Wednesday, November 22, 2017

Saya Cuba Main Volleyball

Salam dari Senaling,

Umum dah maklum (cia ayat, macam aku public figure), aku mudah diajak join main apa-apa permainan. Samada tuk suka-suka atau pertandingan. Dalam banyak-banyak permainan, ada satu permainan yang aku tak boleh blah. Volleyball

Bila aku dijemput oleh geng Matematik tuk join team, wakil Jabatan Matematik aku bagitau siap-siap aku tak handal bermain. Bukan aku merendah diri. Tapi memang tak bagus pun. Ikut pengalaman, aku hanya boleh serve lepas kali pertama ja, dan biasanya serve aku memang laju menjunam tak siapa hingin nak amik. Tak, aku bukan bluffing. Hakikat. Tapi sekali tu je la. Selebihnya memang tak lepas. Apatah lagi nak angkat bola, digging harremmm, spike macam Maero Attack tu memang dalam mimpi sahaja tuan-tuan dan puan-puan.

Tapi disebabkan beriya-iya sangat durang ajak, aku on kan aje. Dalam hati, habislah korang jenuh nak cover aku nanti.

Seminggu sebelum game, turun berlatih... perghhh. Terbuktilah segala apa yang aku bagitau pada statement di atas. Itulah, aku cakap tak percaya. Yang lain-lain boleh main, kira aku la lubuk tu (dalam game volley, lubuk maksudnya kau akan jadi attack pihak lawan sebab kau hampeh). Tapi itulah, tak cukup ilmu yang sebenarnya.

Beriya juga kaum adam geng Matematik menunjuk ajar (tak kurang juga yang menganjing) cara yang betul nak main volley. Incik Suami turut sama bagi arahan dari luar pagar (cia lagi sekali, macam sweet ta perangai camtu?), dan akhirnya...


Awesome jugalah aku main. Ditambah dengan kepoyoan tahap ganda dua puluh dua yang kira cam genetik, dah memang lama wujud dalam sel-sel badan aku ni. Bukan lubuk ah aku hari tu. Serve lepas, walaupun pada tahap kritikal aku leh serve sampai terkeluar chettt. Punca betul aku hari tu. Tapi aku cukup happy sebab semua serve lepas net, dapat jugalah menampar bola, amik bola... heiiii memang awesome dah aku main volleyball

Walaupun berjaya menggondol naib johan (aicececehhhh macam gempak sangat) dari tiga kumpulan. Kehkeh. Objektif tercapai. Semua bola yang dihantar pihak lawan, 90% dapat diangkat, tanpa mengira ke mana hala bola tersebut akan pergi. Alaaa main nak fun-fun (walau pun dalam hati teringin juga nak menang). Rezeki kami takat itu, jadi bergembiralah.

Kalau dulu, asal orang (biasanya students) ajak main volley aku tolak, now no more. Insha Allah takde la nanti aku jadi bahan ngan budak-budak ni yang kadang-kadang perangai leh tahan kurang asam. Biasanya students kalau kita (sebagai pensyarah) boleh buat sesuatu di luar dari bidang hakiki, durang akan respek lebih. Cayalah...

Seperkara lagi, ilmu tu penting. Selama tiga puluh sembilan tahun selamba burung unta aku boleh declare aku tak pandai main volley, akhirnya terbukti tak pun. Buat sesuatu dengan ilmu, Insha Allah sukses kejadian kau nanti. 

Satu lagi hal, ilmu dah diturun tapi tak dengar cakap...

Mendapat. Tiga minggu yang lalu lebih ngeri warna, rupa dan bentuknya.

Sekian tu aje. Bye...

Saturday, November 18, 2017

Souvenir vs Minimalist

Salam dari Senaling,


Aku up di Insta sal souvenir ni. Lama giler aku simpan. Dua puluh dua tahun. Kenangan perpisahan selepas SPM peringkat dorm di sebuah sekolah berasrama. Seingat aku masa dapat souvenir ni aku jadi kufur nikmat. Aku nampak orang lain punya lagi best. Aku punya? Sejenis permainan apakah ini? Sampai sekarang aku tak tahu namanya, aku tak pernah main, tak pernah nampak pun di mana-mana taman permainan di Malaysia. Tapi itu dululah. Skang ni rasa awesome lak. Aku syak permainan ni ada dalam taman permainan raja-raja. Kira putera-puteri raja je yang main ni.

Kali ni aku buat lagi sebuah entri khas untuknya. Alasan? Aku nak melepaskannya pergi. Being a minimalist, souvenir is one thing that you need to let go. Macam good-good aje nak declare diri sendiri minimalist. Walhal tersusun fridge magnetic dan medal kami satu famili. Hehe. Aku belum sampai tahap extreme, tapi melepaskan beberapa barang yang sudah tidak lagi digunakan adalah sangat best. Rasa lapang dan puas hati. Lebih-lebih lagi kalau itu barang roommate. Kehkeh

Bagi kawan Melaka yang pernah datang Negeri Sembilan, dan peliks tengok meja kerja aku tada barang, yeah inilah sebabnya beb. Mula dari ofis, barang sendiri senang nak let go. Perlahan-lahan ke rumah. Mula dari bilik tidur sendiri, bilik Amni (dia fan nombor satu bila aku kata nak minimakan barang), menular ke dapur dan terkini bilik kembar. 

Insha Allah minggu ni stor. Haaa yang ni agak mendebarkan sikit. Kena bersedia tuk gaduh-gaduh manja sebab... sebab... tayah bagitau lah 😜. Doakanlah agar segalanya berjalan dengan lancar. Kalau gaduh pun, gaduh yang membawa kepada bahagia berganda. Amiin.

Tips nak let go barang senang ja. Ingat tak bila kali terakhir guna barang tersebut? Kalau makan tahun, itu cukup tuk jadi petanda besar. Kalau tak ingat bila, dah hukum wajib let go dah tu.  

Aku biasanya akan let go pada kakak-kakak cleaner, kakak-kakak guard dan barulah kawan-kawan. Kadang-kadang ja aku let go pada famili. Jauh sangat tak tahan nak tengok barang tu lama-lama. Kang aku simpan balik kang. Tak pun ada tapisan kedua yang tanpa aku sedari, eh napa barang ni ada kat stor lak ni?

Last option, aku simpan-kemas-cantik barang-barang ni tuk di angkut oleh lori recycle. Kalau hero lori recycle berkenan, durang akan amik Insha Allah. Aku pernah gosok siap baju-seluar masa nak bagi kat orang. Kalau barang tu penampakannya awesome, kadar orang nak ambil lebih besar.

Kalau pada siapa berhajat nak bagi aku hadiah, tuk hari jadi tahun depan tahun tahun depan tahun tahun depan depan depan... hadiahkan aku pengalaman. Tak pun makanan. Pasti aku gembira 😊.

Agak-agak ada yang terinspirasi ta ngan entri aku kali ni? 
Kalau ada kita leh jadi geng. Sep sikit! Heeee...

Thursday, November 16, 2017

Resepi Mudah : Spaghetti-Cheese-Telur

Salam dari Senaling,

Resepi lagi. Huhu

Resepi ni resepi 'wajib' setiap kali sediakan spaghetti sebab tanak membazir. Membazirkan amalan shaitonirrajimmmm.

Bahan-bahannya :


Lebihan kuah spaghetti semalam.
Lebihan pasta semalam. Kalau ciput sangat leh rebus lain, tambah.

Lima biji telur. Kacau dulu telur.
Campur segalanya sekali.
Bolehlah perasakan dengan garam (kalau nak)

Panaskan pemanggang ajaib. Masukkan 'segalanya'. Api sederhana. 


Agak-agak dah masak sebelah. Telangkupkan.
Warna ala-ala dalam gambar di atas.

Aturkan cheese. Aku guna cheddar cheese ja. Nak guna mozarella, pun tada hal. 
Aku pernah campurkan dua-dua sekali. Lebih sedap.

Tutup dan agak-agak cheese dah cair. Tutup api.

Siap! Mudahkan?

Boleh campur potongan sosej, capsicum, bawang Holland, ehhh macam-macam lah kalau terlebih rajin.
Mesti lebih sedap.

Bahan yang aku guna di atas, sumer yang mudah-mudah leh dapatkan bahan dari SpeedMart gitu.
Kata resepi mudahhhh...

Hehe. Sekian dan selamat mencuba.

Monday, November 13, 2017

Resepi Mudah : Ayam Panggang

Salam dari Senaling,

Menghoda tak titew?
tiada kesalahan ejaan pada ayat di atas heeee

Masa balik kampung ritu aku ajak akak sulong aku wat makan-makan. Aku order suh dia wat Pavlova ja, tetiba dia buatkan sekali ayam panggang sebab anak dia alergi makan seafood. Disebabkan itu aku takdelah beli bahan-bahan tuk perap ayam.

Aku siiiibuk prepare Shell Out, tau-tau ayam panggang dah siap. Aku agak Shell Out aku mesti menjadi menu paling outstanding hari tu, sekali ayam panggang yang akak aku wat pun sedapnya la haiiiii. 

Aku tanya sal resepi, tak sangka punya simple bahan-bahannya.

Bahan-bahan punya simple tak tipu:
Ayam seekor
Sos lada hitam
Madu
Lada hitam biji (tuk rasa lada hitam lebih kaw, tak letak pon tapa)
Sos tiram (tak letak pon tapa)
Garam, gula, bahan perasa
Kalau letak sos tiram jangan letak garam banyak ngat sebab sos tiram da masin.

Kalau dapat perap 24 jam. Tak dapat tapa, kakak aku perap lima jam je kot. Awesome ja rasanya. Licin. 

Aku selalu fikir wat perapan ayam panggang ni leceh. sekaliiii... ini ja?

Cara masak :
Kaedah pertama : Kat umah mak, akak aku microwave kan pastu nak kasi effect berminyak masak atas dapur gas lak guna pemanggang ajaib, sekejap ja janji nampak menggoda.

Kaedah kedua : Kat umah akak ipar, aku guna resepi yang sama terus masak atas dapur gas guna pemanggang ajaib. Jenuh lak nak jaga ayam, sebab mentah lagi masa mula masak.

Kaedah ketiga : Nak mudah bakar dalam oven je lah, ayam jaga diri sendiri. Api atas bawah, set suhu 200, masak sampai masak 😁. Susah nak agak masa dan suhu sebab lain oven lain gayanya.

Tu aje. Mudah kan?

Thursday, November 9, 2017

24 Jam Tanpa...

1. Whatsapp
2. Instagram
3. Facebook Lite
4. Clash Royale
5. Clash of Clan
6. Pinterest

Salam dari Senaling,

Semalam aku berjaya melepaskan diri dari belenggu puaka-puaka di atas selama 24 jam. Pelancaran bermula dari 7 November 2017, jam 7.00 petang dan berakhir 8 November 2017 jam yang sama. Bangga sekejap. 

Isu obses dengan IT adalah isu tak awesome. Aku kategori obses sederhana. Aku suka menghabiskan masa ngan enam puaka di atas; makan jam jugalah. Pastu aku menyesal. Kalaulah aku baca Quran, kalaulah aku kemas dapur, kalaulah aku spend masa ngan twin, kalaulah aku membaca, kalaulah aku tidur, kalaulah aku workout, kalaulah... kalaulah...

Asyik berkalaulah aje tak habis-habis, action takde. Kau rasa apa?

Kuat tekad aku kali ni, nekad stop 24 jam je kot, kemonnn. Masih lagi pegang phone, tapi hanya tuk perkara berfaedah; contohnya bluetooth alunan suara Muzammil Hasballah dari phone ke speaker, cari kepastian tuk e-hailing, angkat call, dan SMS kawan masa ada game volley. SMS hokeh dan tu aje.

Alhamdulillah. Dapatlah aku layan cerita Muzium Misteri ngan twin, walaupun citer kureng, keberadaan ngan twin lebih penting. Bergerak jugalah helaian buku kesebelas yang aku baca tuk tahun 2017. Tidur jam 10.30 malam, idokla memanjang terlajak nak tidur sebab stalk IG orang. Heee.

Slow-slow aku akan limitkan. Tengoklah. Setakat ni aku berjaya meminimakan kadar masa pegang phone masa kerja. Tu sebab kalau ada yang whatsapp, memang sayup petang nanti baru aku jawab. Totally no phone  di meja makan. Samada meja makan di rumah atau kedai. Di kedai aku amik peluang sembang ngan kids atau perhatikan kedai, pelanggan, pelayan, atau tokeynya (kalau ada). 

Sebenarnya aku nak cuba limitkan masa untuk satu hari. Satu hari, satu jam with phone. That's all. Pandai-pandailah nanti aku bahagi ngan enam. Tak tahulah realistik ke idak. Tapi belum cuba belum tahu kan? 

Bila patut mula? Esok Insha Allah.

Insha Allah, aku akan update dapatan dari tindakan ni sebulan lagi.
9 Disember 2017, mu tunggu aku datang 😉

Doakan aku berjaya! Usaha!

Friday, October 27, 2017

Resepi Mudah : Nasi Goreng Kunyit

Salam dari Senaling,

This menu special, and authentic too. Selepas aku post di Insta aku berani la cakap menu ni special dan unik. Sebab belum ada pengikut (follower adalah pengikut la kan?) yang mengaku pernah makan atau masak nasi goreng ni.


Bahan-bahan :
Nasi sejuk semalam
Udang kering (rendam sampai lembut)
Bawang besar, bawang putih
Cili padi
Hirisan daun kunyit (inilah star nya)

*Bawang, cili padi dan udang kering tumbuk sekali

Cara masak punya senang :
 Yang ditumbuk tu goreng agak-agak garing
Masuk nasi sekali ngan daun kunyit pun boleh. Nak masuk lepas nasi sebati pun boleh.
Perasakan.

 Siap. Tambah keropok ikan tamban pun best rasanya 😋

Nasi goreng ni, mak aku selalu masak masa aku kecik-kecik dulu. Dalam darjah-darjah gitu. Aku suka nasi goreng ni. Rasanya unik la tuk aku dan ala-ala nostalgia mengimbau zaman Cinderella.

Trylah mana tahu leh wat niaga dan jadi viral. Quote nama blog aku dan mak aku kalau ditemu ramah dek pengacara JJCM nanti tau. Hehe. Eh, kat blog ni memang resepi yang senang dan mudah nak cari bahan dan mudah nak masak je aku bagi. Dah, gi kesat air mata kalau resepi tahap Michelin yang kau dambakan.

Bye sayam-sayam.

Sunday, October 15, 2017

Ride with Joy, Kuala Pilah

Salam dari Senaling,

Minggu lepas minggu yang sendat. Sendat dan sibuk. Berkesempatan untuk rasa sendat dan sibuk maknanya aku dan keluarga sihat, maknanya DIA berikan kami nikmat kesihatan, nikmat keselamatan, nikmat kekuatan, nikmat kelapangan masa, dan macam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.

Semalam, aku dan Incik Suami berkesempatan join Ride with Joy 2017, di Kuala Pilah. Suami kata fun ride offroad. Kedengaran pelik, sebab jarang fun ride ialah offroad. Paling penting, fun ride tu sendiri. Maknanya seronok-seronok naik basikal masuk kebun, bukit, kampung, hutan...

Berkumpul jam 6.30 pagi. Mula kayuh jam 7.00 pagi. Tapi kami bangun tidur jam 6.15 pagi. Nak kena sediakan sarapan berat tuk kembar sebab tak tau jam berapa nak habis. Biasa kami sediakan nasi lemak. Makan sampai tengahari konsepnya.

Alhamdulillah suami dah siapkan sumer bahan tuk nasi lemak kecuali masak nasi. Alhamdulillah juga suami dah standby basikal, glove, helmet, kasut dalam kereta, tinggal jalan je. Hehe. Kalau beliau punya plan, haruslah aku follow sebab beliau punya semangat juang memang tinggi. 

Dapat keluar dari rumah jam 6.30 pagi. Fuhhh sempat-sempat. Sampai kat tempat parking, kunci basikal pulak tinggal di rumah. Patah balik. Kelam kabut jadinya. Alhamdulillah dekat. Alhamdulillah start kayuh jam 7.15 pagi.

Disebabkan fun ride, mula tu mental bersedia untuk fun. Petang sebelum, datang King Khairi bawa perkhabaran. Aku tak dengar sangat sebab dia cerita kat suami sebenarnya, tapi bunyinya agak menyeramkan. So, shift mental. 

Jadi aku kayuh pagi tu dengan tagline, "aku sayang jantung aku". 

Untung pakai baju merah, tudung merah tak sempat nak gosok; sebab berbeza dengan crowd. Nampak dari jauh.

Trail kayuhan kali ni memang best. Paling best compare dengan Jamboree Seri Menanti, jauh lebih best dari Kota Warisan 360. Tuk rider cam aku paling best lah. Sebab aku sayang jantung aku. Kalau tuk rider extreme mungkin lain pandangannya.

View cantik ride kali ni. Keluar dari hutan tiba-tiba nampak 'dessert'. Subhanallah terus aku berhenti. Memang cantik sungguh. Setakat kamera 8MP, macam ni je lah yang leh aku share.

View cantik ni sebenarnya belakang perumahan aku je. Tapi kami takut nak masuk sini berdua sebab takut harimau. Terus terang je lah aku cakap. Negeri Sembilan macam bersepah-sepah je tiba-tiba dengar bunyi mengaum, kucing hutan, babun dalam kelas, students menjerit dia pun menjerit sama-sama lari huru-hara, monyet satu famili kenduri pucuk betik sambil lepak atas pagar rumah tak ajak.. eh #thisispilah yo

Disebabkan tagline aku sayang jantung aku, maka kayuhan aku pagi tu ikut degupan jantung. Kalau aku leh dengar jantung berdegup sampai telinga. Aku stop kat tepi. Pandang bawah tengok rider lain kayuh atau tolak basikal. Enjoy pulak aku tengok view camtu sambil Incik Suami tunggu aku kat atas. Kahkah 

 Wajah hipokrit. Nampak kamera senyum acah-acah fun kunun. 

Sepanjang mengayuh, banyak kali aku dengar rider lain cakap... ini bukan ride with joy ni. Untung ada orang sudi bawa perkhabaran seram, kalau tak aku pun join cakap sama camtu.

Untuk itu, aku bersyukur Ya Rabb untuk semua nikmat ini. Aku kira ini ride kami yang terakhir untuk tahun 2017. Cuba nak cari fun run lak dengan baki 2017 tinggal beberapa bulan je lagi. Kembar teringin nak join fun run waktu malam. Request kemainnnn spesifik. Insha Allah akan carikan.

Tu aje entri taip hari Ahad, publish hari ni.
Nampak tak betapa fokusnya aku bekerja.

Bye sayam-sayam sekalian. Have a nice holiday!

Monday, October 2, 2017

Berkat Bersangka Baik

Salam dari Senaling,

Alhamdulillah, happy sangat aku di hari Isnin ni bila dapat tahu jam mengajar dari 20 jam seminggu jadi 16 jam. Sebenarnya kembali semula ke jadual asal sebelum tiga pensyarah Sains Komputer keluar untuk sambung belajar awal September hari tu :)

Paling happy  bila empat jam yang diambil tu ialah kelas petang. Allahuakbar Allahuakbar. Sebagai morning person aku memang sukaaaaaaaaa sangat dapat jadual macam ni. Alhamdulillah jadual terkini, takdirnya semua kelas aku sendat padat awal pagi. Ehhh takpe takpe... Aku suka.

Bantuan Allah datang tak disangka, bila-bila masa, dalam pelbagai bentuk. Aku memang seboleh-bolehnya mahu bersangka baik bila kami mula mengajar 20 jam seminggu. Aku yakin ada seribu juta sembilan puluh sembilan ratus ribu empat ratus tujuh puluh lima kebaikan dan hikmah untuk apa yang berlaku.

Dan, nahhhh... inilah dia berkat bersangka baik itu kawan-kawan. Alhamdulillah

Aku bukan baik nau, tapi masih dan mahu belajar. Untuk pengetahuan semua sebelum bersangka baik tu aku apply, aku berkeluh-kesah-stress-mood swing-kelam-kabut jugalah. Bila dah tak menang tangan nak wat semua, terduduk... barulah terfikir semua ni DIA aturkan. Mesti ada hikmah disebalik aturan dan aku amik keputusan untuk berhenti merungut.

Terima kasih Ya Rabb, moga berpanjangan kegembiraan ini Ya Allah untukku, keluargaku, keluarga-keluargaku, jiran-jiranku, rakan-rakanku, pelajar-pelajarku, muslimin muslimat walau dimana mereka berada. 

Aamiiin.

Sunday, October 1, 2017

Mohla Kita Kita Bersenam Hari-Hari

"Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam selsema. Walaubagaimanapun, senaman yang berlebihan boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengurangkan imuniti. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengimbangkan kedua-dua aspek tersebut". 
~ Gaya Hidup Yakult Isu.31 Ogos 2017

Terjawab misteri tahun lepas macam mana aku dilanda demam flu yang teruk lepas 10km Diva Run. Bukan... bukan sebab run tersebut. Sebab utama adalah, sehari sebelum run aku dan Moi telah tawaf Bukit Jugra dengan sengalnya (aku la paling sengal sebab idea tersebut idea aku...kahkah). Naik dari jalan masjid jam 6.15 petang, turun dari jalan jirat cina dan sampai ke kereta (kereta parking berdekatan ngan masjid) jam 8.20 malam. 

Esok pagi lari plak 10km di Putrajaya. Sungguh tak awesome bila workout berlebihan rupanya.

Aku memang berazam nak menambahkan bilangan hari workout. Kalau tahun sebelum 3 kali, tahun ni nak 5 kali seminggu. Payah! Payah bila workout tu bajet nak yang bagus-bagus, yang sempurna. Sampailah gym kolej dinaik taraf. Aktiviti zumba stop terus. Nak ke gym luar, malas nak keluar malam. Mengharapkan cycling je la. Mencabar nak setup basikal bila petang-petang sibuk nak arrange masa  nak amik kembar latihan kompang dengan aku pun baru belajar beradaptasi dengan masa mengajar yang banyak.

Last two weeks, mulalah malas - tak workout lansung. Bila tak workout, balik dari ofis aku rasa seperti tenagaku telah disedut oleh kuasa jahat. Jam 6.30 petang mula dah menguap macam singa betina. Selepas solat maghrib mata mula berat. Esok pagi kelam kabut tak iron baju eh macam-macam nak setel. 

Sungguh tak best. Aku perasan, biasanya kalau petang gi gym, badan rasa segar ja nak wat macam-macam kat rumah. Mood pun jadi baik-baik. Mengantuk awal tatap mengantuk. Tapi mengantuk normal leh control. Penyelesaian? Kena workout la kan?

Aku perati, kawasan rumah aku ni ramai ja atok-uwan pelbagai bangsa jalan-jalan pagi-petang. Jalan je kot. Kalau tuk aku macam tak cukup workout berjalan ni. Ececece. Kan aku da cakap aku kalau nak workout tu nak ajet-ajet bagus je. Tapi itu dululah, dah terdesak macam ni, aku belasah jugalah berjogging dari rumah pusing kolej balik rumah. Dapat juga 3 km. Berpeluh puas hati jugalah.

Tiga hari berturut-turut aku jogging, dah lenguh plak lutut. Usia plus kasut tak sesuai agaknya. Sudahnya Sabtu lepas aku berjalan. Dah sama macam atok-uwan. Leh tahan juga penatnya. Akhirnya aku sedar aku ada peluang tuk bersenam hari-hari kalau macam ni. Balik kerja, tukar baju, pakai kasut dan jalan. Kalau ada extra energy leh jogging pe de hal. 

Tayah bersenam over-over lama-lama pun sebenarnya, 20-30 minit setiap hari adalah lebih baik dari bersenam kaw-kaw 2-3 jam tapi tuk dua atau tiga kali seminggu ja. Tuk capai yang 20-30 minit tu aku rasa lebih realistik.

Masa berjalan tu, jumpa sunrise. Sebenarnya hari-hari leh jumpa, tapi kadang keluar dari rumah terawal, kadang kabus tebal, kadang awal tebal.

Rezeki sunrise cun-cun je bila aku mula rasa, eh okay pa berjalan ni. Siap selisih ngan uwan-uwan, ditegur "Awal ekau keluar, dah nak balik". Aku senyum dan jawab dalam hati, "Rumah den kek atas ni yo. Starting point dari atas gitu."

Moga istiqamah aku bersenam hari-hari korang, Insha Allah.

Usaha!

Sunday, September 24, 2017

Ini Baru Betul Redha dan Tawakal.

Salam dari Senaling,

Minggu ni isunya dua puluh jam solid dalam kelas seminggu. Sebelum hadap, aku rasa aku boleh bawa ngan chill nya. Sekali dah hadap, it's not easy bebeh. Nope!

Kawan-kawan push bos kami supaya mengadakan perjumpaan dengan bos besar. Beriya-iya kawan-kawan push. Aku masih bajet-chill-stress-cool, emosi ding-dong-ding-dong. Alhamdulillah, satu perjumpaan berjaya diadakan Selasa lepas jam empat petang.

Semasa perjumpaan, ada banyak usul yang dihadapkan bersama-sama cadangan penyelesaian. Aku ada usulkan beberapa penyelesaian masa sembang-sembang dalam unit, tapi bila menghadap orang besar-besar ni, berat sungguh mulut aku nak bercakap. Sampaikan kawan-kawan senggol-senggolan cubit-cubitan suh aku bercakap.

Akhirnnya aku bercakap juga, bukan satu tapi tiga perkara terus. Dah alang-alang kan. Walau pun kena bash sikit, tapi aku puas hati sebab aku dah bercakap. No regret omputih bilang.

Keluar dari bilik mesyuarat jam 6.30 petang, aku tengok langit biru. Aku cakap ngan kawan-kawan unit, kita dah buat apa yang kita patut buat. Kalau ada penyelesaian, Alhamdulillah rezeki. Kalau sama macam ini juga untuk tiga atau lima tahun akan datang pun Alhamdulillah rezeki.

Aku bagitahu lagi, aku nak berhenti merungut kepenatan, merungut untuk macam-macam mulai hari itu. Tenaga yang ada aku nak tumpukan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih 'smart'. Sendatnya jam mengajar membuka mata dan jiwa aku untuk banyak perkara.

Sebagai manusia, aku rasa kami sudah berusaha. Selebihnya kita berserah. Dan waktu itu aku baru sedar, Allahuakbar...

Ini baru betul redha dan tawakal!

Jadi pendidik jiwa kena kental. Gambate!

Saturday, September 16, 2017

Rezeki Milik Allah

Salam dari Senaling,

Masa nak amik kembar dari latihan taekwondo pagi tadi, aku lepak kaki-gantung-duk-tepi-longkang menyaksikan hutan (ke semak samun?). Baca Pinterest pastu terfikir... "Minggu ni patut update blog, tapi macam tada cerita menarik...", tak sempat nak cari penyelesaian, kembar selesai.

Sampai umah, kemas dan standby nak masak kuah laksa (full set esok), pastu bersiap nak pergi kenduri jiran setaman jam 1130 (jam 1200 baru keluar rumah) tapi Incik Suami dah pergi awal sebab ada bacaan Yasiin. 

Menapak, dan oh lom habis baca Yasiin. Orang penuh kat bawah khemah, dalam rumah ofkos. Ada kerusi tiga buah, uishhhh rezeki. Orang ramai tapi ada kerusi, ngam lak tu tuk aku dan kembar. Alhamdulillah. Sambil baca ayat-ayat lazim (sekali ngan tahlil rasanya), orang semakin ramai. Budi bahasa budaya kita kan, jadi aku ajak kembar pergi playground berhampiran. Takan nak buat pishang duduk selamba (dan aku nampak dua makcik duduk tempat yang aku kosongkan, Alhamdulillah tercapai maksud).

Panas tegak atas pala, aku pulak bijaksana, pakai jubah hitam-penyerap-haba-yang-baik. Menyelit aku cari tempat menyandar teduh kat playground. Orang bertambah ramai ketika doa dibacakan. Selesai sumer, meluru orang beratur nak amik makanan. Kembar dah mula ajak balik, dan mengikut pemerhatian, paling tidak aku kena tunggu lagi tigaploh minit (duaploh + tigaploh = limaploh!) tuk dapat makanan. Ada baiknya aku beredar. Kalau aku tunggu, aku risau aku akan dapat banyak dosa. Aku makan kuih telinga keling sebagai syarat, dan beredar balik rumah lepas bersalaman dengan tuan rumah.

Masa aku berjalan balik (rumah jiran dekat ja), aku terfikir mesti ramai yang tak menyediakan lunch (macam aku) bila dapat jemputan. Yakin sangat aku dan famili dapat lunch hari ni, sampai terlupa rezeki tu Allah yang beri. Rezeki kenduri, Incik Suami yang dapat penuh, rezeki kembar air sirap, rezeki aku kuih telinga keling dan idea tuk update entri dalam blog. Yeay . Alhamdulillah.

Minggu ni aku bagitahu Amni (dia call) dan beberapa pelajar, "Kita mesti belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Rugilah kalau masih tidak berubah". Perghhhh kemain ayat motivasi Dr. Fadhilah Hana.

Aku pernah lalui kejadian seumpama, beberapa kali. Tapi disebabkan dah lama sangat... Lupa.

Pengajaran (ulangan):
1. Never leave your home with empty(totally) stomach.
2. Sediakan plan B.
3. Rezeki Allah punya.

Aku lapar dan aku emo. Siapa yang kena tempias? Suami! Kahkah

Daaaa... bye kamurang!

Saturday, September 2, 2017

Salam AidilAdha 1438H

Salam dari Senaling,

Kami dah sampai Senaling, Kuala Pilah. Alhamdulillah. Yeay.

Panjang wei cuti Aidiladha tahun ni. Termasuk cuti surprise extra satu hari sebab Malaysia menang pingat emas paling banyak dalam sejarah Sukan SEA. Tatap kami balik ikut jadual asal.

Home sweet home. Sampai rumah, lapang betul rasanya dada tengok dapur. Kahkah. Bukan rajin masak pun tapi tengok dapur je pun rasa bahagia. Faham dan mengertilah kalau orang tua kita panas punggung nak balik umah dia sesekali datang berkunjung rumah anak-anak.

Aku mula join korban tak ingat bila, tapi arwah abah yang 'suruh'. 'Suruh' means tak paksa tapi gaya cakap arwah abah memang 'paksa' suh buat korban. Katanya, keberkatan bertambah dengan berkorban. Masa tu aku join abah dan mak, tapi aku amik satu bahagian je la. Mulanya aku rasa bengkek la juga sebab kena 'paksa', hehe... Tapi lama-lama dah jadi rutin. Betullah kata Abah, rezeki berkat dengan berkorban. Alhamdulillah, aku selalu rasa rezeki aku 'berlebih' Alhamdulillah

Sejak aku pindah Negeri Sembilan, aku buat korban melalui seorang pegawai Matrikulasi, Tuan Haji Yazid, now dia Pengarah Kolej Matrikulasi Sarawak. Bolehlah contact dia secara terus kalau berhajat nak buat korban tahun hadapan la ye dak.

Dan banyak kali tu juga aku bagitahu beliau last minute. Alhamdulillah diterima ja, lom pernah ditolak sebab tak cukup korum.

Setakat tahun 2017, korban di Cambodia untuk satu bahagian lembu bernilai RM350 dan ini nombor contact Tuan Haji Yazid 019 657 8303

Yang membaca itu ialah Tuan Haji Yazid, selesai korban beliau akan hantar video dan gambar.

Selain korban, boleh juga nak infak beras atau nak sedekah wang saku kepada ustaz di Cambodia yang mengajar ilmu agama tanpa gaji. Allahuakbar. Besarnya pengorbanan para ustaz ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar... Masih berbaki dua hari tuk bertakbir weiii. Aidilfitri hari tu, rasa taknak tido sebab nak bertakbir. Ni boleh bertakbir tiga hari, tak pulak nak bertakbir. Dasar.

Bye semua dan jom bertakbir jom...
 *sambil-sambil google keyword 'takbir paling merdu' di Youtube*.

Sunday, August 20, 2017

KAKOM 2017 : KM Negeri Sembilan (update)

Salam dari Senaling Negeri Sembilan,

Akhirnya KAKOM 2017 bertandang di kolej sendiri. Seperti yang aku mention di entri-entri lama, Alhamdulillah tak bawa team. Tercapai hajat. Pun sebab kebetulan KAKOM kali ni menyediakan pelajar tuk SIPMA (Sukan Institusi Pengajian Tinggi), maka permainan basket tada. Yeah. Allah jualah perancang terhebat. Dalam aku kata aku tak nak aku tak nak Incik suami duk request tayah bawa team bertahun-tahun, ngam tahun ni KAKOM jadi cenggini.

Kali ni aku jadi Pegawai Penyelaras Permainan Bola Jaring. Bawah terik mentari lagi jugalah gayanya, tapi aku suka ja. Outdoor mean more oxygen. Allahuakbar, nikmat terindah tu.

Meeting pertama aku dah pergi, 50% faham 50% lagi aku tunggu hari Rabu baru aku study semula. Persediaan KAKOM dicelah-celah kesibukan tugas hakiki. Harus plan baik-baik sebab aku mudah stres kalau apa aku plan tak tercapai.

Tugas pertama aku buat semalam, join kontraktor ukur padang netball don't play-play.


Aku menyaksikan kontraktor berdua ni ukur padang ikut ukuran NBA. Yang tengah-tengah tempat C mula tu, aku yang tandakan pancangnya. Susah rupanya nak jadikan rectangle. Siap bagi tepukan gembira bila akhirnya dapat ukuran yang tepat dan betul. Pastu aku cabut, haha banyak plan hujung minggu perlu digapai.

Petangnya aku ajak kembar ke sini, check line, check lubang-lubang sudah diletak pasir or not. Petang semalam juga, datang kontraktor cabut dan pasang tiang netball, sambil-sambil aku dan kembar main apa-kebende-permainan-lari-lari-leh-tahan-penat-hoiii. 

Doakan cuaca indah-indah, segalanya dipermudahkan untuk lima hari berlansungnya KAKOM 2017 bermula 24 Ogos - 28 Ogos 2017. Amiinn.

Baru teringat tak bagi laporan pada PT Bola Jaring. Heeee...



Hari ni habis, yeay dan inilah team sukarelawan bagi permainan Bola Jaring KAKOM Zon Selatan bagi tahun 2017. Aku tak tau nak mention apa sebenarnya tugas aku. Aku cakap Penyelaras Permainan Bola Jaring, tapi ramai yang ingat aku bawa team bola jaring. Salah tu salah! Member buletin banyak kali whatsapp tanya sal gambar. Aku bagilah gambar-gambar di bawah.




Bukan yang ini balas durang. Gambar akak ngan team bola jaring. Adehhhh...


Inilah antara prospek kerja penyelaras permainan Bola Jaring. Memastikan segalanya berjalan dengan lancar, selamat dan segala yang baik-baik kejadiannya sewaktu kejohanan berlansung. Yang bawa team tu pengurus atau jurulatih 😆

Tapi tugasan yang aku pikul ni, Alhamdulillah membahagiakan. Seronok pulak jadi penyelaras. Nak offer diri tahun depan, Matrikulasi Selangor lak jadi tuan rumah. Caner tu?

Nak bersiap, nak gi Majlis Penutupan KAKOM 2017. Yeay yeay yeay *goyang dumang*

Bye

Sunday, July 30, 2017

Perancangan dan Keazaman

Salam dari Senaling,

Tan ta daaaaaa...

Kalau baca entri lepas aku ada cerita perihal serabut-perut-tak-pasal-pasal-kerana-photobook, dan selepas aku menyemai perancangan serta membaja keazaman, akhirnya tercapai! Hari Ahad siap, hari Rabu lepas dah sampai, seperti yang diduga. Senyum panjang sampai telinga. Puas hati aku! Kawan-kawan cakap, sempat lagi tu aku buat photobook. 

Aku jawab, hendak seribu daya...😁

Kalau entri lepas aduan tentang serabut perut, entri kali ni aduan tentang tiba-tiba-jadi-malas-tak-pasal-pasal-macam-nak-kena-lempang. Korang pernah rasa macam tu? Aku pernah. Banyak kali.

Aku jadi malas bukan pada hari Isnin, Alhamdulillah Monday blues no no no... Ia selalu terjadi pada hari Khamis. Ada yang sama macam aku tak? Magiknya, aku boleh tahu bila mood malas tu datang, sampai aku boleh kata..."Haaaaa, dia mai dah", macam tu. 

Apa korang buat kalau jadi macam tu?

Pasrah? Redha?

Kalau aku pasrah dan redha makanya aku akan habiskan masa aku dengan smartphone main online game, layan Instagram, layan Facebook, sampai bateri habis. Bila bateri habis baru aku mula buat kerja. Bila buat kerja rasa menyesal habiskan masa dengan smartphone, impaknya? jadi semakin malas dan ulang main smartphone, bateri habis, menyesal... Patut ke tak patut kena lempang?

Jadi baru-baru ni aku menemui kaedah yang agak berkesan jugalah untuk aku. Kaedahnya lebih kurang sama masa aku serabut perut nak buat photobook. 

Start jadi malas, aku akan bercakap dengan diri sendiri (seperti berbisik jugalah aku bercakap, bukan dalam hati), dah sama macam alarm lebih kurang bagi warning supaya buat itu ini yang memang dari awal aku dah plan. Aku akan ulang-ulang cakap sampai aku sendiri jadi annoying. Bila jadi annoying, aku akan push diri untuk buat.

Aku akan senaraikan apa yang berjaya aku laksanakan pada hari yang 'malas' itu. Bila aku mula menulis aku akan perasan, eh malas-malas pun banyak juga yang aku dah berjaya buat ni. Bertambah sedikitlah semangat nak menyelesaikan perkara-perkara lain supaya list tersebut bertambah. Sudahnya lebih banyak perkara yang berjaya diselesaikan pada hari 'malas' berbanding hari yang 'rajin'. Kahkahkah

Petang hari tersebut, aku akan paksa diri aku bersukan. Paling cikai berjogging lah. Kalau aku memilih untuk mereput di rumah, memang tak jadi apa. Silap gaya Isyak jam 5.30 pagi. Tu yang sungguh-sungguh aku paksa. Alhamdulillah Incik Suami melayan. Merasalah cycling petang-petang lepas waktu kerja walau pun penatnya Subhanallah! Malam tu bolehlah bertahan sampai jam sepuluh tak pun sembilan, tidur pun lena, boleh bangun awal. Yeay!

Main smartphone? Hoih tetap main. Tapi aku akan limitkan masa. Kalau aku mula pegang phone jam 5.15 petang, biasanya 5.30 petang aku akan stop. Kalau jam 8.00 malam, 8.20 malam stop. Aku limitkan dalam 15 - 30 minit. Mula-mula dulu aku cuba nak berhenti terus, tapi sokmo tak jadi. Inilah namanya pasang impian yang tak realistik. Hehe. Alhamdulillah gaya yang tersebut di atas nampaknya menjadi.

Aku nga malas sebenarnya ni, tapi aku apply apa yang aku taip di atas. Alhamdulillah selesai satu entri (seperti yang dirancang, Alhamdulillah). Korang malas tak? Cer try, kot menjadi. Tidaklah sendu hujung minggu kau nanti.

Menyesal wooo kalau hujung minggu berlalu begitu sahaja. Daaaaa...  nak kemas-dapur-mandi-oiling-tido-main-games-makan-madu-...

Thursday, July 20, 2017

Photobook : Dari Mana Nak Mula?

Salam dari Senaling,

Pernah tak serabut perut tak tahu dari mana nak mula buat photobook ni? Aku selalu gitu, pastu mood down, pastu sendu tak tentu arah bila tengok banyaknya hoi gambar yang belum diabadikan dalam bentuk salinan keras (yakni hardcopy). Tak sapa pun suruh aku wat photobook, nak perap gambar digital sampai jadi tapai pon no hal, tapi sendiri rasa macam 'bestnya kalau di photobook kan'. 

Perangai macam... tuuttttttttt...

Oh, aku bukan nak bagitahu dari mana nak mula buat photobook. Kalau  yang itu, google ja guna keyword 'tips for creating photobook' melambak dah blog yang cerita. Entri ni lebih kepada aku sendiri atau mungkin ada species homo sapiens yang perangai macam aku yang sendu tak keruan untuk perkara kecil macam kuman ni.

Aku 'rasa'... haaa nampak, 'rasa' okay. Maknanya aku tak apply pun lagi kaedah ni tapi aku 'rasa' perkara pertama yang patut aku buat ialah

SET MASA. Apa-apa hal aku rasa aku kena set masa. Maksud; satu minggu satu photobook atau satu bulan satu photobook. Pilih yang realistik sikit supaya tak frust tak pasal-pasal (macam aku). Jadi aku pilih satu bulan dua photobook. Aim sungguh-sungguh setiap hujung minggu. Insha Allah dipermudahkan. Aamiiinnn.

Pastu PILIH PERISTIWA. Segala gambar-gambar digital yang kita ada mesti berdasarkan event kan. Contoh; Langkawi2017, Hanoi 2017, Raya2017 atau PD2016. Biasanya aku simpan dalam folder ada folder, dalam folder yang dalam folder tadi ada folder lagi. Kahkah. Yang fesyen simpan gambar macam aku mungkin faham. Contoh (lagi); dalam folder 2017 ada folder Hanoi2017, dalam folder Hanoi2017 ada folder HalongBay, CityTour dan sebagainya. Jadi set objektif berdasarkan peristiwa atau folder. Untuk dua minggu ni aku pilih peristiwa Raya 2017.

Next ialah SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA. Bergantung pada saiz photobook kalau nak apply ala-ala 5S ni. Saiz photobook pilihan aku adalah yang paling kecil. Saiz mini 6' x 6'. Aku gemar  menyeragamkan barang-barang aku, jadi eksplorasi photobook aku dikira kurang adventure lah. Kalau pilih saiz mini cam aku, jumlah gambar yang paling ngam dalam 100 - 120 keping gambar. Saiz lebih besar mungkin lebih banyak gambar boleh dimasukkan. Gambar kurang jelas bolehlah di delete dengan kadar segera. Paling banyak aku delete ialah gambar-gambar yang menampakkan sisi tak comel diri sendiri. Hehe. Kalau banyak giler gambar-cantik-semua-pun-macam-nak-letak, bolehlah buat macam kaedah folder tersebut. Jadi satu event mungkin ada banyak photobook macam yang aku buat bagi Siri Kembara Cuti Sekolah. Sampai Part 6 gitew.

SUSUN-SISIH-SIMPAN GAMBAR BERMAKNA adalah proses yang makan masa yang lama tuk aku. Makan masa lebih dari tiga hari juga nak memilih. Nak mula buat, satu hari pun boleh siap. Tapi menu hujung minggu ialah nasi-telur-goreng-kicap je lah kan. Kalau dapat aktiviti ni bolehlah buat weekday. Kalau dapatlah. 

Aku rasa itu aje kot dulu. Kalau ada lagi aku tambah.

Satu lagi perkara yang boleh buat aku sendu tak pasal-pasal selain asyik postpone wat photobook ialah asyik postpone update blog. Pun tada sapa paksa suh update. Tapi kita suka nak baca semula momen-momen sengal yang pernah dilalui.

Acane tu? 

Daaaaa... nak standby solat Subuh dan bersiap kerja. Baju kerja tak gosok lagi ni wei! Bye


Saturday, July 1, 2017

Keputusan HLP Tahun 2017

Salam dari Senaling. Salam tujuh Syawal.

Remember? Aku ada kata di entri ni yang aku akan update sal keputusan HLP. 30 Jun 2017 yang lepas ialah keputusannya. Hanya klik pada link https://epenawaran.moe.gov.my/, isi kad pengenalan dan jeng jeng jengggg...

Tak berjaya. Alhamdulillah; sesungguhnya DIA jualah sebaik-baik perancang.

Sebagai manusia biasa, pasti ada rasa terkilan. Banyak kali aku bicara pada diri sendiri, pujuk ulang-ulang sebut DIA Maha Mengetahui. DIA rancang yang lebih baik untuk aku dan keluarga. Aku banyak berdoa semoga DIA berikan aku keputusan yang terbaik. Aku serah segala-galanya padaNya. Itupun masih terkenang terfikir terdetik kenapa aku tak dapat? Lemah lagi iman aku rupanya.

Buka Quran pagi ni, sambung baca surah An Nur, sampai ayat ke 38;

"...Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas"

Allahuakbar, sungguh kena ngan situasi yang sedang dihadapi. Rasa macam dipujuk pun ada. Selesai satu mukasurat, check WhatsApp, nah ada sorang lagi kawan PM, pun sama-sama tak dapat.

Macam tu pun, aku tetap gembira dengan senarai rakan-rakan yang dapat peluang sambung belajar dengan HLP. Ada yang lama dah minta, enam kali apply, tiga kali interview baru dapat. Hepi sangat bagi pihak, berkali-kali apply tu kot. Di KMNS, lima orang first time apply, lima-lima dapat interview, tiga orang dapat HLP. Tiga dari lima aku rasa macam WoW sangat. Seronok pulak tumpang bahagia orang.

Kalau ikut perancangan, aku memang ta nak minta HLP sehingga sampai tahun 2020. Aku nak cuba fokus pada perkara lain. Sampai tahun 2020 nanti, DIA izinkan memang aku akan cuba minta HLP sekali ngan pindah semula ke KMS sampai dapat. Tapi tak taulah pulak kot nanti gatai nak minta HLP lagi dalam masa terdekat. Yang pasti aku tanak ah pilih zon selatan. Zon tengah uda. Insha Allah ada rezeki interview dapat di Putrajaya, dekat sikit. Hehe

Dan sebenarnya, sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas banyak rezeki Allah dah bagi. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun Amni dan kembar yang sangat-sangat membanggakan, prestasi hafazan Amni yang sangat baik, maklum balas dari guru-guru yang buat aku senyum lebar, tak tinggal sahur lansung, dapat Subuh berjemaah, dapat tarawih sepanjang Ramadhan di masjid Saidina Ali, anak-anak sangat behave sepanjang puasa dan sepanjang pergi menziarahi rumah saudara mara, mana-mana rumah aku plan nak menziarah-semua-tuan-rumah-ada-dirumah, punya mudah jumpa baju raya, lensa kamera sampai ngam-ngam last day aku kerja sebelum balik kampung, kami sekeluarga sihat walafiat, isu soto-mak-malam-raya-setel-ngan-aman, jalan clear balik kampung, clear juga masa jalan raya, belum campur lagi keputusan pelajar aku bagi PSPM II yang lepas bagi subjek Sains Komputer sehingga bertubi-tubi aku terima ucapan tahniah, siap minta tips, walhal yang cemerlang tu students tu sendiri sebenarnya. Pendek citer semuanya, segalanya DIA dipermudahkan.

