Friday, May 25, 2018

Siri Mengenali Diet Yang Berjaya

Salam dari Senaling,


Gembira tak terkira melihat munculnya angka 5 sebelum Ramadhan menjelma dari angka 63.2kg pada Januari 2018. (Entri tertunda lagi... yeay)

Diet yang aku nak cerita ni, diet tuk turunkan berat badan. Sesuai Alhamdulillah tuk aku. Tapi tak menjamin apa-apa tuk menurunkan peratus kolestrol 😀. Aku memang obses nak kekalkan berat ideal. Kalau boleh nak nak nak nak nak nak kekal pada angka 57.5kg. Tapi kurang disiplin.

Bermacam-macam rejim diet aku amalkan (tanpa apa-apa suplemen), akhirnya aku dah boleh buat kesimpulan tuk satu perkara yang menjadi tunggak kepada semua diet-diet yang pernah aku cuba.

Sila kira kalori harian. Tak rajin nak kira bukan? Sama. Jadi kita agak-agak.

Contoh mudah, meh follow kalkulator kalori dibawah. Sumber dari laman web ini, silalah klik sebab ia free http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

Cer tengok part Activity. Kalau aku bersenam ringan-ringan, layaklah makan mencapai 1700kal. Tapi kalau aku nak turunkan 0.5kg seminggu kena kurangkan 500kal maknanya 1200kal, 1kg seminggu (wah wah wahhhh rakusnya) makan sebanyak 700kal ja. Omaimaii maiii apa ja yang layak di makan dengan 700 kalori. Nanges.

Tanak bersenam lansung, silalah makan setara dengan 1483kal ja. Dan kalau rakus nau nak turun sampai 1kg seminggu, sila makan setara dengan 483 kalori. Allahuakbar lebih syahdu dari beraya di perantauan nampaknya dengan 483 kalori 😂😓.

Kesimpulannya, kalau aku nak turun berat aku kena makan kurang dari keperluan kalori harian. Ceritanya mudah, aku sebenarnya leh agak pola pemakanan aku tuk satu hari. Kalau ada plan nak dinner di luar, jadi kurangkan makan lunch. Dah tau lunch ada jamuan makan sedap, kurangkan breakfast.

Gitulah lebih kurang. Alhamdulillah, kali ni aku dah nampak paten tuk diet aku. Setakat 5 Ramadhan aku kekal di nombor 59.4 - 59.7kg. Tak naik tak turun sebab gaya aku makan sama. Nak turun ke angka 58-57kg kena kurangkan lagi makanan yang aku ambil.

Dan aku dah tau apa makanannya yang membolehkan aku capai 57.5kg Ramadhan ni. Susu dan dua biji kurma (sahaja) tuk bersahur dan air masak, buah-buahan/sayur-sayuran dan cuit-cuit protein tuk berbuka. Nak makan lebih dari itu? Bolehhhh. Tapi kena bersenam tuk menampung kalori berlebihan yang aku ambil. Kalau aku ajak berzumba time Ramadhan, besar kemungkinan aku ada hati nak makan banyak dari sepatutnya.

Pendek cerita, no pain no gain. Usaha tangga kejayaan. Niat aku berdiet sebab aku nak nampak kemas, dan cergas tuk segala aktiviti duniawi dan ukhrawi. Tu je. Lagipun aku suka bersenam, berat lebih maknanya tekanan lebih tuk lutut dan lower body. Bajet nak pakai selamanya. InshaAllah.

Ya, aku tau berdiet tak menjamin kau bebas dari penyakit-penyakit kronik. Yang penting U.S.A.H.A. Alahhhh sama macam budak-budak belajar. Keputusan samada A, atau A-, B atau B+ hanya sekadar keputusan, paling penting usaha jugalah kan.

Okay, the end of diet series since I already found mine. Moga aku istiqamah selamanya. Aamiiin.

Thursday, May 24, 2018

Kek Sarang Semut

...atau Kek Gula Hangus?

Salam dari Senaling,

Hari ni nak kongsi resepi kek. Kek ni aku enjoy makan, sedap dan yang yer nya aku sukar rasa karamel. Kehkeh. Ulang-ulang aku buat, Alhamdulillah kali ketiga menjadi, keempat dan kelima. Kongsi resepi ngan kakak pun menjadi. Jadi aku declare kek ini pasti jadi, InshaAllah.

Resepi aku ambik dari IG: rosehayati. Terima kasih!

Bahan-bahannya:
(A) 2 cawan gula, karamelkan dengan 2 cawan air panas. Sejukkan. Api jangan kuat nanti hangus gula, kek rasa pahit (pengalaman mengajar). Dan 2 cawan gula tu tak banyak, tak manis sangat, just nice (tuk aku lah)

Bagi yang tak tau nak wat karamel, meh aku cerita. Letak 2 cawan gula dalam periuk ke kuali non-stick ke. Jaga api, jangan kuat sangat nanti hangus gula tu. Sampai la dia cair semua, masukkan 2 cawan air panas. Jaga-jaga, nanti dia berdesir kuat. Kalau periuk kecik, double jaga-jaga masukkan sikit-sikit air panas tu.

(B) 1 cawan susu cair, panaskan dengan dua sudu butter/marjerin. Dua sudu sedang-sedang, jangan membukit kang rasa muak (pun pengalaman mengajar). Sejukkan.

5 biji telur gred Speedmart (saiz sedang), pukul manja-manja ja. Tak perlu sampai berbuih bagai.

1 penutup esen vanilla. Kacau.

Campurkan bahan B. Kacau.

Satu setengah cawan tepung gandum. Kacau

2 sudu kecil soda bikarbonat. Kacau.

Campurkan bahan A. Kacau.

Siap tuk dipera. Aku pernah perap 1 jam, 3 jam dan hampir 5 jam. Alhamdulillah menjadi sarangnya.

Tapis, sebelum dikukus 1 jam.

 Kejadiannya bila dibiarkan 1 jam lebih.

Kejadiannya bila dibiarkan 3 jam.

Kalau korang suka kek ni, aku cadangkan cubalah. Ini resepi yang ketiga aku cuba dan yang inilah aku boleh nampak sarangnya (walau pun aneh-aneh). Insha Allah setiaku disini. Tak cari yang lain dah.

Selamat berkek di bulan Ramadhan, confirm tak habis makan. 
Boleh infak tuk menu moreh di surau taman. 

Tiba-tiba jadi pantun dua kerat 😉.

End and tata for now...

Tuesday, May 22, 2018

Journey To Minimalist - Let It Go

Salam dari Senaling,

Aku pernah mention yang aku cuba tuk meminimalkan segala-galanya untuk mendapat hidup yang lebih bermatlamat acececehhhh. Jadi bila Kak Shida umum nak sumbangan untuk free market. Berdushummmm aku buat kerja ~ kutip, bersihkan dan cantikkan. Ambil masa tiga minggu sebab dihimpit kerja hakiki yang kritikal (PB weh PB).  Oh, lupa nak declare, ini entri tertunda 😉

Alhamdulillah, akhirnya berjaya aku let go barang-barang yang aku kurang gunakan. Malah ada yang bertahun tak digunakan (walau pun masa nak let go tu ada lintasan jahat berkata-kata, eh macam nak guna ni).

 Tu... barang yang beriben oren tu yang lintasan jahat tu maksudkan.

 Tudung bawal, shawl, towel kecil dan begS. Beriya kan aku letak riben. Riben recycle dapat dari hadiah sukaneka kolej heeee.

Dua kotak dan rak buku mini Grolier juga.

Bayangkan, dah let go begini pun masih ada barang yang aku 'nampak' cam layak tuk di let go. Berkobar-kobar otak berpusing, nak let go pada siapa? Siapa? Siapa? Sejenis penyakitkah ini?

Dalam aku kata aku apply minimalist ulang-ulang pun terjebak juga beli barang-barang. Terkini health monitoring watch. Dah ada banyak jam pun masih nak beli lagi. Kuangsam betul nafsu ni. Pakai dalam sebulan je kot, pastu dahhhhh... Tapiiii sekurang-kurang aku belajar sesuatu (1)Untuk mencapai 10k langkah sehari adalah tidak mudah no no no, dan (2) kadang-kadang ada species jam yang kalau kau goyang tangan ja pun dia kira step tak aciii (jam aku la tu hehe).

Kesimpulan, nak sihat kena usaha lebih ya. Buat Panama Dance kena 10 kali ulang baru in. Alhamdulillah, kira berbaloi jugalah kan aku beli (ayat cover) Apa pun, masa taip entri ni, tinggggggg dapat idea nak bagi pada siapa jam tu. Moga manfaatnya dapat dikongsi, Inshaallah.

Yeayyyy, update blog lagi 😀

Monday, May 21, 2018

Sejarah Pilihanraya Umum ke-14 2018

Salam dari Senaling,

Akhirnya aku mengundi buat pertama kalinya. Sangat istimewa sebab dah masuk kategori Women Senior baru nak pergi mengundi. Untung ja tak kena hukuman buang negara.

PRU 11
2003
25
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Belum mendaftar sebagai pengundi dan memang tak berniat pun nak daftar. Tambahan pulak, hari kejadian aku di Kota Kinabalu, Sabah sebagai perantau. Baru mula bekerja. Blur. Tapi selepas kena clorox  masa gi Kursus BTN, aku berazam untuk mendaftar pada PRU 12 nanti.

PRU 12
2008
30
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Mendaftar sebagai pengundi di Taman Tasik Puchong ketika Hari Terbuka MPSJ. Bila tarikh PRU diumumkan, aku check, nama aku belum didaftarkan. Aku anggap, borang pendaftaran aku ditiup angin ke dalam tasik. Hehe. Tuk tidak mengecewakan diri sendiri aku daftar sebagai petugas PRU. Nak dijadikan cerita, memanglah pada hari kejadian aku nga sarat mengandungkan twin. Aku rasa aku okay, tapi kawan-kawan nasihatkan, tak payah. Takut sakit pinggang duk lama-lama, dan macam-macam-macam lagi nasihat. Sudahnya aku suh adik aku gantikan. Kesimpulannya, pada PRU 12 aku melangut makan kentang lenyek di rumah.

PRU 13
2013
35
Tempat mengundi (sepatutnya) : Teluk Intan, Perak

Dah berniat tuk mendaftar sebagai pengundi. Dah pergi Pejabat Pos, Banting. Tapi borang habis. Kakak kerani suh pergi Pejabat Pos Dengkil. Tangguh punya tangguh, last-lastnya tak mendaftar pun. Ngam pulak hari mengundi kena pada tarikh kami sekeluarga dah plan nak gi jalan-jalan ke Pulau Pinang. Tiket flight dah beli, anak-anak dah excited (first time nak naik flight), hotel dan so on dah bayar. Kesimpulan, pada PRU 13 aku di Pulau Pinang, menyaksikan DAP mengambil alih Pulau Mutiara buat pertama kali. Seriau woooo... takut-macam-macam-tak-pasal-pasal. Hakikatnya? Sejahtera ja kami di situ.

PRU 14
2018
40
Tempat mengundi : Ingatkan di Teluk Intan, hakikatnya di Puchong, Selangor. Heeeee

Berniat, nekad dan gagahkan diri pergi Pejabat Pos Kuala Pilah untuk mendaftar. Alhamdulillah sekarang senang, paperless. Tiada sudah borang, semua atas talian... Wow! Incik Suami yang temankan siap provoke, tah-tah nama tak masuk sebab agak lambat sebenarnya aku mendaftar. Tak ingat ah exact date tapi memang pada awal tahun 2018. Bila dah boleh check daftar pengundi, tan ta daaaaa... Alhamdulillah, nama berjaya didaftarkan dengan awesome nya. 

Aku mengundi di SRA Al Ikhwan Puchong Perdana. Incik Suami di Teluk Intan. PRU hari Rabu. Kahkah. Geeeerrrraammmm tau SPR ni. Banyak-banyak hari, mengapa Rabu? Mengapa? Huru hara kolej masa tu sebab tarikh PRU kena pada Peperiksaan Semester 2. Masa tu kami berkira-kira nak pecah haluan. Aku gi Puchong, Incik Suami balik kampung. Sungguh tekad masa tu, sekali... ting ting tang ting tara ting ta ke ting tang tinggggg.... jadual ditukar. Akhirnya, dapatlah kami susun molek jadual mengundi pada hari Rabu tersebut.


Pada hari kejadian, ramai orang upload sal jari 'berinai' ni di media sosial. Aku tak terkecuali. First time kot (kalau kali kedua atau ketiga kelima mungkin aku upload juga huhu). Bezanya aku upload pada hari keputusan di umumkan. Lejen bukan?

Pertama kali mengundi, lain macam lak semangat patriotik. Terjaga-jaga woooo dari tidur sebab nak tahu siapa yang memerintah negara kali ni. Bayangkan jam 4.40 pagi barulah keputusan rasmi keluar. Berubah! Siapa sangka? Aku tak sangka. Aku agak kerajaan lama masih memegang tampuk kerajaan tapi dengan majoriti nipis. Allahuakbar.


Miracle do happen! Allahuakbar. Aku kira, aku paling up-to-date pada ketika pengumuman rasmi dibuat oleh ASTRO Awani. Bangga semili-saat sebab kejadian ini jarang-jarang berlaku. Lalu aku viralkan kepada group Whatsapp. Viralkan berita sahih... ehemmm.

Disebabkan aku terjaga dari jam tiga lebih sampai ke detik pengumuman rasmi diumumkan, aku tak berniat nak tidur semula, risau Subuh syahid. Aku plan nak tahajud je la sementara menunggu Subuh. Angkat takbir dengan perasaan bercampur baur tak tau nak describe macam mana (nampak sangat tak khusyuk cisss). Tika sujud, air mata berjurai-jurai mengenangkan betapa Allah sahaja yang berkuasa ke atas setiap sesuatu. Besar sungguh kuasaNya. Allahuakbar. Allahuakbar. Tiada daya upaya kami, semuanya atas kehendakMu.

Sesungguhnya DIA jualah yang Maha Mengetahui.

Susah benor rasanya aku nak cerita apa yang aku rasa pada pagi 10 Mei 2018. Pastinya jadi kenangan bersejarah ~ kenangan yang akan terpahat dalam ingatan sepanjang hayat. 60 tahun Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang sama. Sekali aku mengundi, TERtukar pulak weiii! Terkezut bukan kepalang tau. Bukanlah maksud sebab aku (teng teng teng ~ undi is rahsia). Cumanya sebab keputusan PRU kali ini rare, jadi nampak istimewa.

Dari tak minat nak tau sal politik, terus jadi minat. Online dan layan politik, sampai ke bursa saham pun aku follow. Obses dikesan di situ. Online game pun tak layan, wow. Me is amaze.

Akhir kalam, aku hanya menitipkan doa agar Malaysia terus aman di bawah pemerintah yang meletakkan DIA sebagai keutamaan. Bantu kami Ya Rabb. Aamiiin.

Main point is ~ aku mengundi yassss akhirnya.

Monday, May 7, 2018

Happy Bornday Dear MySelf

Genap 40 tahun aku bernafas hari ni Alhamdulillah. Tak rasa apa-apa bila sampai tarikh 7 Mei 2018. Rasa plain. Tak mengharapkan apa-apa cuma minta kesihatan, kekuatan, perlindungan, kesejahteraan dan keberkatan dariNya. Sungguh betul faktor usia ni. Semakin meningkat semakin matang. Tanak jugak mention two-waaaaa 😁

Kalau dulu sentap kalau Incik Suami tak wish, apatah lagi hadiah. Kalau dulu mesti nak makan kek tak boleh tidak. Sekarang aku makan kek bila-bila aku nak. Kahkah. Entahlah, memang aku harap kesihatan ja bila masuk four series ni.

