Monday, January 10, 2011

... Cuti Cuti Cinta....

Cuti Cuti Cinta? Apa itu yer?
1. Filem Melayu
2. Genre : Romantik Komedi
3. Pelakon utama : Farid Kamil, Nora Danish, Cat Farish, The Fabulous Cat ...
4. Lokasi : Hotel Impiana, Morib...
5. Pengarah : Ahmad Idham
6. Tarikh Tayangan : 21/10/2010

Aku pegi Ezy Video, nak pinjam VCD Labu Labi tapi memandangkan kad aku leh pinjam banyak2 CD menjangkau 7 CD... jadi aku pun sapu 5 VCD.... Ntah macam mana antara lima2 CD tu, Cuti-cuti Cinta termasuk sekali. Bising husben aku.... biler nak tengok, pe la amik citer Melayu...mungkin sebab die yang bayarkan...^__^

Hari Ahad aku tengok sumer citer, dan Cuti-cuti Cinta ni CD yang paling last sebab aku pun sebenarnya kurang skett ngan citer Melayu.... Tambahan lagi husben aku takde.... main badminton.

Tetapi........ citer dier memang sangat ringan, masih ada mesej yang ingin disampaikan, penuh ngan komedi dan akhirnya anak2 dan aku tengok sampai dua kali non-stop... memang seronok!
Tambahan pulak aku memang tak berapa suka Farid Kamil, menyampah tengok dier dalam citer Remp-It.... tapi dalam citer Cuti-cuti Cinta nampak dier macam hensem dan sopan santun la plak....
So aku memang merekemenkan citer ni untuk tontonan sumer especially pada sapa2 yang workaholic@giler keje......

Moralnya- don't judge the book by its cover atau melayunya cakap jangan menilai sesuatu tanpa membelek2 hati budinya.... luaran tak melambangkan dalaman tau....Jangan cepat menilai orang dengan tengok luaran sahaja.....kalau di sekolah, cuba fahami budak2 yang bermasalah.... cuba melawat rumahnya, tanya pasal ibu bapanya..... setiap yang berlaku pasti ada sebabnya....

aku dah racun Anita dan Lin supaya tengok citer ni.. So, Rabu ni kitorang wat panggung terbuka.... opppsss... bukan patut ni salah satu misi rahsia kiter tuk tahun 2011...?

No comments: