Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan - Nostalgia #3


Salam Dari Jugra dan Salam Ramadhan Kareem

Sekali lagi pen'psiko' an diri sendiri berjaya dengan meletakkan tajuk entri dengan #3 lak. Sebab bila ada #1 mesti akan menyusul #2 dan seterusnya #3 la pula kan? Jadinya aku ingin mengimbau pula zaman puasaku masa di matrikulasi.

Kalu di sekolah menengah rumahku dengan sekolah hanya 7kilo, kali ni jarak matrikulasi dengan rumah mak abah beratus kilo. Hamek kau. Matrikulasi dulu tak sama macam sekarang yang lebih berpusat. Matrikulasi dulu ikut universiti masing-masing. Aku dapat USM makanya matrikulasi I adalah di salah sebuah SBP di utara tanah air yang terkenal dengan nama SOKSEK sebab teramatlah panjang dan banyaknya 'S' untuk singkatan sekolah ni.

Ramadhan di sini hanya setahun tapi aku paling ingat part makan sebab kawan yang rapat dengan aku masa tu namanya Aisyah, badan ya amat slim, tapi makan...Subhanallah. Motto kami masa di matrikulasi I ialah dilarang miss makan di dewan makan. Orang lain motto sumernya merujuk kepada kecemerlangan akademik. Tapi kami? Harmoni sangat kenangan yang aku ada kan?Hikhik.

Okay back to the main point - yang aku nak highlight sebenarnya masa bersahur. Hari Selasa (tu dia... ingat hari tu) menu dia yang superb ialah nasi ayam. Inilah satu-satunya sahur yang orang akan beratur panjang nak makan. Meriahnya sahur sama macam berbuka puasa. Minggu pertama, ya kami lambat turun makanya menyumbang kepada panjangnya barisan. Tapi minggu kedua dan seterusnya...huh? Jangan harap nak lambat lagi bila modus operandi diubah sama sekali. Kami turun awal, kasi stress kat pokcik mokcik DM bila kami buat muka kesian kelip-kelip mata 15 kali bila tengok makanan ta siap lagi. Memang psiko kami ni.

Satu lagi aku memang nak puji la DM kat sekolah ni sebab makanannya sedap walaupun simple jer. Mungkin dimasak dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang.Ecehhh Wah!

Okay, sambung pula masa aku di Matrikulasi II. Matrikulasi II aku dihabiskan di Desasiswa Gemilang, dan berbuka bersahurku dihabiskan di kafe Desasiswa Gemilang, USM. Kalau Matrikulasi I juadah berbuka bersahur agak mewah, tapi di Matrikulasi II juadahnya berkadar lansung dengan Ka-Ching! Menu tetap bersahur ialah nasi lemak. Hari-hari pun nasi lemak. Nasi lemak pun hari-hari Sebab harganya tetap dan aku boleh bajet supaya ta kebuluran hujung bulan. Janji makan, apa pun layan. Patutlah kolestrol aku tinggi sekarang ni (alasan).

Tak semena-mena aku teringat satu cerita pasal sorang kawan aku. Dia satu bilik ngan aku. Kalau aku ni boleh dikategorikan sebagai miskin, dia boleh dikategorikan sebagai fakir.Kalau aku makan nasi lemak hari-hari, dia makan biskut lemak hari-hari. Mau ta hadam nasi lemak yang aku makan bila mengenangkan dia. Bila aku nak belanja dia nasi lemak, memang dia ta kan mau punya. Last-lastnya aku tipu dia, aku cakap ada si polan-si polan belanja sumer org. Kalu macam tu baru dia nak terima.

Dan sekarang dia dah gemuk dah pun. Makan banyak la teww.. (i miss our memory together...isk)


Eh!TuAjeLahKali.Bye.

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan - Nostalgia #2


Salam Dari Jugra dan Salam Ramadhan Kareem

Memang sengaja me 'psiko' kn diri sendiri dengan meletakkan tajuk entri lepas dengan #1. Sebab bila ada #1 mesti akan menyusul #2 kan? Jadinya aku ingin mengimbau pula zaman puasaku di sekolah menengah.

Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama yang jaraknya dari rumah mak abah ialah hanya 7kilo sahaja...hikhik. Tapi berpuasa masih lagi di asrama dan berbuka masih lagi di dewan makan. Tak pernah lagi terjadinya kejadian mak abah cuba menyeludup makanan untuk santapan aku dari luar pagar. Yang ada di luar pagar hanyalah cempedak, sebab buah cempedak kan di luar pagar? Ada ke nak jolok dengan galah? Bukan tinggi pun pokok cempedak tu (konpius).

Sambung cerita,

Dan tugas budak-budak terpaling kecik di sekolah ini yang boleh dikatakan pasti dan mesti pada bulan Ramadhan ialah menghidangkan makanan berbuka. Apa motifnya aku pun tak tau. Mungkin kesian dengan pokcik mokcik dewan makan (DM). Nak masak lagi, nak hidangkan lagi. Tapi kami enjoy ja nak wat keja ni. Terutamanya bila menu ialah ayam masak merah. Jadi bolehlah kami pilih bahagian yang kami suka macam drumstick ke, dada ke, kepak ke... Tugas ni digilirkan untuk setiap tingkatan satu je, jadi nasib-nasiblah ko. Kalau time kelas kita hidangkan makanan, menu ialah ikan pakai jaket. Maka redha itu perlu.

Oh, lupa nak cakap yang tempat duduk kami di DM adalah tetap dan berpencen pada bulan Ramadhan. Jadinya kakak-kakak angkat pun akan tidak melepaskan peluang untuk memberi pesanan yang kurang ringkas supaya dia juga dapat menikmati keistimewaan mendapat bahagian makanan yang agak lumayan. Kalau nak penaya orang pun boleh. Letak ja kulit ayam dalam tray orang tu dan buat-buat seperti ayam tu tergolek dengan sendirinya ke satu tempat yang tak diketahui. Budak-budak asrama kan suka nak dengar cerita-cerita yang mistik lagi misteri? Bestkan jadi pencetus kontroversi? Terserlah kekreatifan kawan aku tu...(takan korang tergamak terfikir aku nak wat camtu? aku budak baik dulu, kini dan selamanya)


Dan kami solat tarawih di gym. Ya, gymnasium tempat orang bersukan tu.
Sekarang nampak tak dari mana kami mewarisi kekreatifan itu?

TuAjeLahKali.Bye.

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan - Nostalgia #1

Salam Dari Jugra dan Salam Ramadhan Kareem

Selamat berpuasa semua. Best lak puasa kali ni bila ke tempat kerja jadi ta lengai dan lembam seperti tahun-tahun lepas. Alhamdullillah. Mungkin puasa bermula pada hari Sabtu, makanya ada dua hari menyesuaikan usus kecil dan usus besar dengan keadaan berpuasa.

Hari ni mo mengimbau tentang puasa ku kecil-kecil dulu. Kecil tu ta da la kecil sangat, tapi aku rasa dalam darjah 1, darjah 2 ta pun darjah 3. Masa tu aku menetap di Pengkalan Hulu Perak, Yup, Hulu Perak yang nun dekat sempadan Thailand.

Apa yang aku paling ingat pada bulan puasa ni ialah ketika aku curi-curi makan. Dan tak pasal-pasal aku teringat aku curi-curi makan serbuk oren jenama Tang. Ta da la pulak aku ingat aku makan nasi lauk sambal telur ke, ta pun curi-curi makan ayam goreng ke. Maybe oren Tang ja yang layak dicuri dan dimakan dan mudah untuk di bawa lari dari pemantauan mak masa tu. Dan aku ta makan banyak pun. Sekadar untuk mengatasi rasa lapar berpuasa.

Dan paling aku ingat ialah bila aku gi berterawih dengan Kak Gee, kakak yang paling sulung di surau polis. Dan bench mark kami kalau nak gi terawih ialah menu moreh. Antara menu yang paling mendapat sambutan ialah roti cicah sup daging/ayam. Memang nikmat tul menu tu aku rasa. Pastu masa orang berterawih aku terawih la jugak tapi selang seli. Terawih then rehat then terawih semula sambil intai-intai pokcik kat dapur sediakan makanan. Fuhhhh, leh tahan jugak aku punya tahap kelahapan. Badan ja kecik tapi bila usus dibentangkan mahu sebesar padang bola sepak pa.

Dan kami tidak akan berterawih kalau cerekarama citer best. NtahApaApaKan?

Setakat itu ja yang aku ingat tentang Ramadhan versi sekolah rendahku. Masa darjah 4 lansung ta da kenangan, apatah lagi masa darjah 5 dan 6 padahal aku duk kat asrama dah masa tu. Ternyata aku sangat baik dan sopan budaknya (dah lah comel) sebab berdasarkan pengalaman di atas pun, yang aku ingat ialah perkara-perkara nakal ja.

Perasan tak yang aku taip tajuk entri Ramadhan - Nostalgia #1, macam ada ja #2 kan?

TuAjeLahKali.Bye.

Tuesday, July 17, 2012

Seperkara Tentang Online Shopping


Salam dari Jugra

Online shopping merupakan satu trend yang agak menggila sekarang. Teknologi ini dicipta supaya insan-insan yang sedia ada malas menjadi bertambah malas. Malas nak keluar, malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak beratur dan segala macam malas kalau mo gi shopping. Hanya berbekalkan debit/kredit kad (yang aku ta da) atau pun Maybank2u (yang aku juga tiada) dan line internet (yang ini ja aku ada) makanya anda dan anda juga anda boleh online shopping. Dan, oh kalau online shopping dilaksanakan secara berjemaah makanya lebih afdal, lebih bahagia. Lebih ceria bila tumpang debit kad member atau akaun Maybank2u member (aku la tu). Perasaan mendapat baranglah yang paling syiok habis. Best lah giler!

Dan semalam, akhirnya apa yang di tunggu tiba jua dengan gagah perkasanya. Tablet PC cap XYZ yang super murah. RM230 je, harga membunuh tapi jika dibeli sebanyak 6 unit. Nampak ta bahawa kerjasama membawa berkat di situ?

Dan tip yang aku mahu kongsilah kunun disini ialah jika anda membeli barang-barang secara online dari luar negara, anda perlukan sejenis hormon yang dikenali sebagai SABAR. Serius memang lama. Jangan kau harap hari ni ko beli, esok kau dapat. No, No, No...



Tablet XYZ

Hong Kong maliiii. Manyak lama maaaa... 1 bulan setengah baru sampai ini tempat


and, well this perfumes comes from London. Almost a month too.


Jadinya, anda lebih memahami diri, sifat dan karakter sendiri. Kalau anda sejenis manusia yang kekurangan hormon sabar tapi kemaruk juga nak shopping atas talian, maka silalah beli di BestBuy Malaysia, atau mana-mana laman web dari dalam negara. Pagi order dan esok... "Eh...Eh...dah sampai la woiiii!". Kesimpulan buku silanya disini ialah kalau bukan 1 bulan menunggu, bukan online shopping dari luar negaralah namanya. Dan - psstttt...mungkin juga perlu sebar-sebarkan info ni pada housemate juga.

TuAjeLahKali.Bye.

Friday, July 13, 2012

Pasar Teluk Bunut : Rutin Juga

Actually ini kesinambungan dari entry lepas. Sebab kejadian ini berlaku selepas hike Bukit Jugra. Disebabkan aku mengadalah sangat, maka aku pecahkan jadi dua entry. Terserlah betapa kreatifnya aku. Tapi aku janji entry kali ni akan menyebabkan kita-kita jadi excited bangat. Mau ta excited, mau citer pasal shopping ni. Bukan sebarang shopping tapi shopping yang kau dapat banyak barang dengan kos yang kecik.

Tidakkah ia meransang deria bau? Eh?
Ah malas nak mukadimah panjang. Zoom to the main point.


Yes, this is the place where you get lotsa things with small amount of money. Awesomelah!


Now guess, to get all this, how much will you spend?
Guess la...Guess la...HikHik(excited ntahapaapa)

RM30!Super awesome!
"Eh RM30 jer, banyak ni RM30 je..." (sekali lagi excited ntahapaapa)


Gerai sempoi ni berada di pasar Teluk Bunut. Tetapi diingatkan, barang-barangnya ta stabil. Mean dari hari ke hari jumlah, jenis barang takkan sama. So, permainannya disini ialah kalau kau nampak barang yang kau memang nak la pulak, cepat-cepatlah grab. Tayah nak pikir panjang sampai 7.5 kilometer. 7.5 meter ja dah cukup panjang tu. Ya cukup panjang, sebab nak sampaikan ke 0.5 tu, orang lain dah amik. Padanlah muka! Pastu next time kau datang tak tentu lagi barang tu akan ada.

Barang-barangnya banyak dari Emirates Airline, Sudan Airline, Singapore Airline, Japan Airline dan Airline-Airline yang lain. jadi ta perlulah nak mempertikaikan kualitinya. Selain tu ada jugalah macam2 mende yang ta reti aku nak sebut kat sini.

Tetapi yang terpaling popular, kira berada di tangga pertama carta hati ialah jus buah. Diluar harganya RM5.60 disini hanya RM2.50! (Pengsan)

Antara barang yang aku rasa harganya murah bangat dan aku berpeluang beli ialah :-

1. jus buah RM2.50
2. coklat cadbury (small size) RM0.50
3. sudu stainless steel yang maha keras RM6 sedozen
4. kasut pakai kat umah yang berbulu tu dari Japan Airline RM1 satu
5. selimut yang selembut sutera dari Emirates Airline RM10 satu
6. stokin adibas RM2 sepasang.
7. sticker 3D comel-comel RM5 tuk 3 unit.
8. set comel ada sikat ada (isk tatau nak citer) dari Japan Airline R10 satu


Sebelum aku mengakhiri entryku pada hari yang berbahagia ini, aku mau tanya sesuatu...
Wujudkah Sudan Airline?

TuAjeKali.Bye.

Wednesday, July 11, 2012

Bukit Jugra : Rutin

Salam Dari Jugra

Pada Sabtu yang lepas, kami telah mendaki Bukit Jugra. Ya, ini bukanlah kali pertama kami naik Bukit Jugra, dah masuk kali ke berapa ntah aku pun tak pasti. (menunjukkan dah banyak kali naik la tewwww). Dan kali ni kami melalui jalan tar. Aku biasanya guna car kalau ikut jalan tar ni, tapi kali ni guna car-key. Berhijrahlah katakan.


Dan kami di sini merujuk kepada Ah Moi, Ah Na, Ah Ni dan tambahan Ah Quin dan Ah Kal.


Rupa-rupanya membawa bebanan tambahan ketika mendaki ya amatlah penatnya. Hadoi! Jadi pengajarannya, kalau nak hilang kalori dengan lebih pantas berdezupppp. silalah kendong anak yang sebaya Haiqal. Kalau setakat kendong anak mata dan anak tekak ta yah cakap banyak sangat.


Hari tu, dapat lihat dua kapal kecik tarik tah apa tah melalui Sungai...Sungai Raba?

Mungkin dalam hati kecil bertanya, tak bosankah ke Bukit Jugra?
Jawapanku...



Bukit Jugra Is Where My Heart Belong...
ecehhhh wah la sangat!

TuAjeLahKali.Bye.

Thursday, July 5, 2012

Makan Di Ofis Jer


Menu Hari Ini
Tupperware atas : Menu breakfast - spageti malam tadi
Tupperware bawah : Menu lunch yang dirahsiakan isinya


Aku bawa bekal bodo-bodo atau bahasa jawa kita panggil homemade foods ke ofis untuk makan secara bersopan.
Bukannya sebab geng jalan-jalan cari makan aku gi kursus dan
bukan juga sebab aku malas nak gi kafe orion tuk makan sorang-sorang.
Sebabnya hanyalah kerana aku mahu jadi kaya cepat-cepat
Aku nak beli Honda Hybrid warna putih dengan plat number ANA7578, nak melancong ke Dubai,Hanoi Guilin,Auckland Switzerland,Singapore, panjat Tembok Besar Cina, petik epal di Malang Indonesia, shopping di Bandung - Jakarta, Koh Samui Thailand, Brunei, Korea, Bandung, nak Jeans Levis boot Cut Curve ID, nak borong sumer perfume kat dunia ni...

Wahhhh tinggi dan lansingnya impianku.



Ini menu lunch semalam. Fully sponsored by Ah Moi.
(nak kaya cepat memang kena pau member punya makanan)



TuAjeLahKali.Bye.