Tuesday, July 3, 2012

Bosan?Mari cuba terapi ini!

Salam dari Jugra

Semalam dan semalam (dan juga hari ni juga) aku jadi tada semangat. Kalau semalam aku berperisaikan alasan penat sebab ta duk diam hujung minggu. Hari ni aku beralasankan kerisauan ta pasal-pasal, risau dikembalikan ke sekolah dek kes berita hangin hinggakan aku redha dan bermohon moga dicampak waima ke KMSarawak apatah lagi ke KMLabuan sekalipun. Terserlah sungguh ketraumaan aku ngan suasana sekolah!

Aku mahu citer pa yang aku wat masa semangatku hilang hari Isnin lepas. Dan kaedah ini sangat terkesan untuk aku. Untuk orang lain mungkin berbeza. Apa yang aku wat ialah...Aku mengemas dan mengemas. Tempat aku memang dah kemas. Tapi aku kemas lagi. Ya, berbunyi seperti psiko di situ. Tapi tak sangka aktiviti yang mungkin orang pikir "Apa kau dah takde keja lainkah?" sangat memberikan impak maksima pada mood aku yang dua tiga menjak ni macam em.o.en.wai.e.ti.

Tapi melalui pembacaan aku pun, memang tempat yang kemas, yang cantik dan indah-indah akan mengubah mood kau. Mood yang em.o.wai.e.ti mungkin akan berubah jadi "dalam hati ada pelangi". Serius ia berkesan (tuk aku). Cubalah mungkin ia juga terkesan untuk anda...da...da....(tambah effect gema disitu).

Meh aku tunjuk hasilnya...JengJengJeng


Dalam laci-laci.
Sampai ke dalam-dalam aku kemas. Ta main-main punya.


Fresh flower yang berusia genap sebulan hari ni.


Jalan masuk -> silalah tanggalkan kasut.


Kasut-kasut ku. Kasut feveret - kasut yang macam lelaki tu.
Aku belasah hari-hari sebab itu yang terpaling selesa wat pegi kelas.
Dan aku memang obses ngan warna hitam. (ok, mengaku...aku bukan berfesyen orangnya)


Dalam banyak-banyak bahagian, bahagian ni yang aku paling suka -> bawah meja
Korang pikirlah sendiri sebabnya...
(clue: saya seorang sleepaholic)

Tu semalam, tak sangka hari ni pun ta bersemangat. Nak apply aktiviti mengemas macam ta logik la pulak sebab aku punya tempat memang dah kemas. Tapi nasib baik ada adik Hafiz tolong belikan air oren dan aku selamba ta bayar pun air tu. Aku anggap dia belanja aku la tewwww... Dan aku hepi kembali. Yeay!



Dah habis aku minum pun.
Terimakasih daun keladi.

~SEPERTI MAHU KEMAS TEMPAT ENCIK-ENCIK KOKO~

No comments: