Friday, July 26, 2013

14, 15 & 16 Ramadhan 1434 H

Salam dari Jugra,

Cuti menjengah lagi. Bukan cuti sebarang. Cuti extra. Cuti Nuzul Quran. Jatuh pula pada hari Jumaat. Maknanya, tiga hari hatrik cuti minggu ni. Siapalah yang benci atau geli dengan cuti kan?  Bahagianya berganda kuasa tiga. Macam dapat mainan minion Despicable Me 2 di McD la agaknya. 

Korang tau fenomena terkini di McD dengan mainan minion tu? 

Dulu penah sekali rakyat Malaysia wat giler beratur panjang-panjang sampai terkeluar dari McD nak dapatkan koleksi mainan Hello Kitty. Kali ni rakyat Malaysia wat lagi. Aku tak pernah nampak secara live akan kegilaan itu. Hanya dengar-dengar orang bercerita. Macam tak percaya. Yelah. Mainan ja tu. Tapi bila pekerja McD sendiri yang bercerita ditambah pulak dengan gambar friend post di FB. Oh maiii...It is true!

Aku pun leh tahan giler kumpul koleksi mainan McD. Shrek collection lengkap ada. Tapi belum lagi sampai tahap sanggup beratur menambahkan panjang barisan untuk minion ni. Duk umah memasak lagi baik kot. Hehe.
 Menu 14 Ramadhan :-
Nasi Goreng Belacan
Nasi Goreng Telur
Nuget + Ayam Goreng
Sosej in Garlic Wrap
Betik + Pineapple Fresh Juice

 Menu 15 Ramadhan :-
Masak Lemak Labu Ikan Masin Kurau
Ikan Goreng Kunyit
Martabak Megi
Bubur Cha Cha Keledek Bersago
Apple Juice
Menu 16 Ramadhan :-
Ayam Sos Kicap Berempah
Ayam Goreng Tepung
Sup Sayur Campur
Donut
Roti Sardin Salut Telur
Lai Ci Kang Semangkuk Lima Kupang (dulu lah harga dia masa zaman P Ramlee). 
Sekarang Lai Ci Kang Semangkuk 300 kupang kot!

Tapi betul kan aku cakap? Dari beratur di McD baik memasak. Macam-macam juadah dapat. Lagi-lagi dapat anak mulut tebu. Puji melambung cakap masa berbuka sesama, "Ibu, donut ni sedapnya". Ngadap donut sampai tak makan nasi. Dalam jam 8.45 malam makan lagi donut. Ulang lagi cakap, "Ibu, donut ni sedapnya" Tapi tambah dialog pulak, "Iman suka donut. Iman suka pija (pizza)". Okay, faham. Nak suh wat pija la tu.

Eh!TuAjeLahKali.Bye!

No comments: