Thursday, February 23, 2017

Tips ke Hanoi, Vietnam

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah selamat sampai dari Hanoi jam 1.30 petang waktu Malaysia. Naik bas dari KLIA2 ke Terminal 1 Seremban. Tiket RM10 je. Pastu naik bas ke Kuala Pilah jam 4.30 petang. Selamat sampai jam 5.30 dan barulah Incik Suami amik balik Senaling.

Daebak juga pengangkutan awam di Malaysia ni.
Hakak bagi lima bintang.

Aku nak kongsi antara perkara-perkara penting kalau anda berminat ke Hanoi.

1. Harga tiket (samada AirAsia, MAS, atau Vietnam Airline) kalau dapat RM400 atau lebih murah untuk perjalanan dua hala Hanoi - KL adalah harga promo. Maksudnya murah! Rebut cepat-cepat.

2. Hanoi ialah tempat untuk sightseeing. Shopping? Gi Ho Chi Minh.

3. Seperti di Ho Chi Minh, Vietnam Dong dan US Dollar digunakan secara meluas. Sesetengah tempat boleh terima Ringgit Malaysia.

4. Banyak aktiviti sightseeing yang menarik di Hanoi. Antaranya ialah City Tour, Halong Bay Tour, Sapa Tour, Tam Coc Tour, dan macam macam lagi sightseeing tour leh wat di sini.

Nak buat semua memang tak sempat. Memerlukan tiga hingga empat minggu kot nak habis explore semua. Jarak perjalanan; contoh dari bandar Hanoi ke Halong Bay 160km mengambil masa selama tiga jam setengah. Dari bandar Hanoi ke Tam Coc Village pun makan ratus-ratus kilometer ambil masa dalam empat jam. Sapa lagi jauh. 

City Tour keliling bandar Hanoi pun tak cukup satu hari kalau nak hayati betul-betul budaya dan sejarah rakyat Vietnam.

Kami sempat buat City Tour sehari suntuk. Mula tu relaks-relaks, lama-lama laju-laju. Masa tak cukup. Dua hari satu malam di Halong Bay. Yang ini memang cukup sangat.

5. Kos untuk buat City Tour (in group) ialah USD30. Private tour harga USD45 untuk satu kepala. hampir RM150. Kami buat sendiri. Tilik Google Maps sebelum ke Hanoi. Doa banyak-banyak. Alhamdulillah DIA permudahkan semua. Boleh baca detail itinerary di City Tour Part I. Part II dan Part III. 😊

6. Kos untuk Halong Bay Tour ada macam-macam pakej. Aku kira tour yang kami ambil agak mewah. Harga USD143 menyamai RM700 lebih kurang. Termasuk makan tengahari dua kali, sarapan sekali, makan malam sekali. Makan mewah sampai tak lalu nak makan semua. Ada dalam tujuh ke lapan menu sekali makan. Lengkap pakej untuk aktiviti berkayak, ke pantai, dan ke Sung Sot Cave. Maknanya bayaran RM700 untuk semua. Termasuk transfer dari hotel kami menginap ke Halong pergi balik dan seorang guide yang kiut. Hehe.

Servis memang terbaik. Bilik pun bagus. Komplen apa-apa cepat ja dia layan. Kami ambil pakej dengan hotel kami menginap. Nama cruise kami, Galaxy Cruise. Boleh terus ke laman web cruise tu. Mungkin dapat lagi murah.

Seperkara lagi boleh request macam-macam sebab susah nak dapat 100% muslim. Kami minta seafood di bakar atau di stim ja. Siap tanya apa jenis minyak dia guna. Siap tanya minyak yang samakah yang digunakan untuk menggoreng semua mende. Vavi memang ada di hidangkan untuk pelancong yang lain. Kami tawakal je lah, sebab dah request awal-awal. Alhamdulillah, aku masih ingat ayat-ayat dari surah Al-Lail, Al-Bayyinah, Al-Zalzalah; antara surah-surah dari Juz Amma yang baru aku hafal. 😅

Baca detail itinerary sal Halong Bay Part IPart IIPart IIIPart IV.

7. Boleh buat day trip ke Halong Bay. Harga pun lebih murah. Tapi penat badan. Recommend memang dua hari satu malam.

8. Masjid di Hanoi ada satu ja, terletak di jalan Hang Luoc, Masjid Al Nour. Berdekatan dengan night market dan Dong Xuan Market. Kalau korang menghadap masjid, pusingkan kepala ke kiri. Korang akan nampak perkataan halal food. Itu tempat kami lunch merangkap dinner di bandar Hanoi.

9. Dong Xuan Market, kalau nak juga shopping kain ela Vietnam Silk tuk buat baju kurung dibuka dari jam lapan pagi hingga lima petang ja. Sepatutnya sampai jam sebelas malam, tapi lima petang tu pun kalut dah peniaga di Dong Xuan Market bungkus barang. Kebanyakan barang dijual secara bundle.

10. Nak beli souvenirs seperti fridge magnetis, keychain, atau handicrafts cari di night market. Di sini harga yang paling murah kami dapat tuk barang-barang tersebut. Antara Dong 15k - 30k, dalam ringgit lebih kurang RM3 - RM6. Night market di Hanoi dibuka pada malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad ja. Kalau datang lain dari hari yang dinyatakan, pergi ke kedai souvenirs berdekatan dengan Water Puppet Theatre. Nanti kalau aku update entri tentang apa nak shopping di Hanoi. Aku letak link di sini. Moga aku buat dan aku ingat. Aamiiin.

Aku citer kat sini je la sal tempat shopping souvenirs (kalau tak dapat gi night market) sekali ngan pengalaman gi Water Puppet, shopping coffe, Hoan Kiem Lake dan egg coffee.

11. Guna aplikasi Uber kalau nak bergerak dalam bandar Hanoi, teksi mahal. Rate lingkungan Dong 15k-40k ikut lokasi.

12. Jalan di Hanoi is crazy. Tips nak melintas ialah; Jangan panic, jangan berlari, Jangan sesekali teragak-agak once dah melintas. Keep on moving. Tengok orang tempatan melintas caner.

13. Water Puppet adalah highly recommend! Tapi pastikan amik tiket awal, dan kalau dapat ambillah kerusi depan agar berbaloi-baloi. Nak dapat tiket flight murah ke Hanoi susah woooo. Harga tiket water puppet ikut kerusi. Semakin jauh, semakin sayup harga lebih murah. Kami amik 3rd row. Harga VD100 000 (RM20.00). 

14. Makanan yang harus dicuba di Hanoi ialah spring roll atau pho (mihun sup). Kami dapat cuba spring roll halal dua versi. Versi vege atas kapal Galaxy Cruise. Versi meat iaitu ayam (digoreng) di restoran halal Zayynab dekat Masjid Al-Nour. Satu gi harus cuba ialah kopi. Aroma dan rasa kopi Vietnam istimewa. Nak unik lagi cubalah egg coffee. Lemak berkrim pahit eksklusif, lengkap. Berpusing kepala aku selepas minum kopi tu 10 minit.

Di Old Quarter ada banyak kafe yang menghidangkan egg coffee. Kalau korang google, egg coffee yang femes terdapat di jalan Hang Gai. Lupa lak namanya. Kami minum egg coffee dekat ngan Water Puppet Theater sementara menunggu Moi dan family sampai. Pho ja kami ta rasa sebab ta jumpa cari yang halal.

15. Komunikasi adalah agak sukar di sini. Terutamanya masa buat City Tour tanpa tourist guide. Atau masa nak tawar menawar. Bawalah pen dan kertas. Korang tulis apa yang korang maksudnya. Insha Allah damai sejahtera korang merayau merayap di Hanoi.

16. Segala macam tour yang aku mentioned di 4, 5, 6 dan 7 boleh booking di Hanoi. Kebanyakan hotel menawarkan pakej-pakej tour yang tersebut.

17. Nak cari hotel di Hanoi, carilah di area Old Quarter. Berhampiran dengan Hoan Kiem Lake, Water Puppet Theater, Dong Xuan Market dan night market. Walking distance semuanya. Hotel kami ialah Royal Palace Hotel 2 di 95, Jalan Hang Bong. Empat hari tiga malam kami bayar RM356/sebilik.

18. Ada beberapa restoran halal di Hanoi. Antaranya Namaste (berdekatan Hoa Lo Prison), Khazaana (belakang hotel kami), D'lions di Hotel Casiona (di simpang jalan Nguyen Khuyen on the way ke Temple of Literature). Kami sempat pergi satu ja, restoran Zayynab dekat Masjid Al-Nour di jalan Hang Luoc.

Namaste dan Khazaana menghidangkan makanan India, kalau untuk aku macam kureng sikit sebab kat Malaysia senang nak jumpa. Dalam Air Asia pun ada onboard meal Nasi Beriyani. Melainkan darurat lah kot. Secara peribadi aku rekemen D'Lions atau restoran Zayynab. Boleh rasa makanan Vietnam.

19. Buat City Tour di Hanoi, kena tengok hari. Kebanyakan tempat menarik di bandar Hanoi tutup pada hari Isnin dan sesetengah hari Jumaat. Ada sesetengah tempat tutup ketika waktu rehat. Contohnya; Muzium Ho Chi Minh. Ada tempat tutup jam 4.00 petang. Ada yang 5.00 petang. Nak selamat sebelum jam 4.00 petang pergilah ke semua tempat ni. Confirm selepas jam 5.00 petang semua tutup. Kawasan open sekitar Ho Kiem Lake ja buka 24 jam.

20. Pada hari Tet (ala-ala tahun baru di Vietnam), kebanyakan kedai tutup. Jalan dan bandar jadi lengang. Aku baca, boleh melarat sampai satu minggu. Khabarnya majoriti warga Hanoi pulang ke kampung. Elakkan ke Hanoi waktu ni. Tahun 2016 hari Tet jatuh pada 19 Februari 2016. Tahun 2017 pada akhir Januari.

21. Airport transfer dari Noi Bai airport adalah sekitar USD18 - USD20 ikut kereta apa yang korang naik. Kami booked dari hotel kami menginap. 4 car seater USD18, 6 car seater USD20. Nak guna Uber pun boleh. Pastikan range harga lebih kurang atau lebih murah lebih bagus. Paling murah naik bas. Tapi kalau tak pasti di mana hotel korang baik lupakan dulu hasrat nak adventure tu. Bas-bas tu tak tentu lagi akan berhenti betul-betul depan hotel kau menginap. Membazir masa pulak nak mencari hotel nanti.  Melainkan kau nak stay sebulan di Hanoi.

22. Kos keseluruhan di Hanoi :
Accomodation ~ Royal Palace 2 Hotel (2 bilik bertingkap, 4 hari 3 malam, dengan breakfast) RM692.19/4 orang. Per person RM173.04

Bayaran di buat pada November 2016.

B Tiket flight pergi balik KLIA2 ⇄ Hanoi (RM388/personplus dua kali onboard meal (RM20.00/person) plus travel insuran (RM30.00/person) plus baggage 25kg + 25kg (RM150.00/4 person).  Per person RM475.50

Bayaran berperingkat di buat pada dari Mac - April 2016 hingga adds on masa check in Feb 2017

C Halong Bay Tour ~ USD143  Masa aku tukar duit nilai USD1 = RM4.42 so RM632.06

D Entrance fee for City Tour (1)Hoa Lo Prison VD30 000 (2)Temple of Literature VD30 000 (3)Ho Chi Minh Museum VD40 000 (4) Presidential Palace VD40 000 (5) Hanoi Citadel DV30 000. Per person VD170 000 =  RM16.83

E Makan; (1)Air kelapa VD25 000 x 2 / 4 person = VD12 500 (2) Buah-buahan VD10 000/ person (3)Dinner Zayynab Restaurant VD120 000/person (4)Egg Coffee VD77 000 (5)Cake VD55 000. Total per person VD274 500 = RM27.17

Uber Taxi; Citadel - Al Nour Mosque VD20 000 + Hotel - Dong Xuan Market VD25 000 + Hoan Kiem Lake - Hotel VD15 000. Total per person VD60 000 / 4 person = RM1.49

G Water Puppet VD100 000 = RM20.00

Bayaran dibuat di Hanoi RM697.61

Souvenirs tak termasuk sebab tak fix ikut poket masing-masing

Kalau ada lagi tips, mohon travelmate comment. Aku tambah nanti.

Doakan moga aku update entri ke Hanoi dengan pantas, jitu, padu dan paling penting boleh bagi manfaat pada orang lain.

Aamiiin... Tunggu tau 😁

Sunday, February 19, 2017

Hanoi 2017, Here We Come

Salam dari Empress Hotel Bandar Baru Salak Tinggi,

Skang dah menunjukkan jam 3.04 pagi. Kami sedang menunggu pilot dan suri hati Mr Pilot pick up kami di sini. Katanya baru bertolak dari Banting. Vah vah vah lena member tido, kami terkebil-kebil tak boleh tido. Jam 9 tido, 10.30 bangun. 11.30 tido jam 1 bangun dan terus bersiap-siap je la sebab dah memang tak boleh nak tido. 

Mata lebam.

Geng Me Time kali ni ialah geng yang sama ke Miri - Kuching last year. Perjalanan kami ke Miri dan bersambung ke Kuching leh baca di sini.
Tahun 2017, kami maju setapak. Kali ni travel bawa passport.

Hanoi, be nice to us... Aamiiin

Tiket dibeli pada bulan Mac 2016 dengan harga murah RM388++ pergi balik. Rezeki dapat ke Hanoi dengan harga ni pada ketika kami cuti semester break. DIA izinkan Alhamdulillah.

Flight kami awal pagi - 6.05 pagi. Perjalanan ke Hanoi dua kali sehari (AirAsia). Normal kalau yang promo ialah flight awal pagi.

Secara pendeknya, plan kami di Hanoi
Day 1 : City Tour secara sendirian berhad. Gigih mengkaji Google Maps dan membaca untuk ini. Moga dipermudahkanNya.
Day 2 : Halong Bay Tour
Day 3 : Halong and back to Hanoi
Day 4 : Explore airport Noi Bai sebelum balik ke semula ke tanah air.

Nanti balik dari Hanoi aku tampal detail plan itinerary kami untuk rujukan bagi yang memerlukan.

Tolong doakan sama perjalanan kami dalam keadaan sejahtera hendaknya ya.

Terima kasih

Nota kaki : Taip blog masa mengantuk kepala pun macam tak tentu hala, serius entri ni jadinya ya :)

Monday, January 30, 2017

Azam Nombor Lima Belas Tahun 2017

Salam dari Senaling,

Azam nombor lima belas bagi tahun 2017 ialah usaha beriadah minimum lima kali seminggu. Dah nak masuk bulan Februari, Alhamdulillah terlaksana.
 
Kesian kat aku. Dah setahun pegang Samsung Nota Tiga. Baru bulan lepas tersedar yang dalam fon ni ada built in apps yang awesome tuk menyokong azam ni. Kasihan betul.

Paling jakun bila rekod menapak secara auto akan di update setiap hari. Selama ni aku fikir 10k steps sehari tu leh cover dengan berjalan ke sana ke mari ke kelas. Excuse me... Tak cukup hokay.

Barulah aku tahu sebab pa masa Fun Run/Jamboree kalut kebanyakan runner/rider bawa fon. Rupanya nak tengok rekod larian/kayuhan berkilometer tu. Teruja sendiri tengok hasil seni berlari/mengayuh (boleh juga rekod tuk hiking, dan walking). Teruja tengok yang kau mampu pergi berkilo-kilo meter rupanya... 
 
Antara seni beriadah bagi tahun 2017. Semua hasil seni ni ada nama. Kutu Bertanduk. Serabut Perut. Bila Hatiku Kau Sakiti dan Gajus Berbuah Cinta.

Satu gi, teruja dapat tengok kalori yang terbakar. Rasa tak bersalah minum teh halia gelas besar bila menatap rekod macam ni.

Rekod pembakaran kalori terbanyak setakat 1 Februari 2017. Kalau hari-hari macam ni, memang huhuiii macam-macam aku leh makan.

Doakan moga aku istiqamah. Aamiiin. Istiqamah beriadah bukan part macam-macam aku leh makan tu ya. 😀

TQ tolong aminkan & bye loves...

Sunday, January 1, 2017

Terima Kasih Alhamdulillah 2016. Aku Akan Merinduimu.

Salam dari Senaling,

Adios 2016. Bienvenido 2017.

Aku bersyukur dengan 2016. Banyak impian aku Allah tunaikan. Terutamanya kembara cuti sekolah baru ni. Aku rancang tuk kembara keliling Malaysia lepas aku pencen, iaitu selepas 7 Mei 2036. Tapi Allah izinkan aku travel dari Senaling sampai Kangar Perlis dalam keadaan sihat sejahtera pada tahun 2016. Perancangan Allah untuk aku lepas pencen, aku berpeluang keliling dunia rasanya. Hehe. Amiiin.

Tahun 2016 menyaksikan aku join tiga event fun run. Kalau sebelum ni aku rasa jogging ni sungguh puiii tapi rupanya tidak pun. Tapi namanya aku nak jog setiap petang tu tidaklah juga. Aku main mix n match. Cycling, hiking, jogging, Zumba, netball, brisk walk waima tuju kasut semua aku layan. Asalkan keluar peluh. Asalkan aku berusaha ke arah gaya hidup sihat.
 
Pertengahan tahun 2016, Allah tunjukkan jalan untuk memudahkan hidup. Asalnya terbaca dekat FB link orang share sal minimalist lifestyle di JepunAku tertarik betul ngan gaya ni. Lepas dari tu, aku google berhabis sal minimalist. Asalnya aku ingat hanya tuk barang-barang ja, tapi bila makin banyak artikel aku baca, rupanya minimalist ni termasuk sekali gaya pemakanan, duit, dan hampir segala aspek dalam hidup kau.
 
Susah nak apply minimalist lifestyle tetiba-tiba. Perlu masa. Aku ni plak fesyen tak sabar. Tergedik-gedik rasanya nak meminimumkan segala macam mende. Dengan segala kegedikan itu pun Allah sudi tunaikan impian aku. Aku dapat rumah sewa yang lebih baik serba serbi. Faham-fahamlah bila pindah rumah ni kan. Memang banyak gila mende yang aku let goNow di rumah baru dapatlah minimalist tu di aplikasikan hampir 50%. Perangai ja baru 30% berjaya diminimalkan. Huhu
 
Awal Disember 2016, Allah temukan aku dengan cara nak isi jiwa. Leh baca link ni sebab penceritaan blogger idola aku ni di blog beliau sangat santai, bagus, mudah, ringan cool chill ja. Tapi memang kena kat diri sendiri lah. Bacalah. Mana tau dapat ilham seperti mana yang aku sedang cuba. Moga istiqamah hendaknya. Tolong doakan. Mengikut sejarah, level hangat-hangat tahi ayam aku ni leh tahan tinggi jugalah. Aku ulang banyak kali baca entri yang sama kalau kehangatan tahi tu meningkat takuk Celciusnya. Setakat ni menjadi taktik tersebut. 

