Monday, August 26, 2013

Kisah Lepas 1 Syawal

Salam dari Jugra,

Sekembali dari balik raya di kampung, jadual ketat,sendat dan padat macam ketupat. Nak tanda kertas exam, dapat arahan gi Pahang tuk SIPMA, Program Larian KAKOM, dengan Kolokium RnD. Hoih. Sibukku dah sama level dengan Ketua Jabatan.

Hal yang paling tragis ialah hal gi meeting di Pahang tuk SIPMA. Memang tragedi betul. Dengan hal budak tercampak dari bas ekspres sampailah hal tersangkut dengan jammed di Genting Sempah sampai 3 jam. Syukur ja kami-kami masih dalam peliharaan-Nya. Syukur.

Hal paling ajaib ialah hal aku membentangkan Kajian Tindakan dalam Kolokium RnD peringkat kolej. Tiada persediaan lansung dari aku yang pada masa yang sama ada Program Larian KAKOM. Pergi dewan untuk membentangkan laporan berbekalkan muka dan tonasi suara yang sangat konfiden...sahaja. 

Pertama kali membuat kajian tindakan menumpang kasih kebijaksanaan rakan yang buat kajian tindakan macam rebus telur. Memang tiada kesinambungan antara kajian tindakan dan rebus telur. Cuma nak menunjukkan yang punyalah senang dia wat paper. Aku nak pikirkan tajuk kajian pun amik masa 7 bulan.

Pastu Ketua Jabatan leh kata,
"Tak sia-sia saya kekalkan Norhana dalam AJK RnD. Akhirnya terbuka pintu hatinya nak buat kajian"
Apakah? Tidak...Tidak...Tidakkkkkkkk...T_T

Hujung minggu tu, plan awal nak pergi beraya rumah saudara mara. End up, aku melepak ja di rumah. Energy dah sampai tahap -0.7. Negatif! Aku dah tak lalu. Penatnya lain macam. Rasa macam nak demam. Makan spirulina sebotol pun tak tentu lagi boleh meningkatkan stamina aku. Ubatnya hanya satu. Aku pasti. TIDUR...Zzzzz. Tapi Ahad tu, dah recover dah. Tapi abang kawasan tak suka beraya jauh-jauh hari Ahad. Maka aku pilih aunty-auntyku ja di sekitar Banting dan tetiba termasuk sekali ke rumah kawan yang dah 18 tahun tak jumpa. 

Nozie Marzuana. Ex-SEMESTI. Batch ke 8. Selepas 18 tahun baru berjumpa semula. 
Walhal dah 3 tahun aku lalu lalang depan Bandar Parkland tu.

Hujung minggu yang baru lepas ni, berkerja Isnin hingga Jumaat. Menyambung ke hari Sabtu malam siang tuk Kem Motivasi KAKOM lak.

Yang paling best, ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disertai dengan Jamuan Hari Raya peringkat Kolej pada hari Jumaat. Asal program makan-makan ja terus kata paling best. Dasar. Biarpun tak dapat anugerah, aku masih gembira makan bersama kawan-kawan. Bersukaria. Tahun depan mungkin tak merasa nak bergembira makan bersama kawan-kawan. Ye lah, kalau dah dapat anugerah, acane nak bergembira. Pasti berprotokol ketika makan...kan? ~berangan lebih~

 1 Malaysia kami duduk tau. Aku, Kak Aziah, Ding dan Vanitha. Tak nampak Vanitha? Memang pun tak nampak mukanya, tapi nampak tangan dan pen merahnya.

Setiap tahun orang pejabat akan sediakan satu ruangan untuk bergambar. Kreatif sangat dorang tau.

Bergambar dengan Pengarah yang sangat lembut hati. The best boss sepanjang kerjayaku sebagai pendidik. Rasa macam nak crop pic teman-teman di hujung-hujung tu...^_^

Mak buat lawatan muhibah secara mengejut hari Ahad. Mak ni suka tau wat seprais. Dan sudahnya, aku start beraya jam 5.30 petang hari Ahad menghala ke Labu Negeri Sembilan. Janji punya pasal. Nasib ja, rumah kawan tu, rumah kawan baik. Rumah kawan yang biasa aku melepak masa zaman baik, sopanku zaman sekolah menengah. Comel sangat kan perangai aku, pergi melepak rumah orang senja-senja...kan?

Siti, Elly sebagai tuan rumah, dan Dzaini. Ex-SEMESTI. Batch ke 8
.Masa belajar dulu kawan-kawan panggil aku Siti k. Masa kerja lak bertukar nickname jadi Ana, Hana. Tak kisahlah. Asal jangan panggil aku Aishwarya Rai udaaaaa.

Oh, bukan aku ja yang comel melepak rumah orang senja-senja. Yang kanan sekali tu pun sama. Haha. Bagus. Kita memang sehati dan sejiwa. Asalnya nak menunggu seorang lagi dari Seri Kembangan. Tapi tak jadi datang lak last minute. Nasib tak datang. Kalau datang, mungkin sampai ke Isyak? Kuikui. Lawak pulak teringat masa nak capture pic kat atas. Kami tolak-tolak anak-anak kami supaya jangan sibuk sama nak menyelit dalam pic ni. Hahahaaa...Sungguh kurangnya mithali kami-kami ni. Bajet nak bujang sekejap. Boleh kot?


Kan aku dah kata sekejap kot jadi bujang. Lepas tu barulah panggil sumer anakanda bergambar bersama-sama. Dah mengada plak tanak bergambar. Malas nak layan. Ta nak sudah. Tak cukup 5 boys dalam pic ni. Gasak lah u alls.  Janji gambar kami-kami ada. Psssttttt...pengumuman! Baby tu hak milik kekal Dzaini. Aku hanya tumpang riba. Tumpang riba je tau...

Eh!TuAjelahKali.Bye!

1 comment:

eizra_one said...

terharu la....periuk i masuk dalam blog u...so...sweet :-)