Wednesday, May 11, 2011

Citer Dari Pantai Kelanang



Suatu petang di Pantai Kelanang
Berjalan-jalan mengambil angin
Udara nyaman hati pun tenang
Tapi kat tepi pantai kannn...banyakla angin...


Hahaha...Aku jual pantun, sapa berani beli...?? Saja menyusuri pantai, air keruh tapi memang best tengok ombak menghempas pantai. Seronok kat Banting, ada pantai tuk disusuri, ada bukit tuk didaki...Sapa yang duk kat Kota Metropolitan tu....Errrr... jangan jelessss.

Tetiba, tetiba aku jumpa ini!
Aiyaaaa...gambar terbalikk. Korang pusingkan aja monitor tu ek tuk gambar yang lebih jelas gitu...hehe


Ini ialah belangkas atau naima saintifiknya errr...jap nak google...tachypleus gigas


Diberi nama belangkas sebab ke sana ke mari mesti berdua2an...Mean jantan n betina akan selalu bersama. Aku bajet yang besar betina yang kecik jantan...

Info tentang belangkas agak menarik... Ta sangka punya nilai komersial. Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

Tingin lak nak rasa sedap ka idak...
(sumber dari wikipedia. IluvU Wiki)

No comments: