Tempat ni kalau tak silap aku, Moi yang bagitahu. Seperti yang dikhabarkan dalam entri sebelum, dalam minda sedar aku, Xi'an maksudnya Terracotta Warrior. Tak fikir lain.
Letaknya di Muslim Street Food yang sangat terkenal itu.
Xi'an Mosque atau juga dikenali sebagai Great Mosque, Xi'an.
Melilau kami mencari tempat ni, Muslim Street Food kan memang sesak ngan orang, jenuh gak nak cari simpang ke lorong berkenaan. Alhamdulillah, ternampak signboard ni.
Dah jumpa lorong tadi, kau kena cari lorong lain lak untuk menuju ke masjid.
Lorong ni lebih rumit, tawaf kejap kami ke hulu ke hilir, mencari dan bertanyakan peniaga arah ke masjid Xi'an. Alhamdulillah memang dah nak masuk waktu maghrib, jumpa lah ayahanda ni. Dia nak solat maghrib berjemaah di masjid. Moi bertanya dan dia sudi nak tunjukkan pada kami tempatnya.
Jumpa, yeay. Tapi segan ah kami nak masuk jalan-jalan ketika orang bersiap-siap tuk solat maghrib.
Tak jadi masuk dulu. Sementara menunggu dan dah alang-alang sampai, teringin pulak nak solat berjemaah di Xi'an walaupun kami layak solat jamak taakhir di bilik hotel ja nanti. Tapi masjid berusia ribuan tahun ni tak menyediakan tempat amik wuduk tuk wanita. Pastu?
Pakcik tadi tunjukkan lorong yang lain pulak untuk ambil wuduk.
Selain amik wuduk, ada juga kawasan tuk wanita Muslim Xi'an/kami solat berjemaah. Maknanya selepas berwuduk kami boleh solat samada di masjid tadi atau di sini.
Sini ajelah. Tengoklah telekung versi Xi'an, sempoi habis, stylo lagi tu.
Awal-awalnya kami takut-takut nak amik gambar. Tapi mereka ramah, dan baik walaupun gaya percakapan masing-masing dah macam itik dan ayam. Ni durang yang suruh ke depan situ amik gambar sebab katanya ada mural belakang, lebih cantik. Hebatkan kami, boleh faham apa yang mereka maksudkan. Hehe.
With Xi'an Muslim.
Selesai solat dan bergambar, keluar eh dah malam.
Patah semula ke tempat tadi, disapa seorang pakcik. Katanya nak masuk masjid, masuk sekarang sebab nanti nak Isyak, pintu akan ditutup. Rupanya pintu yang kami masuk ialah pintu belakang. Percuma takyah bayar Alhamdulillah jimat. Kalau pintu depan, kena bayar. Tak tahu pulak berapa bayaran, sebab dapat free kan. Berkat mengawalkan solat agaknya tadi. Hehe.
Perspektif di masjid berusia ribuan tahun.
Dibina pada 745 AD dalam dinasti Tang. Antara masjid terbesar di China. Memang luas betul tempatnya. Tapi kami sampainya malam. Tak plan nak ke sini. Untuk aku, aku tak tahu pun masjid ni antara tempat bersejarah yang harus dikunjungi. Diwartakan oleh UNESCO sejak tahun 1985 lagi.
Kalau tahu awal, terus terjah masjid baru pusing Muslim Street Food. Kalau.
Pintu menuju ruang solat utama. Bayangkan maharaja dan para pembesar dari Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Qing melalui pintu ni untuk solat berjemaah. Bayangkan... Waaaaaa
Hanya melihat meninjau dari luar, memang ancient sungguh.
Alaaaa sempoinya sementara menunggu Isyak lepak santai para jemaah di sini.
Night view. Cantiknya Subhanallah.
Awalnya rasa ralat, sampai ada rasa nak ke sini lagi esok. Kalau sempat (tak sempatlah jawapannya). Tapi bila aku google, banyak gambar dikongsi pengunjung ialah pada waktu siang. Rasa bersyukur pula Allah izinkan kami ke sini pada waktu malam. Kelainan dan rasa rare tiba-tiba.
Seperkara lagi, ke sini dapat lihat bagaimana muslim Xi'an mengamalkan gaya hidup Islam secara bebas. Sayu pula hati bila teringatkan saudara muslim kita di Xin Jiang. Allahuakbar. Moga mereka sentiasa dalam lindunganNya. Selalu.
No comments:
Post a Comment