Monday, April 20, 2020

Weekly Hike : Bukit Jugra (All Time Favourite Spot)

Sepuluh tahun lalu aku dah bercerita tentangnya di sini dan di sini. Tahun ni cerita lagi. Tahun depan lagi. Tahun-tahun depan cerita lagi. Tak jemu-jemu. Tak pernah jemu. Mungkin sebab bukit ni paling hampir dengan tempat kerja. Habis kerja boleh terus zoom hiking, dan turun... nah selesai hari ini punya workout. Tak pun aku akan berbasikal panjat Bukit Jugra. Pun layan.

Sebenarnya di Banting lebih tepat di KM Selangor aku ada banyak opsyen untuk workout. Lebih pelbagai. Selain hiking dan berbasikal, aku ada geng swimming, ada coach untuk main tenis, ada partner nak main badminton atau squasy, brisk walk, nak jog trek pun ada. Tapi entah kenapa kalau pergi ke Bukit Jugra samada tuk hiking atau berbasikal hari-hari aku tak jemu. Tak tahu nak khabarkan betapa istimewanya Bukit Jugra di hatiku.

Kalau berbasikal bolehlah dapat view ni.




Kalau hiking banyak view yang lebih pelbagai untuk aku tengok.

Kebanyakannya cantik-cantik. Tapi ada sekali tu, menakutkan. Aku dan Fida jumpa monyet... monyet ke? Besarnya Masha Allah. Macam beruk. Tapi kurus. Kalau dia merangkak, merangkak ke? Ya Allah tak tahu nak describe, tapi setinggi anjing. Ntah apa tah sebenarnya dia. Aku pun tak tau.

Asalnya aku nampak dulu. Dia di atas sebatang pokok yang tumbang sedang memerhatikan kami. Automatik aku terus berhenti tunggu Fida mendekat. Aku berbisik, "Fida kau nampak tak?" Masa tu aku sedang berkira-kira nak berpatah balik, risau diterkam ia.

Pada tika itu, 'monyet' tu berlari melintas kami dan menghilang. Nasiblah Fida pun nampak, walau pun hanya bahagian belakang. Maknanya realiti. Kalau tidak, malam tu aku tak boleh tidur rasanya. Haishlaaaa.

Takut... takut pun. Esok lusa tulat tetap juga kami kunjungi Bukit Jugra. Alhamdulillah sekali tu aje ia menampakkan diri. Tapi musim MCO ni, Bukit Jugra trail hutan dilarang masuk. Iyela, faham kena kawal pergerakan. Cumanya nanti kalau berakhir semua ni, tape kuning ni ada lagi tak? 

Ehmmmm... rindu.

1 comment:

Anonymous said...

Salam sis..mcmana nak naik sampai ke rumah api? Sbb byk saya baca blog tak sampai ke rumah api..saya rancang nak pegi sabtu ni..mohon sis bantu..tq in advance