Sunday, September 23, 2018

Foodhunt (6) Susu Unta (7) Yogurt susu unta. Checked.

Susu unta... susu unta... susu unta... itu yang paling kerap Moi lagukan. Susu unta China dua bonggol (khabarnya unta tanah Arab satu bonggol). Foodhunt ni pilihan Moi, dah alang-alang mestilah rasa... kan?

Su... su... un... ta... mungkin itulah yang tertulis dekat bekas tu.

Rasa? Ehmmm... masam sejuk aneh. Alhamdulillah, beli dua. Patut beli satu ja. Niza insist tak nak kongsi habiskan dengan Kak Ita. Sekadar rasa. Moi plak, asyik suh aku habiskan walhal dia kot yang duk ulang cakap nak susu unta. Aku ni kan berjiwa global. Hati mudah tersentuh kalau makanan tak habis. Caner?


Begini caranya. Amik dua tiga kismis, teguk susu unta. Amik dua tiga kismis, teguk susu unta. Boleh tolerate lah jugak dan akhirnya habis. Alhamdulillah. Menjawab kepada persoalan kepada anehnya ekspresi muka aku pada visual di atas.

Kami bertapa lama di kedai ni, beli macam-macam. Sepanjang aku travel dengan Moi, jarang aku nampak dia shopping sakan. Sampai aku jadikan dia idola dan menyumbang kepada aku bawa balik semula currency luar dalam kadar yang agak banyak ke Malaysia.

Now aku faham. Dia memang kurang shopping barang, tapi dia shopping makanan! Makanan kesihatan. Cerita yang aku bawa balik currency luar banyak tu cerita dululah masa ke Hanoi. Masa ke Xin Jiang - Xi'an ni satu yuan pun tak tinggal. Bijak kan aku berbelanja?

Malamnya, yogurt susu unta pulak.


Rasa? Ehmmm juga. Kami dah rasa masa singgah di Scenic Rainbow Beach. Sedap! Bukanlah sedap giler tapi senang ah rasa hati nak habiskan. Tak tahu apasal kat Burqin jadi seperti ehmmmm...


Bila tengok pic ni, sel-sel otak aku berhubung dengan pantas. Yogurt susu unta di Scenic Rainbow Beach tu jadi sedap sebab aku letak gula. Yang di sini, terlupa ke apa ke tak pulak letak gula. Amik kau terkebil-kebil ah nak habiskan. Takan nak singgah kedai kismis yang siang tadi semata-mata sebab nak habiskan yogurt pulak. Amboi!

Aku tak berapa ingat apa yang terjadi dengan yogurt ni, mungkin sebab yang habiskan tu Moi. Walau pun begitu, InshaAllah ada rezeki aku dan keluarga pergi umrah, teringin pulak aku nak rasa susu unta tanah Arab. Mungkin nanti aku boleh buat kesimpulan bahawa jumlah bonggol pada unta memberi sedikit sebanyak kesan pada rasa susunya? Mungkin?

No comments: