Saturday, March 11, 2017

Hanoi Vietnam : Halong Bay Part 2

Salam dari Senaling,

Sejujurnya inilah kenangan TERpaling manis (yang lain-lain tu paling manis) yang aku rasa tuk travel ke Hanoi kali ni. Yang ditunggu-tunggu. Yang dinanti-nanti.

Nak kata aku jakun, katalah. Tapi memang aku jakun bila dapat naik cruise untuk pertama kalinya. Walaupun bukan yang paling besar, tapi aku suka sebab lebih privasi. Kabin ada sepuluh. Jumlah pelancong adalah dua puluh orang sahaja.

Excited pula aku nak cerita di sini. Sampai tak tahu nak mula dari mana.

Okay, aku mula dari saat kami menarik bag ke cruise kami. Naik terus ke tingkat dua, iaitu dining hall. Galaxy Cruise ni ada tiga tingkat. Kabin penumpang ada di tingkat paling bawah. Paling hampir dengan air. Paling atas adalah tempat lepak-lepak pakai bikini sambil tengok bintang di langit kaedahnya.

Hung, our tourist guide di Halong Bay.

Welcome drink. Kami tanya ini air apa. "Don't worry this is lemon tea". Versi panas dan sikit  banget. 

Hung bagi housekeeping dan taklimat untuk apa aktiviti seterusnya di dining hall. Selepas kunci diagihkan kami ke bilik masing-masing untuk mandi dan solat.

Saat masuk dalam bilik tu aku rasa, wow kami akan tidur dalam cruise atas air malam ni. Allahuakbar!

 
Bilik kami, tepi tu ada tingkap selebar alam leh tengok pemandangan luar. Terharu rasanya di panjangkan umur, dipermudahkan urusan untuk menatap sendiri keajaiban ciptaan Yang Maha Kuasa depan mata. 

Paling best semua toilet tempat kami menginap tersedia air paip tepi jamban.

 Keindahan, keajaiban, ciptaanNya.

Masa ni cruise sedang bergerak. Dan semua-semua cruise depan tu pun sedang bergerak ke core of Halong Bay yang diwartakan oleh UNESCO sebagai satu lagi World Cultural Heritage. Wefie sekejap dan gi lunch. Haaaa part lunch memang paling win.

Sebelum semua ni dihidangkan kami diberikan sup seafood, as entree aku agak.

Jadi inilah hidangan kami (aku fikir). Nasi tiada, tak mengapa sebab kenyang dah makan ini sahaja. Rupanya selepas semua yang di atas dihidangkan, datang lagi sotong, sayur dan nasi. Lapan menu semuanya! Tak habislah jawapannya. Sesungguhnya kami sangat kenyang!

Rasa semua makanan di Galaxy Cruise memang sedap dan durang penuhi semua permintaan kami yang hanya mahu seafood kami di stim atau di grill sahaja. Tung (pihak hotel) awal lagi dah bagitau, hanya package USD143 ja yang kami leh mengada minta itu ini. Kalau yang USD99, makan apa yang dihidangkan kaedahnya. Patutlah kawan kami pernah bagitau, nak ke Halong Bay request for Muslim package atau kau akan berlapar. 

Aku ulang-ulang cakap. Kita bayar mahal untuk mewahnya makanan rasanya ni.

Lepas makan, sementara nak tunggu jam tiga petang untuk naik tingkat paling atas. Amik peluang capture keindahan. Subhanallah.

 


Antara cruise yang berada di keliling cruise kami. Sampan kecik tu ialah penjual yang cuba menjual air, buah atau makanan ringan. Maaflah, kami kenyang sangat da ni. Kesian juga tengok kegigihan mereka ni mencari rezeki.

Melihat mereka ini, insaf rasanya. Bersyukurlah dengan kerja yang ada wahai manusia!

Jam tiga petang dah kena get ready. Hung siap ketuk pintu kami, aku jeling jam belum lagi jam tiga ni. Dalam lima minit macam tu, kami menuju ke bot yang akan membawa kami ke tempat berkayak. Kami adalah yang terakhir sampai. Yang lain menunggu kami rupanya. Hehe.

Our boat our group. The most friendly member. From Australia. Music teacher. 

Dia sedang menghabiskan cuti sempena 10 tahun dia bekerja sebagai seorang guru. Sebulan. Sepanjang-panjang kami travel ni memang bertebaran tourist kulit putih ni. Yang dah berumur aku fahamlah, bersara ke apa ke. Yang muda-muda ni... Kerja apakah yang membenarkan mereka travel berbulan-bulan? 

Tertanya-tanya tapi tak bertanya. Apakah?

Sambung cerita berkayak dan ke man made beach nanti. Ada view cantik nak tunjuk 😊

Alhamdulillah. Indahnya kenangan. Moga bermanfaat. Bye!

Thursday, March 9, 2017

Hanoi Vietnam : Halong Bay Part 1

Salam dari Senaling,

Seawal jam 4.30 pagi kami bangun sebab Subuh di sini awal. Usai solat, lepak-lepak makan bubur segera dan mee segera bertemankan Sambal Kak Nor. Tekak Malaysia sungguh. Nak cari juga makanan pedas. Hotel menyediakan breakfast, tapi tak nak begitu mengharap. Kali terakhir aku di Vietnam (Ho Chi Minh) lima tahun lalu, walau pun dah request halal food, tapi aku hanya dapat makan buah, roti dan telur rebus ja.

Jam lapan baru keluar dari bilik, nanananana gi tempat breakfast. Sekali masuk, wahhhh banyaklah makanan kami leh makan. Ada brokoli stim, banyak buah-buahan, ada cereal, roti, mentega, jem, dan telur boleh request nak masak macam mana lagi tu. Wahhhh...

Kopi dia pun sedap!

Kemain sorang-sorang melantak, tiba-tiba ada pekerja hotel mendekati kami.

"Your Halong Bay Tour will be on 8.30"
"Okay, okay", mulut penuh makanan.

Masa tu jam menunjukkan jam 8.15 pagi. Aku cakap pada Nita, baguslah durang ni siap remind. Makan laju-laju, turun ke lobi. Tak sempat nak wefie ke hapa, terus ditegur oleh guide Halong Bay kami. Hung namanya. Tepat jam 8.30. Semalam Tung memang dah bagitau Halong Bay tour kami bermula jam 8.30 pagi.

Hung dan Tung ialah dua orang yang berbeza. Menguruskan kami di hotel, Tung. Menguruskan Halong Bay tour kami ialah Hung. Persamaannya ialah, dua-dua kiut. Campur yang sambut kami di airport semalam, campur driver airport transfer, ada empat jejaka kiut yang berurusan ngan kami.

Campur driver yang transfer kami dari hotel ↔ Halong Bay, total ada lima jejaka kiut. 

Memang kiut miut aku tak tipu. Menjadi perbincangan pulak kami berempat (terutamanya aku dan Nits). Sehinggalah aku mengeluarkan hujah bahawa persaingan mendapatkan pekerjaan yang terhad di Hanoi menyebabkan company-company terutamanya dalam bidang pelancongan boleh memilih mereka yang ada 'rupa' untuk bekerja dengan mereka. Macam logik juga hujah aku tu. 

Kami orang pertama yang mereka ambil, sama macam kes aku dan Moi ketika nak pergi ke Cu Chi Tunnel Tour di Ho Chi Minh dulu. Rezeki boleh cop tempat paling depan. Rezeki boleh pusing-pusing sekitar Old Quarter tengok gaya hidup orang Hanoi sambil ambil tourist yang lain.

Akhirnya, selepas 35 minit penuh satu van.

The only Malaysians! Tepuk tangan.

Jarak perjalanan dari Hanoi ke Halong ialah sejauh 160km, mengambil masa selama hampir tiga jam
lebih. Hung bercakap di awal-awal perjalanan kami. Walau pun dia boleh berbahasa Inggeris, tapi kena dengar betul-betul tuk tangkap setiap butir maklumat dan jenakanya. 

Aku masih ingat dia bercerita tentang Hanoi yang ada empat musim, orang Hanoi lebih konversatif tak seperti orang di Ho Chi Minh yang lebih open, Hanoi banyak dipengaruhi oleh budaya Perancis, Saigon lebih ke American, di Vietnam durang awalnya tak nak belajar bahasa Inggeris sebab Vietnam War, seronok dia kutuk driver sebab driver tak boleh lansung berbahasa Inggeris, dia bercerita tentang nama Inggerisnya, Hero, bercerita tentang had anak, dua orang ja di Vietnam, tentang pentingnya anak lelaki, tentang... Macam-macam. 

