Tuesday, July 17, 2012

Seperkara Tentang Online Shopping


Salam dari Jugra

Online shopping merupakan satu trend yang agak menggila sekarang. Teknologi ini dicipta supaya insan-insan yang sedia ada malas menjadi bertambah malas. Malas nak keluar, malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak beratur dan segala macam malas kalau mo gi shopping. Hanya berbekalkan debit/kredit kad (yang aku ta da) atau pun Maybank2u (yang aku juga tiada) dan line internet (yang ini ja aku ada) makanya anda dan anda juga anda boleh online shopping. Dan, oh kalau online shopping dilaksanakan secara berjemaah makanya lebih afdal, lebih bahagia. Lebih ceria bila tumpang debit kad member atau akaun Maybank2u member (aku la tu). Perasaan mendapat baranglah yang paling syiok habis. Best lah giler!

Dan semalam, akhirnya apa yang di tunggu tiba jua dengan gagah perkasanya. Tablet PC cap XYZ yang super murah. RM230 je, harga membunuh tapi jika dibeli sebanyak 6 unit. Nampak ta bahawa kerjasama membawa berkat di situ?

Dan tip yang aku mahu kongsilah kunun disini ialah jika anda membeli barang-barang secara online dari luar negara, anda perlukan sejenis hormon yang dikenali sebagai SABAR. Serius memang lama. Jangan kau harap hari ni ko beli, esok kau dapat. No, No, No...



Tablet XYZ

Hong Kong maliiii. Manyak lama maaaa... 1 bulan setengah baru sampai ini tempat


and, well this perfumes comes from London. Almost a month too.


Jadinya, anda lebih memahami diri, sifat dan karakter sendiri. Kalau anda sejenis manusia yang kekurangan hormon sabar tapi kemaruk juga nak shopping atas talian, maka silalah beli di BestBuy Malaysia, atau mana-mana laman web dari dalam negara. Pagi order dan esok... "Eh...Eh...dah sampai la woiiii!". Kesimpulan buku silanya disini ialah kalau bukan 1 bulan menunggu, bukan online shopping dari luar negaralah namanya. Dan - psstttt...mungkin juga perlu sebar-sebarkan info ni pada housemate juga.

TuAjeLahKali.Bye.

No comments: