Tuesday, October 16, 2012

Nuffnang Ads dan Motivasi Diri

Salam dari Jugra,

Recently aku nampak malas nak update blog. Yang sebenarnya memang aku malas bukan nampak dah. Aku kalau dah mulakan langkah, tetiba terhenti, lepas tu mau sambung mulakan langkah, memanglah...

Jadi aku mencari motivasi diri untuk update blog. Dan aku rasa, aku lah rasa - kalaulah blog aku ni boleh generate duit mungkin aku akan termotivasi untuk update lebih kerap. Nampak tak betapa mata aku ada tanda ringgit menggantikan kornea mata aku sekejap tadi. Aku rasa nuffnang ads mungkin jalan penyelesaiannya. 

Sebenarnya, dari mula aku buat blog memang dah ada orang yang meracuni pemikiranku yang suci lagi murni ni suruh letak nuffnang ads. Tapi aku degil ta mau letak. Ya, selain dari mata duitan, aku juga dilahirkan memang agak degillah jugak. Tapi setelah hampir dua tahun mem blog. Terfikir juga aku nak letak nuffnang ads ni. Aku sebenarnya try nak letak dari bulan, bulan lepas. Tapi tak berjaya. 

Giler weh, kalau ikut step dari nuffnang, bergulung-gulung semua saraf dalam serebelum dan sereberum aku mau cari mana mau tampal html code ni. Serius pening. Dua tiga puluh kali jugaklah aku try. Ta gak berjaya. Dan sampailah satu ketika, aku minta tolong rakan sekerja yang comel, suh dia carikan cara. yang lain Dan hasilnya...Jeng Jeng Jeng. Lihatlah sebelah kiri ni... Yes! Aku memang suka tumpang berbangga dengan kepintaran orang lain. Terima kasih sayang. Cehhh..terus sayang kan?

Jadinya selepas ni ada lah alasan mau update blog seminggu sekali. Eh? Kenapa bukan hari-hari. Aku tengok blogger hebat pun update blog seminggu sekali, makanya aku pun bajet blogger hebat gak kan? Hahaha...aku dapat rasa aku akan jadi blogger hebat gak nanti. Ya, hebat sebab aku ada niat nak paksa sumer students jadi follower. Tahun ini, ada 100 lebih students, tahun depan 100 students lagi. Fuhhhh...tahun 2015 memang beratus-ratus lah followers aku. Tak pun aku tukar nota topic Type Of Website, letak blog sendiri sebagai contoh blog. Paksa students masuk blog aku tuk tengok ciri-ciri blog, apa yang dikatakan time stamped articles, reversed chronologically...

Hahahaaaaa...(gelak jahat)

Nantilah aku buat tutorial macam mana untuk tempek Nuffnang Ads guna cara senang giler. Tu pun kalau rakan comel benarkan. Kan sayang?

Moral cerita : Walaupun nampak macam aku haloba tamak, tapi aku masih mengamalkan etika-etika murni dalam menggunakan Internet. Apa orang kata? Netiquette?

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

2 comments:

eizra_one said...

Saya selaku ahli JKKKKKK Kampung Pinang 2 Batang mengucapkan manyak2 terima kasih kerana saudari telah memperkenalkan nuffnang ni.. Saya juga telah mengalami masalah keguguran rambut akibat tak tau nak sumbat kat mana la codeing HTML..ki..ki..ki..Atas bantuan kawan juga saya berjaya menjumpai cara yang senang. Dan sebaenarnya kita semua pernah menggunakan cara itu :-) Akhir kata dari saya Berat sama di pikul, Ringan sama di jinjing. Majulah sukan untuk negara...Good Luck My FfiEnd ;-)

ana said...

saya pilih untuk mengundi...hahahaaa..
so leh tak i wat tutorial ni. kalu u yang buat lagi bagus. i wat link ja ke blog u tu...