Showing posts with label burqin. Show all posts
Showing posts with label burqin. Show all posts

Friday, May 24, 2019

Da Pan Niu. Checked

Awas! Pending entry 😁

Da - besar       Pan - pinggan       Niu - ikan


Inilah da pan niu. Hidangan ni abah driver yang cadangkan. Ada rasa taucu di situ. Tapi berempah. Kebanyakan makanan di Xin Jiang memang ada rasa rempah. Yang pasti ikannya lembut. Menu ni sedap om nom nom. dah hampir 9 bulan berlalu pun aku masih dapat ingat macam mana rasanya. Betullah, berbaloi beli experience. Hehe


Satu lagi hidangan yang disediakan. Moi kata menu orang miskin. Menu ni dia selalu makan (ye la dia vege). Aku? First time lah. Yang ini pun sedap. Lagi sedap dari da pan niu (sekadar pandangan peribadi). Nak cuba buat kat Malaysia, dan sehingga hari ini, belum cuba lagi. Insha Allah sooner... Menu ni memang simple ja. Bahan utama, tomato dan telur. Yang merah tu aku syak sos tomato.


Bandingkan perbezaannya.

Menu tambahan. 

Laghman atau mee tarik (yang putih tu) senang nak jumpa merata-rata di Xin Jiang. Saiz ja berbeza, ikut macam mana chef tarik. Kecil macam mee hoon ada, macam mee ada, macam keoy teow pun ada. Sayur-hijau-sedap-ta-kenal-nama tu memang sedap, aku rasa asal jumpa dalam menu mesti kami order.

Restoran yang kami singgah dalam perjalanan (yang panjang) dari Burqin ke Urumqi mempunyai interior yang sangat cantik. Tenang ja macam dalam cerita Cina zaman 80-an. Seronok amik gambar sebelum tunggu hidangan siap.

Macam ni ja rupa luaran restaurannya, tapi di dalam jeng jeng jeng...



Gigih setting gambar sendiri. Kawan-kawan dah ta lalu nak layan amik pic 😀

Tuesday, September 25, 2018

Catatan Perjalanan Burqin - Urumqi

Sekali lagi kami akan menempuh perjalanan jauh 680km. Alhamdulillah sejauh itu perjalanan masih terasa seperti tak pernah lalu kawasan tersebut. Sampaikan aku rasa abah driver bawa lalu ikut jalan lain, walhal sama je jalan pergi balik Urumqi→ Burqin →Urumqi.

Aku rasa, mana-mana tempat yang aku tertidur ketika menghala ke Burqin, untuk kali ni menghala ke Urumqi, aku terjaga. Itulah sebab aku masih lagi rasa excited nak perhatikan kiri jalan.






Antara pemandangan yang kami tak nampak sebab gelap malam ketika sampai awal-awal sampai di Burqin. Baru 15 ke 30 km ja ni dari bandar Burqin.

 Papan tanda tu kata jarak terowong ni 2479m. Ecehhhhhh cehhh macamkan pandai baca.

Kalaulah autumn masa kami sampai Xin Jiang. Mungkin lebih kurang macam ni gambarannya.



Singgah gerai buah... lagi. Masa ni turun-turun terus kata jom ah makan tembikai bukan honey dew. Asyik honey dew ja.  Ikutkan Xin Jiang skang memang nga musim honey dew. Buah itu la pun yang sedap. Tapi bila lagi nak rasa yang lain, kan? Local tourist berkotak-kotak borong honey dew. Teringin juga nak borong buah-buahan tapi apakan daya. Perjalanan masih jauh.


Inilah koordinator kami yang pernah aku mention dalam entri lepas. Terserempak di salah satu RnR. Sebelum ni ada juga terserempak di Burqin, tapi sekejap sangat sebab dia rushing bawa local tourist. He's got smiley eye and his English is super good. Terasa berguna akhirnya diri ini bila boleh juga berkomunikasi dengan lancar bersama orang tempatan. Akhirnya.


Abah driver berhenti tuk izinkan kami shopping!

Jap. Jangan amaze. Dia berhenti tuk isi minyak dan kebetulan memang berdekatan dengan kawasan menjual souvenir ni.


Antara hiasan yang dijual di sini. Nasib aku tak pandai nak beli.

Berkenannya la hai dengan dam China atau XiangQi ni. Nasib juga sebab harganya kemain mahal, maka aku tak beli.


Haaa yang ini ja free. Bergambar dengan yurt peniaga-peniaga tadi. 

Restoran tempat kami lunch kali ni di Shanwu.

Perkenalkan future tokei kedai.

Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di Urumqi... 

... jam 9.00 malam.
Ketika aku menaip entri ni, terasa-rasa lagi seronoknya travel ke wilayah rare macam Xin Jiang. Aku bagitau kembar, kalau Allah izinkan ibu travel, ibu nak ikut auntie Moi. Terutamanya ke China. Lebih-lebih lagi kalau nama tempat tu kau tak pernah dengar.

Harbin. Pernah atau biasa didengar atau disebut-sebut? Tak kan? Apa lagi, jomlah menabung jommm...


Monday, September 24, 2018

Foodhunt (8) Ais krim Uyghur (9) Samsa. Checked.

Aiskrim Uyghur, hehe tah betul ke tak ini aiskrimnya. Tapi melalui pembacaan awal, kelihatannya seperti itu. Acilah kan?

 
Aiskrim Uyghur. Ori vs Strawberi.


Kat sini ada tiga jenis perasa. Ori, coklat dan strawberi. Kami beli semua perisa pastu rasa-rasa. Kiranya kegagalan besar ialah aiskrim aku lah. Aiskrim strawberi. Hehe. Terlajak manis kata Moi, aku pun iyakan. Tersedap untuk tekak aku ialah aiskrim coklat. Terasa kepekatan coklatnya pahit-pahit sikit tak manis ya ampun cam strawberi itu. Original pun just nice. Nak buat camana, dah aku pegang strawberi terpaksalah aku habiskan. Ikut rasa hati nak je aku buat rampasan aiskrim dengan  yang Niza punya.

 Samsa, yang sebelah kanan hujung gambar comel-comel bentuk poket.

Samsa memang sedap. Berintikan kambing. Rasa pastrinya ala-ala cream puff. Intinya ala-ala inti karipap tambahan aroma kambing lah apa lagi. Usha nya siang, belinya malam.

 Beli kat kedai yang sama abah driver beli roti Uyghur siang tu.

Sebenarnya, aku tersilap faham. Aku fikir kawaplar tu samsa. Aku tersedar pun bila aku mula taip entri sal travel ni.

Perkenalkan samsa dengan sirna kekambingannya.

Sunday, September 23, 2018

Foodhunt (6) Susu Unta (7) Yogurt susu unta. Checked.

Susu unta... susu unta... susu unta... itu yang paling kerap Moi lagukan. Susu unta China dua bonggol (khabarnya unta tanah Arab satu bonggol). Foodhunt ni pilihan Moi, dah alang-alang mestilah rasa... kan?

Su... su... un... ta... mungkin itulah yang tertulis dekat bekas tu.

Rasa? Ehmmm... masam sejuk aneh. Alhamdulillah, beli dua. Patut beli satu ja. Niza insist tak nak kongsi habiskan dengan Kak Ita. Sekadar rasa. Moi plak, asyik suh aku habiskan walhal dia kot yang duk ulang cakap nak susu unta. Aku ni kan berjiwa global. Hati mudah tersentuh kalau makanan tak habis. Caner?


Begini caranya. Amik dua tiga kismis, teguk susu unta. Amik dua tiga kismis, teguk susu unta. Boleh tolerate lah jugak dan akhirnya habis. Alhamdulillah. Menjawab kepada persoalan kepada anehnya ekspresi muka aku pada visual di atas.

