Tuesday, July 17, 2012

Seperkara Tentang Online Shopping


Salam dari Jugra

Online shopping merupakan satu trend yang agak menggila sekarang. Teknologi ini dicipta supaya insan-insan yang sedia ada malas menjadi bertambah malas. Malas nak keluar, malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak beratur dan segala macam malas kalau mo gi shopping. Hanya berbekalkan debit/kredit kad (yang aku ta da) atau pun Maybank2u (yang aku juga tiada) dan line internet (yang ini ja aku ada) makanya anda dan anda juga anda boleh online shopping. Dan, oh kalau online shopping dilaksanakan secara berjemaah makanya lebih afdal, lebih bahagia. Lebih ceria bila tumpang debit kad member atau akaun Maybank2u member (aku la tu). Perasaan mendapat baranglah yang paling syiok habis. Best lah giler!

Dan semalam, akhirnya apa yang di tunggu tiba jua dengan gagah perkasanya. Tablet PC cap XYZ yang super murah. RM230 je, harga membunuh tapi jika dibeli sebanyak 6 unit. Nampak ta bahawa kerjasama membawa berkat di situ?

Dan tip yang aku mahu kongsilah kunun disini ialah jika anda membeli barang-barang secara online dari luar negara, anda perlukan sejenis hormon yang dikenali sebagai SABAR. Serius memang lama. Jangan kau harap hari ni ko beli, esok kau dapat. No, No, No...



Tablet XYZ

Hong Kong maliiii. Manyak lama maaaa... 1 bulan setengah baru sampai ini tempat


and, well this perfumes comes from London. Almost a month too.


Jadinya, anda lebih memahami diri, sifat dan karakter sendiri. Kalau anda sejenis manusia yang kekurangan hormon sabar tapi kemaruk juga nak shopping atas talian, maka silalah beli di BestBuy Malaysia, atau mana-mana laman web dari dalam negara. Pagi order dan esok... "Eh...Eh...dah sampai la woiiii!". Kesimpulan buku silanya disini ialah kalau bukan 1 bulan menunggu, bukan online shopping dari luar negaralah namanya. Dan - psstttt...mungkin juga perlu sebar-sebarkan info ni pada housemate juga.

TuAjeLahKali.Bye.

Friday, July 13, 2012

Pasar Teluk Bunut : Rutin Juga

Actually ini kesinambungan dari entry lepas. Sebab kejadian ini berlaku selepas hike Bukit Jugra. Disebabkan aku mengadalah sangat, maka aku pecahkan jadi dua entry. Terserlah betapa kreatifnya aku. Tapi aku janji entry kali ni akan menyebabkan kita-kita jadi excited bangat. Mau ta excited, mau citer pasal shopping ni. Bukan sebarang shopping tapi shopping yang kau dapat banyak barang dengan kos yang kecik.

Tidakkah ia meransang deria bau? Eh?
Ah malas nak mukadimah panjang. Zoom to the main point.


Yes, this is the place where you get lotsa things with small amount of money. Awesomelah!


Now guess, to get all this, how much will you spend?
Guess la...Guess la...HikHik(excited ntahapaapa)

RM30!Super awesome!
"Eh RM30 jer, banyak ni RM30 je..." (sekali lagi excited ntahapaapa)


Gerai sempoi ni berada di pasar Teluk Bunut. Tetapi diingatkan, barang-barangnya ta stabil. Mean dari hari ke hari jumlah, jenis barang takkan sama. So, permainannya disini ialah kalau kau nampak barang yang kau memang nak la pulak, cepat-cepatlah grab. Tayah nak pikir panjang sampai 7.5 kilometer. 7.5 meter ja dah cukup panjang tu. Ya cukup panjang, sebab nak sampaikan ke 0.5 tu, orang lain dah amik. Padanlah muka! Pastu next time kau datang tak tentu lagi barang tu akan ada.

Barang-barangnya banyak dari Emirates Airline, Sudan Airline, Singapore Airline, Japan Airline dan Airline-Airline yang lain. jadi ta perlulah nak mempertikaikan kualitinya. Selain tu ada jugalah macam2 mende yang ta reti aku nak sebut kat sini.

Tetapi yang terpaling popular, kira berada di tangga pertama carta hati ialah jus buah. Diluar harganya RM5.60 disini hanya RM2.50! (Pengsan)

Antara barang yang aku rasa harganya murah bangat dan aku berpeluang beli ialah :-

1. jus buah RM2.50
2. coklat cadbury (small size) RM0.50
3. sudu stainless steel yang maha keras RM6 sedozen
4. kasut pakai kat umah yang berbulu tu dari Japan Airline RM1 satu
5. selimut yang selembut sutera dari Emirates Airline RM10 satu
6. stokin adibas RM2 sepasang.
7. sticker 3D comel-comel RM5 tuk 3 unit.
8. set comel ada sikat ada (isk tatau nak citer) dari Japan Airline R10 satu


Sebelum aku mengakhiri entryku pada hari yang berbahagia ini, aku mau tanya sesuatu...
Wujudkah Sudan Airline?

TuAjeKali.Bye.

Wednesday, July 11, 2012

Bukit Jugra : Rutin

Salam Dari Jugra

Pada Sabtu yang lepas, kami telah mendaki Bukit Jugra. Ya, ini bukanlah kali pertama kami naik Bukit Jugra, dah masuk kali ke berapa ntah aku pun tak pasti. (menunjukkan dah banyak kali naik la tewwww). Dan kali ni kami melalui jalan tar. Aku biasanya guna car kalau ikut jalan tar ni, tapi kali ni guna car-key. Berhijrahlah katakan.


Dan kami di sini merujuk kepada Ah Moi, Ah Na, Ah Ni dan tambahan Ah Quin dan Ah Kal.


Rupa-rupanya membawa bebanan tambahan ketika mendaki ya amatlah penatnya. Hadoi! Jadi pengajarannya, kalau nak hilang kalori dengan lebih pantas berdezupppp. silalah kendong anak yang sebaya Haiqal. Kalau setakat kendong anak mata dan anak tekak ta yah cakap banyak sangat.


Hari tu, dapat lihat dua kapal kecik tarik tah apa tah melalui Sungai...Sungai Raba?

Mungkin dalam hati kecil bertanya, tak bosankah ke Bukit Jugra?
Jawapanku...



Bukit Jugra Is Where My Heart Belong...
ecehhhh wah la sangat!

TuAjeLahKali.Bye.

Thursday, July 5, 2012

Makan Di Ofis Jer


Menu Hari Ini
Tupperware atas : Menu breakfast - spageti malam tadi
Tupperware bawah : Menu lunch yang dirahsiakan isinya


Aku bawa bekal bodo-bodo atau bahasa jawa kita panggil homemade foods ke ofis untuk makan secara bersopan.
Bukannya sebab geng jalan-jalan cari makan aku gi kursus dan
bukan juga sebab aku malas nak gi kafe orion tuk makan sorang-sorang.
Sebabnya hanyalah kerana aku mahu jadi kaya cepat-cepat
Aku nak beli Honda Hybrid warna putih dengan plat number ANA7578, nak melancong ke Dubai,Hanoi Guilin,Auckland Switzerland,Singapore, panjat Tembok Besar Cina, petik epal di Malang Indonesia, shopping di Bandung - Jakarta, Koh Samui Thailand, Brunei, Korea, Bandung, nak Jeans Levis boot Cut Curve ID, nak borong sumer perfume kat dunia ni...

Wahhhh tinggi dan lansingnya impianku.



Ini menu lunch semalam. Fully sponsored by Ah Moi.
(nak kaya cepat memang kena pau member punya makanan)



TuAjeLahKali.Bye.

Tuesday, July 3, 2012

Bosan?Mari cuba terapi ini!

Salam dari Jugra

Semalam dan semalam (dan juga hari ni juga) aku jadi tada semangat. Kalau semalam aku berperisaikan alasan penat sebab ta duk diam hujung minggu. Hari ni aku beralasankan kerisauan ta pasal-pasal, risau dikembalikan ke sekolah dek kes berita hangin hinggakan aku redha dan bermohon moga dicampak waima ke KMSarawak apatah lagi ke KMLabuan sekalipun. Terserlah sungguh ketraumaan aku ngan suasana sekolah!

Aku mahu citer pa yang aku wat masa semangatku hilang hari Isnin lepas. Dan kaedah ini sangat terkesan untuk aku. Untuk orang lain mungkin berbeza. Apa yang aku wat ialah...Aku mengemas dan mengemas. Tempat aku memang dah kemas. Tapi aku kemas lagi. Ya, berbunyi seperti psiko di situ. Tapi tak sangka aktiviti yang mungkin orang pikir "Apa kau dah takde keja lainkah?" sangat memberikan impak maksima pada mood aku yang dua tiga menjak ni macam em.o.en.wai.e.ti.

Tapi melalui pembacaan aku pun, memang tempat yang kemas, yang cantik dan indah-indah akan mengubah mood kau. Mood yang em.o.wai.e.ti mungkin akan berubah jadi "dalam hati ada pelangi". Serius ia berkesan (tuk aku). Cubalah mungkin ia juga terkesan untuk anda...da...da....(tambah effect gema disitu).

Meh aku tunjuk hasilnya...JengJengJeng


Dalam laci-laci.
Sampai ke dalam-dalam aku kemas. Ta main-main punya.


Fresh flower yang berusia genap sebulan hari ni.


Jalan masuk -> silalah tanggalkan kasut.


Kasut-kasut ku. Kasut feveret - kasut yang macam lelaki tu.
Aku belasah hari-hari sebab itu yang terpaling selesa wat pegi kelas.
Dan aku memang obses ngan warna hitam. (ok, mengaku...aku bukan berfesyen orangnya)


Dalam banyak-banyak bahagian, bahagian ni yang aku paling suka -> bawah meja
Korang pikirlah sendiri sebabnya...
(clue: saya seorang sleepaholic)

Tu semalam, tak sangka hari ni pun ta bersemangat. Nak apply aktiviti mengemas macam ta logik la pulak sebab aku punya tempat memang dah kemas. Tapi nasib baik ada adik Hafiz tolong belikan air oren dan aku selamba ta bayar pun air tu. Aku anggap dia belanja aku la tewwww... Dan aku hepi kembali. Yeay!



Dah habis aku minum pun.
Terimakasih daun keladi.

~SEPERTI MAHU KEMAS TEMPAT ENCIK-ENCIK KOKO~

Thursday, June 28, 2012

Aku Dan Kuliah Jam Satu

Aku ta tau macam mana mau istiqamah dalam penulisan blog. Bila aku ada masa nak tulis, idea ta datang dan bila idea datang aku ta da masa mau taip dalam belog lak. Haihhhhhh... Alasan tul! Untuk pengetahuan semua dan aku juga yang aku sebenarnya ada dua belog. Dan dua-dua pun aku ta istiqamah. Baik...dengan penuh semangatnya aku mahu menwar-warkan ke seluruh alam yang aku akan istiqamah. Sekali seminggu. Means aku akan update belog dua kali seminggu.
Semangat!Semangat!Semangat!

Baik, sesi motivasi dah berakhir. Skang baru nak masuk isi penting.

Aku ada kuliah jam satu. Hari ni aku tak berdebar seperti selalu-selalu sebab hari ni aku wat kuiz Topik Satu masa kuliah. Asalkan ada mende nak dibuat jer aku akan cukup bahagia dan aku bercadang mau datang lambat nanti dengan niat tulus murni supaya students akan ada masa tuk study sampai dorang muntah. Wah pasti nanti jawapan yang dorang berikan sangat sebijik macam ayat-ayat nota dan memudahkan aku untuk menanda kelak. Semua mende pun aku nak senangkan kerja aku. Aku memang jual ikan (selfish omputih cakap).

Pa sebenarnya yang nak sampaikan di sini pun aku ta tau... Kan aku dah cakap, bila aku ada masa taip di blog, idea aku jadi jumud. Baik aku basuh pinggan mangkuk. Mungkin lebih bermanfaat tuk sekalian alam.

TuAjeBai.

Friday, June 8, 2012

Snow White and The Huntsman

Salam dari hujung dunia (yang sebelah sini)

Kami-kami gi tengok wayang Rabu lepas yang konon-kononnya PopCorn Day. Citer Snow White and The Huntsman.


Bestkah?

Personally aku rasa hepi bila dapat tengok wayang. Dah lama ta gi cinema. Last gi last year tengok citer Rio. So apa-apa citer pun dah buat aku bahagia. Dan aku ta tau pulak yang Kristen Stewart ialah heroinnya. Kami pilih citer berdasarkan yang terkini launch dan hasilnya nasib baik ada Salleh yang tolong belikan tiket. Kalau idak mau kami-kami duduk bawah sekali sambil kepala terdongak 75 darjah nak tengok skrin.

Aku berpuas hati ngan citer ni (lebih-lebih lagi tiket free). View sangat cantik specially bila SnowWhite, Huntsman dan 8 Dwarfs sampai di Angle's Land. Ya...Orang kenitnya ada 8 bukan 7. Aku ta tersalah taip pun. Dan bila SnowWhite makan epal beracun cer korang teka sapa yang dapat hidupkan dia semula?

Huntsman of course! Nasib baik hensem lagi perkasa kalau bandingkan dengan William. So ta da lah rasa macam nak bako panggung. Tapi benarlah memang endingnya kurang dramatik. Ada ka sekali cucuk mak tirinya dah mati? Ehmmmmm....bagi lah kali ke 17 cucuk baru mati, barulah tragis. Dah alang2 kategorikan citer ni sebagai PG13 kan?

Akhir kalam. Citer ni takan buat ko tertidur. Tetapi kena tau jugak genre citer pa yang korang minat. Kalau ko leh layan Harry Potter, Pirate of Carribean, Narnia, Lord of The Ring, aku gerenti ko leh layan jugak citer ni. Sekian.

Brave macam best jugak!Jom next time... tapi pastikan dapat tiket jam 5.45 petang!