Selepas satu jam setengah, bas akan berhenti selama tiga puluh minit di souvenir shop tuk refreshment.

Banyak souvenirs, tapi harga agak tinggi. Alang-alang nak beli, beli yang rare yang hanya boleh didapati di sini sahaja macam yang adik-adik tu nga sulam atas nun. Setakat fridge magnet, keychain, bookmark. Night market je u alls.

Lepas tu sambung lagi perjalanan selama satu jam setengah. Masing-masing dah mengantuk sebenarnya tapi tahan mata sebab rugi rasanya nak tido. Nak tengok yang menarik sepanjang perjalanan ke Halong. 

 
Kubur di paddy field, dan kebun sayur di celah belakang rumah. They just make use all the opportunity until maximum level. 

 Stesen minyak di Vietnam, dan statue unik. Pasti ada cerita disebaliknya.

Kau mampu bawa motor penuh barang macam tu? Dan tempat bayar tol. 

Akhirnya jam 12.30 sampai ke jeti Halong. Inilah cruise kami untuk satu malam. Galaxy 18.

Cerita penting sambung Part II nanti. ðŸ˜€
Perjalanan hampir empat jam berbaloi sungguh rasanya.


Indahnya kenangan. Alhamdulillah. Moga bermanfaat. Bye!

Tuesday, March 7, 2017

Hanoi Vietnam 2017: City Tour Part 3

Salam dari Senaling,

Tips penting untuk buat City Tour di Hanoi;

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011

Sebab banyak jalan yang ingin kita lintas nanti. Nak tunggu jalan clear baru nak lintas macam di Malaysia, masak cekodoklah.

Dari area Ho Chi Minh dan sewaktu dengannya, kami ke Hanoi Citadel.  Masih gagah berjalan kaki, walau pun masa tu urat betis masing-masing dah tegang. Tapi itulah, jalan yang aku pilih sebenarnya jalan yang agak jauh. Ya, paling dekat tapi agak jauh dari pintu masuk.

Kalau korang dah baca entri Part 2 aku ada bagitau susunan paling cantik untuk bergerak di kawasan Ho Chi Minh. Bacalah kat sana di perenggan terakhir. Dan untuk ke Hanoi Citadel dari kawasan ni aku patut amik jalan Chua Mot Cot. Mudahkan cerita, gi Google Maps, search jalan ke Hanoi Citadel dari Ba Dinh Square. Dia akan bagi jalan yang lebih bagus dari apa yang kami lalui.

Tak mengapalah, berjalan kaki sakit-sakit itulah yang paling win aku rasa bila buat City Tour sendiri-sendiri ni.

Berjalanlah kami sejauh 1.8 km, dan di Jalan Hoang Dieu kami boleh nampak tembok Hanoi Citadel, tembok! Bukan pintu masuk lagi ya. Hehe. Indahnya kenangan. Maka tawaflah pulak kami ni mencari pintu masuk. Jam 4 dah ni. Aku cuba mempositifkan diri, Hanoi Citadel tutup jam 5.

Alhamdulillah memang jam lima dia tutup. Fon aku masa ni dah habis bateri. Tak terfikir lansung nak pinjam power bank member. Nak kejar masa pun sama. Maghrib masuk jam 5.57 petang.

Nita kami tinggalkan di kompleks depan dulu tuk berehat. Depan pintu masuk ke Hanoi Citadel. Bayaran masuk VD40 000. Tutup jam lima petang. 

Dari pintu masuk boleh nampak pondok guard di sebelah kanan dan Hanoi Citadel disebelah kiri. Kalau tanak kena jerit atau priiiittt, berjalanlah ke arah kanan cuba cari kaunter bayaran masuk yang berada dalam sebuah kompleks. Tiada sebarang papan tanda menunjukkan kaunter bayaran (atau sebenarnya ada kami yang tak nampak). Cubalah buat muka terpinga-pinga, Insha Allah guard akan tunjuk arah nak bayar.

 Terowong masa, dan Tangga Kebenaran. Heh memandai aku bagi nama.

Mendaki tangga kebenaran, akan nampak view yang awesome ni. Nun di hujung sana tempatmu ialah Hanoi Flag Tower.

Tapak arkeologi yang sedang dalam penggalian/pencarian monumen atau tinggalan lama. 

Memang betul-betul di tengah bandar Hanoi. Di sinilah letaknya penempatan dan workplace untuk raja-raja dan keluarga mereka. Bermula dari Dinasti Ly (1009 - 1225), Dinasti Tran (1226 - 1400), Dinasti Le so (1428 - 1527) Dinasti Mac (1527 - 1592) dang Dinasti Le Trung Hung (1592 - 1789). Kawasan istana lama dan kubunya sudah tidak wujud, tetapi masih banyak peninggalan lama di sini yang masih dalam pencarian. Pastinya ia sangat berharga kerana mengandungi nilai-nilai sejarah dan budaya lama Hanoi.

Hasil tinggalan yang mereka peroleh ada dipamerkan di muzium (muzium ke?), tapi ada di satu tempat khas di area ni juga. Aku perhatikan kebanyakan artifak berunsurkan China.

Hanoi Citadel (Hoang Thanh Thang Long Ha Noi) ialah kawasan yang diwartakan sebagai World Cultural Heritage oleh Unesco pada tahun 2010.

Tiga puluh minit ja kami kat sini. Memang tak cukup. Tapi apa boleh buat, ada tanggungjawab maha penting menunggu. Solat.

Dari Hanoi Citadel kami aim untuk ke Al Nour Mosque. The one and only mosque at Hanoi. Perancangan awal nak berjalan juga, tapi buat masa ni wajib ambil teksi. Kebetulan memang ada teksi menunggu, dia suh kami bayar VD200 000 (RM40). Mahal tu! Sebab aku memang dah study maps. Jarak 1.2 km je kot. Kami tolak. Dia tunjuk VD 100 000 (RM20), aku berkira nak turunkan lagi sampai VD50 000 (RM10), tapi language barrier menyukar urusan.

Tiba-tiba Nita kata, teksi Uber baru VD19 000 (RM4)!

Ehmmm...berUber je lah kita. Tak lama tunggu sampai lah kereta KIA comel amik kami depan Hanoi Citadel.

Dalam sepuluh minit dah sampai depan masjid di Jalan Hang Luoc. Alhamdulillah. Solat jamak taakhir dan kami bercadang lepak ja masjid sampai waktu maghrib. Masa tu jam menunjukkan pukul lima petang.

Selepas solat, aman je kami dinner merangkap lunch di Restoran Zayynab, betul-betul tepi masjid. Kalau sampai depan tangga nak masuk masjid, pusing ke kiri. Restoran dia agak terlindung macam rumah orang pun ada. Ketuk masuk bagi salam. Ehhhh... gembira ja makcik Zayynab sambut.

Mee Sup kot ni. Aku tak ingat menunya. Nak amik pic berinformasi pun dah tak lalu. Lutut ketar. 

Ikutkan tentatif awal kami nak pergi Dong Xuan Market tapi tak mengapalah. Ada nanti kot rezeki hari ketiga. Tak dapat Dong Xuan Market, kami punya rezeki ke night market. Kalau baca tip panjang lebar aku sal Hanoi, aku ada mention souvenir di night market adalah yang paling murah kami boleh dapat. Rebut peluang kalau berkesempatan ke sini. 

Sekeping gambar di Night Market. Sekeping ja!

Night Market hanya dibuka tiga malam. Jumaat malam, Sabtu malam dan Ahad malam. Night market ni memanjang dari depan Dong Xuan Market sampai ke Jalan Hang Gai. Memang panjang dan barang yang dijual hampir sama ja semua. Takde apa nak dibeli pun (untuk aku) melainkan souvenirs. Food street banyak. Tapi almaklumla kan. 

Tak macam night market di Ho Chi Minh yang banyak menjual baju kurung, jubah, tudung, tshirt, blouse, souvenirs (beg kait, fridge magnetic, ao dai, etc) dan segala macam mende sampai tak cukup duit nak beli . Tu sebab sepanjang-panjang jalan di Hanoi tak terjumpa lansung dengan Malaysian. Kat Ho Chi Minh, siap hai hai bye bye kiri kanan depan belakang Malaysian aje.

Kami berjalan dari hujung sampai ke hujung. Ke kanan, dan kami pulang semula ke hotel. Ke kiri, akan membawa kami ke Hoa Kiem Lake. Rupa-rupanya (Moi bagitau) sepanjang jalan depan Hoa Kiem Lake (jalan Dinh Tien Hoang) diadakan street performance. Paling menarik ialah permainan tradisionalnya; siapa-siapa pun boleh join. Seperti night market, street performance ni pun hanya diadakan pada malam tertentu. Kami pergi Ahad malam, aku agak Sabtu malam dan Jumaat malam pun dibuka.

Ya, kami terlepas peluang itu sebab tak tahu. Walhal awal kami balik hotel malam tersebut. Tapi aku tak rasa sesal sebab aku dah study sebaik mungkin. Aku membaca tentang Hanoi bukan sehari dua. Makan bulan (walau pun on off) tapi ada usaha untuk mencari yang terbaik di Hanoi. Tak terbaca satu info pun tentang street performance. Ini bukan rezeki namanya. DIA dah rencanakan yang lebih baik. 

Kadang-kadang ini yang aku cuba sampaikan pada students. Konsep usaha sungguh sungguh sungguh sungguh. Tawakal kemudian. Dapat keputusan, redha. Keputusan baik, Alhamdulillah. Keputusan kurang baik, tak mengapa yang penting dah usaha. Tak sesal lansung! Macam tu.

Tah sampai ke idak message aku ni. 

Apa-apa pun kenangan masih indah :) Alhamdulillah.

Semoga bermanfaat. Bye!

Sunday, March 5, 2017

Hanoi Vietnam 2017: City Tour Part 2

Salam dari Senaling,

Tips penting untuk buat City Tour di Hanoi;

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011

Sebab banyak jalan yang ingin kita lintas nanti. Nak tunggu jalan clear baru nak lintas macam di Malaysia, masak cekodoklah.

Selepas berjalan kira-kira 2.4 km untuk explore Hoa Lo Prison dan Temple of Literature kami ke tempat seterusnya iaitu

Ho Chi Minh Museum (Bao Hang Ho Chi Minh). Bayaran masuk VD30 000.

Ketika kami sampai ke sini, muzium ni ditutup. Rehat. Buka semula jam dua. Jadi kami amik kesempatan lepak di kedai buah berdekatan tuk makan makanan yang confirm halal. Memang play safe je kami. Tanak tunggu lapar baru nak cari makanan. Sambil-sambil massage kaki masing-masing.

Muzium buka ja, kami serbu beli tiket. Masuk dalam muzium terus panjat tangga naik tangkat paling atas.

Nampak Pakcik Ho.

Orang Vietnam sangat menyanjungi pemimpin merangkap presiden pertama durang ni. Sangat sangat. Kalau baca sejarahnya, memang beliau sangat zuhud dan telah mengorban masa, tenaga dan usianya untuk membebaskan Vietnam dari cengkaman Perancis.

Di Malaysia, seperti Tunku Abdul Rahman lah lebih kurang.

One Pillar Pagoda (Chua Mot Cot). Tiada bayaran masuk.

One Pillar Pagoda ni letaknya depan ja gerai buah tempat kami lepak makan buah-buahan sementara menunggu muzium buka. Istimewanya pagoda ni ialah terbina di atas sebatang tiang. Tah macam mana orang dulu-dulu buat segala mende istimewa seperti ini. Tak terjangkau dek akal.

Kena rajin selongkar discovery channel. Kot ada.

Ho Chi Minh Mausoleum (Lau Chu Tich Ho Chi Minh)

Di sinilah bersemadinya Pakcik Ho. Dibuka pada awal pagi sahaja dan katanya orang beratur hampir 2 km untuk melihat mayat beliau yang telah diawetkan. Kawalan keselamatan sangat ketat. Sangat-sangat. Pijak garisan pun kena priiiitttt. Lama-lama nak amik gambar depan ni pun kena priiitttt.

Kami tak masuk pun sini sebab dah lambat. Kalau cepat pun mungkin tak pergi juga sebab tak sanggup nak beratur sampai 2 km.

Kawasan luas depan makam ni namanya Ba Dinh Square. Punya panas masa ni, kami wefie tapi ta nampak apa di skrin fon. Haha. Pakai klik klik klik ja. Alhamdulillah apa yang patut nampak, nampak.

Presidential Palace (Van Phong Chu Tich Muoc). Bayaran masuk VD40 000


Ho Chi Minh House (Nha San Bac Ho) nun ditutupi pokok nyiur melambai seberang tasik. Bayaran masuk sekali dengan Presidential Palace. Ditutup jam 4.00 petang.

Presidential Palace dan Ho Chi Minh House berada dalam satu kawasan berpagar. Sekali bayar dah boleh meninjau dua kawasan ni. Presidential Palace hanya boleh dilihat dari jauh, arah aku amik gambar tu. Rumah Ho Chi Minh yang boleh masuk. Tapi disebabkan orang ramai. Laju ja semua orang tawaf keliling rumah.

Apa highlight di sini? Cara hidup Pakcik Ho yang zuhud. Bahasa hipster, minimalist. Ada Presidential Palace yang tersergam indah (gaya binaan Perancis) pakcik Ho ta nak duduk di situ. Asalnya dia duduk sekali di kuarters pekerja. Tapi kerajaan bina rumah (macam rumah kampung) menghadap tasik tuk dia. Barulah dia sudi nak berpindah.

Semua attractions di atas berhampiran antara satu sama lain. Boleh explore semua tu tapi aku cadangkan ikut susunan (kalau tak mo lutut longgar). Pergi dulu Presidential Palace dan Ho Chi Minh House. Keluar dari kawasan tu gi lalu amik pic sikit-sikit di One Pillar Pagoda. Masuk muzium Ho Chi Minh dan baru ke Mausoleum Ho Chi Minh sambil-sambil bergambar di Ba Dinh Square.

Jarak dari Temple of Literature ke Muzium Ho Chi Minh ialah 1.5km bersamaan 20 minit perjalanan (Anggaran rujuk dari Google Maps.)

Alhamdulillah selesai Part 2. Sambung Part 3 soon. Insha Allah.

Simpan untuk Part 3
Hanoi Citadel
Masjid Al Nour
Halal Retaurant : Restaurant Zaynab
Night Market

Dah siap entri Part 3, yeay :)

Indahnya kenangan. Luasnya pandangan. Alhamdulillah.

Moga bermanfaat. Bye!

Wednesday, March 1, 2017

Hanoi Vietnam 2017: City Tour Part 1

Salam dari Senaling,

Tips penting untuk buat City Tour di Hanoi;

"Don't panic. Don't run. Above all, don't change your mind. (keep on moving)" 
~taken from article Hanoi Last Minute, September 2011

Sebab banyak jalan yang ingin kita lintas nanti. Nak tunggu jalan clear baru nak lintas macam di Malaysia, masak cekodoklah.

Kebanyakan tempat yang ingin dilawati di Hanoi ialah tempat bersejarah. Ada tempat yang wujud 1000 tahun lalu. Dari hotel kami di jalan Hang Bong, kami berjalan menuju ke tempat paling hampir.

 Hoa Lo Prison atau juga dikenali sebagai Hanoi Hilton. Bayaran masuk VD30 000.

Jarak dari hotel kami di jalan Hang Bong ke Hoa Lo Prison di jalan Hoa Lo ialah 700m bersamaan 9 minit perjalanan (Anggaran rujuk dari Google Maps.)

Penjara ini menempatkan 'pesalah' Vietnam (kebanyakannya politician) oleh tentera Perancis. Hanya sebahagian sahaja kawasan penjara yang masih ada. Selebihnya sudah dirobohkan, dibina bangunan pencakar langit. Kawasan penjara ini asalnya bukan penjara. Ia adalah sebuah penempatan atau kampung. Ketika dijajah Perancis barulah fungsinya berubah.

 Gambaran bagaimana 'pesalah' biasa-biasa dilayan. Yang luar biasa (degil, melawan, memberontak), layanan lagi mental.

Pertama kali aku tengok pokok badam. 

Pada zaman itu kulit, daun dan buah pokok badam digunakan sepenuhnya untuk pelbagai tujuan. Antara yang aku ingat untuk tujuan kesihatan. Di sebelah kanan tu batang pokok badam yang digunakan untuk menyorokkan dokumen-dokumen agenda yang dirancang ketika dalam penjara.


Yang hard core, dihukum potong kepala. Alat pemotong diimport terus dari Perancis. Kepala yang terpotong di pamerkan untuk menakutkan yang lain-lain, aku agaklah. Kanan gambar ialah penjara khas bagi yang menunggu hukuman potong kepala. Spooky pulak aku tengok.

Lama kami di sini. Biasalah. Excited tempat pertama.


Dari Hoa Lo Prison, perjalanan agak panjang. Di jalan Nguyen Khuyen kami minum air kelapa. Di Hanoi tak haraplah nak makan proper. Jumpa apa yang halal, makan je. Harga kelapa ni VD25 000 sebiji. Agak mahal tapi malas nak fikir banyak. Kami beli dua kongsi-kongsi. Belum lapar tapi standby mode. Style makan di jalan-jalan Vietnam adalah macam ni. Kusi yang mak-mak kita guna tuk basuh kain di bilik mandi tu je yang durang guna. Stylo sungguh aku rasa.

Sambung perjalanan tak lama pastu aku nampak Cosiana Hotel. Di hotel ni ada restauran halal D'Lions kalau aku tak silap. Tapi macam aku bagitau tadi. Belum betul-betul lapar plus kejar masa. Dan akhirnya sampai ke...

Temple of Literature. Bayaran masuk VD 30 000.

Jarak dari  Hoa Lo Prison di jalan Hoa Lo ke Temple of Literature di jalan Quoc Tu Giam ialah 1.7km bersamaan 20 minit perjalanan (Anggaran rujuk dari Google Maps).

Kami datang hari Ahad. Orang ramai di pintu masuk. Ramai sangat. Penuh di kawasan luar dengan pelancong dan pelajar-pelajar yang nak graduate. Tapi bila nak beli tiket takde la pulak beratur panjang. Rezeki.

Belakang kami tu, ramai pelajar-pelajar tunggu nak masuk tuk photoshoot inside the temple.

Bila masuk dalam takdela crowded sangat. Alhamdulillah.

Masuk ke Temple of Literature membayangkan seperti masuk ke istana lama, sama macam dalam cerita sal raja-raja Korea. Aku tak pernah tengok cerita raja-raja Vietnam, jadi aku bayangkan cerita yang aku pernah tengok je lah. Lepas satu pintu ke satu pintu berpintu-pintu dan di hujunggggggg sekali barulah sampai ke temple nya.

Temple ni merupakan universiti pertama di Vietnam wujud 1070 tahun lalu. Hanya lelaki ja yang dibenarkankan belajar. Aku perhati budaya dari China memang banyak. Bukan banyak tapi confirm memang pengaruh dari China. Tulisan di tiang-tiang tu tulisan Cina belaka. Di sini, mereka belajar tentang Confucious.    

Pemandangan seperti ini penuh di sini hari tu. 

Menarik tengok pelajar-pelajar perempuan berpakaian tradisional mereka, ao dai. Yang membezakan satu sekolah dengan sekolah yang lain (kami agak-agak) ialah warna seluar, baju semua seragam warna putih.

 Penyu dan merak ni mengingatkan aku pada Kungfu Panda. 

Aku tengok ada orang amik pic pokok ni. Aku pun sibuk jugak. Aku agak pokok ni sama tua dengan temple ni. Main agak ja, sebab info kat pokok tu bahasa Vietnam.

Tu aje dulu untuk Part 1 : City Tour Day 1.

Nanti aku sambung by part tuk City Tour seterusnya ke...

Ho Chi Minh Museum
One Pillar Pagoda
Ho Chi Minh Mausoleum
Presidential Palace & Ho Chi Minh House
Hanoi Citadel
Masjid Al Nour
Halal Retaurant : Restaurant Zaynab
Night Market

...nanti.

Secepat mungkin, Insha Allah 😀.

Done City Tour Part II. Meh klik...

Indahnya kenangan. Bertambah pengalaman. Luasnya pandangan. Alhamdulillah. Moga bermanfaat.