Bila sampai level ni, gasaklah nak jadi apa birthday nanti.... Tiba-tiba ehhhhhh....

Berduyun pulak hadiah kita dapat. Bersyukur, Alhamdulillah. Tandanya orang masih ingat, kannnn?


Hadiah terawal dari student. Pertama kali dalam sejarah terjadinya seketul aku, aku dapat hadiah birthday dari student. Sebelum sebelum ni... macam takde. Ye, takde. Student yang sama juga bagi hadiah pada twin. Once I received the present, terlintas dalam fikiran. She's so lucky to have a parent who is caring. Yaaa... itulah impression pertama aku. Tenkiu alaifataimah.

Pastu, tetiba mak long pun bagi, mak bagi, kembar ofkoslah bagi atas inisiatif Incik Suami. Terima kasih banyak-banyak. 

Seperti diduga, geng KMS pon bagi. Hehe. Tu sebab aku suka pergi kursus bulan lima.

Hadiah. Ingat senang nak pilih hadiah? Tuk aku, susah. Aku nak hadiah yang diberi lunyai dipakai. Itu sebab aku suka bagi apa empunya badan nak. Ta mau buat surprise, baik tanya terus "Eh, nak apa masa hari jadi nanti?". Alhamdulillah, dah apply pun dengan anak-anak. Setakat ni, kembar request JumpStreet dan dah pergi pun. Amni, nanti bulan Nov dia minta hiking Gunung Datuk. Insha Allah dengan senang hati ibu hadiahkan.

Happy bornday dear me. Moga bertambah umurmu dalam keberkatan.

Friday, April 27, 2018

Catatan Pra Kembara

Aku sakan berparti malam itu (wow parteyyy).

Jam ditangan sudah menunjukkan jam 10.00 pm.
Flight depart jam 12.30 am. Ah sudah, duit belum tukar lagi.
Guna currency apa pun aku tak tau. Sempat lagi tukar di airport. 

Barang dah packing ke belum aku pun tak pasti.

Balik rumah.

Mengantuk giler, sempat lagi nak tidur sekejap.
Tidur...

Terjaga. Kerling jam.

5.33 am.

What? Aku tengok betul-betul.

Yaaaa... 5.33 am.

Aku dah terlepas flight!
No no no, this is mimpi.

Mimpi! Aku yakin. Ini mimpi.

Mimpi yang jahat.
Mimpi yang buat aku penat.
Mimpi yang berjaya buat otak aku berfikir ligat.
Mimpi yang datang setiap kali aku dah bayar tiket flight!

Terjaga. Realiti.
Memang mimpi.
Haishhh.

Alhamdulillah.
Nasib baik.

Moga imanku bertambah melalui pengembaraan tahun 2018.
Doakan.

Monday, March 5, 2018

Bahau FellowShip Fun Ride 2018

Salam dari Senaling,

Event pertama untuk tahun 2018 selesai semalam. Yeay. Dekat ngan Pilah, di Bahau je. Yeay. Bayar RM30 tuk satu penyertaan dapat t-shirt awesome warna kelabu. Yeay. Suka warna-warna selamat tahan lama berbanding warna-warna cerah. Cepat kotor, kena minyaklah terutamanya. Maklumlah rajin sangat memasak laki bini. Incik Suami gatal mata tengok baju comot. Dah banyak baju event ride or run yang comot kami let go. Ye lah, kalau tak suka tengok kenapa simpan? Kannnnn?

Disebabkan murah, ya RM30 untuk event ride or run consider as cheap okay. Medal tiada. Kalau dulu medallah yang aku dambakan. Tapi semenjak aku practice being minimalist since one year ago, banyak jugalah perkara jadi mudah-mudah-havana-ooo-la-la. Salah satunya ialah aku dah tak kisah join ride tanpa medal. Takde shirt pun tak mengapa.

Pastu apa ke halnya nak masuk event kalau semua pun taknak. Baik ride sendiri-sendiri laki bini jah. Salah satu sebabnya ialah nak merasa ride di tempat orang. Sesetengah kawasan ialah kebun ladang kepunyaan individu. Nak ride kena minta kebenaran. Seperkara lagi ialah faktor keselamatan. Selain faktor emosi-motivasi. Aku mental kalau mengayuh 30km berdua. Hehe

Dapat kawan baru juga.

Kalau bertuah, terpilih tuk lucky draw. Motorsikal grand prize event kali ni selain basikal dan barangan elektrik. Mesin basuh pun ada hamek kau. Seperti biasa, kami kurang terpilih untuk perkara-perkara seumpamanya. Kata minimalist, haruslah tak dapat apa-apa berbentuk material. Kalau tiket kapal terbang, Insha Allah kami dapat kot. Allah jualah yang Maha Mengetahui. Heeee

Ride untuk permulaan tahun 2018 adalah sangat marvellous Subhanallah. Memang betul-betul fun trail funride kali ni! Tahun lepas join Kuala Pilah fun ride Masha Allah mentalnya aku rasa. Event di Bahau paling best setakat ni. Berbaloi tak mendera diri la aku leh kata. Maksudnya, masih penat. Masih turun naik bukit. Masih banyak off road dari on road. Masih dua jam lebih juga aku mengayuh. Tapi tidaklah rasa sengsara sampai rasa menyesal kenapalah Ya Rabbi aku mengayuh lama-lama tuk apa. apa, apaaaaa... 

 Pendekkan citer, memang enjoy ride kali ni. 

Nampak tak akak bagi thumb up bersama model chicken loop. Tapi akak tak chicken loop k. Kayuh sampai habis tau sebab enjoy katanya. 

View pulak, Subhanallah memang cantik. Ada ketikanya aku rasa aku mengayuh di Jepun sebab ada satu jalan tu, pokok-pokok getahnya baru keluar pucuk. Tambahan pulak pagi tu agak berkabus. Cantik. Tapi tak berhenti pun nak amik gambar. Incik Suami emosi kalau ramai rider potong kami.

Ada satu view tu aku rasa aku macam mengayuh di Korea. Pokok getah tersusun rapi, simetrinya cantik kemas. Kabus-kabus sikit. Awesome sangat. Pun tak berhenti amik gambar. Sehinggalah kami sampai di satu spot. Untung dapat berhenti amik gambar.


Kontur macam ni macam di Sapa, Vietnam, tak pun di Bali, Indonesia. Walau pun bukan padi. Tapi cantik. Ni kalau pokok getah ni dah besar jangan harap nak nampak cam kontur padi bukit Sapa atau Bali ye. Rezeki tahun 2018.

Untuk ride kali ni, aku hampir terbabas masa downhill. Ngeri ooooo kejadian-kejadian macam ni kalau nak ulang ingat. Semua peristiwa ngeri masa ride selalu terjadi masa nak turun bukit la pun. Alhamdulillah aku masih sejahtera dan tak memudaratkan rider-rider yang lain. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku sampai boleh terfikir Ya Allah aku nak jatuh. Pastu tah macam mana aku handle basikal tiba-tiba aku masuk balik trail asal dan sambung kayuh.

Incik Suami di belakang mesti risau tengok aku ribut-kabut ke kiri ke kanan langgar semak pastu tak berhenti. Dia tunjukkan kerisauannya dengan warning aku. Apasal tak langgar semak dan berhenti. Aku sengih dan jawab; mana tauuuu. Seperti sebahagian dari otak aku tak boleh nak fikir nak buat apa kalau jadi macam ini dan macam ini.

Alhamdulillah, masih boleh berfikir nak berhenti amik pic selepas kejadian terbabas tersebut.

Insha Allah tak serik nak sertai mana-mana event ride atau run. Cuma tahun ini akan jadi lebih selektif. Kriteria pertama haruslah yang paling hampir ngan Kuala Pilah, tanak da ulang masuk event yang sama, dan mungkin nak cari event dengan yuran penyertaan paling minima. Kata minimalist 😜.

Bila update entri sal latest event, lancar je berkarya. Maksudnya apa?