Di bulan-bulan terakhir sebelum 2016 berakhir, Allah bagi aku peluang untuk rasa gembira dengan pencapaian pelajar. Mula tu gembira dengan pingat perak bola keranjang lelaki dan perempuan pada KAKOM edisi 2016. Lepas tu bergembira pula dengan keputusan keseluruhan PSPM I pelajar PDT Sesi 2016/2017. Terutamanya untuk subjek Sains Komputer. Sungguh-sungguh aku tumpang happy atas usaha durang. Percentage usaha aku tak setanding usaha durang tuk subjek ni.
 
Syukur syukur syukur, Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk kami sekeluarga. Adalah sikit flu, demam, batuk-batuk. Plaing terkesan, untuk penutup tirai 2016 Incik Suami kena lepto (kencing tikus), tapi very mild lepto. Allah nak beri ingatan mesra. Dia suruh kita meminta padaNya. Disebabkan lepto, aku belajar meminta. Minta yang sungguh-sungguh.

Banyak sungguh nikmat yang aku dapat sepanjang tahun 2016. Tak tertaip aku satu per satu. Namun aku berdoa bersama nikmat tersebut, datangkanlah rasa syukur dalam satu pakej. Aku berdoa moga semua makhluk atas muka bumi diberikan nikmat yang sama. Tak dapat sama, lebih dari yang aku dapat pun takpe. Bayangkan kalau Allah tunaikan permintaan aku ni. Sejahtera satu dunia korang. Subhanallah!

2016 memang sangat-sangat membahagiakan atas segala kurniaNya.

Semoga 2017 super duper membahagiakan. Insha Allah. Amiin.

Bye loves!

Thursday, December 8, 2016

KAKOM 2016 : Kolej Matrikulasi Johor

Salam dari Senaling,

Kalau dulu aku jejak kaki ke Johor selama 4 jam (lokasi : Tangkak) untuk acah-acah main ping pong pun aku dah bangga campur excited giler ke Johor tuk kali pertama woiiii. Tahun ni masih di lokasi yang sama tapi lebih lama enam hari lima malam kerana apa kalau bukan KAKOM (Karnival Kolej Matrikulasi) 2016.

Satu-satunya program yang membawa aku hampir ke semua kolej Matrikulasi seluruh negara secara percuma; walau pun penuh dengan tekanan. Akak bawa team apa? Apa lagi kalau bukan basketball dik non.

KAKOM kali ni lain sikit dari tahun sebelum sebab jadi dua zon dari tiga zon. Lebih banyak kolej yang terlibat (2015 lima kolej, 2016 lapan kolej). Paling tak faham, kenapa Labuan asyik menghantui hidup aku. Dari 2012 aku tak pernah miss jumpa Labuan. Aku mention 'aku' sebab dari aku kerja di Matrikulasi Selangor sampai aku pindah Matrikulasi Negeri Sembilan kot. Dari satu zon, jadi dua zon ke tiga zon jadi dua zon balik. Asal KAKOM mesti jumpa Labuan. Haish.
Highlight KAKOM 2016 ialah tiga citer ni.
Citer #1:
Aku excited ke KAKOM kali ni sebab dapat jumpa BFF dari KM Selangor. Beliau memang biasa ke KAKOM bawa netball tak pun pertandingan yang nyanyi-nyanyi tu. Tak kisahlah kan, janji dapat curi masa sikit-sikit spend sama-sama.
Hari pertama ada mesyuarat Jurulatih Pengurus pasukan. Aku siap tengok jadual kat mana basket dan netball meeting. Bangunan sama so sampai-sampai terus roger, beliau temankan lunch dan sama-sama gerak ke bangunan tersebut. Sampai-sampai ja di bilik meeting basket. Beliau masuk, aku masih kat luar ni. Aku heran pesal dia selamba tarik kerusi, aku fikir beliau salah masuk.
Aku tegur dan cakap, "Ko salah bilik ni beb". Beliau jawab "Surpriseeeeeee...".
Dalam bilik meeting dan di tepi court yang sama kali ni. Tahniah! Surprise menjadi. Aku fikir leh spend masa sikit-sikit, rezeki dapat spend masa lama-lama. Aku nampak beliau tak senang duduk masa team beliau nga game dan aku yakin beliau juga nampak aku mengilai-ngilai macam Mak Lampir masa team aku ada game. Huhu
Citer #2:
Asal aku gi KAKOM mesti kena masuk acara pegawai. Dah takde orang lain walhal aku bukan hebat sangat pun. Tak hebat lebih tepat. Kira cam bidan terjun tuk cukupkan kuota ja. Di KM Johor kali ni acara boling yang dipertandingkan.
Pergi ke pusat boling dengan harapan -0.0007%. Happy-happy wat kurangkan tekanan game. Tapi teka apa hasilnya? Juara!
Team lelaki Naib Juara tu biasa. Dengarnya every year memang melawan ngan Melaka. Sama juga ngan tahun ni. Yang team perempuan tu Juara yang aku kurang faham mulanya 😂
Inilah dia rezeki. Kalau Allah nak bagi bila-bila masa Dia akan bagi. Bersama beliau yang dapat tempat ketiga berpasukan. Cakap tak terer lah, masuk longkang lah. First game, strike spare memanjang. Jangan ingat aku tak stalk hokay 😜. 
Belajar lagi satu teknik sal boling selepas teknik rendahkan badan dengan pusat graviti, fungsi arrow di lane dan fungsi terus luruskan tangan. Fungsi ibu jari leh PM tuk maklumat lanjut hehe.
Citer #3:
Short of coach and manager this time. Tah macam mana tah clash dengan macam-macam program KAKOM kali ni. Sudahnya aku berada di game basket perempuan ofkos dan lelaki juga. Sebelum ni aku pernah merayu nak bawa basket lelaki sebab malas nak terlibat ngan emosi player perempuan. Mengharap sangat, Allah bagi can.
Nahhhh... amek kau luruh jantung stress mencanak naik peluang tuk menang sentiasa ada kejap menjadi kejap tak menjadi shooting. Hoihhh giler!!!
Aku berdoa tuk tak bawa mana-mana team je la tahun 2017. Rehatkan emosi. Lagipun KAKOM 2017 di KM Negeri Sembilan yo...
Sejujurnya, dari pandangan kasar team perempuan lebih cerah nak bawa pingat dari team lelaki. Aku mengharapkan pingat tuk dibawa balik sebagai kenangan usaha mereka di KAKOM. Dapat emas Alhamdulillah. Dapat Perak excited. Kalau dapat Gangsa pun, da okay sangat.
Tak sangka Allah nak tolong kami bila dua-dua masuk semi. Masa semi final dua-dua jumpa Johor (tuan rumah) lak tu. Penyokong keliling court, main mental ja skang ni. Referee pun ada sedikit bias. Dah leh agak sebab tuan rumah kan. Aku cuak dari awal lagi sebenarnya. Sekali hujan rahmat turun!
Kami di bawa ke gelanggang luar! Maksud? Kurang penyokong! Semua team baru nak menyesuaikan diri, so fair bagi aku. Sungguh-sungguh aku rasa Allah nak tolong kami.  Sekurang-kurangnya tinggal referee ja ni. Okayla kan?
Game dua-dua team sangat sengit sebenarnya. Susah nak diceritakan. Aku menangis tuk semi final bukan final. Bayangkanlah betapa tuuuuutttt sangat game tersebut. Berdebar satu jam! Yang penting dua-dua dapat masuk final. Alhamdulillah.
Player perempuan tahun ni tinggi-tinggi ada skill masing-masing tak risau nak masukkan reserved. Player lelaki lak dapat seorang yang memang hebat biasa main dengan kelab siap jadi coach yang boleh rancang strategi dalam court. Rezeki. Tapi player Labuan lebih bagus dua-dua team jumpa Labuan di final. Akhirnya kami bolot pingat Perak. Jadi fahamlah kan kalau citer sal Labuan aku taip sampai satu perenggan atas nun 😅.

Team basket lelaki dan perempuan KMNS KAKOM 2016 dengan cheers mereka; "Kita training sama-sama, kita menang Perak sama-sama. Boleh tak?" "Boooleeehhhhh..."
Apa pun hasil dari KAKOM, aku yakin banyak pengajaran tersurat dan tersirat yang aku dan players dapat. Semua kontijen dapat, aku yakin masing-masing ada cerita sendiri. Bezanya aku kepoh di blog. Hehe. Seronok dapat terlibat dengan pelajar selain dari dalam kelas sebenarnya.
Walau pun begitu aku masih nak berehat setahun dari bawa team. Incik Suami request dah lama. Aku dah siap merayu ~ seperti dapat green light.
Penyelaras acara basketball KAKOM 2017 Insha Allah. Macam best ja. Macam lain ja.
Kita tengok 2017 nanti ya.
Oh, satu lagi. Sebelum aku berangkat ke KM Johor aku sempat belek pingat-pingat yang aku dapat dari KAKOM lepas.
Untuk basket perempuan.
2013 dapat gangsa.
2015 dapat emas.
Aku bisik dalam hati, "Kalau dapat perak lengkaplah semua pingat".
Ikhlas agaknya bisikan aku tu. Allah bagi.
Hadiah pelengkap dari Dia.
Bye dan Majulah Sukan Untuk Negara!

Tuesday, December 6, 2016

Aduan Awam Kasi Semangat Ja Ni

Salam dari Senaling,

Aku nak mengadu satu isu sebenarnya. Samada nak update blog atau buat Photobook dulu. Cuti tinggal seminggu lagi dan penuh dengan pelbagai program. Ikutkan hati nak siapkan semua dan boleh masuk semester baru tuk fokus kepada PdP sahaja.

Nak set target tinggi-tinggi sampai satelit MEASAT, tapi harus realistik pandang ke bawah juga bai.

Yang penting kena mulakan. Tak kisahlah Photobook atau blog. Mulakan langkah pertama. Bismillah.

Nak update tu ja dulu. Kasi set induksi sebelum mulakan langkah seterusnya 😀

Kita mudahkan hidup. Happy-happy. Yang penting hidup mesti ada kualiti.

Doakan yang terbaik. Amin.

Sunday, October 30, 2016

10 km Diva Run Princess Pinktober 2016

Salam dari Senaling,

Terus terang aku masuk run ni sebab medalnya yang super cute sukar untuk dilupakan.

Aku dah tak kisah waima aku kena run  hari Ahad esok kelija. Dah tak peduli kena fikir cara nak ke Putrajaya pagi-pagi buta. Yang aku tau satu hari, medal itu akan jadi milikku Insha Allah. Alhamdulillah, kalau bersungguh-sungguh Allah akan tolong.
 
Hi sexy... You are mine!

Bukit Jugra Fun Run 8km, Women's Night Run 5km. Kali ni 10km. Hoiiii penat! Tapak kaki siap melecet lutut betis keting sumer dah rasa-rasa. First time run 10km. Taubat nasuha kalau nak run lebih jauh dari ini nanges bawah pokok cili bila ingat-ingat semula.

I am a diva, I am a princess wuuuuu
 
Apa pun dah merasa variasi kilometer. Yeahhh.

Kami di finisher wat havoc. First time semua ni wat 10km fuhhhh... Tahniah ladies!
 
Tahun depan aku plan nak cari kelainan dalam setiap run yang aku join. picky omputih kata sambil-sambil intai lubang tabung Garfield.

Plan for Amazonian Run beginning of next year. Gambate!
Kemain kau gambate! gambate!, register pon lom lagi. Hehe

Bersukan juga satu sunnah :)

Bye loves...