Monday, February 28, 2011

Air 7 kupang....

7 kupang = 70 sen... Wujud lagi kah air berharga 7 kupang? (bahasa utaranya) Rupanya ada la wehhh... Masa Si Bongsu beli ayaq kat kafe Orion... Dengan excitednya dia kata....

"Air harga 7 kupang ni..."

muka punya gumbira macam twin dapat lollipop. Masa dier ckp tu aku takde la rasa terperanjat...Tapi bila pikir balik, memang tak penah lagi jumpa air berwarna warni bawah RM1 skang. Paling murah RM1..Air mata air pun mahai....


Ni dier air 7 kupang - capture guna nfon Lin
Control abang kat belakang tu makan....

Ntah apasal

... mencurah2 lak idea aku nak berbelog hari ni. Maybe sebab semalam mengada dan kena marah dan kelaparan buat otak aku cair. Aku patut tulis novel. Mesti tak laku...huhu...

Kalau la korang perasan ini entri yang keempat aku tulis hari ni je... tu tak termasuk yang tersembunyi kat belakang ni ... ada dalam dua entri..yang belum published ada empat. Haaaa...amik korang... baca jangan tak baca.... Ada gak entri aku yang agak HOT! maybe kena tapis ngan mana2 Lembaga Penapisan Negara... rasa macam tak lepas lak.....sebab kang ada lak yang campak telur kat aku nanti...(Kalau nak campak, campak la telur rebus yer...)

Owh..perasan tak lagi satu, follower aku dah bertambah... Thanx anak sedara. Kihkih.. 3 bulan berbelog, 3 follower... Blogger promote dan main paksa2 lak orang jadi follower.....hehe... Eh.. I Luv U all tau. Bye.

Aku Yang Beriya2 Nak... Dia lak...

yang beli nfon baru.... Lin, aku nak volunteer jadi spy merangkap Sherlock Holmes tuk menyiasat Misteri Tetiba Beli Nfon Baru.... Mesti ada apa2 ni....Huhu...
Aku dengki sebenarnya merangkap jeles.... Romantic hubby u... aku tumpang gumbira melihat kau gumbira... Macam tajuk lagu lak...

Actually thanx to kawan2 IT merangkap kawan2 kutu merangkap kawan2 bergosip sebab memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penulisan belog aku ni. Bersemangat suruh aku gantikan nfon zaman paleolitik aku ni, mengingatkan aku update blog, siap suruh aku buat Ads tu...Fuhhh.... Kalau la betul2 aku dapat USD70 sebulan... aku bagi Unit TM 17%... ok tak? Yang lagi 83% leh wat modal beli set make up yang terkini. Pastu leh wat keje tambahan - Kelas make-up ala gothic, ala manja mengada, ala arabic, ala pembunuh bersiri dan sebagainya. Mungkin leh terima tempahan tuk andam mengandam....Fuhhh... kaya kita weiiii.....

Rutin Hari Isnin....

Hari Isnin nan indah....Rutin aku akan selalunya sama jer. Berlari gi punch card, pastu pakai pulak kain yang sendat (Baru perasan setiap Isnin aku akan pakai kain lipat sisi...Huh!Misteri) Nak melangkah pun susah. Terpaksa angkat kain macam nak harung banjir sebab nak berlari kan...? Bawak lak beban-beban tambahan. Tak cukup kat belakang, kat sisi pun ada....

Dah punch card (Macam nak beli tiket konsert, sume berasak2 nak punch dulu. termasuk aku) wat lak body stepper, naik ke kubikel nak letak beban. Ucap i luv U pada anak2 kaktus... sebelum turun balik ke computer lab... bermandi peluh, nasib baik masuk bilik berair cond. Masuk kelas, senyum, menyindir dan mengajar......Aku sukaaaa.....Isnin.....

Jom suka Isnin ramai2..... Jom la....^__^
Isnin itu bukan nama orang, tapi nama hari.....Sekian Terima Kasih!

Sesat? I Like...(cepat like gak...)

Aku banyak kali sesat... banyak2 kali... dan sebab tersesat la aku terer jalan.(dengan gaya riak...isk berdosa..^__^)..Tadi sekali lagi aku 'sesat' di area Lapangan Terbang Subang. (aku bukan sesat sebenarnya..aku belajar jalan baru..) Dan hasilnya aku berjaya meneroka jalan lagi... tepuk tangan tuk aku.

Setakat ni aku rasa, leh cover hampir 75.78% area di Selangor. So, jangan ada ati nak campak aku di tepi jalan dengan alasan nak menakut2kan aku. Aku leh hidup... (riak lagi...!)

Tapi aku surender, taknak 'sesat' di KL. Maaf zahir dan batin. Korang bayar pun aku tak hingin...errrr... maybe kalau USD1juta aku redah gak kot..mata duitan!

Friday, February 25, 2011

Why 'Life With a View'

Aku sebenarnya dah plan nak citer macam mana aku dapat idea namakan blog aku Life With a View.

Idea ni sebenarnya datang dari sebuah filem romantik yang bertajuk Room With A View. First time tengok di TV berapa ntah (yang pasti bukan TV7, TV8, TV9 atau TV Al-Hijra) pada tahun 2000++. Dah lama.... Dan masa di USM, kalau gi library bahagian video memang video ni la aku pinjam. tengok banyakkkkkkk kali. Memang banyak dan tak tipu. Aku ada video nya aku download dari YouTube. Aku ada e-booknya. Dan aku hampir-hampir beli novelnya di MPH. Tapi seperti biasa husben aku suka menghalang walaupun aku nak beli guna duit aku sendiri. (Aku pasti akan beli! dan aku memang degil!)

Muvie ni adaptasi dari novel yang ditulis pada tahun 1908 oleh E.M Foster

Ni poster Muvie yang aku suka tu. Year 1986.Best picture tu!

Pakcik Foster memang tak hensem (terus terang cakap. Takde ayat2 berlapik) Tapi romantic gilerrrr.... i luv u!
Ada dua versi muvie tapi aku lebih suka versi pertama... that gurl so cute, so sweet, so adorable and that guy make my heart melt...*sigh*

Antara scene yang aku suka, suka, suka... sangat suka!

Dalam scene ni, her fiance bz baca buku dan diorang berdua main tickle2 ibu jari kaki....Sweetnya!

Ada lagi satu scene ending yang memang sangat2 best sebab akhirnya diorang kawin dan honeymoon di tempat pertama diorang jumpa.... tapi gambarnya kategori 18sx. Tak sesuai letak kat belog aku. Belog orang lain ok kot....hehe

So. itu la sebab aku letak title blog Life with a View... Tukar Room jadi Life... Takkan nak letak Room lak kan...? Dan aku memang sangat menggilai, menjiwai, mendalami, menikmati citer ni... baca novel dier mesti lagi best! Kalau la ada sapa2 nak hadiahkan mesti lagi best kan...

Aku Dan Tapai Ubi Part3

Kuang Kuang Kuang....
Baik aku cepat2 keluarkan first statement.... AKU BERJAYA MAKAN TAPAI UBI BANTING BARU... mengelakkan fitnah2 kepada bibik tercinta...

Balik umah aku terus lari pecut ke peti ais (nangis Usain Bolt kalau dia tengok aku lari secara live), Masih nampak TAPAI UBI berdiri megah sambil berpegangan tangan berdua-duaan. Aku memang yakin yang aku memang ada jodoh yang kuat ngan TAPAI UBI. Aku pun makan (rasa-rasa macam tak baca bismillah)..memang... sedappppp. Aku sebenarnya suka menerai TAPAI UBI seluruh Malaysia. Dan setakat ini aku rasa baru kali kedua aku jumpa TAPAI UBI yang sedap. So, no wonder bibik aku hilang akal, lupa daratan mahu pun lautan last week dengan menyapu bersih sumer TAPAI UBI yang aku beli.

Dah, aku tak ngidam dan takkan mengada2 lagi bercerita pasal TAPAI UBI sebab aku dah puas makan. Punyala tamak, aku makan dua bungkus. Dan bungkusan kedua aku tak lalu nak abiskan pun.... Twin wat main cucuk-cucuk dan angkat dan jatuh dan cucuk dan angkat dan jatuh lagi.....
Bila nak tidur.... Panas.... Hehehe... Tamak dan tamak. PADAN MUKA...


Ni gambar Tapai Ubi yang paling hampir sama macam di Banting Baru yang aku leh google sumbangan empunya blogger itu. Thanx
**Tak puas ati amik gambar orang. Tengah kumpul duit nak beli nfon Sony Ericson dengan kamera 5 megapixel... nanti aku masuk gambar yang real...^__^