Saturday, April 18, 2020

Weekly Ride : Bemban → Sungai Dua (All Time Favourite Route)

... atau aku panggil route kambing pendek. Kenapa kambing pendek? Entah. Suami panggil kambing pendek. Aku sebagai isteri mithali mengikut sahaja. Route ni dalam kategori all time favourite. Rasa nak jauh sikit dan lain sikit, ke sini lah kami mengayuh.

Panjangnya lebih kurang 40km. Kalau aku rajin kayuh, 1 jam 30 minit sampai. Kalau aku malas mengayuh 2 jam baru sampai warung Kak Nor. Tak sama ya jamnya sebab bila perempun mengayuh, dia ikut mood haha. Untung aku dapat suami penyabar. Bila dia banyak bersabar, mulalah dia arah aku macam-macam. 

Contoh, macam di bawah ni.

Naik...

... turun, arah isteri rakam gambar... Tak cantik. Tak memenuhi piawaiannya.

Naik semula...

... turun semula, isteri rakam lagi gambar. Puas hati, jadi profile pic FB ehmmm...

Kami panggil tempat ni dataran. Kawasan ni terletak di tengah-tengah perjalanan la lebih kurang.

Biasa berhenti sini, lepaskan mengah sambil ambil gambar sebab kawasan ni cantik.

Cubaan nak rakam gambar dari perspektif berbeza. Nampak macam apa?

Pending entry is done and I am happy!

Sunday, April 12, 2020

Dapatan Dalam MCO

Hasil berwebinar dengan Ustaz Ridwan Mazlam (MIE Expert) pada 31 Mac 2020. 

Terimalah video, editing dari aplikasi Photos yang dah lama ada dalam laptop, tapi baru tahu aplikasi Photos menggantikan MS Movie Maker. 


Sungguh noob diri ini rupanya 😂

Wednesday, April 8, 2020

Weekend Ride : Bukit Langkap 07032020.

Cik Abang duk bercerita tentang Bukit Langkap. Bukit Langkap itu... Bukit Langkap ini... Aku dengarkan aje. Sampailah dia cakap, jom set satu hari pergi Bukit Langkap. Aku macam errrr... Sebabnya satu ja. Ralat nak tinggalkan kembar semenjak aku jadi weekly ibu. Sahlah ride ni akan ambil masa lebih dari satu jam. Masa... masa...

Sehinggalah hari Jumaat berkenaan, aku balik Pilah dan kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Haha... Macam hebatkan? Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid dan makam Tuan Tulis. Lepas tu baru berbasikal naik Bukit Langkap, on the way balik boleh jenguk kembar. Begitulah perancangannya.


 
Halfway... mengah! 

Masa ni aku ingat selesai sudah dan boleh patah balik. Rupanya tidak, perlu teruskan perjalanan, hala sana tu. Tapi syiok ah sebab downhill. Panjanggggg pulak tu downhill-nya. Aku duk ulang tanya, bila nak patah balik? Kepanjangan downhill tu buat aku tak senang sebab kena patah balik kot. Terbayang dah macam mana gaya nak uphill nanti. Cik Abang kata sampai jumpa dataran. Dataran? Dataran?...




Dataran. Imaginasiku ialah dataran macam di route kambing pendek. Rupanya lain.

Takpe yang penting selamat sampai. Lepak jap. Photoshoot jap. Akhirnya yang dinantikan tiba. Uphill...

Masa ni kalau cik Abang bagi kata-kata semangat... aku marah. Haha. Mental wei.

Dia takpelah, siap boleh turun basikal amikkan pic aku mengayuh. Pastu kejar aku semula. Kurang asam. Apapun, Alhamdulillah ada kenangan kayuh di Bukit Langkap. Kira ride paling jauh sebelum MCO bermula. Dan mungkin juga ride akhir kami berdua di bumi Pilah sebelum kami sekeluarga berhijrah ke Banting Selangor.

Mungkin, sebab aku pun tak tahu apa yang terbaik Allah aturkan. Untuk kami. Untuk kita semua.  

Pending entry is done and I am happy!

