Saturday, May 6, 2017

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) - Sebelum Pergi Interview.

Salam dari Senaling,

Aku tak sangka, aku pergi interview untuk HLP. Allah gerakkan hati dengan banyak usaha, ya nak isi borang online pun da berusaha keras, gi korek segala sumbangan dan markah prestasi tahunan. Barulah aku tahu markah LNPT tahun 2014 agak susah nak cari kena korek dalam sistem baru jumpa. Gementar tau kiter bila adik ofis kata, 2014 Selangor yang nilai. Pendek citer dinilai di Negeri Sembilan sebenarnya dan dapatlah hantar borang HLP.

Dihantar tapi tersekat tah macam mana aku submit kali kedua borang HLP, dengan sedikit kemaskini. Tempat temuduga aku tukar dari zon tengah ke selatan. Sudahnya ada rezeki pergi interview, ke Johor Bahru hoiiiii. Kejang abs aku bila dapat surat temuduga. Lupa nak rasa excited bila aku tenung lama-lama destinasi interview nanti. 

Mende pertama aku wat bila dapat surat, buka Google Maps tengok jarak. Tiga jam lebih, Allahu. Pastu booked hotel. Pastu enjoy cuti. Masa tu N9 dapat cuti sampai empat hari. Tak fikir hapa especially part paling scary kalau nak gi interview. Kena prepare cadangan Kertas Kajian.

Habis cuti, mulalah berfikir. Syukur timing tepat segebuk budak-budak matrikulasi nga study week. Jadi adalah masa untuk aku memeras otak sambil wat bacaan sal proposal ja. Mehla aku bagi tips siiiiikitttt macam mana nak mula sebab mesti blur habis sebab macam kes aku (kami) memang tak harap lansung nak gi interview lepas hantar borang online.

Ini link untuk ke web HLP https://epenawaran.moe.gov.my Tahun 2017 permohonan HLP melalui online. Aku rasa first time online sepenuhnya. Jadi sistem kurang stabil, Insha Allh permohonan 2018 akan lebih mantap. Aku check samada dapat atau tidak interview pun pergi laman web yang sama. Bajet nak tahu dapat atau tak HLP ni pon di laman web yang sama. 


Aku buat mende lite-lite once dapat surat interview, macam yang aku dah bagitahu di para empat. Cari lokasi, plan macam mana nak sampai sana, pergi sendiri atau carpool (kalau ada kawan sekali interview), perlu apply CRK ta?, baca maklumat yang diberi mean apa yang diperlukan, prepare masuk ofis perlu buat ini dulu, itu dulu. Lebih kepada perancangan awal. Termasuklah cari tempat yang awesome tuk foodhunt (walaupun tak dapat pergi ke mana-mana pun sebenarnya). Sajer nak amik mood happy enjoy. Cover rasa cuak. Kahkah

Lepas tu baru aku mula fikir tentang proposal. Proposal hendaklah bermula dengan masalah. Tu yang best buat kajian. Kau cari masalah. Heeee. Disebabkan aku ni seorang pendidik maka haruslah masalah aku tu datang dari bilik darjah. Masalah seboleh-bolehnya masalah yang kita sendiri hadapi. Elakkan amik masalah orang; dan kita cuba selesaikan. Bukan tak boleh. Boleh tapi nanti agak lecehlah nak kena fikir extra. Masa dah lah limited, seminggu lebih macam tu ja. Lagi-lagi masa nak interview. Bukan kita tahu apa soalan nak ditanya. 

Mula draf. Taip dan taip. Apa yang terlintas aku taip. Ayat tunggang langgang kejap english kejap bahasa melayu (tapi aku dah decide memang nak tulis full dalam bahasa melayu) tapi aku taip je apa yang terlintas. Masa tu dapatlah satu mukasurat. Jadilah. Syarat letak nak lima muka surat. Takpe janji dah mula. Tu ja sebenarnya. Dah mula.

Part critical ialah nak fikir tajuk proposal. Aku banyak dapat idea dari blog Dr. Othman Talib (kawan yang rekemenkan). Beliau seorang pensyarah merangkap superviser(SV) dari UPM. Penyampaian blog beliau sangat santai. Pendirian kami yang lebih kurang sama tentang pendidikan; thats why aku boleh layan.  Tak cukup blog, follow lagi FB dia. Banyak info dia bagi, plus dia suka selfie dan bersukan. Haaaa tu sebab aku rasa selesa ngan dia ni. Aku selalu rasa orang yang bersukan dia punya pemikiran lebih cool. Baca dan baca. Ya, memang kena baca. Nak sambung belajar nanti pun memang kena membaca kan. Maka, bacalah...

Cari bantuan. S.O.S. Yelah mana nak tahu semua mende sal research ni. Aku pernah buat kajian tindakan. Tapi adalah dua tiga mende yang pelik-pelik aku tak faham apa. Aku yakin yang mohon HLP ni bukannya muda remaja, mesti dah kategori senior (cam aku). Of course rangkaian kawan kita pun bukan calang-calang kan. Aku sebenarnya rasa bersyukur sangat aku masih contact kawan-kawan lama. Aku takdela havoc sangat, lebih kepada silent reader dalam group whatsapp, telegram dan seumpamanya. Tapi birthday wish kadang aku ingat aku wish tak ingat atau nanti-nanti-baru-nak-wish-akhirnya-tak-ingat pon ada. Ada peluang nak jumpa, kita jumpa. Ada reunion, pergi. Boleh join Alumni, join. Sebab bila kena mende-mende macam ni nak minta tolong takdelah segan sangat kan.

Alhamdulillah aku ada kawan yang sudi tolong. Kawan sekolah menengah sedang sambung PhD dengan HLP. Bukan sekadar tolong, siap tumpang tidur, guna pakai kad club house dia pergi swimming pool hebat-giler-takde-orang, siap dibelanja main boling pulak. Tu sebab aku buat-buat kalah main boling. Haha. Mengekalkan silaturrahim ngan kawan-kawan banyak manfaatnya kan? Jadi sambunglah selagi masih bernyawa. 

Kau baca, jumpa kawan dapat info, dengan itu bertambahlah maklumat yang kau nak sambung di kertas proposal. Dari satu muka dapat dua muka. Sikit-sikit. Cuma ada satu masa tu (dah hujunggggggg) aku memang bagitau suami aku masak simple-simple (masak je) selebihnya aku memang akan bertapa depan komputer. Aku nak siapkan proposal. Alhamdulillah siap, walau pun aku terus menerus tukar itu-ini-itu-ini selagi tak masuk kereta pergi ke Johor Bahru selagi  tu aku ubah. Aim aku, buat yang terbaik #biarpuashati masuk bilik interview. Dapat atau tak itu Allah akan uruskan. Dia Maha Mengetahui. Dia je yang tahu samada aku layak ke tidak nak menyambung pelajaran. Selagi boleh usaha kita usaha.

Sokongan. Point biasa karangan Bahasa Melayu kan? Tapi memang perlu ada sokongan. Kalau ada suami. Sokongan suami perlu. Masih single. Sokongan ibu bapa adik beradik. Single mommy daddy. Sokongan anak-anak. Perlu ada sokongan dari insan-insan paling hampir dengan kita. Kalau aku memang sokongan suami yang aku dambakan #pickupline. Memang dalam banyak-banyak perkara aku putuskan untuk kerjaya aku tanya dia dulu. Bagi atau tidak. Dia bagi baru aku on. Bila dia on kerja aku jadi mudah. Nak ke sana sini dia sudi hantarkan. Dia siap masuk dalam doa masa kami sama-sama solat berjemaah. Tacing betul aku bila dia doa macam tu. Dia uruskan rumah masa aku serabut ngan proposal berhantu ni, aku hanya masak je (tu pun telur goreng).

Sebenarnya aku nak citer lain, tapi aku taip lain. Hehe. Insha Allah aku akan sambung plak tips masa di interview. Nak citer jugak sikit, sebaik saja aku habis di interview, aku buat tangan tanda yes masa keluar bilik. Bukan sebab aku yakin aku dapat. Cuma aku rasa puas hati bergaduh ngan panel dalam bilik interview walau pun ofkoslah aku menangkan para panel akhirnya. Nanti ya aku update. Insha Allah. Insha Allah.

Moga bermanfaat. Bye...

1 comment:

pinkylicious said...

Terima kasih untuk perkongsian ini.saya hendak bertanya bagaimanakah bentuk proposal kajian untuk cikgu?