Paling menarik hotel kami di Xi'an letaknya hanya walking distance dari situ. Tidaklah sedekat Burqin dan Muslim Street Food nya. Tapi masih dekat. Dapat berjalan, maka dapat tengok macam-macam sekitar Xi'an.
Berkat berjalan ke Muslim Street Food. Ikut kata receiptonist, tak merasa semua ni.
Yeay hampir sampai dan wah banyak lagi attraction places di sini. Tak terpergi semua tempat.
Muslim Street Food, Xi'an. Here we come!
Awas ya, seterusnya nanti adalah gambar sahaja. Banyak aku nak letak sebab nak bagi rasa memang mustahillah kan. Menariknya di sini memang makanan dan cara ia dipersembahkan. Lebih panjang, lebih banyak, lebih colorful, dan lebih sesak. Patutlah beriya orang hotel kata tak payah pergi. Haha.
Ini dulu, berasap-asap, colorful, ais krim. Jom cuba. Rasa : Macam aiskrim dragon yang dijual di Malaysia guna gas hidrogen peroksida ke apa nama gas tu. Di Malaysia, aku cuba guna macaroon so ada rasa manis. Yang ini, tawar. Persamaannya, masa makan mulut keluar asap.
Pisang kaki goreng. Kak Ita makan, manis sangat komennya.
Manisan ni aku suka. Kuah dia tu rasa ros. Sedap.
Bunga teratai pun ada.
Kaki kambing yummeh!
Nak pilih kaki yang mana? Jangan risau rasa semua sama. Aku ja yang makan ni dan memang rasa rempahnya agak kuat. Tapi aku enjoy kekenyalan kaki kambing, chewy chewy gitu.
Gerai viral agaknya. Orang beratur panjang di sini. Kami kurang sabar, jadi tak beratur dan tak dapatlah rasa makan.
Handmade semua ni.
Amik pic ja sebab suci sangat makanan ni aku tengok.
Yang ini serbuk minuman buah macam plum.
Ini buah 'macam plum' yang segar.
Air bancuhan buah seakan-akan plum tak cukup baja ni banyak kali kami minum di kedai sekitar Xi'an. Sedapnya sungguh. Lega di tekak pada musim summer di China ni. Rasanya seakan-akan ribena.
Kali pertama minum kat sini. Berkongsi.
Kali kedua, sorang satu.
Antara makanan yang paling banyak dijual di Muslim Street Food.
Sotong ni confirm sedap.
Presentation mantap.
Kami beli aiskrim jenis ni. Sedap. (ada ke aiskrim yang tak sedap?)
Pisang goreng Xi'an style. Amik pic tak beli sebab food tak rare. Lagak.
Bunga ni gunanya tuk diletak dalam air. Abah driver minum air dari tumbler letak bunga ni.
Yogurt ni sedap. Sebiji macam dalam flight Urumqi Xi'an. Kalau lebih sejuk mesti lebih sedap.
Pun sejenis yogurt.
Sedap dia tiup alat muzik tradisional ni.
Macam coconut shake rupanya. Rasanya macam minum santan kelapa. Hehe
Tauhu busuk ni kami makan kongsi-kongsi. Dulu-dulu kalau tengok citer Cina petang-petang adalah masuk bab tauhu busuk ni. Nama ja tauhu busuk, tapi tak busuk pun.
Kongsi makan. Kongsi masin. Hehe
Berkenan ngat, tapi terlupa nak beli. Pusingan awal pusing ja dulu. Pusingan kedua baru beli, dan sampai skang tak terbeli. Kepak ayam sumbat nasi.
The more is merrier?
Manisan ni sedap. Yang kuning tu tekstur dan rasa macam pulut dan yang coklat tu kurma.
Nice la tak manis sangat.
Kawaplar! Xi'an pun ada kawaplar. Tak beli sebab dah banyak kali makan di wilayah Xin Jiang.
Souvenirs and hi terracotta warrior! See you (for real) tomorrow.
No comments:
Post a Comment