Tuesday, April 7, 2020

Taman Permainan Kegembiraan.

Sebelum Covid-19, sebelum MCO, sebelum keajaiban ini bermula. Oh, bagi aku semua yang terjadi sekarang ialah keajaiban. Tak pernah terlintas akan terjadinya begini walau pun aku species overthinking... Sungguh ajaib.

Taman Permainan Kegembiraan. Untuk bersaing dengan keajaiban yang aku tulis di atas, cuba sebut tajuk entri guna nada Doraemon. Comel bukan?

My briskwalk view without...

... and with clouds.

And one with coconut tree.

Taman permainan di awal pagi. Setiap hari antara jam 0715 hingga 0745. Asalnya aku ikut housemate pusing kolej, lama kelamaan aku seorang ja yang berpusing sebab aku ke kolej awal ya ampun. Paling bosan bila kegigihanku pusing kolej atau bahasa lainnya briskwalk menjadi bualan ramai (acah-acah ramai). Aku tukar route. Masuk astaka. Briskwalk atas trek. Jauh dari orang dan view Subhanallah cantik. Hari-hari briskwalk, hari-hari tangkap gambar. Sekali buat update Insta, yang selebihnya tak tahu nak buat apa. Capture pic semata-mata sebab cantik. Rupanya simpan untuk buat kenangan di blog.

Kolam renang Morib Golf Club

Taman permainan setiap petang Selasa. Nak menyampaikan ke sini ya amat malas sebab ambil masa dalam 30 minit. Tapi kalau dah sampai, seronok. Hampir setiap hari aku workout guna lower body. Sesekali berenang, boleh guna a whole body and lower impact. Aku selalu anggap berenang untuk rehatkan otot selain release tension. Bunyi air bila aku rendam kepala tu... damai sungguh.

Taman rekreasi Bukit Pilah.

Taman permainan hujung minggu. Dating dengan roommate di sini terutamanya bila tak nak berlama-lama workout. Dekat dan puas hati dengan masa satu jam lebih. Bukit Pilah banyak menyimpan kenangan aku tertonggeng, tergolek dan belajar sesuatu. Belajar untuk mati dalam husnul khotimah. Bila aku downhill aku bershahadah, banyak berzikir menyebut nama Allah. Sejujurnya lebih banyak dari aku berzikir atas sejadah. Astagfirullah 😔

Bukit Jugra bersama awan seakan-akan gula-gula kapas gaisss...

Taman permainan setiap hari Isnin. Sekitar jam 1630 dah mula hiking. sebab rakan mendaki ada komitmen nak menguruskan anak-anak. Matahari memancar, panas litlit masuk hutan terus redup. Dapat sedut oksigen segar pula tu. Aku kalau ada aura nak demam, atau flu ke sinilah aku pergi. Alangkan sihat, kalau seminggu ulang dua kali hiking pun aku on ja. 

16 Mac 2020. Sehari sebelum MCO bermula. Momen di taman permainan sebelum disedut kapal UFO. 

Thursday, April 2, 2020

Makam Tuan Tulis Kuala Talang, Kuala Pilah

Dari jalan besar menghala ke Kuala Pilah↔ Seremban selalu nampak papan tanda ~ Makam Tuan Tulis. Teringin juga nak pergi. Sebab? Saja. Saja nak mengimbau zaman sekolah rendah 1989 - 1990. Aku dah mula duduk di asrama. Warden asrama rajin bawa kami beriadah hujung minggu ( bahasa sekarang orang panggil brisk walk), berjalan dari asrama melawat segala macam makam kaum kerabat sultan Perak.

Jadi, saja nak baca sejarah. Nak pergi saja-saja, memang tak harap suami nak bawakan. Nak pergi seorang macam malas. Sudahnya tengok ajelah papan tanda, sambil berbisik perlahan... "Teringin nak pergi..."

Hari Jumaat berkenaan, aku balik dari dari Banting. Kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Macam hebatkan? Haha. Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid. Lepas tu baru berbasikal naik bukit Langkap, sambil terus jenguk kembar.