Sangat banyak nikmat Allah bagi sampai aku rasa takut. Ibadat dah la sikit, minta macam-macam dan Allah tunaikan. Risau tak cukup ibadat nak ucap terima kasih, dan tiba-tiba sampai pada hal ehwal SEketul HLP, dirancangkanNya yang lebih baik tuk aku, aku dah meroyan. Apakah? Rasa macam nak silambam diri sendiri pon ada.

Ya Rabb, jadikanlah aku dan pada yang rajin baca entri ni sampai habis, seorang hamba yang sentiasa bersangka baik dan redha dengan ketentuanMu. PadaMu kami berserah. Aamiinnn.

Dah... Cukuplah dua puluh tujuh jam aku meroyan. Tak berbaloi lama-lama weh. Wat serabut perut ja. Sambung makan biskut semperit lagi bagus kot. Hehe

 Selamat Hari Raya semua :)

Sunday, June 11, 2017

Restoran Steamboat MAEPS, Serdang : Mini Reunion D'Navigators (lagi)

Salam dari Senaling,

Selepas kejayaan reunion di Langkawi, rupanya ada antara geng yang jeles tak dapat kumpul sama-sama. Sudahnya buat lagi sekali reunion. Kali ni buat majlis berbuka puasa, di Restoran Steamboat MAEPS, Serdang. Yusha plak yang handle. Alhamdulillah kali ni semua dapat berkumpul. Yeay.

Ada yang bawa famili, ada yang single. Tapi dah berjanji, kami akan duduk sama-sama. Family akan duduk asing-asing.

Asingla sangat. 

Aku kurang excited nak foodhunt sebab tempat ni dah banyak kali pergi masa kerja di Kolej Matrikulasi Selangor. Excited nak jumpa kawan-kawan yang lama sangat tak bersua muka. Dalam rekod paling lama ialah 21 tahun tak pernah jumpa. Kira last jumpa lepas amik result SPM 1995. Hoih lama!  

Oleh itu, takdela gambar makanan melainkan gambar kami bertujuh je la yang banyak pada hari tu. Tapi pada siapa yang belum pernah ke sini, aku cadangkan datanglah. Seronok sebab boleh main masak-masak. Kalau macam Amni dan kembar memang syiok sangat ah dapat merebus dan menggril macam-macam binatang. Sendiri. Independent gitu cuma kita perlu pantaulah sikit-sikit. 

Buffet pun ada jangan risau okay? Siap kambing golek menyambut di pintu masuk, nasi tomato, nasi berlauk, kuih muih dan macam-macam lagi lah. Teh tarik dia memang terbaik. Meleleh lak air liur mengenangkan teh tarik tersebut. Cisss...

Kalau ada anak kecil aku tak tau nak komen apa. Ikut pasangan maybe. Kalau species boleh bertoleransi, penyabar apa salahnya cari kelainan. Asyik cedok lauk, makan, cedok, makan, cedok, makan. Sesekali cedok, masak, tak masak-masak, air tak menggelegak lansung, (meja kamila tu). Meja lain awesome ja menggelegak kuah sup atau tomyamnya.

Tapalah, kan kata datang sini nak jumpa kawan lama kan kan kannnn?

Nasib juga bawa family, ada juga orang leh mintak tolong ketik gambar. 



Jenuh wooo nak buat gaya sebijik macam tahun 1995 ni. Berapa kali take. Tak jadi jadi. yang ini kira paling jadilah. Berpeluh-peluh ketiak masing-masing. Itu pun aku masih spoil tak berapa menjadi. Huhu 

Maka lengkaplah bertujuh kami ber reunion. Alhamdulillah dipermudahkan dan dilapangkan masa masing-masing untuk mengeratkan silaturrahim.

Friend till Jannah, Insha Allah

Doakan yang terbaik untuk kita semua. Bye...

Monday, May 29, 2017

Marhaban Ya Ramadhan Mubarak 1438H

Salam tiga Ramadhan,

Selamat berpuasa semua. Ramadhan kali ni excited sangat nak sambut. Paling excited setakat ini. Mungkin kerana menyambutnya ketika aku dan anak-anak sedang bercuti. Pendek cerita satu keluarga pun bercuti.  Allahuakbar. Seronoknya.

Ramadhan kali ni aku aim untuk macam-macam mende.

Aku nak cuba tingkatkan ibadah aku. Aim tuk dua perkara ja. (1) Solat di awal waktu. (2) Baca setengah muka kitab suci (sekali ngan tafsir) sebelum atau selepas sekurang-kurangnya tiga solat wajib. Tahun-tahun sebelum dua perkara dah jadi habit, tahun ni tambah lagi dua. Jumlahnya empat. Moga termakbul. Aamiiin.

Ibadah sunat; solat tarawih aku nak buat setiap malam (Insha Allah), ta dapat berjemaah, sendiri-sendiri pun okay. Nak buat solat qabliah dan ba'da, tuk isya'. Bersahur di akhir waktu supaya lepas sahur leh gi masjid solat Subuh berjemaah. Sementara cuti sekolah, nak buat solat sunat Isyra'. Nap mula jam 1230 onwards (supaya bila mula kerja aku tak jadi zombie di ofis). Nak jaga mulut, mata dan telinga. Insha Allah. Insha Allah.

Balik dari berbengkel tujuh hari di hotel (makan sedap-sedap hoiiii) dan sambung bercuti di Langkawi tiga hari, jisim meningkat. Dalam sejarah; enam puluh dua titik sembilan kilogram. Huhu. Maka untuk Ramadhan kali ni aku nak hilangkan lima titik empat kilogram. Setakat tiga hari (masuk hari ni) berpuasa, aku berjaya turunkan satu kilogram. 

Aku makan ja apa yang aku nak makan masa berbuka dan bersahur setakat ni. Nanti kalau nombor statik tak bergerak barulah aku akan ubah pola makanan aku. Untuk Ramadhan kali ni memang tak masuk gym lansung. Harap kekallah stamina sampai lepas raya nanti (logik ta?).

97.5% makanan tuk berbuka dan bersahur kali ni datang dari dapur rumah. Insha Allah. Dah lama aku praktikkan ni; sejak tahun 2012 kalau aku tak silap. Mencabar minda bila fikir menu berbuka dan bersahur. Kalah Sudoku. Post mortem tahun-tahun lepas, menu berbuka memang tak pernah berulang. Dalam kata ta tau nak masak apa, ta tau nak masak apa... Macam-macam juga aku (dan suami) masak.

Disebabkan bulan Ramadhan, kami sekeluarga memilih tuk mereput ja di rumah. Oleh itu banyaklah masa untuk aku buat macam-macam. Blog aku nak update setiap minggu. Photobook sementara cuti lagi aku nak buat satu hari satu photobook (setakat ni dah siap tiga, dah hantar production dua, satu lagi nga tunggu voucher RM1). Aku nak jadikan hari-hari aku hari yang bermakna. Ada objektif. Ada target perlu diselesaikan. Aku nak jadikan masa aku berbaloi baloi baloi baloi sebenarnya. 

Hidup bermakna bermula dari Ramadhan. Gitu tagline. Jom doakan :)

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur, selamat beribadat.
Salam gembira semua. Bye...




Tuesday, May 23, 2017

Langkawi 2017 ~ Mini Reunion d'Navigators

Salam dari Senaling,

Hari ketiga kami di Langkawi, kami plan tuk wat Island Hopping. Sekali lagi aku booked di AB Travel di Pantai Chenang. Paling murah kami dapat RM25/person. Kalau survey sekitar Chenang rata-rata RM29, RM30, RM35 dan ke atas. Dua tahun lalu aku booked Pulau Payar trip pun di sini.

Kredit pic pada sharimahyahya.blogspot.my

Jam sembilan van akan amik kami di hotel. Tepat jam sembilan van datang. Punctual!


Pemandangan di jeti tempat kami menunggu bot sampai.

 Dalam bot uda. Tak lama menunggu. Seronok bila semua tepati masa.



 Dayang Bunting



 Jaga-jaga dengan monyet di sini. 

