Showing posts with label menu mudah. Show all posts
Showing posts with label menu mudah. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

19&20 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Pija siap seperti yang didambakan oleh Amni, Amin dan Iman. Tapi sebab aku kan handal memasak, selaku bakal Juara Master Chef Musim Ke 7 haruslah pija (pizza)ku menjadi lasagna. Kekreatifan aku bakal menggetarkan perasaan Chef Jo dan Chef Zubir kelak. Tengoklah nanti...

Terpaling penting habis dimakan oleh yang request pija tu. Siap wat thumbs up. Padahalnya tak sedar yang aku telah memperkotak katikkan deria rasa mereka sebab doh pija tu punyalah lembut. Aku wat dohpiza ikut doh wat donut. Aku dah kata aku kreatif kan tadi so tayah la aku ulang banyak kali. Heeee...

 Rupa seperti pizza, rasanya seperti lasagna.

Dua tiga menjak ni tahap kemengadaan aku dalam bidang masakan agak melebih-lebih. Tanak pakai yang segera tu. Nak wat sendiri nasi impit balut ngan daun pisang. Walhal ilmu memasak sebesar atom. Pengetahuan sedia ada aku, berdasarkan berapa belas tahun yang lalu. Nasib menjadi. Maka mengadaplah Soto Nasi Impit Balut Daun Pisang untuk berbuka 19 Ramadhan.

Tetapi

Ada juga mulut yang gatal komplen, "Ni nasi tindih, bukan nasi himpit". Eh eh ehhhhhh...Komplen- komplen pun habis gak di makan oleh si tukang komplen. :P

20 Ramadhan. Ya inilah harinya. Hari yang ditunggu-tunggu. Hari di mana cukup-cukuplah aku memasak sampai penuh juadah atas meja. Tak cukup meja letak atas kusi lagi tew. Okay. Aku tipu. Tapi yang penuh atas meja tu betul. 

Aku masak gulai ikan tenggiri. Pertama kali aku cuba resepi ni. Kawan share. Punyalah senang dan sedap dan unik la kot tuk aku sebab pertama kali buat. Kombinasi serbuk kari dan serbuk kerutup jadi gulai u alls. Bah, sanang! Ingat nak gandingkan dengan nasi dagang. Tapi pulut tada la pulak. Maka makan nasi biasa je lah ya.

Dan pertama kali juga aku wat jelatah guna jus lemon. Biasa letak asid citric. Sekali guna bahan alami ni, sedap rupa-rupanya. Pasni tayah beli lagi asid citric. Guna lemon ja nak wat jelatah. Sekali lagi wat pertama kali aku wat kek oren. Giler rushing buat. Tak sepenuh hati sebab nak cepat gi bilik senamrobik. Jadi korang rasanya hasilnya cane?

Ofkoslah tak jadi. Luaran tampak indah lagi menawan. Dalam...OUT! Tak pe nanti aku cuba lagi dan lagi walau pun si tukang komplen yang tersebut di atas telah memberikan kritikan secara bertubi-tubi...

Tema juadah berbuka 20 Ramadhan ialah - Juadah pertama kali cuba. Sekian.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Sunday, July 28, 2013

17 & 18 Ramadhan 1434H

Salam dari Jugra,

Nuzul Al Quran berlalu dengan bacaan ayat suci Al-Quran sebanyak 15...Jangan cuba-cuba puji aku lagi sebab bukannya 15 juzuk weh, tapi hanyalah 15 ayat. Kemain lagi whatsapp ngan ex students basket ucap "Hepi Nuzul Quran, mari kita aim baca 5 juzuk Al-Quran hari ni" 

Kunun...T_T

17 Ramadhan menyaksikan satu lagi juadah berbuka aku masak dengan sepenuh hati. Tapi yang ajaibnya, pic tada. Maka menu 17 Ramadhan ialah imageless. Menguji daya imaginasi anda secara kreatif. Bersedia dengan pensel dan kertas? Eh?

Menu 17 Ramadhan :-
Wild Mushroom Soup with Garlic Bread
Pengat Labu Bersago
Sambal Ikan Bilis Petai
Sup Bayam dan Bebola Ikan
Ikan Kembung Goreng Kunyit
Lai Ci Kang


Menu 18 Ramadhan:-
 Tumis Bayam
Kailan Ikan Masin
Ikan Gelama Tau Cu
Spageti 
Lempeng Kelapa dan Sambal Ikan Bilis
Air beli dari Syarikat F&N - 100 plus & Ginger Ade 

Ada yang bertanya, napa aku masak banyak sangat? Memang aku masak banyak...banyak jenis, tapi sikit-sikit. Bayangkan capsicum hijau merah kuning ku, beli 1 Ramadhan, sampai skang ada lagi. Aku guna sepotong-sepotong ja. Kailan seikat masak dua kali. Sayur berdaun yang lain pun macam tu juga. Dua kali. Cuma daun paku ja ta mampu nak masak dua kali sebab memang sikit sangat. Kalau dibuat juga dua kali mungkin wat lekat-lekat celah gigi je lah kot.

Kalau termasak banyak, memang rezeki jiran-jiranlah. Bertukar juadah gitu. Tapi jiran-jiran pun macam chipsmore. Kejap ada kejap tada. Kejap makan di hotel, kejap ada wat majlis makan ngan students. Unpredictable. Cuma aku je keras tak nak makan kat luar. Nak-nak juga memasak. Sebab aku letak target. Hehe.

20 Ramadhan dah hampir ni weiiii...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, July 26, 2013

14, 15 & 16 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Cuti menjengah lagi. Bukan cuti sebarang. Cuti extra. Cuti Nuzul Quran. Jatuh pula pada hari Jumaat. Maknanya, tiga hari hatrik cuti minggu ni. Siapalah yang benci atau geli dengan cuti kan?  Bahagianya berganda kuasa tiga. Macam dapat mainan minion Despicable Me 2 di McD la agaknya. 

Korang tau fenomena terkini di McD dengan mainan minion tu? 

Dulu penah sekali rakyat Malaysia wat giler beratur panjang-panjang sampai terkeluar dari McD nak dapatkan koleksi mainan Hello Kitty. Kali ni rakyat Malaysia wat lagi. Aku tak pernah nampak secara live akan kegilaan itu. Hanya dengar-dengar orang bercerita. Macam tak percaya. Yelah. Mainan ja tu. Tapi bila pekerja McD sendiri yang bercerita ditambah pulak dengan gambar friend post di FB. Oh maiii...It is true!

Aku pun leh tahan giler kumpul koleksi mainan McD. Shrek collection lengkap ada. Tapi belum lagi sampai tahap sanggup beratur menambahkan panjang barisan untuk minion ni. Duk umah memasak lagi baik kot. Hehe.
 Menu 14 Ramadhan :-
Nasi Goreng Belacan
Nasi Goreng Telur
Nuget + Ayam Goreng
Sosej in Garlic Wrap
Betik + Pineapple Fresh Juice

 Menu 15 Ramadhan :-
Masak Lemak Labu Ikan Masin Kurau
Ikan Goreng Kunyit
Martabak Megi
Bubur Cha Cha Keledek Bersago
Apple Juice
Menu 16 Ramadhan :-
Ayam Sos Kicap Berempah
Ayam Goreng Tepung
Sup Sayur Campur
Donut
Roti Sardin Salut Telur
Lai Ci Kang Semangkuk Lima Kupang (dulu lah harga dia masa zaman P Ramlee). 
Sekarang Lai Ci Kang Semangkuk 300 kupang kot!

Tapi betul kan aku cakap? Dari beratur di McD baik memasak. Macam-macam juadah dapat. Lagi-lagi dapat anak mulut tebu. Puji melambung cakap masa berbuka sesama, "Ibu, donut ni sedapnya". Ngadap donut sampai tak makan nasi. Dalam jam 8.45 malam makan lagi donut. Ulang lagi cakap, "Ibu, donut ni sedapnya" Tapi tambah dialog pulak, "Iman suka donut. Iman suka pija (pizza)". Okay, faham. Nak suh wat pija la tu.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, July 23, 2013

12 & 13 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

11 Ramadhan hari Ahad kan? Dah la ta plan  gi mana-mana. Maka memasak dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Segala roh di serahkan kepada kuali, periuk, sudip, pinggan dan mangkuk gitu.


Menu 11 Ramadhan :-
Asam Pedas Ekor Ikan Merah
Ikan Goreng Tepung
Ikan Masin Potong Goreng Bawang
Mihun Goreng
Buah Melaka Pink Version
Sirap Selasih
Betik (yang ini aku tak masak ya)
dan penampilan istimewa...
Kurma Abang Taiyoob


Menu 12 Ramadhan :-
Sotong Singgang
Goreng Kacang & Hati Ayam
Ulam Sambal Belacan 
Cucur Pisang
Macaroni Carbonara
Tropical Juice

Alhamdulillah skill memasak aku makin meningkat. Pertama kali cucur pisangku menjadi. Just nice. Dulu, kalau tak lembik mesti terkeras. Antara dua. Tada idea lak bercerita di entri kali ni. Semalam macam da dapat idea nak citer apa. Haih. Gi meeting dulu la!

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Friday, July 19, 2013

9 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Bergegas-gegas aku meninggalkan sambal udang ku. Training basketball on 6.30 pm. Pas training sempat lagi tumis sambal rasanya. Beriya-iya aku pecut basikal ku sebab kalau boleh ta nak lambat walaupun biasanya aku bukanlah punctual macam si jurulatih. 

Amanah tetap amanah.

Dari kejauhan dah nampak team-team lain sedang berlatih. Netball, volleyball, football, hockey, basketball lelaki pun ada. Tapi mana basketball perempuan? Konpius aku. Dua tiga kali aku pandang court. Memang tak wujud dorang kat situ. Bukan sepatutnya aku bahagia ke? Maknanya aku boleh balik awal. 

Tapi aku tak rasa macam tu. Menggelegak lak hati aku dalam 0.0005 saat. Mentang-mentanglah si jurulatih tak sihat. Aku lak sibukkan SIPMA. Makanya u alls tak datang ya? Hoih marah ni.



Menu 9 Ramadhan:-
Nasi Lemak Buah Bidara
Kepok Lekor Dua Bersaudara
Ribena dan Kurma Abang Yusoff

Disebabkan amarah ku tadi terus sambal udang ku jadi hots tau! 
Leh ke aku wat alasan macam tu? Boleh ke? Ehmmmm...

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Thursday, July 18, 2013

8 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Hari ni tak macam hari sebelumnya. Semangat membara itu pudar warna bila dapat surat cinta ~ arahan gi meeting RnD. Meeting...tah bila saatnya hati ini akan jatuh cinta, jatuh kasih, jatuh sayang dengan meeting. Hadirnya ditunggu dirindu. Ini, baru dapat surat, belum lagi gi meeting weiii! Walau bagaimana pun, kaki ini melangkah jua ke bilik mesyuarat eksekutif dengan begitu berat. Perlahan dan tenanglah kunun. Padahalnya aku sengaja lambat-lambat nak sampai meeting.

Dah terbayang betapa kalutnya aku nanti nak menyiapkan juadah berbuka. 6.30 petang dah kena pergi bilik senamrobik. Meeting biasanya takan pernah pandai nak berenti on time

Tetapi.

Mungkin barakahnya bulan Ramadhan. Meeting mula jam 3 habis jam 4. Terkesima sekejap dalam 0.00000000075 saat. Selebihnya, wow...hati berbunga keriangan woooo. Haha. Bagus juga bila wat meeting dalam bulan Ramadhan. Buatlah selalu selalu selalu...


Menu 8 Ramadhan :-
Kari ikan bawal putih
Pucuk paku tumis udang kering cili padi
Udang Vege Mixed
Limau asam boi
Juadah tuk memenuhkan meja makan ~ telur asin...^_^

Patutnya ada pisang goreng. Tapi tepung beras lupa nak beli. Jadi kita pending jadi menu 9 Ramadhan laks.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Monday, July 15, 2013

5 Ramadhan 1434

Salam dari Jugra,

Hujung minggu adalah yang terbaik untukku sepanjang bulan puasa kali ni sebab aku takdelah mengantuk tak pasal-pasal. Ada kebarangkalian disebabkan aku tido leh tahan lama jugak semalam. Biasa tidur 15 minit atau kurang. Kali ni sampai 1 jam. Melampau kot. Nasib ja badan tak jadi lemau.

Paginya aku layan Running Man dengan Amni. Sambil lipat kain rasanya. Tapi atas laporan pemantauan abang kawasan, aku layan Running Man sehabisnya. Habis Running Man baru lipat kain. Eh...Eh...Macam palsu ja laporan tu. Yang penting final outcome. Sumer kain siap dilipat tersusun rapi dalam almari.

5 Ramadhan juga menyaksikan aku sorting kain baju barang yang aku tak guna tuk di infakkan. Banyak juga rupanya. Aku yang separa shophaholic ni pun dah banyak cenggitu. Cer bayangkan shophaholic tegar. Pasti lebih banyak. Tu baru master bedroom. Barang di bilik lain belum di sorting sepenuhnya. As usual, work by target. 5 Ramadhan kemas masterbedroom okey. 6 Ramadhan bilik kembar? Seems this method working successfully either at workplace or at home. Yeah...Ku gembira...Mungkin inilah dia kebahagian. Satu hari di Hari Raya...(lagu raya mood walhal baru puasa 5 hari...T_T)


Menu 5 Ramadhan :-
Ayam Masak Lemak Kuning
Colorful Mixed Vege
Ulam-Ulam Sambal Belacan
Fried Popiah ala Running Man
Soya Cin Cau
Kurma Akak Mariani

Amni tolong aku memasak. Beriya dia nak tolong. Secara seriusnya, menguji kesabaran bila dia tolong sama. Suh goreng belacan dia tumpah-tumpahkan bila mengacau belacan di kuali dalam kadar pecutan yang agak tinggi, suh kupas kulit keledek, habis berterabur atas lantai. Aku faham itu proses pembelajaran. Cuma sebab aku berpuasa, suhu badan cepat naik tak pasal-pasal. Anyway thank you sayang. Mudah kerja ibu Amni tolong sama. Nanti dah besar kita gosip sama-sama sambil masak okay. Hiks.
 
Sambal belacan tu dia yang tumbukkan dengan begitu padu dan bersemangat. Aku rasa satu blok PS2 tahu kami berbuka dengan sambal belacan petang tu. Hehe

Eh!TuAjeLahKali.Bye!