Pagi Sabtu, seperti yang dirancang gerak ke Kg Talang, parking di masjid. Masjid Tuan Tulis. Eh?
Makam Tuan Tulis? Masjid Tuan Tulis? Masjid dan makam Tuan Tulis tulisnya di papan tanda. Wah boleh singgah nanti ni.

Hebat Tuan Tulis ni. Warak orangnya. Menjadi kesayangan orang. Tenang orangnya ni. Tak jumpa pun tapi aku dapat rasa orangnya baik banget.


 Nak tunjuk yang tinggi macam menara tu dibina bersama oleh Tuan Tulis bersama penduduk kampung sejak tahun 1920 an. Wow.

Aku masuk ke dalam, nak melawat makamnya. Niat nak sedekahkan Al Fatihah. Makamnya dibilikkan siap ada penghawa dingin. Sebelum melangkah masuk, ada amaran dicetak ditampal di pintu kaca. Memaklumkan pengunjung, tak boleh memuja dan apa-apa bentuk khurafat adalah dilarang. Patutlah berbilik siap ber grill bagai.

Melangkah masuk, bau setanggi. dan... terperanjat aku tengok kubur Tuan Tulis. Serius terperanjat. Sebab tak macam kubur. Bentuknya seperti seketul batu yang sangat besar. Aku pernah ziarah Makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Banting. Kubur sultan macam kubur biasa. Kubur-kubur sultan kaum kerabat Diraja Perak yang aku rajin ziarah zaman sekolah rendah pun penampakannya macam kubur biasa. Tapi, kubur Tuan Tulis luar biasa. Untuk aku lah. Pertama kali jumpa kubur macam ni.

Disebabkan terperanjat, aku tak ambil sebarang gambar. Jadi aku terangkan aje, selebihnya visualkanlah sendiri. Tak pun jemput ziarah makam Tuan Tulis di Kg Talang. 

Takpe aku google kan. Musim MCO ni, rajinku bukan kepalang. Terima kasih portal rasmi MDKP.

Adalah aku baca sedikit info tentang Tuan Tulis yang dikhabarkan sangat penyayang terhadap binatang. Kerbau Tuan Tulis lansung tak pernah makan di kebun orang kampung sebab sudah di beri amaran oleh Tuan Tulis kepada kerbau-kerbau beliau. Jadi orang kampung tak kisah pun kalau kerbau Tuan Tulis berkeliaran di kebun mereka. Tuan Tulis juga memberi makan kepada burung merpati, yang seperti 'dipeliharai' beliau secara terbuka. Ketika Tuan Tulis meninggal, kelihatan burung-burung merpati ini seperti mengiringi Tuan Tulis hingga ke tanah perkuburan dan kemudiannya burung-burung itu hilang entah kemana. Banyak lagi info tambahan yang ditulis tapi aku ingat bahagian binatang ja hehe. 

Nah, lanje gambar sekuntum bunga yang cantik di luar masjid Tuan Tulis. Warna Selangor, tiberrr...

Pending entry is done and I am happy!

Wednesday, April 1, 2020

Rutin v2.0

Alhamdulillah MCO hari ke 15.
MCO fasa kedua.
Syukur.

Dalam rumah ni dah ada yang mengeluh kebosanan. Dari anak-anak sampai ke ayah anak. Ajaibnya ibu anak belum bosan lagi dek kerana banyak kerja, banyak impian, banyak resepi, dan macam-macam lagilah yang nak digapai dan nak dicapai. Yeay.

Hari tu aku ada share rutin MCO supaya aku tidak tersasar dari landasan kebenaran.
Kebenarannya, tak sempurna tapi bolehlah. Dah nampak sikit-sikit cahaya di hujung jalan.

5.30 am :
Bangkit pagi ~ Alhamdulillah masih lagi bangun tapi lambat hahaha. Most of the time 6.30 pagi
buat simple yoga / regangan ~ buat di merata tempat asal rasa lenguh no specific place or time
mandi terus! ~ terkadang buat, terkadang tidak 50-50

6.00 am :
Qabliah - Subuh - Quran Mathurat- solat-solat sunat setakat ni istiqamah dengan Qabliah Subuh ja

6.30 am :
Hadap phone ~ no time contraint aihhh... Rasa nak main Clash Royale aku main, Brawl Star dan terkini Candy Crush bila-bila masa di mana-mana jua. Cuma kurang sudah update news tentang dunia. Tahniah pada diri sendiri.

7.00 am :
Prepare breakfast ~ yeay ada satu rutin yang berjaya!

8.00 am :
Clock in ~ yang ini terpaksa so berjaya jugalah kira-kiranya haha
breakfast - family time ~ yeay ada lagi satu rutin yang berjaya (jadi dua)

8.30 am :
Work from home / Hobi ~ ini bolehlah... tapi masa tak tetap. Macam hari ni jam 0900 baru mula marking kerja pelajar.

11.00 am :
Dhuha - Quran - Qailullah ~ yeay rutin ketiga. Walau lambat macam mana pun aku mula kerja, tetap jam 1100 break.

11.30 am :
Prepare lunch ~ rutin keempat

1.00 pm :
Lunch - family time rutin kelima tapi masa lari-lari sikit. Paling lewat kami lunch jam 1400

1.30 pm :
Zuhur - Quran - Solat Sunat rutin kelima
2.00 pm :
Hadap phone / Blog ~ rutin keenam

3.00 pm :
Work from home - clock out / Hobi ~ ketujuh

4.30 pm :
Asar - Quran - Solat sunat   Mathurat
5.30 pm :
Zumba / Joget / Cha cha / calling ring ring  free and easy

6.30 pm :
Prepare dinner ~ lapan

7.15 pm :
Dinner - family time 

7.30 pm :
Maghrib - Quran - Solat sunat dinner ~ family time

8.00 pm :
Board game - family time ~ hanya pada malam Jumaat selepas bacaan Yaasin sekeluarga

8.45 pm :
Isya' - Quran - Solat sunat Witr

9.15 pm :
Tonton / Blog ~ most of the time hadap phone dan main game 

10.30 pm :
Baca buku 1 bab ~ baru malam tadi berjaya mula

11.00 pm :
Tidur ~ most of the time

Selesai post mortem. Aku puas hati jugalah dengan susunan rutin. Tapi nak tambah baik bab tonton dan baca buku tu, dan nak bangun awal at least 6.00 pagi la kan? Melampau aihhh 6.30 pagi. Biasa hari kerja aku bangun jam 5.30 pagi.

Alhamdulillah aku belum bosan, tapi share lah tips dari Papa Zola di musim MCO. Aku jumpa di wall FB kawan. Tak tahu siapa pemilik sebenar. Animonsta mungkin? TQ Animonsta.

Comel kan tips ni? 😂

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...

Friday, March 27, 2020

Keeping Spirits Up!

Need more video like this..!


"... this is from a teacher in China, reflecting on the lockdown. We're just finishing our seventh week of e-learning, seven weeks of being mainly housebound, seven weeks of uncertainty. We're healthy, we're happy, we're humbled, as we watch the rest of the world begin their time inside.

Here are some of my reflections on the last seven weeks. Accept that you have no control over the situation. Let go of any thoughts of trying to plan too much for the next month or two - things change so fast. Don't be angry and annoyed at the system. Anxiety goes down. You make the best of the situation, whatever that might be for you. Accept that this is what it is, and things will get easier.

Try not to listen to, read or watch too much media - it will drive you crazy, there is a thing as too much. (this is me for the past 10 days 😅 )

The sense of community I have felt during this time is incredible. I could choose who I wanted to spend my energy on, who I wanted to call, message and connect with, and found the quality of my relationship has improved. Appreciate this enforced downtime. When do you ever have time like this?

I'll miss it when we go back to the fast paced speed of the real world. ( surely miss this moment later ). Time goes fast. There are box sets I still haven't watched. You learn to appreciate the little things - sunshine through the window, flowers blossoming. To those beginning this journey, you will get through it, listen to what you are told, follow the rules, look out for each other, there is light at the end of the tunnel..." 

Always look at the brighter side, think happy and say Alhamdulillah ...