Aku memang seronok gi tasik ni. Air tawar kot yang menyebabkan aku seronok. Rasa segar. Tapi itulah, satu jam sebenarnya tak cukup tuk aku. Nak menyampaikan diri ke tasik ini pon ambil masa tujuh ke sepuluh minit (ikut kudrat). Nak laju sampai, doalah kena kejar ngan monyet. Aku yakin berdesup kau lari. Heeee

Kali ni ada bayaran masuk, murah ja RM3/seorang. Sewa jaket baru RM5, kalau nak terjun dalam tasik. Tanak terjun boleh berkayak atau naik solar bot. Ikut kehendak masing-masing lah. Ikutkan aku nak try semua. Tapi satu jam mana cukup.

Gaya paling santai di Tasik Dayang Bunting. Baring tadah muka pada pancaran matahari sambil wat peace.

Kedalaman tasik ni bukan calang-calang. Lebih kurang 45 kaki. Memakai life jacket adalah wajib di sini. Walau pun aku tahu berenang, aku sendiri tak berani terjun tanpa life jacket

Selepas tasik kita gi tengok Eagle Feeding Show.

Duk ja dalam bot, tengok helang sambar kulit ayam di sini. Kulit ayam tu pemandu bot kami yang bawa. Jadi jangan pelik mana datangnya kulit ayam. Banyak tul helangnya. Yang ni ja aku sempat capture sebab laju belaka segala helang ni terbang.

 Next destination  is Beras Basah Island with model swimming muslimah.

Best di pantai ni sebab air jernih dan ombak manja-manja gitu. Boleh swim macam dalam pool feel nya. Bezanya air kat sini masin.


Selesai swim, kami gi bawah jeti bagi ikan makan. Siap bawa roti. Kawasan di sini berbatu memang tak sesuai nak mandi. Kalau tak silap aku sea urchin pun ada. Ditusuk durinya menangis lagu hindustan beb. Kami cuba berdiri di gigi air dan campak roti. Datanglah segala ikan warna warni belang biru hijau sambar roti.

Seperkara lagi, di pantai ni pun ada monyet. Sama perangai macam di Tasik Dayang Bunting. Suka rampas makanan orang. Nyaris-nyaris roti kami durang nak rampas. Kelam kabut aku lari campak semula roti dalam bot. Hahaha Pastu barulah tahu nak sorok-sorok roti dalam beg. Indahnya kenangan 😂

Jam 12 kami kembali semula ke jeti tuk dihantar ke hotel. Untuk perkhidmatan dari AB Travel, memang aku bagi lima bintang. Tip top servisnya. Semuanya cepat. Takde edisi menunggu lama-lama berlaku. Puas hati.

Satu lagi kegilaan, pergi swimming pool hotel jam dua belas. Macamkan rumah dia jauh benar dengan swimming pool. Kok saiz Olimpik lagi, tu pun nak nak juga swim kat sini. Siapa lagi mampu melayan kegilaan ini kalau bukan kawan yang sama je gilanya. Haha

Kejap ja dalam lima belas minit di pool kemuadian kami balik bilik. Bersihkan diri, solat dan shopping time di pekan Kuah. Beli pinggan mangkuk, kuali, kain batik, minyak gamat dan cekelat. Rasanya tu aje, then ke Dataran Lang amik pic sama-sama barulah hantar Dz ke jeti. Feri jam tujuh. Malam tu tinggallah kami bertiga, tu pun masih gagah sambung shopping. Dapatlah t-shirt dan cekelat lagi. 

Lepas dinner, balik bilik packing barang sambil berdebar-debar sebab amik luggage 40kg tapi rasa-rasa beratnya lebih. Keputusan akhir? Memang berlebih pon. Tu pun muka konfiden bawak backpack macam 7kg kunun. 

Dengar-dengarnya AirAsia akan bertambah strict lepas ni. Stewardess ulang-ulang cakap dalam flight sal excess baggage ni. Iyolah, pasni beli 60kg teruslah. Tenang hati.

Tu aje rasanya. Yeay siap entri. No pending. Tahniah pada diri sendiri.

Bye 😀


Langkawi 2017 - Mini Reunion d'Navigators

Salam dari Senaling,

Langkawi lagi. Hatrik empat tahun berturut-turut aku buat kunjungan muhibah ke Langkawi. Kali ni buat kelainan ~ kunjungan muhibah bersama d'Navigators.

We are celebrating 22th years of friendship; and counting more...

Pya, aku, Dz & Elly

Jangan ta tau, masa sekolah menengah aku ada geng. Siap bernama, 9 Navigators. Gaya ada samseng tapi hati manyak baik. Mini reunion kali ni berempat ja. Seorang dah dijemput Ilahi dua tahun lalu. Dari sembilan jadi lapan. Empat orang lagi ada komitmen lain. Yang empat ni ja berkelapangan. Itu pun Alhamdulillah sangat-sangat. Susah woooo nak buat reunion. Walau pun mini.

Elly paling excited dapat gi Langkawi sebab dah sepuluh tahun tak mai sini. Aku dah Pya tahun lepas dah wat kunjungan. Dz malas nak citer. Oghang Kedah kot. Jadi aktiviti di sini banyak dipengaruhi oleh Elly.

Hari pertama (Khamis) tak pi mana-mana spot pun. Flight delay sejam sebab cuaca tak baik di Langkawi. Hanya mencari barang keperluan yang perlu tapi tertinggal di Langkawi Fair Mall. Singgah HIG mall (survey harga choc plus beli sikit wat makan) dan lepak di HIG foodcourt sementara nak tunggu Dz sampai di jeti.  Kecuali Elly, sempat singgah MRSM Langkawi amik sampel tuk PhD dia. Memang betul-betul menyelam sambil minum air hakak ni. Malamnya kami jalan-jalan di pekan Chenang. Balik hotel, sembang sampai jam dua sambil makan choc. Terbaik sangat berat aku naik dua kilo lepas balik dari Langkawi.

Hari kedua barulah proper sikit itinerary kami. Walaupun hujan pagi tu, Alhamdulillah time kami keluar hujan dah reda. Jadi dapatlah breakfast di Pak Malau Nasi Dagang.

Dapat juga sekeping Pak Malau wat peace.

Pastu gerak ke Oriental Village. Tahun lepas pakej lain tahun ni pakej lain pulak. Lebih murah. Pakej basic, RM40 dapat masuk SkyCab, SkyRex, SkyDoom dan 3D Art Langkawi. Hoih murah. Serius.

Tahun lepas kabus tebal, tahun ni rezeki Cik Elly clear. Dia yang beriya nak naik SkyCab.

Pya yang gayat tunggu sejam lebih di bawah sementara kami ke SkyCab dan SkyBridge. Sampai mengantuk member tu tunggu. Turun bawah, teman Dz solat pastu makan Subway dan sambung explore 3D Art. Haaaa yang ini first time aku masuk di Langkawi.







Antara scene menarik dalam 3D Art Langkawi. Termasuk ini, dah tiga Muzium 3D yang aku masuk. Port Dickson, Penang dan Langkawi. Sesuatu yang sangat menarik di sini ialah pertunjukan di hall yang paling besar. Kagum aku dengan teknologi canggih manggih sekarang. Oh, muzium 3D Art ni adalah yang terbesar di Malaysia, Kedua terbesar di dunia. Disebabkan dah sekali ngan pakej SkyCab aku rasa semua orang akan masuk ke sini. Silalah enjoy dan wat poyo masing-masing! Kehkeh

Sehari suntuk di Oriental Village, jam lima baru selesai dan terus zoom ke Laksa ikan sekoq. Merasala aku akhirnya laksa ikan sekoq gerai merah yang aku tak dapat last year. Tapi member-member aku kata kurang kaw sebab kurang masam. Citarasa masing-masing kan. 

Selesai makan, baru balik hotel. Aku bajet nak gi pantai, kalau tak pergi kang gerenti aku membuta di bilik. Penat hohohoooiiii.



Ini Pantai Tengah. Dari sini boleh nampak Pantai Chenang yang happening tu. 

Malam tu kami round Chenang, cari coklat, dan dinner. Lepas dinner gi massage kaki. Huhu

Sambung Part 2 esok. Bye!