin halang, Moi tahan ngan kaki... Korang dengki sebab ta pakai baju hijau kan?

Banyak lagi stunt2 yang dorang wat sebenarnya, tapi cepat sangat. Ta sempat aku snap2 gambar!

Saturday, April 2, 2011

Kesayangan Hamba


Ini keta aku. Aku sayang keta aku. (cehh.. macam buat ayat nak dapat A dalam kertas BM UPSR). Asalnya aku nak beli Kancil (aku memang mempunyai angan2 untuk memiliki keta2 comey) Tapi besala, dasar promoter... Masa tu Savvy baru launch. So, dia kuarkan sume ayat2 Power Ranger Biru dier suruh aku beli Savvy. Dan akhirnya, korang pun tau apa akhirnya. Savvyla menjadi pilihan.

Dan asalnya juga aku nak beli Savvy warna hijau katak pisang. Tapi bila pikir2 balik, kang kalau aku balik kampung mesti sume (cehhh perasan!) orang akan tau yang aku balik kg. Ta best ahhh pembunuh bersiri macam aku balik orang heboh2, wat pulut kuning, bentang kapet merah, kompang, bunga manggar bagai... Walaupun luarannya nampak ganaz tapi aku berjiwa sentimental. Pe barang pembunuh bersiri mengalirkan air mata terharu ngan sambutan orang kg... so, sebab tu la aku amik warna hitam.

Dan aku memang sayang giler ngan keta ni. Ta tau nak cakap macam mana. Aku ta kan jual keta ni. Pe yang paling best ngan keta ni ialah, masa buat lap.... memang lap abis la. sangat stabil walaupun penah satu ketika masa aku wat lap keta aku berpusing hampir 360 darjah. Bukan salah keta aku...Bukan! Bukan! Jalan yang basah masa tu dan aku memang lap dalam keadaan yang agak laju...

Lagi satu, keta aku memang sangat utuh, penah di hujani ngan asbestos bumbung masa ribut kat subang. Kemek sket kat bonet depan tapi stil maintain. Penah dilanggar BMW durjana dan derhaka (aku memang sumpah ko jadi tapir! ishhh emo lak kalau cakap pasal BMW nih) dan penah melanggar Mazda RX8. Savvyku tetap maintain walaupun bumper Mazda tu retak. Bangga aku ngan Savvy ku. Rasa cam nak belai2 macam aku belai beruang peliharaan aku yang selalu temankan aku kira tiang lampu.

~~Akhir kata~~
Awak.... saya sangat sayangkan awak dan saya benci BMW!!!
BMW leh ta ko men jauh-jauhhhhhh......?

Friday, April 1, 2011

Pet

Selain bela virus yang tikam belakang (back stabber), semut dan yang terkini GECKO!
Bha... GECKO ke cicak yang sebetulnya? GECKO la. glamer sket. Tengok ni...


Nak namakan dia... geckokugeckomujua...
Fuhh glamer abis macam nama pop star korea!

Aku juga bela beruang! Wat peneman aku kira tiang lampu kat KMS...