Wednesday, April 8, 2020

Weekend Ride : Bukit Langkap 07032020.

Cik Abang duk bercerita tentang Bukit Langkap. Bukit Langkap itu... Bukit Langkap ini... Aku dengarkan aje. Sampailah dia cakap, jom set satu hari pergi Bukit Langkap. Aku macam errrr... Sebabnya satu ja. Ralat nak tinggalkan kembar semenjak aku jadi weekly ibu. Sahlah ride ni akan ambil masa lebih dari satu jam. Masa... masa...

Sehinggalah hari Jumaat berkenaan, aku balik Pilah dan kembar tiada sebab menghadiri perkhemahan di D'Kok. Sayu rasanya, dahlah jarang-jarang nak jumpa. Aku ajak suami jenguk kembar. Suami bagi greenlight.

Hari Sabtu jenguk kembar. Naik basikal. 

Haha... Macam hebatkan? Tak hebat mana sebab kami angkut basikal, parking di masjid dan makam Tuan Tulis. Lepas tu baru berbasikal naik Bukit Langkap, on the way balik boleh jenguk kembar. Begitulah perancangannya.


 
Halfway... mengah! 

Masa ni aku ingat selesai sudah dan boleh patah balik. Rupanya tidak, perlu teruskan perjalanan, hala sana tu. Tapi syiok ah sebab downhill. Panjanggggg pulak tu downhill-nya. Aku duk ulang tanya, bila nak patah balik? Kepanjangan downhill tu buat aku tak senang sebab kena patah balik kot. Terbayang dah macam mana gaya nak uphill nanti. Cik Abang kata sampai jumpa dataran. Dataran? Dataran?...




Dataran. Imaginasiku ialah dataran macam di route kambing pendek. Rupanya lain.

Takpe yang penting selamat sampai. Lepak jap. Photoshoot jap. Akhirnya yang dinantikan tiba. Uphill...

Masa ni kalau cik Abang bagi kata-kata semangat... aku marah. Haha. Mental wei.

Dia takpelah, siap boleh turun basikal amikkan pic aku mengayuh. Pastu kejar aku semula. Kurang asam. Apapun, Alhamdulillah ada kenangan kayuh di Bukit Langkap. Kira ride paling jauh sebelum MCO bermula. Dan mungkin juga ride akhir kami berdua di bumi Pilah sebelum kami sekeluarga berhijrah ke Banting Selangor.

Mungkin, sebab aku pun tak tahu apa yang terbaik Allah aturkan. Untuk kami. Untuk kita semua.  

Pending entry is done and I am happy!

No comments: