Saturday, September 22, 2018

Burqin Tourist Hotel & Peak Friendship Hotel, Burqin

Burqin, seperti yang abah driver bagitau ialah sebuah pekan yang padat dengan hotel, hotel dan hotel kerana menjadi tempat persinggahan tourist sebelum meneruskan perjalanan samada ke Kanas atau ke Urumqi.

Hotel kami ketika pertama kali ke Burqin dari Urumqi ialah Burqin Tourist Hotel. Kami sampai hotel jam 1.00 pagi. Masuk lobi, waaaaa... besar dan gahnya hotel ni.

 Check-in pada 30.05.2018, Alhamdulillah perjalanan 680km sukses!

 Eh tak sangka aku ada amik pic bilik hotel. Aku fikir aku terus pengsan sampai bilik. 

 Morning view from our room. 

Other side, tu sana tanah gersang saujana mata memandang tiba-tiba kat sini ada pekan.  

Selepas breakfast amik pic jap.


 Breakfast guna tray. Mengimbau kenangan masa kat asrama 23 tahun dahulu.

Hello Mr. President!

Betul-betul kami touch n go di Burqin Tourist Hotel. Moi sampai confuse bila tarikh check-in dan check out sama iaitu  30.05.2018. Apa tak samanya, dah sampainye pun lewat banget.

Kali kedua kami di Burqin, kami menginap di Peak Friendship Hotel. 


Lobi hotel.

Paling best tentang hotel ni ialah kedudukannya yang saaaaangat hampir dengan Muslim Street Food. Aku boleh intai street tu dari bilik. Bayangkan, bukan gurauan jarak dekat tersebut. Nak ulang-ulang-ulang-ulang pergi, takde masalah. Dah beli, balik bilik hotel terasa macam... ehhhh nak beli lagi, heiiii lompat ja dari tingkap bilik pun takde masalah (itu pun kalau sanggup lah).

Breakfast di hotel, semakin lama semakin sikit portion makanan yang aku amik. Tapi percayalah, berat badan aku sikit pun tak turun.

Tak tau nak compare apa antara dua hotel tempat kami menginap ni sebab hotel yang pertama tu sekejap sangat. Apa pun, terima kasih kerana memberikan perkhidmatan yang awesome kepada kami. Dah kenapa skema sangat ayat yang aku guna ni?

No comments: