Antara tempat yang aku buat pembacaan awal ialah tempat ini ~ Flamming Mountain. Gunung ni dikatakan tempat di mana Wukong dikipaskan oleh puteri-apa-ke-nama sampai dia terpelanting jauh kembali ke east.
Aku peminat cerita bersiri Journey to the West. Paling minat dengan Wukong. Aku ingat sami yang bawak mereka ni punya penyabar dan muka senonoh sikit memang beliau lah pun. Selain tu ada juga yang muka cam vavi - malas, kuat makan, dan kaki perempuan.
Paling aku tak ingat ialah sal sorang lagi ahli kembara yang lurus bendul. Haih, macam mana boleh terlupa?
Duo team.
Wuuuukonnnngggg...
Inilah Wukong dan kipas ajaib yang dipinjamkan oleh puteri-apa-ke-nama. Teringat pula kenangan masa amik pic ni, aku patut pakai my pinkish topi tapi Moi kata muka nampak gelap terlindung dek bayang. Gagah aku buka topi, tadah muka betul-betul mengadap matahari pada musim panas di Tulufan (suhu sekitar 40͒C). Siap aku pejam mata tak tahan wei, muka berkerut lagi tu cis. Tapi kalau nak pic cantik memang inilah caranya. Huhu
Sebenarnya (ikut itinerary) kami akan melawat satu lagi tempat bersejarah di sini. Bezeklik Thousand Buddha Caves. Paintings dan statues berusia ribuan tahun khabarnya boleh dilihat dalam kawasan gua. Ikut pembacaan (baru baca harharhaaa), gua Bezeklik adalah tinggalan sejarah menunjukkan bagaimana agama Buddha pernah bertapak di Tulufan sebelum Islam ambil alih (sebagai agama majoriti).
Khabarnya... khabarnya saja sebab tiba-tiba kami nampak unta dan masing-masing lebih tergedik nak naik unta, dari masuk gua.
Uyghur man and me.
No, no... it's not the camel actually, it is because I (or us) want to go up there (excitedly) to have a view. Nak amik feeling team Wukong mengembara kunun-kunun dari atas sana. Ada dua pilihan nak sampai atas nun, naik unta atau hiking. Insha Allah mampu hiking, tapi time contraint dan panas kot. Takpe, jomlah bayar 100 yuan (yang sepatutnya diperuntukkan untuk masuk gua) dan naik unta.
We are going up, with ease chachacha
On the top sudah...
...tapi tak dibenarkan turun dari unta. Sumer pic durang yang capturekan. Nasib banyak yang cantik-cantik. Terima kasih abang Uyghur. Tapiiiiii bukan ini yang dijanjikan kat bawah tadi. Kami nak turun dan nak jalan kaki dari atas ke bawah, itupun tak bagi. Sayang ke apa ke tu aku pun tak faham. Untung pa, kami bayar penuh tapi halfway.
View dari atas bukit, atas unta.
Cantik, kan? Baru nak acah-acah Dilwale golek-golek turun atas pasir, tak pun acah-acah tabur pasir dari belakang amik gambar. Semua tinggal kenangan haish Uyghur people ni.
View dari bawah dan itulah unta dan kami yang sendu kununnya nak turun tapi tak dapat.
Kiranya untuk kami bertiga, semuanya kali pertama naik unta. Kak Ita dah pernah naik, tu sebab tak join. Bagaimana? Untuk aku, aku dah tanak naik dah cukuplah sekali Allah kurnia pengalaman manis ni. Masa nak mendaki, memang awesome sangat. Yelah, unta tolong dakikan untuk kitorang.
Tapi bila berjalan di jalan rata, hazab da rasa. sakit bontot. Super hazab bila dia turun dari atas ke bawah. Tak tahu nak explain dan tak tahu nak menjerit ke macam mana sakitnya. Yang termampu ialah kami hanya ketawa tak berhenti-henti.
Moi cepat reda, aku half way dah berhenti ketawa sambil kesat air mata, Niza sampai ke bawah ketawa. Kesimpulan, naik unta untuk mendaki ja awesome. Jalan rata atau menuruni bukit sila pastikan ada tilam sebagai alas. Tilam tau, tilam...
Nah lanje la satu, dua, tiga pic di sini...
Macam Arizona, USA. Kak Ita yang kata.
Kebun anggur di lembah gersang. Magis bukan?
No comments:
Post a Comment