Showing posts with label food n foods again. Show all posts
Showing posts with label food n foods again. Show all posts

Friday, September 28, 2018

Foodhunt (10) Pilaf. Checked.

Aku mula nampak Pilaf di Burqin, dijual di Muslim Street Food nya. Tapi ketika itu terkenyang. Tak best makan masa kenyang. Kurang feel dan kurang bagus membazir. Aku banyak kali mention pada Moi, dan biasanya Moi akan sampaikan pada abah driver.

Alhamdulillah, abah driver dah rancang baik nak bawa kami makan nasi pilaf di Tulufan. Makan di tempat yang sedap dan murah. Seperti biasa. Terima kasih abah driver.

Kalau aku tengok di YouTube, portion satu pinggan banyaknya Allahuakbar. Dah plan nak kongsi (macam biasa) tapi baguslah kedai ni bagi portion comel-comel dalam mangkuk. Itu pun tetap aku kongsi dengan Moi.


Kombinasi terbaik. Kewujudan sayur atau acar jeruk dan teh tanpa gula menyumbang kepada hampir habisnya aku makan nasi ni. Nasi pilaf ialah campuran nasi putih dengan sayur-sayuran dan daging kambing yang digoreng bersama. Rasa sedap, tapi quite oily. Bergenang minyak di dasar mangkuk, tu yang aku kata aku hampir habiskan. Kalau tak bergenang, Insha Allah licin. 

Seperkara lagi, aku syak minyak yang digunakan seperti minyak sapi yang menyebabkan aku rasa muak nak hadap nasi ni semata-mata. Bila diselang makan dengan sayur jeruk, rasa menu ni lebih padu.

Setakat itu cerita pasal nasi pilaf yang aku boleh kata must try! Selebihnya nak cerita sal kedai ni dan persekitarannya yang menarik perhatian.

Betul-betul depan kedai ada sinki ni. Airnya dari Karez. Haaaa... menarik bukan?


Sebelum masuk kedai, tersangkut dulu dengan mereka ni. Local people. Punya sporting.


 Betul-betul depan kedai ada orang jual buah-buahan.

 Tepi kedai, kawaplar sedang dibakar guna alat yang nampak macam antik. Nak bertanya takut kena marah.

 Seberang kedai jumpa barisan roti Uyghur bersama tukang bakarnya.

Assalamualaikummmm. Kami nak masuk amik pic. Kataku di dalam hati yang paling dalam.

Sakan kami ketik-ketik kamera/smartphone, amik pic buat kenangan disekitarnya.

Sehinggalah kereta abah driver sampai. 

Ayuh kita hentikan penggambaran ini serta merta. Yuk berada di tempat yang dijanjikan. Pantas kawan-kawan. Usah berlengah lagi atau kelak kalian akan dibebelkan 😁

Sunday, November 4, 2012

Online Survey

Salam dari Jugra,

Hari Jumaat yang barakah ni, aku ada kursus Pembinaan Laman Web Berasaskan Joomla. Aku dah pernah belajar guna Joomla beberapa tahun yang lalu tapi tok pehe. Hari ni aku belajar Joomla, eh OK la pulak. Mungkin aku terminum air bersemut masa duk kat hotel apa tah namanya masa berkursus Joomla kat Cherating dulu. Ataupun sebenarnya pertambahan IQku seiring dengan pertambahan usiaku yang baru menginjak 25 tahun. Aku rasa aku suka hipotesis yang kedua. Kesimpulannya - Hari ni aku belajar guna Joomla dan dapat memahaminya dengan baik kerana tahap IQ ku telah meningkat secara drastik...*wink wink*

Okeh, mukadimah di atas tada kaitan dengan tajuk entri. Yang ni baru betul-betul isi entri. Online Survey. Online Survey ni adalah satu kerja part time la bagi aku. Daftar kat website Online Survey ni yang  di antaranya Global Test Market, MySurvey, AIP Online Survey, Toluna dan sebagainya.  Pendaftarannya macam daftar anak masuk darjah satu ja. Isi nama, dan isi beberapa maklumat yang agak peribadi. Dan janganlah mengada isi maklumat palsu sebab buat online survey ni akan dapat duit atau voucher. Kau tipu maka masa syarikat ni nak shipping cek/voucher tu makanya takkan dapat kat kau. PadanMukaWekk...:P

Setakat ni aku daftar adalah dalam 2-4 company, tapi yang aktif hanya 2 - Global Test Market dan AIP Online Survey. Tu pun aku malas nak buat survey.

Global Test Market ialah syarikat dari Eropah yang aku tak pasti secara spesifik negaranya. Biasanya kalau ada survey untuk kita dia akan inform pada emel yang kita taip masa mula -mula mendaftar. Pastu ko buat survey tu then dia akan bagi point. Untuk Global Test Market dapat 1000 point baru ko leh redeem USD50. Biasanya kalau rajin wat survey maka lebih banyak survey yang akan kita dapat. Semakin banyak survey yang kita dapat maka semakin banyak point yang kita peroleh. Semakin banyak point semakin banyaklah duit yang kau dapat. Maka usaha tangga kejayaan. Setakat ni aku tak pernah gi redeem walaupun dah nak masuk 3 tahun aku join. Sebabnya satu ja, hanya satu - aku malas. Point baru 500...lagi 500.

AIP Online Survey lak originally company dari Jepun. Tapi ada base kat Malaysia. Yang ni aku excited sket nak citer sebab baru ja dapat voucher KFC/Pizza/Ayamas bernilai RM20 sebab berjaya kumpul 2000 point dalam masa tak sampai setahun. RM20 ja, tapi excited kemain sebab aku usaha mengatasi kemalasan tuk mendapatkannya. Macam-macam leh redeem dengan point 2000 tu tapi aku berminat nak gi fast food jer.


Jadinya, aku ada alasan tuk berjimat dan ada alasan tuk pergi fast food restaurant ni hanya jika aku ada voucher. Secara tak lansung boleh mengekang nafsu nak makan kat tempat-tempat cenggini. Tidakkah itu berita bahagia untuk manusia species yang obses mo kurus macam aku ni?

Lagi satu aku rasa, ayam kepsi/pizza rasa lebih super sedap bila makan guna voucher ni. Betullah, sesuatu yang kita dapat dengan penuh susah payah kadang-kadang sangat bermakna nilainya. Bunyinya seperti - kau dah takda keja lain ke? Tapi percayalah, ia sangat bermakna dan pada masa yang sama leh latih anak-anak kita yang bulat tak datang bergolek, yang panjang tak datang mempipih...Eh?Betulkah ini pepatah?...Ahhhh layankan jalah.

Top-Left-Corner : Eksaitednya dapat surat berdaftar (sudah tau pa isi dalam)
Bottom-Left-Corner : Baucer nilai RM20 sudah bikin aku hepi seminggu
Right : 1 Set Zinger Burger Double Down, 1 Set Famous Bowl, 1 set Lunch Treat (ta hingat pa), upgrade milo 2 cups, 2 toys : RM46++ jadi RM26. Hepi! Mudahkan buat aku hepi?


Taip entri hari Jumaat tapi publish hari Ahad.Apakah?
Eh!TuAjeLahKali.Bye!

Tuesday, September 20, 2011

Syawal dan Makanan

Salam kepada semua kesayangan hamba. Since kita masih lagi berada dalam mud raya makanya aku nak wat entri pasal bulan raya iaitu bulan Syawal. Bila cakap pasal bulan Syawal makanya ia berkait sangatla rapat ibarat isi dengan kuku dengan makanan or in English we call it as FOOD.FOOD bukan FOD bukan FOOT bukan FLOOD..Haihhh

Start 1Syawal ja, malam raya, bukannya pagi raya, makanya lambakan makanan pun terjadi. Sejak dua tahun lepas memang giler ah famili daku masak pelbagai juadah. Kalau dulu mak masak satu atau dua jenis ja, tapi bila sumer adik beradik mahu menunjukkan skil memasak maka penuhla lantai dengan makanan. Lantai tau bukan meja sebab meja da ta muat nak letak makanan! Lagi satu makan kat bawah lagi feel, lebih lama, dan tangan pun senang nak capai makanan di kiri, kanan, depan dan belakang...Yeay...


Antara makanan yang kami lantak malam tu

Tahun ni kami masak ketupat nasi dalam daun kelapa dan jujurnya aku nak ngaku yang aku telah berjaya menganyam daun ketupat tu, ketupat daun palas, lemang, lontong, kari kambing, daging masak kicap, ayam rendang dan kuah kacang. Ta termasuk lagi pemberian dari jiran dan mentua Along iaitu mi goreng, sambal goreng, sambal tahun, rendang kerang dan....... aku ta ingat tapi yang aku paling ingat sambal tahun yang paling awal habis.


Daku pandai anyam sarung ketupat...Meh tempah meh
**Ceh riaknya aku, Upin Ipin anyam ketupat jadi bentuk kambing, cool ja...**


Kari kambing aku masak tapi ta leh riak....

Aku ta riak di atas sebab, sebab, sebab ta enak. Mak paksa aku amik tender masak kari kambing malam tu. Sejujurnya aku kan lebih pandai wat origami dari memasak. Tapi disebabkan ta mo menghampakan mak. Aku belasah masak gak. Akhirnya....pedas bangat. Kalu rasa mau telinga berasap macam Keretapi Tanah Melayu zaman Jepun, try la tempah kari kambing ngan haku...

Memang gila la makanan malam tu, tapi aku makan bersukat-sukat dan beringat-ingat. Makan ala kadar ja walaupun sebenarnya nafsu makan bergolak dalam jiwa. Ta mau aku sebu perut dek kerana makan ngan gilernya. Teringat-ingat orang di sana yang makan megi ja atau lansung ta makan....Iskkkk