Friday, June 26, 2015

Tips Tanam Sayur

Salam dari Senaling,

Dua tahun lepas gigih aku taip entri sal betapa hots nya tangan aku sampai sumer pokok mati dikerjakan aku. Flashback disini. Tapi kan, tapi kat belakang rumah aku di Senaling skang, ada kebun la weh...

 Siapa sangka...

 Kat pagar, menjalar pokok ni...Teka apa?

 Pokok timun...mihmihmih

Pagi tadi aku intai dah besar dan dah mula menampakkan rupanya yang sebenar.
 
Sungguh tak ku sangka, rupanya semua orang mampu tuk bercucuk tanam. Dengan ini aku isytiharkan istilah tangan panas tu tak valid.

Semua orang boleh tanam pokok dengan ilmu. Alhamdulillah aku berguru ngan pakcik makcik suami isteri di Pasar Tani Kuala Pilah, tempat aku beli sumer anak-anak pokok ni. Aku juga berguru ngan Anie dan Liza, rakan sekerja kat ofis.

Aku kongsi ilmu ngan korang lak supaya pasni tayah dah beli sayur kat kedai, walau pun sayur tada GST...

#1 Tanah kena sesuai. Beli ja tanah hitam kat nursery, biasa boleh dapat 3 beg RM10 campur 1 beg tanah merah.

#2 Guna polybag ja tanam pokok, tayah beli pasu, pasu leceh, mungkin boleh pecah. Guna bekas mineral botol yang besar, atau bekas minyak pun leh, tapi kena cucuk-cucuk supaya air leh kuar.

#3 Nisbah tanah hitam : tanah merah ialah 3:1.

#4 Beli anak pokok, pindah ke polybag letak dulu kat tempat redup (tapi masih dapat cahaya matahari) dalam 4-5 hari, pastu baru letak luar.

#5 Jumlah air, tempat nak letak pokok bergantung kepada jenis tanaman.

#6 Pokok pandan mesti letak tempat redup forever, air kena banyak.

#7 Pokok menjalar, letaklah ia dekat pagar.

#8 Pokok cili, tanam dia condong supaya akan ada banyak cabang tumbuh nanti.

#9 Baja letak 2 minggu sekali, aku guna baja organic (tahi ayam di proses)

#10 Siram pokok dua kali sehari, aku siram pagi sekali, petang sekali.

Berdasarkan pemerhatian aku, pokok cili dan pokok timun sangat mudah mengundang pelesit. Eh, parasite. Parasit ke? Semut, hama (hama ke?), ladybird orange adalah antara yang rajin bertandang. Kalau setakat bertandang nananana, takpe juga....Ni kasi pokok rosak, cane tu?
 
Mula tu aku malas ah nak guna racun, nak organiclah kunun. Tapi bila aku tengok pokok cili dan timun semakin berlubang, kecut dan tidak bermaya... Datanglah Anie menyelamatkan keadaan. Hehe. Kena dengar kata orang berpengalaman, baru berkat ilmu. Maka belilah aku racun dari Pasar Tani.
 
Selepas sembur racun kat pokok, barulah takde pelesit ni. Aku bajet nak sembur kalau bilangan pelesit semakin bertambah. Setakat 3 hari ni, pokok cili masih terpelihara. Pokok timun dah kurang menerima kunjungan Lady Orange. Jadi tip seterusnya...

#11 Racun kena ada, tapi sembur bila perlu ja.

Setakat ni ada pokok cili, pokok timun, pokok bendi, pokok terung, pandan dan kunyit belakang umah. Tapi buah yang aku nampak baru buah timun...jadilah. Alhamdulillah

Citer belakang umah ja, depan umah...hehe


Ada pokok hiasan.
 
Tapi jenis berdaunlah setakat ni menjadi. Yang berbunga lom cuba lagi. Hehe. Asalnya ada satu, dua pasu...sekarang ni membiak, aku alihkan jadi berpasu-pasu. Dua species ja aku ada. Dapat di Selangor. Kek Pilah subur nya la haiiii... 
 
Ada pokok betik di luar pagar. Tiga pokok semuanya. Doakan berbuah segera ya.

#12 Satu gi, kalau tanam sayuran buahan masa musim hujan, adalah lebih afdal. Pokok senang nak naik compare to musim panas.

Aku niat, kalau sumer dah berbuah...kalau jiran belakang, sebelah nak amik. Silakanlah. Aku sedekah, moga dengannya pokok-pokok ni akan berbuah dengan jayanya.

Nak sedekah, gi cakap kat blog...Ko bajet jiran ko baca blog ko ke?

Maafkan saya, saya pemalu orangnya. Hikhik (ketawa sambil tutup mulut)

Wednesday, June 10, 2015

Pantai Chenang & Kampung Tok Senik

Salam dari Senaling,

Nite life happening di Pantai Chenang, Day Life happening di Pekan Kuah. Maklumat ni, tokei kedai nfon kat Pantai Chenang yang cakap. Kedai di Chenang mula beroperasi @ meriah mulai jam 12 tengahari.

Jadi aku pun wat eksperimen, dah alang-alang lepak Chenang trip kali ni.

 Hari kedua kami wat eskperimen, lepas balik shopping dari Pekan Kuah.

Bayangkan masa di pekan Kuah, sumer tokei kedai pakat-pakat tutup kedai. Wat gabra kami jer sebab tak dinner lagi. Asyik masyuk duk shopping sampai teralpa yang kami lom dinner. Memang betullah info tokei tu. Happening di Chenang. Spa, Live Band, kedai aksesori tepi jalan memang buka, most of it closed at 11.30 pm.

Kami lepak makan stimbot cucuk-cucuk kat sini. Sebelah lori ni jual ice blended buah. Nasib baik aku ada aura sakit tekak. So, aku tak layan ice blended kedai sebelah.

Masa ni lah aku jumpa kedai jual macaroon yang sedap tu.
 

Pencarian Pantai Chenang...akhirnya. Punya susah nak cari Pantai Chenang.
 
Rupanya ditutupi oleh deretan kedai sepanjang pantai Chenang. Nak sampai pantai kena pandai-pandai cari laluan celah kedai. Duk kat Holiday Villa, pantai lengang ja. Aku bajet macam kami-kami ja yang melancong ke Langkawi. Datang sini, perghhhhhh sakit mata aku. Kawan sebelah cuci mata. Ramainya pelancong.  Patutlah nite life kat sini meriah. Now I know. Hipotesis diterima.
 
Ini satu lagi...Kampung Tok Senik.
 
Ini kawan baik yang nak sangat pergi. Dia kata datang Langkawi mesti sampai kampung ni. Susah nak jumpa kampung ni. Aku pikir kampung yang kampung, so aku cari dalam aplikasi Maps, Waze, Google Earth... Tak jumpa. Nasib ada signboard, tu pun satu ja aku jumpa kat simpang nak ke Makam Mahsuri. Bila dah jumpa, oh ini rupanya kampung Tok Senik. Resort rupanya. Adeh. Memendekkankan battery life aku jer on GPS. Cis.
 
Aku paksa kawan baik aku ni turun dari kereta tuk capture pic. Nak sangat pergi kan... Apa cer pusing-pusing lepak dalam keta jer?
 

 Persekitaran Kampung Tok Senik Resort. Antaranya.

Resort ni sangat cantik. Rumah penginapannya rumah kampung berlatar belakangkan sawah padi. Memang betul-betul rasa macam dalam kampung. Nama rumahnya pun awesome, Rumah Penghulu, Rumah...alah lupa nama. Boleh gugel tuk maklumat lanjut. Tapi rumah yang besar-besar (aku bajet tuk satu family yang besar menginap) dah terbiar. Sayang. Yang tinggal rumah yang biasa-biasa ja. Serupa bilik ja kot, bukan satu rumah...

Pas tu, kami zoom ke airport, kelam kabut pack barang sebab kali ni aku tak beli extra baggage. Sumer pun cabin luggage. Tak sangka mak borong cekelat Peppero 18 kotak besar...

Disebabkan mak hepi kot sebab kami berjaya meng 'cabin luggage' kan 18 kotak Peppero tersebut, mak follow kami ke Senaling. Mak datang terus aku masak sedap. Hipokritnya aku. Yessss...Haha

Nah belanja gambar.
 
Lepas aku belanja gambar, harap-harap kawan-kawan sudilah bertandang hendaknya.
Tak nak bertandang, bertendang pun boleh...^____^
 
Daaaa...Bye korang.

Saturday, June 6, 2015

Update Blog dari SmartPhone

Salam dari Senaling,
 
Antara halangan aku menulis blog dengan lancar ialah sebab aku malas nak on laptop. Dengan teknologi terkini, patutnya itu bukan alasan kan? kan? kan? Lagi-lagi aku memang berada dalam bidang ni. Memang puiiiii betul alasan aku tu.
 
Satu hari kawan baik selamanya suggest aku update blog guna smartphone. Ya, aku ada smartphone. Pung pang pung pang jugalah dia ceramah aku sal teknologi ni.
 
Aku heran...Dan seperti aku pernah update blog guna fon. Seperti...Ah, macam mimpi pulak peristiwa aku update blog guna fon ni. Imbasan masa silam kabur dan berkabus. Jadi aku pun tunduk redha ja bila di pung pang pung pang kan. Persis wanita solehah. Tunduk dan kuis habuk di lantai.
 
Selepas peristiwa pung pang pung pang, terus aku update guna fon. Ada 4 entri Family Trip berjaya aku update di fon. Perghhhh dengan ini bolehlah aku update lebih kerap sambil verangan dapat duit dari Nuffnang. Terakhir aku check ada RM 0.21. Mungkin nanti akan naik sampai RM 210 lak. Hahahaha...gelak orang kaya.
 
Bila banyak duit lebih, bolehlah lepas tu aku bina villa persinggahan sebelah SkyBridge ni. Senang aku lain kali, tayah dah sekang mata berebut Rumah Persekutuan kalau gi Langkawi. Hahahaha...
 

Semalam, aku pun cubalah masukkan entri tu. Guna ShareIt share files. Tak main Bluetooth okay. Berlagak kemain. Pastu Sign in BlogSpot. Copy Paste bahan dari Word ke BlogSpot.
 
Hahaha...senang, senang tinggal masukkan gambar je, taip sikit-sikit. Siap verangan ada schedule entri. Kunun.
 
Akhirnya, imbasan masa silamku yang tadinya kabur dan berkabus jadi terang benderang seperti ada dua ploh satu lampu limpah di sekelilingku. Waaaaaaa...Kisah lama berulang lagi. Baru aku ingat aku memang pernah update guna fon lah. Entri jadi kelam kabut. Kejap besar kejap kecik font nya. Masalah besar memang tang font ah. Jadi tak seragam. Yang aku tambah dengan yang aku copy paste tak synchronise... Haaaa gasaklah macam mana aku eja synchronise tu. Allignment lari, paragraph lari. Waaaaaaaaaa....
 
Aku rimas tengok entri yang kelam kabut. Aku juga yang nak baca ulang kali kan? Penyelesaian?
 
Bekerja dari HTML Programming Language...Mari nangis bersama-sama...Waaaaaaaa. Tiga entri lagi menunggu untuk di copy paste. T___T

 Ini contoh HTML Programming Language. Contoh ni masih tersusun, masih boleh dibaca.

