Sunday, October 7, 2018

Foodhunt (12) Anggur Tulufan Tersedap di Dunia. Checked.

Hari pertama jejak kaki di wilayah Xin Jiang, aku dah tertarik nak rasa anggur. Tapi Moi kata nanti dulu, di Tulufan anggurnya tersedap di dunia. Wow sangat masa aku dengar tu. Tersedap di dunia! Dalam kotak pemikiran aku yang tak berapa nak luas ni, aku fikir hanya negara omputih ja ada anggur. Aku fikir hanya negara sejuk a.k.a bersalji ja boleh/selayaknya tanam anggur. Kesian kan aku?

Di wilayah Xin Jiang, paling tepat daerah Tulufan, Allah suburkan tanahnya tuk tanaman anggur. Kesian kat aku taleh nak digest, Tulufan ialah daerah paling panas. Masa kami jejak daerah ni, suhunya mencecah 40C. Bayangkan ajelah, Flamming Mountain letaknya di sini. Flamming. Flame. Tapi anggur subur-subur di sini.

Antara ladang anggur di Tulufan. Di lembah, di Flamming Mountain. Thank you to Karez.

Dalam perjalanan ke Grape Valley, kami menyinggah ke sini. 

Kes gelojoh tak sabar nak makan anggur. Mula aku tengok anggur di trak ni, eh comel-comel butirnya. Bila suap ke mulut, memang sedap. Rasa anggur. Hehe. Tak tahu aku nak describe, macam mana rasa anggur yang tersedap di dunia. Moi mungkinlah sebab dia vege.  Yang mampu aku bagitahu, anggur tulufan sedap, tak kelat, manis, seedless dan paling penting murah sangat.


Uyghur people. Til we meet again (tah bila tu)


Tah sebab apa, abah driver singgah lagi di sini nak beli anggur. Aku fikir dia baru teringat nak belikan untuk family dia. Tapi sayangnya semua anggur ini tak memenuhi piawaian beliau. Katanya, tempat kami beli tadi paling sedap dan anggur organik. Ketahuilah, butir anggur yang kami beli kecil-kecil tu organik. Kalau ada baja kimia, butir anggurnya besar. Kesimpulan, anggur import yang dijual di Malaysia tu guna baja kimia lah kan. Kan?

Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Grape Valley tiba-tiba plan berubah. Aku tak pasti siapa masterplan nya. Tapi aku setuju dengan alasan, view ladang anggur dah tengok di The Karez,  jus anggur segar pun dah rasa di The Karez, nak makan anggur sedap dan organik lagi tu ~ sudah atau sedang makan beli tepi jalan je, selain jimat 60 yuan entrance fee. 

credit to top china travel.

Abah driver kata, takpe jomlah bergambar depan gate di atas buat kenangan walau pun ta masuk. Sampai depan pagar besar ni, parking tepi jalan, kami keluar dari kereta, terus priiittt... priittt... pritttttt. Dihalau guard. Baiklah jom akur masuk semula dalam kereta. Maknanya, ramai dah tourist yang buat perangai macam kami. 

Bila aku google (baru tadi ni), view di dalam memang seperti ladang anggur yang kami nampak di The Karez. Tapi pasti di sini lebih besar dan gah. Alhamdulillah tak ralat sangat tak masuk. Lagi-lagi dapat jimat 60 Yuan. Hehe.

Jom balik Urumqi, harap-harap sempat singgah Grand Bazaar. Nak shopping.

No comments: