Showing posts with label menu berbuka. Show all posts
Showing posts with label menu berbuka. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

19&20 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Pija siap seperti yang didambakan oleh Amni, Amin dan Iman. Tapi sebab aku kan handal memasak, selaku bakal Juara Master Chef Musim Ke 7 haruslah pija (pizza)ku menjadi lasagna. Kekreatifan aku bakal menggetarkan perasaan Chef Jo dan Chef Zubir kelak. Tengoklah nanti...

Terpaling penting habis dimakan oleh yang request pija tu. Siap wat thumbs up. Padahalnya tak sedar yang aku telah memperkotak katikkan deria rasa mereka sebab doh pija tu punyalah lembut. Aku wat dohpiza ikut doh wat donut. Aku dah kata aku kreatif kan tadi so tayah la aku ulang banyak kali. Heeee...

 Rupa seperti pizza, rasanya seperti lasagna.

Dua tiga menjak ni tahap kemengadaan aku dalam bidang masakan agak melebih-lebih. Tanak pakai yang segera tu. Nak wat sendiri nasi impit balut ngan daun pisang. Walhal ilmu memasak sebesar atom. Pengetahuan sedia ada aku, berdasarkan berapa belas tahun yang lalu. Nasib menjadi. Maka mengadaplah Soto Nasi Impit Balut Daun Pisang untuk berbuka 19 Ramadhan.

Tetapi

Ada juga mulut yang gatal komplen, "Ni nasi tindih, bukan nasi himpit". Eh eh ehhhhhh...Komplen- komplen pun habis gak di makan oleh si tukang komplen. :P

20 Ramadhan. Ya inilah harinya. Hari yang ditunggu-tunggu. Hari di mana cukup-cukuplah aku memasak sampai penuh juadah atas meja. Tak cukup meja letak atas kusi lagi tew. Okay. Aku tipu. Tapi yang penuh atas meja tu betul. 

Aku masak gulai ikan tenggiri. Pertama kali aku cuba resepi ni. Kawan share. Punyalah senang dan sedap dan unik la kot tuk aku sebab pertama kali buat. Kombinasi serbuk kari dan serbuk kerutup jadi gulai u alls. Bah, sanang! Ingat nak gandingkan dengan nasi dagang. Tapi pulut tada la pulak. Maka makan nasi biasa je lah ya.

Dan pertama kali juga aku wat jelatah guna jus lemon. Biasa letak asid citric. Sekali guna bahan alami ni, sedap rupa-rupanya. Pasni tayah beli lagi asid citric. Guna lemon ja nak wat jelatah. Sekali lagi wat pertama kali aku wat kek oren. Giler rushing buat. Tak sepenuh hati sebab nak cepat gi bilik senamrobik. Jadi korang rasanya hasilnya cane?

Ofkoslah tak jadi. Luaran tampak indah lagi menawan. Dalam...OUT! Tak pe nanti aku cuba lagi dan lagi walau pun si tukang komplen yang tersebut di atas telah memberikan kritikan secara bertubi-tubi...

Tema juadah berbuka 20 Ramadhan ialah - Juadah pertama kali cuba. Sekian.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, July 28, 2013

17 & 18 Ramadhan 1434H

Salam dari Jugra,

Nuzul Al Quran berlalu dengan bacaan ayat suci Al-Quran sebanyak 15...Jangan cuba-cuba puji aku lagi sebab bukannya 15 juzuk weh, tapi hanyalah 15 ayat. Kemain lagi whatsapp ngan ex students basket ucap "Hepi Nuzul Quran, mari kita aim baca 5 juzuk Al-Quran hari ni" 

Kunun...T_T

17 Ramadhan menyaksikan satu lagi juadah berbuka aku masak dengan sepenuh hati. Tapi yang ajaibnya, pic tada. Maka menu 17 Ramadhan ialah imageless. Menguji daya imaginasi anda secara kreatif. Bersedia dengan pensel dan kertas? Eh?

Menu 17 Ramadhan :-
Wild Mushroom Soup with Garlic Bread
Pengat Labu Bersago
Sambal Ikan Bilis Petai
Sup Bayam dan Bebola Ikan
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Lai Ci Kang


Menu 18 Ramadhan:-
 Tumis Bayam
Kailan Ikan Masin
Ikan Gelama Tau Cu
Spageti 
Lempeng Kelapa dan Sambal Ikan Bilis
Air beli dari Syarikat F&N - 100 plus & Ginger Ade 

Ada yang bertanya, napa aku masak banyak sangat? Memang aku masak banyak...banyak jenis, tapi sikit-sikit. Bayangkan capsicum hijau merah kuning ku, beli 1 Ramadhan, sampai skang ada lagi. Aku guna sepotong-sepotong ja. Kailan seikat masak dua kali. Sayur berdaun yang lain pun macam tu juga. Dua kali. Cuma daun paku ja ta mampu nak masak dua kali sebab memang sikit sangat. Kalau dibuat juga dua kali mungkin wat lekat-lekat celah gigi je lah kot.

Kalau termasak banyak, memang rezeki jiran-jiranlah. Bertukar juadah gitu. Tapi jiran-jiran pun macam chipsmore. Kejap ada kejap tada. Kejap makan di hotel, kejap ada wat majlis makan ngan students. Unpredictable. Cuma aku je keras tak nak makan kat luar. Nak-nak juga memasak. Sebab aku letak target. Hehe.

20 Ramadhan dah hampir ni weiiii...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, July 26, 2013

14, 15 & 16 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Cuti menjengah lagi. Bukan cuti sebarang. Cuti extra. Cuti Nuzul Quran. Jatuh pula pada hari Jumaat. Maknanya, tiga hari hatrik cuti minggu ni. Siapalah yang benci atau geli dengan cuti kan?  Bahagianya berganda kuasa tiga. Macam dapat mainan minion Despicable Me 2 di McD la agaknya. 

Korang tau fenomena terkini di McD dengan mainan minion tu? 

Dulu penah sekali rakyat Malaysia wat giler beratur panjang-panjang sampai terkeluar dari McD nak dapatkan koleksi mainan Hello Kitty. Kali ni rakyat Malaysia wat lagi. Aku tak pernah nampak secara live akan kegilaan itu. Hanya dengar-dengar orang bercerita. Macam tak percaya. Yelah. Mainan ja tu. Tapi bila pekerja McD sendiri yang bercerita ditambah pulak dengan gambar friend post di FB. Oh maiii...It is true!

Aku pun leh tahan giler kumpul koleksi mainan McD. Shrek collection lengkap ada. Tapi belum lagi sampai tahap sanggup beratur menambahkan panjang barisan untuk minion ni. Duk umah memasak lagi baik kot. Hehe.
 Menu 14 Ramadhan :-
Nasi Goreng Belacan
Nasi Goreng Telur
Nuget + Ayam Goreng
Sosej in Garlic Wrap
Betik + Pineapple Fresh Juice

 Menu 15 Ramadhan :-
Masak Lemak Labu Ikan Masin Kurau
Ikan Goreng Kunyit
Martabak Megi
Bubur Cha Cha Keledek Bersago
Apple Juice
Menu 16 Ramadhan :-
Ayam Sos Kicap Berempah
Ayam Goreng Tepung
Sup Sayur Campur
Donut
Roti Sardin Salut Telur
Lai Ci Kang Semangkuk Lima Kupang (dulu lah harga dia masa zaman P Ramlee). 
Sekarang Lai Ci Kang Semangkuk 300 kupang kot!

Tapi betul kan aku cakap? Dari beratur di McD baik memasak. Macam-macam juadah dapat. Lagi-lagi dapat anak mulut tebu. Puji melambung cakap masa berbuka sesama, "Ibu, donut ni sedapnya". Ngadap donut sampai tak makan nasi. Dalam jam 8.45 malam makan lagi donut. Ulang lagi cakap, "Ibu, donut ni sedapnya" Tapi tambah dialog pulak, "Iman suka donut. Iman suka pija (pizza)". Okay, faham. Nak suh wat pija la tu.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!