Tuesday, May 9, 2017

Hadiah Latihan Persekutuan - Masa Interview

Salam dari Senaling,

Sambung dari entri pertama sal preparation sebelum interview. Kami sampai Johor Bahru dah jam lapan malam (sebab masih bekerja setengah hari) terus pergi hotel. Check in dulu tapi tak masuk pun. Kami pergi riki jalan ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Disebabkan interview awal pagi jadi ada baiknya pergi tengok dulu. Alhamdulillah jumpa dan kami dah boleh wat kira-kira berdasarkan pemerhatian. Parking agak terhad. Lokasi berdekatan dengan beberapa institusi kerajaan. Mungkin jem. Dekat juga dengan dua buah sekolah. Jangan keluar awal sangat nanti jem teruk.

Haaaaa... punya detailed perancangan kami. Tak best lah berpeluh ketiak berdebar-debar untuk perkara-perkara macam ni. Seperti yang aku bagitau di entri pertama. Usaha selagi boleh.

Alhamdulillah kami sampai jam kami sampai JPNJ 7.45 pagi. Walau pun perut tak lapar sebab banyak rama-rama, tapi sempatlah kami jamah kuih untuk alas perut di kantin JPNJ. Magik betul aku tak habis makan kuih. Tak habis minum teh. Jelas aku stres sebenarnya. Tapi bajet cool.

Mula tu, haruslah register kan. Pastu dia wat checklist tuk beberapa perkara yang sudah dimaklumkan awal. Pastu goyang kaki tunggu panel interview datang. Oh, giliran interview ikut siapa yang siap checklist dulu. Kalau macam aku species nak cepat habis, ada baiknya cepat-cepat siapkan checklist. Itupun dapat giliran keempat dari sembilan orang. Ada bilik; panel minta masuk sorang-sorang (macam bilik kami), ada bilik; panel minta masuk dua orang sekali.

Apa yang aku bawa gi interview HLP? Fail dengan segala sijil-sijil. Kajian tindakan yang pernah dibuat pun aku bawa. Aku bawa apa yang aku boleh bawa. Kalau ada buku bawalah buku yang pernah ditulis. Tapi aku perasan, bilik satu tempat kami di interview semua dalam aliran yang sama. Aliran Sains, Teknologi, Enggineering & Mathematics (STEM). Sumer kelek fail, tak pon portfolio pengajaran. Takde yang bawa beg atau troli. 

Apa yang akan ditanya? Apa yang aku boleh cakap, soalan yang akan ditanya berdasarkan kepakaran panel. Macam mana nak agak siapa panel tu. Panel terdiri dari pakar-pakar yang berada berdekatan dengan tempat yang kau kena pergi untuk interview. JPNJ dekat dengan IPG, maka pensyarah IPG lah panelnya. Selain tu ialah pegawai JPNJ sendiri. Seorang lagi panel aku tak tahu siapa. Tak dapat info. Hehe. Jadi yang kena interview semuanya ditanya berkenaan apa yang korang propose kan. Itu aje. Tiada soalan tentang metodologi, persoalan kajian, atau seumpama dengannya. Tetapi... kalau kau pergi ke Putrajaya/Cyberjaya untuk interview, standby panel akan bertalu-talu tanya sal metodologi dan segalanya tentang bagaimana korang buat proposal tu. Sebab panelnya datang dari bandar ENSTEK. Orang EPRD.

Selain tu, ada juga soalan berkisar tentang isu semasa kementerian. Contohnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2035. Panel bukan tanya apa itu PPPM, simple macam tu. Dia tanya apa sahaja yang berkaitan dengan PPPM. Kalau download dari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memang ada e-book sal PPPM. Lalu tak lalu je la nak membacanya. Tiga ratus muka surat beb. Gabra juga kami bila calon interview pertama ditanya sal PPPM. Menggagau kami baca infografik sal PPPM yang bersepah-sepah di dinding JPNJ. Alhamdulillah, bila kami masuk, takdela pulak soalan sal itu.

Ada juga beberapa perkara yang ditanya disuruh jawab guna English. Macam kami kena masa memperkenalkan diri. Kalau baca blog orang lain. Ada yang kena berbahasa Inggeris untuk menerangkan tentang proposal. Jadi bersedialah.

Aku boleh kata, kena tahu apa yang kita buat kalau nak gi interview HLP. Bila kita tahu, kita jadi konfiden. Itu ja. Tak tahu tu yang jadi gabra. Kalau konfiden bolehlah kita cantas apa yang boleh dicantas. Aku memang seboleh-bolehnya akan menjawab SEMUA soalan yang ditanya. Tak tahu, aku akan jawab dengan penuh hemah yang aku akan mencari info tentang perkara berkaitan atau apa-apalah. Janji jawapan aku bukan as simple as 'tak tahu'. 

Masa menjawab soalan dari panel, seboleh-bolehnya aku akan pandang mata durang. Tak nak pandang siling atau tunduk bawah. Senyum seadanya, dan lontarkan suara dengan padu. Aku plan nak susun atur molek-molek jawapan aku, tapi akhirnya tah macam apa aku cakap. Nak cepat kejar apa pun aku tak pasti. Kahkah. Inilah yang dikatakan sebagai, kita merancang Allah tentukan.

Paling penting aku nak puas hati keluar dari bilik interview. Dapat tak dapat lain cerita. Aku sebenarnya lebih takut nak sambung belajar dari pergi interview. Fobia aku masa degree belajar Sains Komputer masa berbaki, sedikit. Aku sengsara belajar Sains Komputer dulu. Serius. Sebab utama aku nak sambung belajar pun ialah nak rasa keseronokan menimba ilmu. Dulu aku menimba ilmu untuk sebab-sebab duniawi. Sekarang aku nak rasa perasaan menimba ilmu kerana DIA. Hanya DIA.

Kesimpulannya, pusing-pusing aku rasa interview ni terpulang kepada rezeki. Kami ulang-ulang doa moga panel interview akan tanya apa yang kami tahu. Apa yang kami boleh jawab. Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan kami.

Walau apa pun pengakhirannya, aku yakin DIA akan berikan yang terbaik.

Sepanjang perjalanan kami ke Johor Bahru, kami create macam-macam moments. Insha Allah kalau travel ngan aku, memang banyak momen sengal yang akan terjadi. Hehe.

Momen pertama, hotel yang aku booked agak scary. Aku dah biasa booked hotel yang murah tapi okay. Tah macam mana kali ni agak tutttt untuk pandangan mata kasar. Bahagian dalam masih selesa, masih lena tidur kami malam tu. Alhamdulillah. Kesian member mungkin tak biasa. Terkujat agaknya bila tengok hotel tersebut.

Momen kedua, disebabkan hotel tersebut makamnya agak tinggi, dan ada member belum lagi cetak kertas kajian, aku keluarkan cadangan suh member tu siapkan kerja di Burger King ja. Trend skang kan remaja-remaja siapkan kerja di fast food restaurant. Kebetulan memang kami dinner di Burger King (itu ja kedai makan yang kami nampak di JB). Maka keluarkan laptop siapkan sikit lagi kertas cadangan dan cetak terus di situ. Hipster habis. Aku rasa kami buat kerja rare... Kahkah

Momen ketiga, masa menunggu member di interview. Kami lepak santai di luar bilik yang kebetulan dekat dengan pintu masuk JPNJ. Tiba-tiba masuk seorang gentleman yang aku agak pegawai di situ, ramah orangnya. Bertanyakan asal usul, sehingga ada seorang member tanya pegawai tu buat apa di sini. Tuuuu... jawabnya sambil memuncungkan mulut menunjukkan papan organisasi. Perghhh aku dah macam syak dah yang beliau ialah somebody. Hehe. Pengarah Negeri rupanya. Nasib baik kami dari Negeri Sembilan. Lega... Tapi beliau memang sempoi, humble ja. Lupa nak ajak beliau selfie sekeping. 

On the way balik, kami singgah JPO. Aku beli air mineral dan hot chocolate caramel di Starbucks. Kira macam present pada diri sendiri sebab berjaya di interview dengan mata lebam dan kepala weng. Hehe. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan, dan segalanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah.

Moga bermanfaat hendaknya entri ni. Insha Allah aku update keputusan HLP. Samada dapat atau itu rezeki orang lain, Insha Allah aku update.


Bye 😀

1 comment:

zack said...

Saya ditemuduga utk HLP PhD bidang STEM pada 2 Mei lepas pukul 8.30 pg di bilik no 3 JPN Johor...Cikgu interview bila? PhD ke Master?