<div align="center" style="text-align: justify;"></div>
<div align="center" style="text-align: justify;"></div>
<div style="text-align: justify;">
Semalam, aku pun cubalah masukkan entri tu. Guna <em>ShareIt share files. </em>Tak main <em>Bluetooth </em>okay. Berlagak kemain. Pastu <em>Sign in</em> BlogSpot. <em>Copy Paste</em> bahan dari Word ke BlogSpot. </div>


HTML di bawah ni lah yang aku kerjakan dua hari ni. Ni pun aku dah betulkan. Tengok yang asal, wujud sampai tiga jenis font satu baris. Font size, kejap small, kejap xx-small k @___*

<span style="font-family: Georgia, serif; font-size: small;"><span style="font-size: 12pt; line-height: 130%; mso-bidi-font-size: 10.0pt;">Napa mesti <i>plan </i>tuk dua keluarga? <i>The main reason is </i>tuk berjimat. Tapi rupanya kalau pergi satu keluarga dan bawa sekali mak tuk berjimba-jimba, automatik akan jadi jimat seperti magis. Cubalah.</span></span></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<span style="font-family: Georgia, sans-serif; font-size: small


Moral citer? Kalau nak update dari smartphone adalah okay je. Tapi pastikan tiada penambahan lah. Solid itu ja cerita kau. Pic pun akan jadi kecik, taleh adjust melainkan dari HTML. Kalau tak disebabkan terpaksa, tak hingin aku bekerja dari HTML tau.

Ikutlah dari mana nak update blog sebenarnya. Tapi aku pilih  dari personal computer - laptop/desktop. Tu jer. Noktah.

Nga fikirkan tiga lagi entri di smartphone. Apa cer tu?


 

Sunday, May 10, 2015

Bengkel Flyways Khas Untuk Savvy di Durian Tunggal, Melaka

Salam dari Senaling,
Tajuk entri seperti di atas dirujuk.
Perghhhh, mantap pendahuluan entri, mungkin sedikit sebanyak terpengaruh dengan title Setiausaha Kelab Pensyarah yang disandang sebulan yang lalu. Tapi itu bukannya cerita utama yang nak di ceritakan disini.
Tak sangka betul rupanya jarak dari Kuala Pilah ke Melaka hanya mengambil masa 1 jam lebih 20 minit jer. Itulah hikmah sebenar disebalik kekurang upayaan satu-satunya kereta yang aku ada, Savvy.
Itulah intan, itulah payung, itulah permata. Bila satu hari beliau tak pick up walaupun aku tekan minyak sampai habis, galau jugalah hati aku. Terus stres. Terus kain-kain tak dibasuh, tak dikemas, tak dilipat. Makannya anak-anak hanyalah nasi dan telur goreng letak kicap. Rasa nak duduk dalam bilik memerap, men COC dan tido. Perangai macam budak-budak ni lah agaknya menyebabkan aku nampak macam budak lepasan SPM. Agaknya lah...
Meh citer sikit sal Savvy. Savvy aku Savvy manual. Spare part dia agak rare.  Kalau pergi Proton tuk servis harga memang kaw-kaw juga aku dengar. Best friend aku rajin google sal Savvy, so dia yang bagitau aku semua tu. Aku dah guna Savvy hampir 11 tahun dan body memang mantap. Enjin pun bagus-bagus saja. Body tak gegar pun bila enjin hidup dengan tombol aircond aku pulas sampai maksima.
Di Semenanjung ni, ada dua bengkel yang namanya menjadi sebutan di kalangan driver Savvy. Satu di Pandamaran Klang, apa ke nama owner bengkel. Ismail Baba, Kassim Baba...Alahhhhh sel-sel otak tak dapat berhubung dengan baik lak. Hehe... dah tau. Osman Baba namanya. Tuk Savvy-an selatan, bengkel Flyways di Durian Tunggal ni mungkin pillihan yang lebih praktikal.
En. Shah ownernya. Bengkel family. Pertama kali aku tengok ada mekanik perempuan di sini. Bengkel Flyways terletak di Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal. Ada banyak bengkel auto kat sini. Nak cari bengkel ni senang ja. Penuh kereta Savvy depan bengkel.
Masa kami sampai, En. Shah tada. Dia gi towing kereta. Nak cerita pun tak tau macam mana, jadi kami wat lencongan ke Zoo Melaka di Ayer Keroh dulu. Dekat jer ngan bengkel ni. Bila nak balik, baru dapat ketemu. Punya senang En Hanif detect problem kereta. Sembang-sembang cerita, dia kata esok baru boleh amik keta. Okay, mari balik Pilah.
Bagusnya Flyways ni sebab durang akan update apa yang durang nak betulkan, atau kalau-kalau kena tukar part dalam kereta selain dari yang dibincangkan semalam. Ada juga mende yang kami suh dia tukar, tapi ikhlasnya durang aku rasa sebab kalau dia rasa tak perlu tukar dia akan kata ta payah tukar.