Kami bertapa lama di kedai ni, beli macam-macam. Sepanjang aku travel dengan Moi, jarang aku nampak dia shopping sakan. Sampai aku jadikan dia idola dan menyumbang kepada aku bawa balik semula currency luar dalam kadar yang agak banyak ke Malaysia.

Now aku faham. Dia memang kurang shopping barang, tapi dia shopping makanan! Makanan kesihatan. Cerita yang aku bawa balik currency luar banyak tu cerita dululah masa ke Hanoi. Masa ke Xin Jiang - Xi'an ni satu yuan pun tak tinggal. Bijak kan aku berbelanja?

Malamnya, yogurt susu unta pulak.


Rasa? Ehmmm juga. Kami dah rasa masa singgah di Scenic Rainbow Beach. Sedap! Bukanlah sedap giler tapi senang ah rasa hati nak habiskan. Tak tahu apasal kat Burqin jadi seperti ehmmmm...


Bila tengok pic ni, sel-sel otak aku berhubung dengan pantas. Yogurt susu unta di Scenic Rainbow Beach tu jadi sedap sebab aku letak gula. Yang di sini, terlupa ke apa ke tak pulak letak gula. Amik kau terkebil-kebil ah nak habiskan. Takan nak singgah kedai kismis yang siang tadi semata-mata sebab nak habiskan yogurt pulak. Amboi!

Aku tak berapa ingat apa yang terjadi dengan yogurt ni, mungkin sebab yang habiskan tu Moi. Walau pun begitu, InshaAllah ada rezeki aku dan keluarga pergi umrah, teringin pulak aku nak rasa susu unta tanah Arab. Mungkin nanti aku boleh buat kesimpulan bahawa jumlah bonggol pada unta memberi sedikit sebanyak kesan pada rasa susunya? Mungkin?

Saturday, September 22, 2018

Burqin Tourist Hotel & Peak Friendship Hotel, Burqin

Burqin, seperti yang abah driver bagitau ialah sebuah pekan yang padat dengan hotel, hotel dan hotel kerana menjadi tempat persinggahan tourist sebelum meneruskan perjalanan samada ke Kanas atau ke Urumqi.

Hotel kami ketika pertama kali ke Burqin dari Urumqi ialah Burqin Tourist Hotel. Kami sampai hotel jam 1.00 pagi. Masuk lobi, waaaaa... besar dan gahnya hotel ni.

 Check-in pada 30.05.2018, Alhamdulillah perjalanan 680km sukses!

 Eh tak sangka aku ada amik pic bilik hotel. Aku fikir aku terus pengsan sampai bilik. 

 Morning view from our room. 

Other side, tu sana tanah gersang saujana mata memandang tiba-tiba kat sini ada pekan.  

Selepas breakfast amik pic jap.


 Breakfast guna tray. Mengimbau kenangan masa kat asrama 23 tahun dahulu.

Hello Mr. President!

Betul-betul kami touch n go di Burqin Tourist Hotel. Moi sampai confuse bila tarikh check-in dan check out sama iaitu  30.05.2018. Apa tak samanya, dah sampainye pun lewat banget.

Kali kedua kami di Burqin, kami menginap di Peak Friendship Hotel. 


Lobi hotel.

Paling best tentang hotel ni ialah kedudukannya yang saaaaangat hampir dengan Muslim Street Food. Aku boleh intai street tu dari bilik. Bayangkan, bukan gurauan jarak dekat tersebut. Nak ulang-ulang-ulang-ulang pergi, takde masalah. Dah beli, balik bilik hotel terasa macam... ehhhh nak beli lagi, heiiii lompat ja dari tingkap bilik pun takde masalah (itu pun kalau sanggup lah).

Breakfast di hotel, semakin lama semakin sikit portion makanan yang aku amik. Tapi percayalah, berat badan aku sikit pun tak turun.

Tak tau nak compare apa antara dua hotel tempat kami menginap ni sebab hotel yang pertama tu sekejap sangat. Apa pun, terima kasih kerana memberikan perkhidmatan yang awesome kepada kami. Dah kenapa skema sangat ayat yang aku guna ni?