Saturday, April 16, 2011

Okay...Aku Mengaku Aku Memang AGAK Cuai

Entri mengaku yang tulus ikhlas dari hati yang tulus murni. Mana tak nya, semenjak aku dok kat Kolej ni dah macam2 mende yang aku hilangkan dan hampir hilangkan. Tapi aku senantiasa mahu berfikir positif....Aku sangat2 sangat2 dan sangat2 (tu dia aku letak 6x sangat) yakin pe yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Cuma samada kita nak berfikir atau tidak jerrrr...Meh aku senaraikan mende yang hilang dan hikmah disebaliknya.

Barang yang memang sah2 da hilang diambil orang! of kos orang yang amik. takan tenuk atau cipan atau tapir lakkkk...

1. Berokben Celcom - hikmahnya, aku ad alasan nak tukar berokben Maxis sebab sejak duk kat hujung dunia ni, line celcom memang outttt. Tengok, tengok...ad hikmahkan?

2. Pendrive - hikmahnya, aku ad alasan nak beli pendrive yang lebih besar capacitynya... bleh simpan banyak dan macam2 mende yang ta terlarang.....ta terlarang tauuuu.... ta men la terlarang2 ni. wat semak jer. dan sah2 virus menempek sekali.

Barang yang hampir hilang sebab kecuaian.
3. cincin emas - berderau hemoglobin aku masa tersedar kehilangan cincin ni. rasa nak pengsan tapi ta pengsan2 pun....

4. jam tangan Fossil - mengecut sel darah putih aku tatkala kehilangannya... actually sekali ngan cincin kat atas...memang misteri masa tercuai meletakkan mende ni d gym...hanya Lin yang tauuuu...

hikmahnya, bila tanggalkan jam+cincin terus masukkan dalam handbag...

5. pendrive - ni la yang terkini, yang paling memeningkan kepala...bukan setakat kepala aku, ngan kepala Lin, Amoi, En. Kama, Nita dan sume technician computer lab, ta masuk lagi kepala orang2 yang terbabit secara lansung atau ta lansung ngan aku..hehe..hikmahnya? nanti aku masukkan dalam entri yang len...sangattttttt...(ta tau nak describe!)

yang ta tau samada hilang atau aku tersalah letak...
6. wayar transfer gambar - hari tu punya sibuk pindahkan barang, ta tau mana aku letak. puas mengemas ngan jayanya. memang ta jumpa2.... tensen tul bila ta leh nak transfer pic + ta leh nak charge dr laptop...perlu dibeli baru kah?

Aku memang cuai sejak kecik...Penah aku tinggalkan payung masa bz kutip buah sentul masa balik dari sekolah rendah...Baju yang sama, kakak aku cukup je 3 riben hiasan, aku? tinggal 1...haha

Tapi, tapi, tapi... aku belum pernah tinggalkan anak kat shopping complex!

2 comments:

Anonymous said...

hehehe..aku pun kategori cuai jugakk... penah hilang wallet..dengan duit ratus ratus kat dalam tu..

ns

siti norhana said...

hehe...sume orang penah cuai ye takkk...?