Aku mula nampak Pilaf di Burqin, dijual di Muslim Street Food nya. Tapi ketika itu terkenyang. Tak best makan masa kenyang. Kurang feel dan kurang bagus membazir. Aku banyak kali mention pada Moi, dan biasanya Moi akan sampaikan pada abah driver.
Alhamdulillah, abah driver dah rancang baik nak bawa kami makan nasi pilaf di Tulufan. Makan di tempat yang sedap dan murah. Seperti biasa. Terima kasih abah driver.
Kalau aku tengok di YouTube, portion satu pinggan banyaknya Allahuakbar. Dah plan nak kongsi (macam biasa) tapi baguslah kedai ni bagi portion comel-comel dalam mangkuk. Itu pun tetap aku kongsi dengan Moi.
Kombinasi terbaik. Kewujudan sayur atau acar jeruk dan teh tanpa gula menyumbang kepada hampir habisnya aku makan nasi ni. Nasi pilaf ialah campuran nasi putih dengan sayur-sayuran dan daging kambing yang digoreng bersama. Rasa sedap, tapi quite oily. Bergenang minyak di dasar mangkuk, tu yang aku kata aku hampir habiskan. Kalau tak bergenang, Insha Allah licin.
Seperkara lagi, aku syak minyak yang digunakan seperti minyak sapi yang menyebabkan aku rasa muak nak hadap nasi ni semata-mata. Bila diselang makan dengan sayur jeruk, rasa menu ni lebih padu.
Setakat itu cerita pasal nasi pilaf yang aku boleh kata must try! Selebihnya nak cerita sal kedai ni dan persekitarannya yang menarik perhatian.
Setakat itu cerita pasal nasi pilaf yang aku boleh kata must try! Selebihnya nak cerita sal kedai ni dan persekitarannya yang menarik perhatian.
Sebelum masuk kedai, tersangkut dulu dengan mereka ni. Local people. Punya sporting.
Betul-betul depan kedai ada orang jual buah-buahan.
Tepi kedai, kawaplar sedang dibakar guna alat yang nampak macam antik. Nak bertanya takut kena marah.
Seberang kedai jumpa barisan roti Uyghur bersama tukang bakarnya.
Assalamualaikummmm. Kami nak masuk amik pic. Kataku di dalam hati yang paling dalam.
Sakan kami ketik-ketik kamera/smartphone, amik pic buat kenangan disekitarnya.
Sehinggalah kereta abah driver sampai.
Ayuh kita hentikan penggambaran ini serta merta. Yuk berada di tempat yang dijanjikan. Pantas kawan-kawan. Usah berlengah lagi atau kelak kalian akan dibebelkan 😁
No comments:
Post a Comment