Bolehlah klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut sal bengkel ni. Kalau ada sedara mara yang pakai Savvy ke, leh la rekemenkan.


Keesokan harinya, selepas Hari Sukan Sekolah Tunku Khursiah, zoom ke Melaka semula. Amik keta dan dinner di Mc Donald Ayer Keroh. Seperti kacang ja kami ulang alik ke Melaka. Bolehlah say gud bye kepada Palm Mall, Seremban Prima dan Terminal One Seremban. Iollllllls shopping di Mahkota Parade la pulak yer.
Citer jalan lak, dari Kuala Pilah ada dua pilihan. Guna PLUS pun boleh, guna jalan dalam pun boleh. Aku guna jalan dalam. Lebih best dapat tengok kampong, rumah Melaka dan paling penting tiada tol. Lalu Ayer Mawang dan menghala ke Hutan Percha. Pastu cari jalan ke Durian Tunggal. Mudah dan jalan lengang ja. Lampu trafik pun tak banyak.
Seperti magik boleh berada di Melaka dua hari berturut-turut satu weekend. Mana lagi nak pergi lepas ni...Taman Mini Malaysia? Menara Taming Sari? Jonker Street? Bandar Hilir? Muzium Maritim? Limastiga? Desa Balqis?

Jalan...Jalan...Jalan..."Saya sukaaaaaa!"
Tu aje. Bye korang..

Monday, April 20, 2015

Off Road vs On Road

Salam dari Senaling,
 
Disebabkan mood kayuhan Jamboree masih lagi belum berakhir, maka nak share ilmu seciput aku tentang aktiviti berbasikal ni.
 
Aktiviti berbasikal boleh dibahagikan kepada dua, Off Road dan On Road. Off Road sinonim dengan MTB singkatannya atau Mountain Bike. On Road lak adalah berkenaan dengan Road Bike.
 
Off Road yang aku faham tanpa membuat apa-apa bacaan atau rujukan, ialah berkenaan dengan aktiviti berbasikal melalui jalan kampung atau jalan kebun getah/ kelapa sawit. Ada jugalah lalu jalan raya tapi sikit sangat.
 
Tayar basikal untuk Off Road pun lain sket. Lebar dan tebal sebab jalan menggerutu sokmo.
 
On Road lak biasanya layan jalan raya. Lajunya kemain, berdesup-desup. Tayar haluih, nipis giler. Rider road bike memang biasa standby tayar spare sebab senang nak bocor tayar masa ride. Lagi satu yang aku perasan, road bike rider rajin layan jauh-jauh. Minimum cecah 50km sekali jalan. Tu yang agaknya berdesup-desup larinya.
 
Tuk jiwa remaja cam aku, lebih berkenan ngan off road. Sebab kadar kesukarannya on off... Kalau layan up hill memang mencungap lah. Dapat down hill, muka ada sinyummmm. Siap leh jerit "Weeeeeeee..." menunjukkan keseronokan turun bukit. Kalau on road...errrr aku bayangkan memang cungap memanjang. Bertanjung aku kena tinggal kalau layan on road ni. Menyampah.
 
See, leh sinyum k off road masa uphill. On road? Ehmmmm...jangan harap.
 
Aku selamanya akan vote off road instead of on road...
 
Lain padang lain belalang, lain orang lain opinion kan?

Selit jap plat nombor masa Jamboree hari tu. Eksaited lagi sebab first time kan.
Kali ke-21 aku join jamboree nanti, perati tengok aku letak ke tak dalam blog ni.
 
Kalau panjang umur, Insha Allah. ^____^
Bye sumer.


Thursday, April 16, 2015

Jamboree Jeram Tengkek 12 April 2015

Salam dari Senaling,

Pernah dengar sal Jamboree tak? Malas pulak aku nak singkap kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tuk menyemak ejaan dan maksud ilmiahnya. Setakat yang aku tahu jamboree ni ialah berkaitan naik basikal masuk hutan.

Kurang sebulan, genaplah setahun aku di Senaling. Macam-macam Jamboree aku dengar - Tampin, Seri Menanti, Rembau, Kayuhan Fit Malaysia Seremban. Meriah hidup dengan Jamboree di N9. Satu pun aku tak join, tapi tiba-tiba yang Jamboree Jeram Tengkek ni aku masuk plak. Misteri tak?

 Biarkanlah ia menjadi suatu misteri...
 
Ramai yang lobi suh aku join sebenarnya, tapi hati belum terbuka. Yang ni pun aku macam..."Okay, daftar je lah." Tak tau nak pergi ke tak atas faktor anak-anak sapa nak tengok-tengokkan.

Rezeki aku bila anak sedara tetiba tercuti balik kampung kat Tampin. So, dah setel baby sitter nak jaga anak-anak kat rumah kan, so moh kita berJamboree ria kek Jeram Tengkek.

First time join, walaupun raut wajah tampak tenang tapi hati di dalam berdebar jugalah. Aku bukan nak aim podium, walau pun geng Matrix punya gigih hasut aku suh naik podium sebab kategori perempuan tak ramai peserta pun, katanya lah.

Tapi aku nak fun ja join Jamboree, maka aku abaikan aje hasutan tu.
 
Antara Geng Matrix N9 yang join hari tu.
 

Jeram Tengkek bukan jauh sangat dari Senaling ni ha, tapi kami kena keluar awal sebab katanya susah nak dapat parking. Layannn... 

Masa ni baru jam 7.30 pagi tapi parking dah memanjang jauh dari jeram tu a.k.a tempat kejadian. Kena ride beskal tuk masuk ke dalam.
 
Sampai kat tempat kejadian, uuu mak aiiii ramai dah orang rupanya. Yang jauh-jauh siap berkhemah kat sana. Gigih tak gigih rider sekalian. Dapat jugalah aku selit beskal kat depan-depan atas ehsan geng Matrix. Punya raaapat sumer basikal-basikal tu sampai aku taleh nak digest macam mana manusia nak menyelit kat basikal-basikal tu nanti.

Pandangan dari tepi tempat sempit selit basikal,fikir-fikir macam mana nak menyelit...
 
Nah aku tunjuk dari depan lak cane gayanya, fikir-fikir pun semua pun dapat menyelit. Fikir lagi...
 
Ah, cukuplah aku berfikir, nak gi toilet ah.

Aku hampir nak masuk toilet lelaki, sebab kebiasaannya toilet perempuan yang always almost full kan? Aku plak spesis rabun papan tanda. Malas nak tengok. Menonong ja aku nak masuk toilet yang ramai orang tuju.
Syukur gak aku TERberhenti sebab terasa sesuatu. Syukurrr... 

Mende pertama yang aku belajar dari Jamboree ialah, ramainya lelaki Subhanallah. Peserta hampir 1000, dan perempuan ada 32 orang. Menyesal lak aku tak join Jamboree bujang-bujang dulu. Kehkeh (gelak gatal).

Perkara kedua aku belajar, punya ramai rupanya riders yang kurang kesedaran sivik. Kesian. Dah lambat datang, potong queue plak. Sebab durang ride dari tepi bukan di lorong sepatutnya. Jalan jadi jem. Alah macam potong queue kat jalan raya masa hari raya lah kekdahnya. Tak patut.

Ketiga, masuk Jamboree rupanya orang kayuh macam ada pertandingan, laju-laju, potong memotong. Terkejut aku. Jalan rata, lebar sikit, mendatar, okaylah kalau nak laju, potong memotong. Ini jalan sempit, berlopak-lopak, berbukit - up hill, down hill...tu pun nak laju dan nak memotong jugak.

Bila durang nak memotong masa naik bukit, aku dengar durang akan jerit...rider...rider. Minta kita yang lemah lembut ni bagi jalan. Haishhh... naik bukit kot, jalan tak rata, ramai orang... Macam mana nak bagi jalan. Memang psiko betul masuk Jamboree ni. 

Semua riders ada pic solo macam ni. Aku ja kena sipi-sipi.  Redha je lah. Wujud pic solo aku tapi aku nampak tak cun kang aku juga yang bising... Perangai macam nak kena penampar kan?
 
Aku punya aim satu je, ta mau jatuh. Tu yang lebam kaki aku tahan beskal supaya tidaklah kami tergolek bersama-sama di kesibukan jalan kebun getah dalam kampung mana tah...aku tak perasan. Aku turun dari basikal sebab aku nak menolak ja sebenarnya, tapi sebab curam basikal aku bergerak juga walau aku dah tekan brek. Orang ramai kiri kanan ni. Aishhhh...Stres sejemput masa tu.

Best sebenarnya Jamboree ni, kena ngan jiwa sukan aku yang mahu maju untuk negara. Tapi ta mau lah aim podium. Ada tekanan, aku ta mau stres. Bayar RM50 tuk stres wak gapo.

Tak aim podium pun, dapat jugalah aku tempat ke 14 dari 32 orang (kategori wanita) dan tempat ke 441 dari 967 orang. Achievement yang awesome tuk first time ride. Bahgianya ku rasa. Alhamdulillah.
 
Cantik pic ni. Penganjur yang amik upload dalam FB satu hari selepas kejadian. Efisyen!
 
Len kali, nak join lagi Jamboree. Insha Allah. Tapi tak nak lah jauh-jauh sampai Zibwabwe nun...Putrajaya, Negeri Sembilan cukuplah. Akhir kalam, nak bagitau yang tshirt jamboree cantik-cantik belaka. Belilah seketul basikal, leh kita berjamboree sama-sama. Bukan nak aim podium punnnn...

Medal pun awesome.

Promosi setakat tu je. Bye!


Tuesday, April 7, 2015

Edisi Ilmiah 2 : Bila CodeBlocks Tak Boleh Berfungsi

Salam dari Senaling,

Bila CodeBlocks yang di instalasikan dengan jayanya dalam komputer, dah digunakan berminggu-minggu tanpa masalah...Tetiba, "Eh, kenapa kau minggu ni taleh nak buka lansung?"

Cuba ni...

1. Klik Accecories -> Terminal
2. Taip mv ~/.codeblocks/default.conf {,.bak}
3. Dan tekan butang Enter
4. Kalau tak kuar apa-apa message error ke apa ke maknanya sukses
5. Taip exit
6. Klik ikon CodeBlocks macam biasa
7. Sepatutnya kuar satu window, klik ja butang OK

Dan CodeBlocks sudah boleh digunakan seperti biasa.

OS yang digunakan dalm kes di atas ialah UBuntu 2.0.7

Sekali lagi aku tumpang kebijaksanaan orang. Hehe. Kerja aku mendokumentasikan dalam blog. Tapi mulai semester depan dengarnya OS akan ditukar semula ke Windows. Oh maiiii... 

Aku doakan itu semua hanyalah khabar angin. Amiiiinnnnn...