Showing posts with label journey to the west. Show all posts
Showing posts with label journey to the west. Show all posts

Monday, October 8, 2018

Catatan Penerbangan Urumqi → Xi'an

Hari terakhir kami di wilayah Xin Jiang. Alhamdulillah Allah izinkan aku ke sini dan hingga ke hari terakhir di sini, kami selamat sihat sejahtera, sendat dan padat dengan kenangan manis yang akan kekal sampai mati Insha Allah.

Rasa macam tak percaya pun ada. Dengan macam-macam khabar aku dengar/baca sebelum menjejakkan kaki, sehinggalah ke hari terakhir di sini. Allahuakbar. Terkesima.

Expect you will come to Urumqi again. I dooooo...

... tetapi kenapa punya payahlah hai nak ke sini. Dah dapat visa pun la haiiii. Ini pun dalam perjalanan ke airport, kena tahan lagi, kena scan bag lagi. Nak keluar Urumqi dah kot. Siap SWAT tanya Moi, sal tudung. Moi cakap apa tah, dia terus diam. Bila kami tanya Moi, apa dia cakap, Moi kata diam-diam udaaa... Baiklah.

Kalaulah punya rezeki, teringin juga sebenarnya nak jejak kaki sekali lagi ke Xin Jiang mungkin dengan transport yang berbeza. Menaiki train dari Beijing menghala ke Kashgar pulak ke? Kalau Allah izinkan, teringin. Tapi harus ada translator, kalau tak... jenuh wei.

 Our first day at Urumqi.

... vs our last day at Urumqi with abah - driver. We're going to miss you.

Dalam banyak-banyak tiket flight yang ini harus diabadikan dalam blog.

Sebab buat hal. Hehe. Masa nak print tiba-tiba tiket aku, Kak Ita dan Niza tersangkut. Check di kaunter, huruf pada passport ta sama dengan di sistem. Niza punya lagi dahsyat, guna nombor passport lama. Haru. Ke sana ke sini Moi uruskan hal tiket, dan Alhamdulillah akhirnya selesai. 

Perhatikan ekspresi muka bila mana hal tiket belum selesai.

Bandingkan 😂

Di security check nak masuk domestic flight, sekali lagi hal. Moi pernah pesan, kalau imigresen/polis arahkan buat apa-apa pura-pura tak faham gasak situ. Kali ni aku yang kena, sebab aku berpecah ke kaunter lain. Dia cakap Mandarin, confirm aku tak faham tapi body language dia menyatakan something about tudung. Aku rasa dia suruh buka tudung. Disebabkan aku ingat pesanan Moi, aku buat aksi tercangak-cangak tak faham.

Sampai seorang passenger lain translate kan untuk aku dalam English pun aku buat-buat tak faham. Akhirnya passport aku di ambil dan dibawa ke bilik scan. Biasanya scan beg. Kali ni aku yang kena scan. Kak Ita dan Niza pun. Kurang asam tul, nasib aku buat-buat blur tadi. 

Masuk flight, ingat da tada apa-apa elemen surprise. Sekali lagi, menu pulak. Halal menu tak di request dalam sistem teng teng teng. Hahaha... Nak gelak aku rasa, macam-macam hal masa nak keluar dari Urumqi.

Kesudahannya, kami dapat vege menu. Alhamdulillah, jadilah dari tiada. Tiga jam tiga puluh minit akhirnya...

Assalamualaikum Xián.

Friday, October 5, 2018

Flamming Mountain, Tulufan

Antara tempat yang aku buat pembacaan awal ialah tempat ini ~ Flamming Mountain. Gunung ni dikatakan tempat di mana Wukong dikipaskan oleh puteri-apa-ke-nama sampai dia terpelanting jauh kembali ke east.

Aku peminat cerita bersiri Journey to the West. Paling minat dengan Wukong. Aku ingat sami yang bawak mereka ni punya penyabar dan muka senonoh sikit memang beliau lah pun. Selain tu ada juga yang muka cam vavi - malas, kuat makan, dan kaki perempuan.

Paling aku tak ingat ialah sal sorang lagi ahli kembara yang lurus bendul. Haih, macam mana boleh terlupa?

Duo team.

Wuuuukonnnngggg...

Inilah Wukong dan kipas ajaib yang dipinjamkan oleh puteri-apa-ke-nama. Teringat pula kenangan masa amik pic ni, aku patut pakai my pinkish topi tapi Moi kata muka nampak gelap terlindung dek bayang. Gagah aku buka topi, tadah muka betul-betul mengadap matahari pada musim panas di Tulufan (suhu sekitar 40͒C). Siap aku pejam mata tak tahan wei, muka berkerut lagi tu cis. Tapi kalau nak pic cantik memang inilah caranya. Huhu

Sebenarnya (ikut itinerary) kami akan melawat satu lagi tempat bersejarah di sini. Bezeklik Thousand Buddha Caves. Paintings dan statues berusia ribuan tahun khabarnya boleh dilihat dalam kawasan gua. Ikut pembacaan (baru baca harharhaaa), gua Bezeklik adalah tinggalan sejarah menunjukkan bagaimana agama Buddha pernah bertapak di Tulufan sebelum Islam ambil alih (sebagai agama majoriti). 

Khabarnya... khabarnya saja sebab tiba-tiba kami nampak unta dan masing-masing lebih tergedik nak naik unta, dari masuk gua. 

 Uyghur man and me.

No, no... it's not the camel actually, it is because I (or us) want to go up there (excitedly) to have a view. Nak amik feeling team Wukong mengembara kunun-kunun dari atas sana. Ada dua pilihan nak sampai atas nun, naik unta atau hiking. Insha Allah mampu hiking, tapi time contraint dan panas kot. Takpe, jomlah bayar 100 yuan (yang sepatutnya diperuntukkan untuk masuk gua) dan naik unta.


We are going up, with ease chachacha

On the top sudah... 

...tapi tak dibenarkan turun dari unta. Sumer pic durang yang capturekan. Nasib banyak yang cantik-cantik. Terima kasih abang Uyghur. Tapiiiiii bukan ini yang dijanjikan kat bawah tadi. Kami nak turun dan nak jalan kaki dari atas ke bawah, itupun tak bagi. Sayang ke apa ke tu aku pun tak faham. Untung pa, kami bayar penuh tapi halfway

View dari atas bukit, atas unta. 

Cantik, kan? Baru nak acah-acah Dilwale golek-golek turun atas pasir, tak pun acah-acah tabur pasir dari belakang amik gambar. Semua tinggal kenangan haish Uyghur people ni. 

View dari bawah dan itulah unta dan kami yang sendu kununnya nak turun tapi tak dapat.

Kiranya untuk kami bertiga, semuanya kali pertama naik unta. Kak Ita dah pernah naik, tu sebab tak join. Bagaimana? Untuk aku, aku dah tanak naik dah cukuplah sekali Allah kurnia pengalaman manis ni. Masa nak mendaki, memang awesome sangat. Yelah, unta tolong dakikan untuk kitorang.

Tapi bila berjalan di jalan rata, hazab da rasa. sakit bontot. Super hazab bila dia turun dari atas ke bawah. Tak tahu nak explain dan tak tahu nak menjerit ke macam mana sakitnya. Yang termampu ialah kami hanya ketawa tak berhenti-henti.

Moi cepat reda, aku half way dah berhenti ketawa sambil kesat air mata, Niza sampai ke bawah ketawa. Kesimpulan, naik unta untuk mendaki ja awesome. Jalan rata atau menuruni bukit sila pastikan ada tilam sebagai alas. Tilam tau, tilam...

Nah lanje la satu, dua, tiga pic di sini...


Macam Arizona, USA. Kak Ita yang kata.

Kebun anggur di lembah gersang. Magis bukan?